Wednesday, February 29, 2012

Azlan mungkin chef hotel...!!!


.
Sila baca ini, kawan.!...

"In the hotel industry many of the old style hotels would never purchase non stick pans, one reason was in the “old days” they did not exist and another was that for heavy usage they would never last long." - dipetik dari sini.

.
dan kenapa saya katakan Azlan mungkin chef hotel...???!!!

.

biar saya ceritakan, kawan.! kisah Azlan di pagi selasa, semalam.

"
Azlan ada satu periuk non-stick 8 inci, dan satu senduk plastik. (di sini ada kaitan...)
.
Azlan sangat gemar memasak untuk sarapan pagi, untuk dirinya sendiri. 
Itu benar, kawan.! Sebab, perut Azlan hanya boleh menerima makanan panas untuk sarapan. Pagi itu, Azlan memasak mi Maggi perisa kari bersama dengan sebijik telur. 
Begini resipi dan tatacara-tatacaranya, kawan.! :

  1. Mula-mula, Azlan merebus air sehingga mendidih. Sementara menunggu air mendidih, Azlan mengeluarkan sebijik telur dari kompartmen telur peti sejuk, dan mencuci bersih telur itu.
  2. Kemudian, Azlan mengambil sepeket mi Maggi perisa kari yang tersimpan di dalam bekas Tupperware, dan lantas membuka peket.
  3. Apabila air sudah mendidih, Azlan memasukkan mi dan juga memecah-masukkan telur. Sementara menunggu, Azlan membuka peket perisa dan memasukkannya ke dalam mangkuk seramik.
  4. Cukup dua minit, Azlan memasukkan masakkan tadi ke dalam mangkuk seramik, digaulnya. Kemudian, periuk diletakkan semula di atas dapur.
  5. dan... Azlan pun bersarapan.
Oya, dia juga bersarapan dengan Nescafe yang ada buih2 halus.
.
Selesai bersarapan, Azlan bergegas pergi kerja...

*****


Tengahari itu, Azlan balik agak awal. Lebih kurang jam11.30pagi Azlan sudah sampai di rumah manager kilang.
Setelah membuka pintu, Azlan terbau polimer yang hangus. Berlangkah berhati-hati, Azlan menuju ke dapur. Dia melihat asap hitam keluar dari dalam periuk non-stick 8 inci yang digunakannya tadi.

Selepas memadam api dapur, Azlan menggeleng-gelengkan kepala. Ditelitinya periuk itu, dan diletakkannya semula di atas dapur yang telah dipadam apinya.


*****
.

ini la rupa non-stick utensil, kawan!. (ada pan bergambar bersama-sama...).



dan ini kisah si pembuat non-stick :

"Coatings used in the cookware industry are made from either a silicone base or a fluorocarbon (P.T.F.E.) base. Fluorocarbon coatings (think ozone layer) are applied in a 2 or 3 coat process, consisting of 1 or 2 layers of the non-stick material, plus a "sealer" or topcoat." - dipetik dari sini.

.
*****

...dan, maka hari-hari yang mendatang, Azlan akan memasak menggunakan periuk non-stick yang tidak lagi non-stick.


.
"
Maka, jelaslah sudah...
Azlan kini setanding dengan chef hotel, kawan.! Memasak tanpa perlu menggunakan periuk non-stick...!!!

".




salam



 .



Saturday, February 25, 2012

Poached-egg bersama Azlan...

Azlan bolehlah dianggap tergolong dalam kalangan pemikir. Cukup dengan hanya melihat Azlan in-person, tidak syak orangnya penuh dengan filosopi ; dahinya yang semakin terang dan rambut di tengah2 kepala semakin menipis.

Pagi ini, Azlan mengambil masa yang benar panjang, hanya untuk membuat keputusan masakan untuk sarapan pagi.

Azlan bukanlah seorang chef yang handal, tetapi masakannya sentiasa sedap. Ya. Memang sedap, kawan.! Bersama dengan satu periuk 8 inci dan sebatang senduk plastik, Azlan...

