Sunday, July 31, 2011

everyman for himself, gentleman.

.
adam smith says,
in a competition,
...individual ambition serves the common goal.


.
the best result comes from everyone in the group doing what best for himself.

                  ....& the group.





.
kesimpulannya :

esok mula posa.
dan banyaklah orang yg jual
...murtabak,
...& ayam percik.

aku suka yong tau foo...

.
salam posa kepada semua.



*

dia marketing executive

mat sap. second clerk. di kilang kerdau.
di austral enterprises berhad mat sap adalah taiko.
greenbelt kompeni. mgkn jugak dah ke paras blackbelt.
mula2 di kilang sg mai. pas tuh di kilang kerdau. kilang batu niah. dan balik ke kilang kerdau.
sekarang dah jadi aao di kilang bukit puteri.

austral enterprises berhad - adalah plantations division island&peninsular berhad.

.
suatu hari. kompeni edarkan borang kuiz. siapa dapat jawab semua soalan dengan betul. dapat hadiah. dan ramai2 lah dak staf2 berkumpul utk jawab soalan terbuka tuh - termasuklah aku yang ketika itu sungguh naive tentang hal2 kompeni.
.
soalan2.
1. apakah nama kompeni sblm ditukarnama ke austral enterprises berhad.?
...semua tak leh jawab, kecuali mat sap. - malay tin mines s/b.
2. apakah maksud austral.?
...ada yang jawab mgkn dak bos2 asal dr australia. salah. mat sap jugak yang jawab. - angin selatan.
dan soalan lain. soalan lain. dan lain.
sehinggalah soalan ini.
x. siapakah nama staf & jawatannya, yang juga adalah isteri kepada seorang menteri.? (no. soalan x. sbb aku tak ingat tuh soalan ke berapa.)
hampir semua staf terpinga2.
ada ka? tanya sorang.
wah! bini menteri la kerja ngan kita. kata sorang lagi.

mat sap yang dari awal tak menunjukkan minat untuk menjawab soalan2 tuh. sebab mungkin dia tak percaya kepada pertandingan, atau mungkin dia rasa tak sepatutnya dia jawab. selepas beberapa soalan balik ke ruangan buat kerja2 rutin.
dari duduknya mat sap jawab.
isteri ds najib. marketing executive.

jadi dia di ho la.? tanya sorang.
dah berenti. masa dia jadi marketing manager.

siapa nama.? tanya sorang lagi.
rosmah mansor.

dan aku.
pertama kali dengar nama rosmah mansor.

rosmah mansor. rosmah mansor. rosmah mansor. rosmah mansor. rosmah mansor.
aku sebut ulang2 agar tak lupa.
manalah tau ada yang tanya.
ewah.

salam mem besar.



*

Saturday, July 30, 2011

tentang rambut

mamat nih sbnrnya nampak maco...




tapi kutu2 nih, kata cam nih...


mungkin cam nih le kot, yg diorg harapkan...



perhhhh....!!!



*

blue

we are, tigers on blue.
we are, the harimau malaya - the blue tigers.

give us back our yellow (yellow stripes, perhaps).
even if we don't played well,
...we are damn fiery on glaring yellow.
and,
...not invidious on soothing blue.



*

Wednesday, July 27, 2011

sistem biometric

jika nak bukak notebook > sistem biometric

jika nak on kreta > sistem biometric

juga jika nak mengundi > sistem biometric...!

aku nak jual sistem biometric > kepada spr



*

tepuk amai amai


dodoi si dodoi si dodoi dodoi si dodoi.



*

Monday, July 25, 2011

seekor monyet dan sebijik durian

maka bertemubincanglah renab, kekura dan monyet di bawah pokok durian. pokok durian yang nan sebatang. 30 meter di arah matahari terbit letak sebatang sungai. di arah matahari terbenam, sebidang padang rumput seluas hingga di kaki bukit nun 200 meter.

renab : kita re-match.
kekura : tak boleh. dah menang tetap menang.
renab: itu tok-nek kita. tok-nek aku masa tuh cuailalai. dia tertidur.
kekura : dah tercatat dalam sejarah kekura menang dalam lumba tuh. dah jadi cerita rakyat.
renab : kalau cam tuh. ini antara ko dan aku. kita berdua jeh.
renab&kekura : monyet !, ko jadi pengadil.

monyet : boleh. tapi kali nih, best of 2. ada tiga route. 1 renab yang tentukan. 1 kekura yang tentukan. dan 1 lagi aku yang tentukan.
renab&kekura : setuju.

route 1 : renab memilih untuk berlumba merentas padang rumput hingga sampai di kaki bukit dan patah balik.

kedua2nya pun bersedia di garis mula. belumpun jauh kekura berlari, renab dahpun sampai balik. pusingan pertama, renab menang.

route 2 : kekura memilih untuk berlumba ke arah tebing sungai, ke tebing seberang sungai dan patah balik.

kedua2nya pun bersedia sekali lagi di garis mula yang sama. dengan pantas renab sampai di tebing sungai. baru jeh berpijak di gigi air, renab patah balik ke tebing. berkali2 dia cuba, masih tak lepas gigi air sehinggalah kekura sampai. walaupun perlahan kekura terus meredah masuk ke dalam sungai, muncul di tebing seberang. dan patah balik. pusingan kedua, kekura menang.

