Saturday, May 28, 2011

Computer pertama-ku...



salam tuan menteri kewangan,


pertama kali saya tengok komputer masa saya d mrsm perlis. tahun 1988. ada kelas komputer. cikgu yang ngajar komputer tuh tunjukla bagaimana nak guna. mula2 on, masuk ke dos, masukkan disket. walla - boleh guna. pelajaran pertama gwbasic. sejak dari ari tuh, sayapun pasang niat nak beli satu suatu masa nanti.
tahun 1993. saya beli komputer, bren Sepom processor 386SX. ada monitor, ada cpu, ada keyboard n ada tikus. dan dah tentu ada kotak berserta pembungkusnya sekali. rega rm2,800. sekarang. tahun 2011. komputer ngan segala benda yang sama - beza processor lebih pantas, cpu kaler2 n rekabentuk ergonomik. rega dalam rm1,500. sahaja.


tuan menteri,
1) komputer tak boleh djadikan asas untuk ukur kadar inflasi - sebabnya, semakin canggih semakin murah. iPad pun murah jika dibandingkan ngan keupayaan-nya.
2) kereta pulak mencanak2 rega, sejak penubuhan proton n perodua. canggihnya tak byk bertambah, cuma kalernya lebih kilat2 n lekuk2 lebih menggoda2. ada beberapa yg ber-beg-udara. ada juga yang ber-ABS. tapi Mecidis, BMW n Volvo canggih nar. (lori yang bawak dua bijik kontena masih sepesen jeh).


tuan menteri,
soalannya : komputer tuh keperluan asas yang di-subsidi-kan jugak ka...?! ada ka mungkin subsidinya di-tarik-balik sama-juga ngan petrol, beras, tepung, gula... (gula - termasukla gula2)...!



No comments: