Saturday, May 28, 2011

duit syiling...

kepada presiden Amerika,


tadi masa tengah drive balik kerja terasa haus nak minum air dalam tin yang ada gas. dilemmanya, nak beli guna wang kertas atau duit syiling. teringatlah pulak saya selalu campak duit syiling lebih dari beli jajan ke dalam kompatmen desbod. godak2 kompatmen di desbod, dapatlah setengah genggam duit syiling. (tuan presiden, mana nak jumpa pemandu yang satu tangan pegang stereng, satu tangan godak2 kompatmen d desbod ; sebijik mata pandang jalan dan sebijik lagi curik2 pandang desbod - hanya d malaysia). 


singgah sekejap di Kedai Asah ak Sumpit Sdn Bhd (tuan presiden, cantik tak nama kedai tuh. d tempat lain namanya mungkin asah parang). beli satu tin rm2.00, dan ada baki rm1.20 - setengah genggam duit syiling rupanya rm3.20.


tuan presiden, 
1) saya nak cadangkan supaya duit d dunia nih ditukar dari wang kertas kepada duit syiling sebabnya duit syiling boleh buh dalam desbod lama2...
2) lagipun nilai matawang sekarang tah apa2. tak dak asas - nak ukur ngan emas? beras? garam? tak betul2 gak...
3) sekiranya nilai matawang benar2 melampau rendah nilainya - sekurang2nya boleh tebuk2 buat talipinggang (utk org jantan) atau gelang (utk org pompuan)... kalau wang kertas, paling cantik jadi wallpaper jeh...


salam.



2 comments:

Kembara Insan said...

idea ni kalau dimajukan pada tpm 1msia, aku gerenti, kau boleh jadi calon utk presiden IMF yg tgh kosong skrg.

sepa said...

zul, cuba ko calonkan aku... agak2 presiden amerika layan tak...!