route 3 : monyet yang pilih. panjat pokok durian.

monyet : ko berdua bermula di garis mula nih jugak. ke arah pokok durian dan naik ke atas sampai ke pucuk dan patah balik.
kedua2nya setuju. dan bermulalah kedua2nya berlumba.
sehingga ke senja, kedua2nya masih lagi terloncat2 di pangkal pokok. monyetpun balik. esoknya monyet datang semula melihatkan kedua2nya masih lagi di pangkal pokok, berusaha memanjat. sesampai senja monyetpun balik semula.
seminggu berlalu, monyet datang lagi. terus memanjat dan membawa turun sebijik durian. makan. selesai dengan sebijik durian, monyet pun beredar.

monyet : ini route akuuuu.!.

dan meninggalkan renab dan kekura yang kojol di pangkal pokok.


*

Sunday, July 24, 2011

siapa kapten jemat

mat denan suka bercerita. setiap perjumpaan atau pertemuan pasti ada cerita. samada cerita baharu. atau cerita yang dahulu yang pernah diceritanya diceritalagi.

mat denan. mohamad bin adenan. mechanical chargeman kilang mukah.

di satu petang di hadapan opis kilang.

encik.! encik pernah dengar cerita kapten jemat.
tak. cerita la.
ceritanya cam ni.

bila time bercerita, mat denan akan bersungguh2. tak boleh ada sebutir detail tertinggal. kaki kangkang sikit ala penyanyi rock. tangan juga bantu bercerita.

suatu hari. di pelabuhan. sorang tukang sapu ketika sedang bersihsapukan pelabuhan, terjumpa lesen kapten. foreign-going. tuanpunyanama lesen tuh jemat. diapun simpan la lesen tuh.
di suatu hari yang lain. ada sebuah syarikat kapal carik kapten. diapun memohon. dan dapat.
dia kapten jemat.

di hari pertama. kapten jemat. dari tukang sapu jadi kapten. bangga tak terceritakan.
tiba masanya nak belayar. sorang kelasi tanya.
macamana kapten.?. boleh kita mula bertolak.?.
buat macam biasa. jawab kapten jemat.
kita hidupkan engin, kapten.?.
buat macam biasa. jawabnya lagi.
sorang lagi kelasi datang.
kapten, kita bukak tali tambatan.?.
cam mana biasanya ko orang buat.?. tanyanya.
kita bukak tali tambatan, dan pelan2 bergerak.
ok. buatlah. buat macam biasa.

setiap soalan yang ditanya. kapten jemat akan jawab. buat macam biasa.
dan kapalpun berjaya berada di tengah lautan.

encik. tu la skillnya. kekadang orang bawahan kita tanya macam2. cammana nak buat itu buat ini, dan tak semua kita tahu. kita tak boleh kata kita tak tahu. kita kata je, buat macam biasa. biasanya, diaorang akan cuba dan cuba. dan siapelok.


di hari terakhir kursus public speaking.

di hari terakhir kursus public speaking. setiap peserta harus menyampaikan ucapan dalam bentuk naratif. abdul karim memilih untuk bercerita tentang kisah kapten jemat.

abdul karim. engineer. kilang mukah. dia juga bos kepada mat denan.

... dan kapalpun berjaya berada di tengah lautan.
tiba2 angin mula bertiup kencang. sorang kelasi tanya.
macamana kapten.?.
buat macam biasa. jawab kapten jemat yakin.
kelasi tersebut pun paham. segera mengemudi kapal mengawal keadaan.
angin bertiup semakin kencang. gelora. laut semakin bergelora. kapal hilang arah untuk dikemudi. kapal terumbang-ambing berhayunan ke kirikanan dan terjongkangjongkit sekalidua.
kelasi2 semakin risautakut. maka ramailah kelasi datang berjumpa dengan kapten. dan tanya.
apa harus dibuat, kapten.?.
buat macam biasa.
dan dengan serentak. kelasi2 berteriakan melaung.
abort ship.! abort ship.! abort ship.!
semua kelasi2 terjun ke dalam laut. kecuali kapten jemat.

kapten jemat masih lagi di atas kapal tatkala kapal pelan2 menyelam ke dasar laut.


*

menjahit bendera

aku agak nih kesinambungan kisah bersih2.0

Puisi: A. Samad Said
Muzik: Az Samad
Menjahit Bendera
Kelongsong gas dan air asid berkecah di jalanan,
kita telah disanggah tapi kita tenang berdepan.
Kita mengharumkan abad supaya wangi dan putih
dan terus berjuang walaupun dalam perih dan pedih.
Kita ingin sembuhi demokrasi yang kini lara
agar sejarah akan berbangga di hadapan kita.
Kita landasi dan warasi keangkuhan kuasa
kerana tak rela terus dicengkam kuku puaka.
Kita bangkit dan mengejar tofan yang mengacah kita
sempat wariskan unggun demokrasi segar menyala
dan kita kibarkan bendera yang satu dan yang sama,
menjahitnya setiap kali diraguti kuasa.
Disimbahi warna kuning di sisi lirik nan jernih
serentak kita menyanyi: Bersih, Bersih—kasih, kasih!
23, Julai, 20ll A. SAMAD SAID