.....
sumber foto : dari sorang blogger
*****
Dinner malam tadi, Azlan masak nasi goreng kampung. Sedap. Sungguh sedap. Yah, untuk mendapatkan hasil masakan yang sedap, perlu banyak pengorbanan. Sambil berfikir untuk memasak untuk dinner, Azlan memasang DVD 'Sisterhood Pant 2', dua kali setengah cerita itu diulang-putar dan akhirnya Azlan naik bosan lalu cerita 'Pirates of the Carribeans - at World Ends' mengambil alih. 

Suku jam menghampiri tengahmalam, akhirnya Azlan mendapat ilham. Nasi goreng kampung. Dalam menyediakan peralatan memasak, kepala hotak Azlan masih lagi ligat berfikir ; ada manual, ada prosedur ada teknik2 khas yang timbul-tenggelam.

...maka Azlan : 
Panaskan periuk, adalah langkah pertama. Tuangkan sikit minyak masak kelapa sawit 'Vesawit'. Masukkan nasi dan tabur sepeket perencah 'Nasi Goreng Kampung Adabi', pecah-masukkan sebijik telur dan gaul. Walla.!... siap... Ala2 Adabi...!!!

*****
Azlan akhirnya berkeputusan memasak mi Maggi perisa kari, itupun setelah separuh DVD lagu Wali Band diputarkan.

Azlan pun mencapai periuk 8 inci dan memasukkan air-minuman jenama 'Borneo', bila mendidih dicampakkannya mi dari peket ke dalam periuk dan dipecah-masukkan sebijik telur ke dalam adunan...
...tapi, kali ini telurnya agak spesial. walaupun sudah dibuang kulit, namun masih berbentuk bulat seperti bebola ais. Mungkin kerana telur yang disimpannya di dalam kompartmen freezer. Ini la yang dikatakan poached-egg, fikir Azlan...!... dan Azlan duduk sambil menunggu. Menggunakan jam yang ada di handphone 'Nokia', Azlan memantau masa. Cukup 2 minit, api dapur dipadamkan dan mi Maggi berpindah tempat ke dalam mangkuk seramik yang dibelinya di Parkson...

Cuma, Azlan agak kecewa bersarapan tanpa Nescafe, sebab Nescafe yang hanya tinggal sepeket telah diminum oleh Joko semalam. Kalaulah ada 7-Eleven di pedalaman, rengus Azlan...!


.



salam.

.

Wednesday, February 22, 2012

Satu bilik untuk dua orang…


Petang khamis minggu lepas, Azlan bertandang ke rumah Nasir, menonton Astro Awani 501. Selalunya petang khamis, Azlan balik ke rumahnya yang letaknya di pinggir bandaraya Miri di taman-perumahan yang hampir dengan pantai Laut China Selatan, sebab mengambil sunat malam jumaat.  

Gurauan-sendaannya dengan isterinya beberapa hari lepas masih lagi berputar-ulang di dalam kotak ingatannya. 
‘darling, tengok rambut I di tgh2 kepala nih. dah semakin gugur-dan-menipis…’.  
‘ye la tu…!!!. tapi apsal jambang U semakin keras-berduri…?!’ .
‘eh… semestinya. tuk garuk2… bagi geli…!!!’

.
*****
Azlan : Lama benar dah aku tak menonton berita dalam tivi nih.?
Nasir : Eh. Tak apa. Tengok lah.

.
Azlan : Apsal ko diberi Astro, aku tak.? Akupun manager jugak.!

*****
.
Di tivi, penyampai berita petah menyampaikan berita sedang Azlan dan Nasir masing2 diam masyhuk mendengar gubahan berita yang disampaikan. 

Tiba2 loceng di ruang tamu berbunyi. (eksyen betul si Nasir nih, siap berloceng segala, wireless lagi.!) Sejurus kemudian, masuk dua orang perempuan Bugis yang agak berumur membawa bersama satu dulang yang ada sekotak rokok yang telah dibuka. Mereka mengundang Nasir dan juga Azlan untuk ke majlis perkahwinan…

.
…majlis perkahwinan orang Bugis yang bekerja di estet. dia si duda dan dia pula si dara…



.


kedaluwarsa…

Azlan suka makan kuaci. 

Petang semalam, Azlan menjemput Joko ke rumah untuk coffee-time. Setibanya Azlan di perkarangan rumah-manager-kilang selepas pulang dari kerja, Joko sudahpun berada-menunggu di depan pintu utama.

Azlan : Hah, Joko.! Lama dah kamu sampai.?
Joko : Baru jak…

…dan Joko dijemput masuk.

Azlan : Aku mo ajak ko makan kuaci. Tolong aku habiskan sepeket kuaci yg aku beli tadi. Ko masak air, buatkan Nescafe.!

…sementara menunggu air yang dimasak Joko mendidih, Azlan memasang DVD lagu Celine Dion, dan duduk di sofa hijau dengan kaki berlunjur diampu kerusi.

Joko : Bos, Nescafe udah siap. Mana kuacinya.?
Azlan : Kuaci di dalam bekas Tupperware bulat warna biru.

.
Joko : Bos, makan kuacipun mau berteman.?!. Bos sorang jak la makan.!

…Azlan menjeling ke arah Joko sambil menghirup buih2 halus Nescafe.

Azlan : Ko tengok expiry date kat paket tu. Kuaci tu dah duatiga hari expired. Aku makan, ko makan, kalau apa2 hal dua org sakit…


.



salam

.

Sunday, February 19, 2012

the Dining Table... The Metallurgist. (part 2...)

n3 nih adalah berkaitan dengan, n3 ini :...
.

the Dining Table... The Metallurgist.


.
dan adalah sambungan-nya...


.
*****
aku suka tengok yg di :

Lorenzo; yang design-nya a semblance of domineering - overbearing - masterful - imperious .
Rustica; yang design-nya sensing fearful and hesitant, yet modern - coeval - up-to-date - neoteric.
Manzano: yang design-nya for working middle-class, yang bersesuai dengan selera-dan-penampilan aku yang hensem-maco...


*****
.
tapi, aku memilih untuk membuat-nya sendiri...


.
yang akan ada empat single-seater chairs dan satu two-seater bench. (belum disiapkan...)...


.
aku updatekan dengan foto2 je lah... :)

.



.














*****






.
*****


salam



.
*****

Faedah bergotong-royong...

dari kaca mata seorang kanak2, bergotong-royong adalah : ....

.
muka satu



.
muka dua


.
...di-imbas dari buku karangan Hanna, yang sekarang di Tahun5...
.



salam


.

Friday, February 17, 2012

R dalam mirror image...

ada masanya, aku dapat kad.

.
daripada anak2...

.
di suatu sambutan hari bapa (Father's Day)...

.

ini dpd Hanna dan Hatta...


.
 
muka depan
di dalam
















































.

Wednesday, February 15, 2012

makan cendawan...

Pagi-pagi, bila masuk kerja di kilang yang jauh di pedalaman itu, Azlan biasanya akan ke ramp melihat buah sawit yang diterima.

Pada suatu pagi rabu awal bulan dua itu, Azlan sebaliknya terus ke bilik manager di bucu bangunan yang menghadap jambatan timbang dan boiler house. Dua hari lepas, dia telah mengarahkan staf dan assistan-nya menyiapkan cepat2 checkroll agar gaji boleh dibayar pada 4 haribulan sebab 5 ahad dan 6 cuti umum. Harapan Azlan pagi itu, agar checkroll telah siap disemak dan dia cuma perlu turunkan tandatangan untuk disahkan untuk pembayaran. Mejanya kosong. 

Azlan mengeluh lalu menghayun-hayunkan badannya di kerusi yang bolehputar-dan-naikturun, meninjau boiler house lewat tingkap sambil menyisir-nyisir rambut di kirikanan kepala dengan jari. Sekalidua dia melajakkan jarinya menyisir rambutnya yang sangat kurang benar di bahagian tengah kepala.

Sedang Azlan hendak bingkasbangun dari duduk, Joko masuk. Azlan sedikit terkejut kerana biasanya setiap orang yang hendak masuk, akan mengetuk pintu. Masuk setelah dibenarkan.

Azlan : Ada apa Joko.?
Joko : Syarifuddin mao mintak cuti sebulan. Katanya, dia mao hantar bininya balik ke kampung berubat.

Azlan : Sakit apa bininya.? Hantar ke klinik di Batu Niah je lah. Tak pun ke Hospital Miri.
Joko : Katanya, sakit sebab makan cendawan sawit. Dah dekat seminggu sakit. Dia mao berubat di kampung, sebab kalau terlanjur mesti dibedah, di kampung ada emaknya yang jaga.

Azlan : Suruh dia sendiri jumpa aku. Dia sendiri yang mintak.




.
*****
ini kisah Syarifuddin dan isterinya Umi...

"mereka adalah suami isteri selama 3 tahun. masih belum ada anak... "

"Syarifuddin datang di kilang yang jauh di pedalaman atas pelawaan Azlan. Dia anaksedara Harianto. Melalui Harianto lah Syarifuddin datang semasa Azlan sangat2 kekurangan pekerja..."

*****




.
*
ini kisah Syarifuddin...

"Syarifuddin sorang lelaki yang bengkeng... juga manja.! Dia bekerja sebagai operator di bilik penjernihan minyak kelapa sawit. Setiap kali apabila dia ditegur oleh isterinya, pasti esoknya dia ponteng kerja..."

*
ini kisah Umi...

"Umi bekerja di estet..."

*




.
*****
yang sebenarnya...

"...Umi selingkuh. Dia selingkuh dengan mandor-nya. Mandor-nya warga filipina ber-myKad Malaysia. Umi sebenarnya tidak sakit, tapi dia mual2 dan muntah2. Mengandung.!"
"...Rasa marah yang membuak, Syarifuddin menghayunkan sedas tumbukan di muka mandor itu. "
"...Atas desakan dan arahan pengurus estet, kedua2nya dihantar pulang ke kampung mereka di Sulawesi..."

*****


.


Tuesday, February 14, 2012

ini kisah di dalam kelambu...

Semalam Azlan agak stress.

Semalam ketika Azlan hendak memasuki perkarangan kilang, dia ditahan oleh Suardi. Suardi, adalah Asst Manager estet yg baru beberapa bulan bersama syarikat, berasal dari Sabah. Suardi, dalam nada ketakutan dan kebingungan meminta agar Azlan segera ke perumahan staf kilang. Ada kekecohan katanya.

Azlan : Ko pergi ke perumahan. Tunggu aku di sana. Aku masuk ke kilang kejap. Kita jumpa di sana.

*
Apabila sampai di perumahan staf kilang, Suardi menerangkan situasi semasa dengan panjang lebar. Azlan angguk dan mengangguk-angguk. Selesai penerangan daripada Suardi, Azlan pun bergegas naik ke atas bukit di belakang rumah manager kilang. Matanya liar memerhati denai yang dilalui agar tidak terpijak tahi lembu atau lopak2 berlumpur. Sampai di paras yang boleh menarik-masuk signal handphone, Azlan mendail ke handphone tokeh. 

Azlan : Mr, we have a situation here. 

...dan Azlan menerangkan situasi semasa. Selesai menerima arahan dari tokeh, Azlan mengarahkan Suardi agar mencari satu kereta lagi.

Suardi : Kenapa, tuan.?
Azlan : Ini arahan tokeh. Kita ikut jeh. Dia suruh kita bawak diaorang ke balai polis Batu Niah, dalam dua kereta. Aku bawak satu, ko satu.

*****
...ini Acok. (yang berbaju hitam...)


(...err... mintak perhatian : yg berbaju belang putih-hitam dan boroi itu bukan Azlan...)

kepada polis Acok bercerita...

"isteri saya dilarikan orang. staf kilang sembunyikan..."
.

...ini Augustina.


 kepada polis Augustina bercerita...

"saya mau berpisah dengan dia. dia selalu pukul saya..."

.
*****

Ketika minum2 bersama2 dengan 2 orang polis, seorang sarjan dan seorang lagi pegawai, Azlan menerangkan apa yang dia diberitahu. Azlanpun bercerita kisah Acok dan Augustina.

