Monday, March 11, 2013

Cinta itu sungguh kecil boleh terkoyak ia apabila melewati lubang jarum...!!!


.
Dia tidak tinggi tidak jugak rendah. Dia sedang berdiri dengan tangan kirinya memeluk tiang letrik. Sisi kiri badannya menyentuh tiang letrik yang sejuk, sejuk oleh bayu dingin pagi itu, sesekali dia menghantukkan kepala pada tiang itu, perlahan hantukkan itu tapi ada gema kerana tiang letrik itu adalah besi lompong.
.
"Eh, apa kena dengan ko nih, Suharto?!", tegur Azlan.

Suharto melepaskan pelukkannya pada tiang letrik itu, menundukkan kepala memandang rumput yang masih ada manik2 embun, mendongak semula memandang ke wajah ceria-pagi Azlan.

"Cinta... Cinta, tuan! Cinta itu sungguh kecil boleh terkoyak ia apabila melewati lubang jarum...!!!"

.
Azlan memekupkan telapak tangan di bahu Suharto. Merenung tajam di mata Suharto. Saling berlawanan renungan keduanya, tidak berkedip seketika keempat-empat mata itu. Mata Suharto seperti sedang berkaca, sepertinya renungan Azlan itu seakan sudah mengalir melangkau matanya, menyapa fikir dan hati.

.
Azlan melepaskan cekupan di bahu Suharto, lalu merangkul pula tengkuk Suharto itu dengan tangan kanan cuba untuk memberi keselesaan kepada Suharto agar bisa mengurangkan protes di jiwa jugak menghilangkan gundah di hati.

.
"Mungkin itu yang terbaik...! Sekurang2nya..!!", balas Azlan.

Azlan sudah mengagak apa yang ada di dalam kotak fikir Suharto itu, jugak di benaknya. Azlan pun tahu, marahkan nyamuk, haruskah kelambu dibakar?! Kerana yang membakar kelambu itu dan yang tidur di rumah itu, mereka itu saling berkehidupan. Mereka itu, adalah sesama mereka. Cuma ada ketidakselesaan di dalam kelambu itu sahaja, mungkin rumah akan terpalit jelaga.! Azlan melepaskan pelukan dari tengkuk Suharto.

Suharto memusingkan badan, membelakangi Azlan dan berlalu pergi seraya berkata :
"Apalah itu sebuah pengagungan kejayaan dari perjuangan dan keperkasaan yang direka2...???!!!"


Langkah Suharto terhenti lagi, berpaling dia, ditenungnya Azlan pula, sedikit tersenyum. Dia mengangkat kedua2 belah tangan ke muka, kedua2 tangannya itu diletakkan di mulut membentuk corong pembesar suara...

"Ya ya ya... Tidak semua kejayaan harus jadi milik kita..."


Azlan cuba untuk membalas senyuman Suharto itu.
"Aku sepatutnya cuba untuk merindui kamu...!", jawab Azlan di dalam hati.


.

Salam.


.

8 comments:

SuzieLAWAti said...

dan jarum itu bisa robek jiwa dan raga apabila cinta indah tidak pandai dihargai oleh pengharanya..

eyhh.. ape belit2 dahhh...

Nizam.Ariff said...

Ko dah jadi gay ke, sepa?

Lady Windsor said...

"Aku sepatutnya cuba untuk merindui kamu...!",

Aku suka ayat ni, tapi to be match with my codition is : "Aku sepatutnya cuba untuk tidak merindui kamu!"

sepa said...

CPL,

jarum boleh cucuk2... :)


.
Dino,

dia pergi meninggalkan sebukit kerja yg belum selesai untuk aku, maka itu aku akan 'cuba' merinduinya... hehehe


.
LW,

depa kata itu ayat nemesis, eh. :)



.

tasekM said...

aku baru nk tuduh ko gay.
sibuk je Dino ni tau..

keh2.



.

Anonymous said...

Keh2.Gay? Sensitif tu. Prihatin namanya. Bukan gay.

kak Lily

aza ni said...

eh mana entri cinta cucuk puntung tu

sepa said...

mem,

Dino itu nak kene penumbuk aku.! kihkihkih.


.

kak Lily,

:)


.

Aza ni,

dah. aku dah buh balik. mulanya aku rasa entri itu sensitive, tp disebabkan tajuknya, aku rasa bulihla disyiarkan...

:)