*

sehelai tisu untuk kamera digital

tuan...!
a a keli. apa hal keli?
tuan.! tuan hj marzuki panggil. dia ajak minum. di kantin. dia ada di kantin.

keli. christopher keli kelly. ffb grader.

cantik kamera, tuan haji. sapaku.
ye la. apa ko ingat aku tak reti benda2 nih. tengok nih.
hj marzuki menunjukkan tumb drive yg kecilcomel 4gig.
laptoppun aku ada. ko cakap apa2 yg canggih. semua aku ada. cuma tak reti nak guna. ha ha ha.

di meja dah ada sharir dan ah hock.
lawatan hj marzuki kali nih dah improve ke satu level. bawak kamera digital.

jom masuk kilang. ambik2 gambar.
ada sharir. ada ah hock dan aku. sama2 masuk kilang. lalu jalan-tepi antara tangki2 minyak dan steriliser2.

ah hock. kawan baik hj marzuki.

berenti kejap.! aku nak ambik gambo.
hj marzuki mengangkat kamera digitalnya dan menghalakan lensa ke arah steriliser2.
kabur la. laaa berkabus.! patut tak berapa nampak. korang ada tisu tak?
untuk apa, tuan haji? tanyaku.
nak lap kanta ni. tak nampak.
kat opis ada. saya pergi ambik.

tuan haji.! tisu, tuan haji.
hj marzuki merenung nakal ke arah aku. tak nampak marah. hj marzuki kalau marah mukanya jadi merah bawak ke cuping telinga. itu kata johari. satu lagi. bila marah, dia akan cakap inggeris.
ko nampak tak kanta ni.! kecik je kan.!
aku senyum dan segera alihpandang ke arah tangki2 minyak.

sekoootaaak ko bagi.! sehelaipun dah cukup.!

*

suatu hari aku drive bawak hj marzuki dari kuching ke pt.mas.
hari ni last day aku ngan goldenhope. sebelum blah, aku nak lawat semua kilang2 kita. pt.mas nih yg last.

hj marzuki dan mohd ali nurdin dah buat appointment dengan aku seminggu lebih awal. nak ke pt.mas. dari kuching ke pt.mas lebih kurang 1 jam setengah. dan kena lintas border. border malaysia. tebedu. border indonesia. entikong.

pt.mas. kilang sawit austral di indon.
mohd ali nurdin. tqem. total quality and environment manager.

haji marzuki naik flight kuching-kl petang tu jugak.
...dan aku. aku tak pernah lihat hasil fotografinya.


*

Saturday, July 23, 2011

kalendarmeja tahun 2005

januari2002.
bos nak datang. kalendar macam nih tak boleh nampak kat bos. bos kita haji.
cepat2 hj marzuki menyimpan kalendarmeja ke dalam laci mejanya sambil mempelawa aku duduk di sofa menunggu tuan hj shabuddin sampai.

duduklah hasri. kejap lagi bos datang. dia nak jumpa engkau dan ada beberapa perkara lagi nak discuss.

haji marzuki. senior mill manager kilang rajawali.
haji shabuddin. mill advisor austral.

*

tuan nak kalendar?
tanya saripah di suatu hari di bulan2 akhir sebelum tahun2004 melabuh tirai.
banyak ka? bagi aku tengok.

kalendarmeja nih aku nak. korang tak boleh. korang ambil yang ada gambar2 pemandangan dan gambar2 mesin jeh.
aku ambil 3. satu aku bagi kat pomen makhtar. dua untuk aku. satu aku letak atas meja. satu lagi dalam laci meja.

*

januari2005.
sharir, kemas meja. bagi nampak bersih. kejap lagi hj marzuki datang. sure dia masuk bilik kita tuh.
sambil tuh aku pun posisiletak kalendarmeja tahun2005 atas meja. cukup jelas dan menangkap mata sesiapa yang duduk di depan mejaku.

hj marzuki sampai. duduk depan mejaku.
kalendar nih aku nak.
ambik la tuan haji.

sharir. asst manager maintenance kilang pekaka.
hj marzuki. mill advisor austral.

*

dua minggu kemudian hj marzuki datang lagi. mill visit.

bukan ka aku dah ambik.
ya tuan haji. saya ada simpan satu lebih.

hah ha ha.