" Acok ada isteri yang sah di Sulawesi. Augustina sorang janda ketika sampai di sini. Ketika mengorat Augustina, Acok mengaku telah berpisah dengan isterinya. Mereka menikah. Bulan pertama, Augustina heran sebab semua gaji Acok yang bersisa dari belanja harian dihantar ke kampung. Acok sebenarnya masih beristeri sah di kampung. Mulai dari saat itu, pergeseran berlaku. Tamparan dan tumbukan singgah di tubuh Augustina setiap hari. Apabila Augustina meminta perlindungan daripada sedara-mara, dia tetap dipulangkan kepada Acok... Akhirnya, dia meminta perlindungan dari sorang staf kilang..."

Azlan meminumhabis 100Plus...

*****


.

Saturday, February 11, 2012

Semangat seekor spider... tatkala malam gelap-pekat.

semasa melewati denai menuruni bukit di belakang rumah
dalam hujan renyai...

.
aku

aku terserempak dengan
seekor spider
yang sedang memasang perangkap
bertunjangkan rerumputan

.
dan aku...
teringat pelawa si Dino
untuk menangkap foto si spider

.
maka aku...
persembahkan
hasil tangkapan foto spider
tatkala malam gelap-pekat dalam hujan renyai

.
kepada si Dino.

.
nah.! ini untuk kamu...
.

.
criter di sebalik-tabir penggambaran :
.
aku nampak sekor spider sedang-tengah menyulam jaring perangkap
di antara dua helai daun rumput yg tertegak
dari satu helai daun rumput ke satu helai yg lain
ia membentuk bebenang direntang-regang
.
tatkala ia hendak membina bebenang yang kedua
aku putuskan yang pertama
sekembalinya ia hendak merentang-regang bebenang ketiga
aku putuskan yg kedua
.
dan akhirnya,
aku tewas dek semangat-nya,
walau ia tidak menyengat aku...
.
lalu aku suluh sang spider itu
dan aku ambil fotonya...
untuk sorang kawan
yg nak sangat tengok foto spider
hasil tangan aku...
.

salam.
.

Thursday, February 9, 2012

raison d'etre

aku, liberal...! tak jugak.
aku, sekular...! lagi la tak.

.
aku tertarik dia guna phrase raison d'etre...


.

Wednesday, February 8, 2012

Monday, February 6, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1432H : Sarawak di Miri. (Bahagian Pertama...)

Pada tahun ini, 1432H, sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri diadakan di Miri.

Tema : Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

MC kata :
1) Ada 138 kontingen.
2) Kehadiran adalah seramai lebih 9,000 orang.

*****
3) Yang hadir berkumpul, sebelum perarakan...
.
Pemandangan yang lebih awal, dirakam dari pentas utama.

Pemandangan yang hampir dengan perarakan, dirakam dari pentas Stadium Miri.

.
*****
4) Perarakan dimulakan...

Sepanduk utama diusung, meneraju perarakan...

.
*****
5) ...maka, ramai2 lah berarak mengelilingi Bandaraya Miri... sempena Sambutan Maulidur Rasul 1432H Peringkat Negeri (Sarawak).

Berbaju biru berkaca-mata hitam ialah Ketua Menteri Sarawak, yang berbaju biru berjambang-putih ialah pemangku-TYT.

...dan, ada juga yang berbaju biru bersama anak, yang berjambang-masih-hitam.

.



salam
.

*****
Nota :


.....di sini ada kaitan.
juga di sini, dan...
di sini...

Sambutan Maulidur Rasul 1432H : Sarawak di Miri.

ini adalah...

Bahagian Ke-2...

.






















Thursday, February 2, 2012

satu pagi yang indah... tapi...!!!

di trafik light...

bila merah.

BERHENTI...!!!

bila hijau.

... masuk gear satu. vroom...
... masuk gear dua. vrooooom.....
... masuk gear tiga. sreeeeeeetttttt...

ah.! ...lupa lepas hand-break.!!!

hah.

dan...

aku nampak juga ini...

rangka pada pintu belakang kereta...


.





.
ini...




.
adalah...





.
percubaan berani...




.
untuk buat entri... ala-ala

.
tasekM, digabungkan dengan entri ala2...
akuyangakut.


.
salam




.