*

amanah

dulu ada sorang tuan Pi eM pernah kata

bersih
cekap
amanah

salam amanah



*

Thursday, July 21, 2011

tea break bersama jamil jentar

jamil jentar kerap jugak tea break jam 10 pagi di kantin zul. dalam seminggu pasti tak kurang 2 kali. dari opis estet jentar ke kilang dalam 8 minit. jauh jugak sebenarnya. tapi estetnya di belakang kilang bersempadan dengan rizab hutan. selalunya dia tea break bersama2 dengan bala2 manager. manager estet kerdau mohd salmee dan manager kilang kerdau johari.
hari tuh dak manager2 lain tak dak. dia sorang2. aku join temankan. aku. masa tuh asst manager processing. jamil jentar tak kisah rank time2 break cam tuh. dia layan jeh.

nih cerita sorang professor dan 6 ekor monyet pulak.
wah! sekali duduk dua cerita sekaligus. baru jeh tadi cerita tentang pengawal sultan. di depannya atas meja satu pinggan kosong dan gelas kosong. dia dah sudah pekena roti canai dan teh tarik. aku pulak masih dengan teh tarik yang baru separuh diminum.

ceritanya cam nih. sambil tunduk2 menekan2 butang hp.

ada sorang professor. sedang buat kajian ke atas monyet. 6 ekor monyet dikurung selama 4 hari. dibiar lapar.
dia menekan2 butang hp lagi. mungkin tengah membaca sms yang masuk.

pada hari ke5, 4 ekor monyet dipindahkan ke dalam satu kurungan yang lebih besar. dalam kurungan tuh ada tangga. di hujung atas tangga digantungnya pisang. ko bayangkan cam mana rasanya monyet yang dah 4 hari tak makan bila tengok pisang tuh.
elok je monyet2 tuh perasan ada pisang di atas, berebut2 ke4-4 monyet tuh memanjat tangga. tiba di pertengahan, professor tuh pun menembak monyet2 tuh dengan air bomba. pelanting jatuh semua monyet.
lepas tuh sekor monyet cuba cepat2 naik. di pertengahan tangga, professor tuh menembak lagi dengan air bomba. jatuh.
lepas tuh tak dak sekorpun monyet yang berani nak panjat. dah dekat setengah jam, pun masih tak dak sekor yang berani panjat. jadi professor tuh pun memasukkan monyet yang ke5 ke dalam kurungan tuh.
bila monyet yang ke5 tuh nampak ada pisang di atas, cepat2 dia panjat tangga tuh. cepat2 juga ke4-4 monyet2 tadi menghalangnya. sehingga setengah jam masih tak dak juga monyet2 yang berani naik tangga tuh.
jadi, professor tuh pun memasukkan lagi monyet ke6 ke dalam kurungan. monyet ke6 nih nampak ada pisang di atas, tapi dia tengok monyet2 dalam kurungan tak pedulipun nak ambil pisang tuh. jadi, monyet ke6 pun masuklah ke dalam kumpulan 5 monyet tuh. tak panjat tangga pun.

nih la contoh mental-block. bila dalam satu organisasi dah ada mental-block, ko mesti pecahkan mental-block tuh.
aku terdiam, mata terkebil2. menarik ceritanya sehinggakan gelas teh tarik yang aku peganggenggam gagangnya jadi statik.

jamil menekan2 butang hp lagi, satu dua butang. mungkin menghantar sms. sambungnya lagi.
padahal, dalam eksperimen nih, professor tuh hanya nak tembak air bomba dua kali jeh. kalau ada sekor monyet yang berusaha panjat di percubaan ke3, boleh dapat pisang tuh.

ko tengok hasri.
bila ada mental-block cam nih. ko tak boleh biar. ko mesti ke depan. cuba dan cuba lagi sebab memang kita tahu hasilnya. kalau cara yang biasa tak boleh. kena pikir. cuba cara lain. jangan biarkan kegagalan pertama tuh menjadikan kita menganggap tiada cara lain lagi. berusaha.


*

januari2006. masa conference goldenhope di sutera harbour kk. jamil jentar menegur aku masa tea break jam 10. masa tuh aku adalah manager kilang pt.mas. jamil masih lagi di estet jentar. sedang aku dah dua transfer. lepas kerdau, kilang pekaka. lepas tuh pt.mas.
cam mana pt.mas? tanya jamil masa berada di foyer.
cam tuh la jugak. ringkas jeh aku jawab.

ko ke kerdau balik la hasri.
kenapa pulak?
masa ko kat sana dulu senang2 je oer19%. boleh jugak dapat 20%. sekarang 18% jeh.
dah setahun 8 bulan kat sana. cukup la kot.

aku senyum. mengingatkan aku kepada cerita yang diceritakannya hampir 3 tahun dulu.

abdul jamil kadri dengan cerita monyet

setiap kali aku nampak abdul jamil kadri duduk sorang2 kat kantin zul, aku akan segera hinggap duduk semeja. kantin zul tuh adalah kantin kilang kerdau. zul dah lama benar jadi operatornya, sehinggakan kantin tuh digelar dengan namanya. nasik beriyaninya sedap standard masakan bukan oleh mamak.
abdul jamil kadri dalam kompeni digelar jamil jentar. dia estet manager estet jentar.

dua cerita yang telah banyak mengubah aku. aku nak cerita kat ko.
jamil tetiba bukak cerita sedang aku menikmati roti canai zul.

satu, cerita pengawal sultan.
satu lagi, cerita sorang professor dan 6 ekor monyet.
aku hangguk2 je sambil senyum dan mengintai jamil dari ekor mata. siap je habis roti canai dan nak mula teguk teh tarik, jamil sambung ceritanya.

cerita pengawal raja.
dia pause kejap, sambil mengatur duduknya lebih tegak dan mengarah pandang tepat2 ke arah aku.

cerita ni, cerita di zaman melaka. satu hari tiba2 terdengar 3 das tembakan meriam. sultanpun memanggil sorang pengawal. kata sultan, ko pergi tengok kapal siapa di pelabuhan. si pengawalpun segera ke pelabuhan. tak lama lepas tuh pengawal pun balik. kapal portugis tuanku. siapa kaptennya? tak tahu tuanku. pengawalpun ke pelabuhan lagi. setelah diberitahu kepada tuanku sultan nama kaptennya. sultanpun bertanya lagi, apa tujuan kedatangannya. pengawal tadi menggelengkan kepala, dan segera beredar ke pelabuhan. tunggu dulu, kata sultan. carikan bendahara. pengawalpun memanggil bendahara mengadap sultan.
bendahara, pergi ke pelabuhan. ada kapal berlabuh. baik tuanku, jawab bendahara.
bila bendahara balik, tuanku sultanpun tanya, kapal siapa? siapa kaptennya? apa tujuannya datang? berapa orang kelasinya? berapa lama berlabuh? dan soalan2 seterusnya.
dengan selamba bendahara menjawab. kapal portugis, kaptennya alfonso, datang untuk tujuan berdagang, 150 orang kelasi, berlabuh untuk 3 hari dan semua soalan lain dijawabnya.

ko nampak tak hasri?
aku senyum je.

bila kita kerja, jangan jadi pengawal. satu suruh, satu buat.
jadilah bendahara. suruh je, semuanya dibuat. hingga sempurna.

*

Wednesday, July 20, 2011

zainuddin cuci kereta

kotor betullah kereta aku. kereta ko bersih la, sir.
sengaja aku mengaduhal ngan nasir. estate manager. entah2 dia boleh tolong atur orang untuk tolong cuci kereta aku. trick2 amateur.

tuan hantar aja kereta ke bawah. ada orang cuci. kita bayar rm1 cuci satu kereta.
nasir dari sabah. orang malaysia. ic malaysia. pasport malaysia. tapi pak-tok-neknya orang bugis. dan dia selalu mengaku bugis.

cuci pertama

atas cadangan nasir, akupun singgah la di tempat cuci kereta. letaknya 30 meter dari opis dan di smpang tiga. ke kiri - woksyop estet dan perumahan staf&pekerja. ke kanan - ke luar dan ke kilang.

pakcik, cuci mobil saya.
ya tuan.
berapa lama siap?
setengah jam.
ok la. saya tinggalkan mobilnya di sini. saya ke opis dulu. setengah jam lagi saya datang ambil.

setengah jam kemudian, akupun turun ambil kereta.
dah siap pakcik?
sikit lagi tuan. di bawahnya.
tak apa la pak cik. biar jak.

tuan, sain di sini.
sapanya sambil menghulurkan buku rekod mencuci. setiap kenderaan yang dicucinya, dia akan dapat ekstra rm1 sebagai imbuhan.
ok.

pakcik siapa nama.
zainuddin.
terima kasih zainuddin.

cuci kedua

din, mintak dicuci mobilnya.
ya tuan.

zainuddin. juga orang bugis. pasport indon. orangnya agak cerah kalau dibandingkan dengan dak bugis2 lain. jugak lebih cerah dibandingkan dengan nasir. agak hensem walaupun dah berumur.
sambil menunggu, akupun duduk tak jauh dari tempat dia mencuci. cukup jauh dari terkena tempias air cucian pressure pumpnya. sempat jugak baca beberapa mukasurat dari novel 'the winner stands alone' yang sengaja aku bawak to kill time. taktik menunggu begini kononnya boleh buatkan zainuddin cuci lebih cepat. sedar tak sedar setengah jam jugak.

tuan, sudah siap.
mana bukunya din. aku mao sain.
tak perlu tuan. tuan tak perlu sain. itu hari saya sudah salah.

cuci ketiga

aku parking ditengah2 ruang cuci kereta. zainuddin berikan isyarat kanankiri dan berhenti. akupun serahkan kunci. tak perlu suruh. parking di situpun zainuddin patut dah tahu. kereta aku harus dicuci.

tuan, mobilnya cuci luar aja atau cuci luar sama dalam.
cuci luar jak din.
kalau mau dicuci dalam boleh jugak tuan.
tak payah la din. cuci luar jak.

tuan, tadi saya dimarah sama tuan nasir.
tuan nasir. manager estet?
ya tuan.
kenapa?

saya disuruh cuci mobilnya. cuci luar sama cuci dalam. ya, yang namanya cuci, harus guna air. saya cuci dalam keretanya guna air. ada banyak tanah dalamnya tuan.

*

setiapkali aku lalu melalui jalan tempat mencuci, aku akan angkat tangan dan senyum kepada zainuddin. dan hari tu adalah kali terakhir aku mintak zainuddin cuci kereta.

Monday, July 18, 2011

hummer


hummer adalah kereta idaman.
!
kat estet pun ada orang bawak ka.
yang nih lefthand drive. (sbb masa dia parking, wa sempat intai kat dalamnya)
mungkin tuanpunya hijacked dari amerika.
!
!
!
gugel rega jap...!
!
!
!
!
priced from
rm459k
!
!
!
ya rabbi...
!
!
!
tuan Pi eM,
bila agaknya saya boleh belimilik si hummer nih...?


*

Sunday, July 17, 2011

firman bagi salam

tok tok tok. tok tok. pintu bilik cctv yang juga akanjadi bilik supervisor dan engineer terbuka pelan2. bilik tuh aku guna sbg bilik aku jugak sbb opis masih dlm pembinaan.

firman dengan sopannya masuk dan berhenti berdiritercegat di muka pintu.

assalamualaikum.
waalaikumsalam. apa crita pakcik?

firman terus masuk dan mencangkung di sisi meja sebelah benar dengan duduk ku.

pam di kolam sana mau dihidupkan hari2 nggak?
ya. apa hal pakcik macam nih. duduk sana.

dia terus je ke posisi duduk yg aku suruh tapi matanya meliar melihatjengok luar melalui dinding cermin. berada dalam bilik tuh serasa seperti ikan dalam akuarium. ada dinding dan pintu tapi dindingnya bercermincerah yang boleh nampak dari luar juga dari dalam.
dia nampak resahgelisah, sebab duduk betul2 depan tuan manager. di hatinya mungkin merasakan bebudak di luar bilik menganggapnya ada berstrategi bersama2 tuan manager. mengadu hal atau menyampai berita. mungkin dianggap barua tuan manager.
aku biarkan je gelisahnya. suasana kubiarkan senyap seketika sambil aku buat2 kerja2 menulis buku log harian. dia semakin resah.

itu hari saya hidupkan pamnya. saya yang pindahkan selang ke kolam empat itu. tuan yang pindahkan selangnya ke depan. tuan mau dipam ke depan?

ya. saya mau airnya pusing2 pakcik. airnya tak mengalir. nanti kolam itu bisa mati.

sekarang gimana tuan? mau hari2 dipam di depan?

pakcik duduk dulu. bagi saya pikir.
firman semakin rimas. mungkin terlalu betah di depan tuan manager.
pakcik tak tambah lagi ka?

sudah cukup tuan. sudah tidak kuat. sakit2 di sini. sakit2 di sini.
sambil menekan2 bahagian belakang badan letak buahpinggang dan menekan2 belakang pinggang.

ye lah kan pakcik. bukan kerja senang tuh. berpeluh2 dan kena rajin.

anak sudah 5 tuan. 6 kalu dikira dua bini. bini pertama satu anak.
sekarang pakcik ada berapa bini.
satu jak tuan. bini kedua.
pakcik pergi hidupkan pam. nanti saya ke sana. di sana kita crita.

saya keluar dulu tuan. mau hidupkan pamnya.

*

three cups of tea


...When the cups of tea steamed in their hands, Haji Ali spoke. "If you want to thrive in Baltistan, you must respect our ways," he said, blowing his tea. "The first time you share tea with a Balti, you are a stranger. The second time you take tea, you are an honored guest. The third time you share a cup of tea, you become family, and for our family, we are prepared to do anything, even die," he went on, laying a hand on Greg's own. "Dr. Greg, you must make time to share three cups of tea. We may uneducated. But we are not stupid. We have lived and survived here a long time."

*

the book thief


'You coward.' He upturned them into Papa's face, and he promptly left the kitchen, and the house.
Ignoring futility, Papa walked to the doorway and called out to his son. 'Coward? I'm the coward?!' He then rushed to the gate and ran pleadingly after him.

*

firman dan pengakuannya tentang ic

firman bandu. orang bugis yg juga asal dari makasar.
firman adalah pekerja pertama yg aku ambil bekerja. betul2 pertama. masa aku masuk kerja di company yg tmpt kerjanya jauh di belantara sarawak, dah ada sorang engineer. dia berenti seminggu lepas aku masuk.
firman org pertama kerja dgn aku. aku suruh jaga pam air. selepas water treatment plant betul2 beroperasi, dia terus jaga plant tuh. jadi operator.
satu hari sedang aku jalankan pam yg letaknya di tebing sungai, biasanya aku bawak firman sekali, firman merapati aku.

tuan, saya ada ic malaysia. saya dapat masa di sabah.
paspor indon-nya ada nggak?
ada.
jadi, yg mana kamu guna?
paspor.
kenapa tak guna ic? kan senang.
nggak apa2 tuan. saya senang guna paspor.
ooo ok.
saya diberi ic masa harris salleh. kami disuruh undi berjaya. undi bn.
ramai ka org bugis ada ic?
di sabah, kami semua diberi ic.

firman juga aku panggil pakcik. dan hanya pakcik. aku tak panggil nama lain. sebab memang dia patut dipanggil pakcik. nampak tua dan menua.

pakcik, umur berapa?
52 tahun.
anak brapa?
6 orang. yg kecilnya 4 bulan. hahaha, aku tinggalkan di kampung. baru 4 bulan aku dah tinggalkan.
rajin betul pakcik.
heh he.

*

Saturday, July 16, 2011

mohd zainuddin dan ic-nya

masih tertanya2 bagaimana sorang bugis asal dari makasar ada ic. satu hari sedang mohd zainuddin duduk rehat2 antara menunggu mesin, akupun duduk sebelahnya.

pakcik, berapa umur?
48 tahun.
anak berapa?
2.
1 cewek, 1 cowok?
ya. yg cewek dah kawin, yg cowok lg kuliah. sma. ada di makasar.

pakcik, bila pakcik buat ic malaysia?
di kuantan. masa dr mahathir.
berapa lama di sana.
4 tahun. orang sana jahat2.
kenapa jahat?
malam2 diaorg masuk rumah curi barang. lepas itu pergi pontian johor.
kilang sawit jugak?
ya. di sana mau jalan, naik kretapi. jalan malam.
berapa lama pakcik di semenanjung?
20 tahun.

katanya, pernah kerja di sabah. mana pakcik?
kilang pontian.
pontian bukan johor ka?
kilang pontian. di sabah.
ooo. johor pontian, sabahpun pontian. sabah tu sama dgn tuan nasir la?
tuan nasir di estet. kami di kilang.

*

mohd zainuddin dan epf

suatu ketika. aku tak ingat betul2 tarikhnya. mohd zainuddin yg aku biasa panggil pak cik bila mood aku bagus tapi selalunya aku panggil din je, hulur ic kat aku

kenapa pak?
guna ic ja, saya punya ic.
untuk apa?
untuk kerja.
ko bagi kat engineer david. nanti dia atur.

mohd zainuddin org bugis. asal dari makasar. dia salah sorang dr grup dak niamas yg dlm dispute.
tiga semuanya dr niamas; yg lain kamaluddin dan harianto.

satu hari aku terima mesej dr hq.
mr hasri, please fill up ic no for epf contribution:
1. addy addison
2. sowlly
3. mohd zainuddin

selang 2 minggu lepas tuh, lps siapkan checkroll, akupun pggl la si mohd zainuddin nih.
ada bawak ic-nya pak.
ada.
bagi sama aku. opis mau no ic-nya. pernah ada epf?
ada.
ok.

the ancient ship


"...So why should people wait to work on something so small as a set of gears? Comrade Zhichang, you must boldly fulfill your responsibility to science. Science is truth, and truth is light. Darkness fears the light. What in the world are you afraid of? Face the future and move forward."
Technician Li lowered his arm and shoved his hand into his pocket. Li Zhichang cast a questioning glance at Sui Buzhao, who said, "Like sailing a ship, you must keep moving forward."

*

anak nelayan

tahniah wa ucapkan kepada

LAGU TERBAIK MALAYSIA


Hafiz
Awan Nano
M Nasir Buddhi Hekayat.

LAGU TERBAIK

Hafiz
Awan Nano 
M Nasir Buddhi Hekayat




sbb menang di anugerah planet muzik 2011


*

pekerjaan yang paling bahaya

adakah polis...??? yg tendangterajang dan tak kurang yg hanya tengoksenyum masa perhimpunan bersih2.0...
+ bukan +

nelayan.

aku anak nelayan

Thursday, July 14, 2011

beg merah dan beg hijau

ada beg merah dan ada beg hijau dalam bilik ni.
besarnya :
yang merah - lebar 2'4" x tinggi 2' x tebal 8".
yang hijau - lebih kurang sama saiz.

pi

is 3.14159265

and more 3.1415926535897932

kira kayu dalam satu tan

faktor : 7200
formulanya : faktor / saiz

contohnya : untuk kayu bersaiz 1x8x12.

jumlahnya : 7200 / (1x8x12) = 75 keping satu tan.

yg lain :
1) 1x6x12 - 100 keping satu tan.
2) 2x2x12 - 150
3) 4x4x16 - 28

yg lain2 lg : kiralah sendiri...!

say

most of the time we stand here listening to explanations of how to present simple things in the most complicated way possible.

clever

that was clever.
really clever.
then again, it's easy to be clever when you're holding a loaded weapon.

a kicker

personally, i think they're trying to wear us out.
keep us sluggish, so there won't be an uprising.
well, those J.V. tactics won't work against me.
i'm a kicker.

colonel hans landa

but like any enterprise, when under new management there is always a slight duplication of efforts.
most of it a complete waste of time but needs to be done nevertheless.

only rumours. i love rumours. facts can be so misleading. rumours true or false are often revealing.

Sunday, July 10, 2011

the road




They slept through the night in their exhaustion and in the morning the fire was dead and black on the ground. He pulled on his muddy shoes and went to gather wood, blowing on his cupped hands. So cold.

*

life of pi



...The roads were bad. They had a flat tire. Their car broke down and the mechanic who fixed it surreptitiously cannibalized the motor of parts, putting in used parts instead, for the replacement of which they had to pay the rental company and which resulted in the car breaking down a second time, on their way back. The second mechanic overcharged them....

*

little hut of leaping fishes


...Their legs tremble and they take slow steps, each more careful than the one before, knowing well that one false move could cost them their lives.
Mingzhi notes the signs of hardship: weather-worn faces, shrivelled lips, protruding ribs and collarbones on sunburnt bodies.
These are my people. He feels his scalp itch in the blazing sun.

*

the winner stands alone


'Yes, various biological studies have shown that if a frog is placed in a container along with water from its own pond, it will remain there, utterly still, while the water is slowly heated up. The frog doesn't react to the gradual increase in temperature, to the changes in its environment, and when the water reaches boiling point, the frog dies, fat and happy.
'On the other hand, if a frog is thrown into a container full of already boiling water, it will jump straight out again, scalded, but alive!'

*

a thousand splendid suns




Outside, mockingbirds were singing blithely, and, once in a while, when the songsters took flight, Mariam could see their wings catching the phosphorescent blue of moonlight beaming through the clouds.

*

the kite runner




..."Now, no matter what the mullah teaches, there is only one sin, only one. And that is theft. Every other sin is a variation of theft. Do you understand that?"
.
.
.
"When you kill a man, you steal a life," Baba said. "You steal his wife's right to a husband, rob his children of a father. When you tell a lie, you steal someone's right to the truth. When you cheat, you steal the right of fairness. Do you see?"

*

the white tiger


Oh, he's got it all figured out, I tell you. Little blackmailing thug. He's going to keep quiet as long as I keep feeding him. If I go to jail, he loses his ice cream and glasses of milk, doesn't he? That must be his thinking. The new generation, I tell you, is growing up with no morals at all.

*

monkey rules

never let monkeys look after banana
an expensive monkey is still a monkey
when you rescue a monkey, it's no longer the monkey's problem, but your problem

flammen & citronen

act with determination
execute your plan
if you stay calm, no one will suspect a thing
people will only be looking at the dead
at nothing else
they won't see you leaving
they won't remember you ... ... at all
i know i'm doing the right thing
it's the only right thing.
you see?

kad pengenalan myKad

kepada tuan Pengarah Pendaftaran Negara,
1. saya rakyat malaysia yang ada myKad.
2. masa saya buat myKad, kena hadir diri di pejabat pendaftaran.
3. diambil foto dan capibujari in-situ.
4. myKad dapat entah brapa bulan lepas tuh.


tuan,
satu dilemma - bila tang nak buh alamat.


boleh tak saya ada beberapa myKad?
setiap tempat saya bertapak, saya buat satu myKad beralamat di situ.

besi

1. orang tua2 di kampungpun kata besi.
2. surah ke57 - surah al-hadid juga bermaksud besi.
3. metallurgist kata : besi ada dua. cast iron dan steel.


tuan Pi eM,
1. kita dah mampu buat kereta dan berbagai2 lagi, tapi kita masih belum ada kepakaran menghasilkan steel.
2. kita setakat smelting dan casting je.
3. dan terlalu banyak foundry.


salam - untuk negara yg bakal maju.

Saturday, July 9, 2011

solitaire

mom, what is solitaire?
solitaire is a card game that you play on your own.

can i play with you?

NCR

1. dak MS ISO kata :
non-conformance-report.
2. d sarawak pulak :
native-customary-rights

fatigue

fatigue itu lesu.

metallurgist kata :
fatigue - bila metal kita goyang2, jadi patah.

aku fatigue.
nak tido - quality sleep.

Sudan Selatan

salam negara baru.

tuan presiden,
dah ada tuan penasihat ka?

Wednesday, July 6, 2011

membelimilik rumah

1. seorang kawan kata gini;
Homes becoming too costly for the average Malaysian - The Star...
Proposed house price/guide
Basic ~ 50k
Upper basic ~ 100k
Lower middle ~150k
Middle ~ 200k
Upper middle ~ 300k
Rich > 300k

Set your house price limit as follow
Salary x 12 x 2.5. If you earn rm3k/m, then you're in the upper basic group

2. seorang kawan lagi kata gini;

3. rumah foto bawah nih, jaman toknenek dulu adalah mampumilik...


YTL Residence
32,000 sqft area
9 bedrooms, multiple kitchens, at least 13 bathrooms
A chapel big enough to host small weddings
A ballroom that sits 200 people
No of residents: 3 family generations (grandparents, parents, 7 children)










Tuesday, July 5, 2011

duit duit ke sini dong aku mau duit

duit duit di mana kau duit

RAHMAN

...menurut kata ada-orang-kata, nama2 Pi eM malaysia petunjuknya ada pada RAHMAN. dan N itu adalah yang terkini...
lepas N, tak dak huruf dah. dan mungkindanbolehjadi;


sepa...

masihkah kau ingat - kopratasa

...masihkah kau ingat pada waktu itu,
sekuntum bunga mekar, ku selit ke rambutmu...


Stadium

...stadium untuk perhimpunan...



kepada pn Ambiga,
...di stadium itu nanti, nyanyikan lagu ini untuk kengkawan aku;

masihkah kau ingat - kopratasa

Monday, July 4, 2011

ini Hasif

namanya Hasif
.
.
.
.
.
.
.
......dia suka makan cotton-candy......!




Saturday, July 2, 2011

Impulse buying

aku suka jalan2 di shopping kompleks,
tengok sana, tengok sini...
tapi... yang aku tak suka;
impulse buying...
... dan terpaksalah;
giving pause...

Pak Samad

1. aku suka teks pak samad - sini.
2. aku juga suka puisi pak samad - sini.
3. aku paling suka novel pak samad 'Di Hadapan Pulau'...