.
Dia sedang duduk di atas sebatang paip enam belas inci, mulutnya disendengkan-menyandar pada pangkal lengan bahu. Dia menghidu bau kulitnya, yang bau itu sudah sebati di hidungnya, bau dan perisa dirinya - bau ketiak.
.
Dia mungkin teringat, suatu ketika dahulu, bila dia mula menyedari di ketiak itu, bulu-bulu halus mula tumbuh, dan bau orang bujang mula berputik, ketika itu dia dalam belasan tahun umur - dia tidak ingat bila, tapi lebih ingat tempatnya - di dalam tandas ketika sedang mencangkung, dan kerana bau itu, dia hampir rebah-tergolek-tersungkur (kerana terlalu asyik menghidu perisa bau dirinya itu.). Sekarang, dia suka menghidu bau itu, kerana bau itulah perisa dirinya. Sudah empat orang anaknya.
Dia tersentak apabila Azlan mencuit sikunya.
"Asyik.!, bang.?! Apa criter?!", tanya Azlan.
"Criter apa...!!! ko nampak kereta aku tadi...!", balasnya.
"Ha ah... aku nampak. Macam kreta yang terjatuh dalam semen di tapak binaan...!" balas Azlan. Agak nakal jawapan Azlan itu.
Dia. Dia Lazib. Namanya Lazib. Lazib mengeluh panjang, lalu mencium belakang tangan kanannya, sikunya menekan lutut, seketika kemudian dia memusingkan tangan itu lalu mencium pula pergelangan tangan. Dia membongkokkan badan sehingga dahinya mengetuk paha.
"Aku drive dari Lahad Datu. Kerja aku kat sana tetiba terhenti. Mesin semuanya dah ada kat tapak, engineer dah mula kerja. Tapi... pekerja... pekerja aku pulak tak dak.! mereka tak turun kerja, hilang macam tuh jeh...!!!", sambungnya.
"Boleh pulak macam tuh yer.?!", balas Azlan, ringkas sahaja.
"Pekerja aku orang pilipin...!!! mereka semua jadi takut... mereka semua lari... hilang entah ke mana...!!! Hahahaha...!!!"
Lazib ketawa pula, bergema bunyinya... suaranya serak-serak basah. Kedua-dua tangannya memekup muka, dia menyedut udara panas yang keluar dari nafasnya itu, yang terkurung di dalam telapak tangan itu, berombak dadanya - seperti sedang cemas.
"Kita ada Hang Tuah. Diaorang ada Lapu-Lapu...!!!", tambahnya.
Azlan teringat kisah Ferdinand Magellan yang pernah dibacanya suatu masa dahulu, seorang yang menjumpai Tanjung Harapan, dan dari situ dia menuju ke timur. Magellan itulah yang mencabar Christopher Columbus, yang percaya bahawa pelayaran dari arah timur, boleh sampai ke Negara China, tapi dia tidak sempat sampai ke Negara China itu, kerana apabila dia sampai di satu kepulauan, di Asia Tenggara, dia berperang dengan tentera Lapu-Lapu, dan di dalam kapal itula dia mati bersama2 dengan kelasinya.
Lazib menggesel-gesel telapak kasutnya pada lantai semen.
.
salam.
.
7 comments:
Dia orang semua lari balik ke Philipines ek?
Kalau ko suka berita terkini, ko klik link ini:
http://www.gmanetwork.com/news/
tak...!!! depa cuma sengaja tak dak di tempat yang sepatutnya depa ada.!
:)
.
ok. aku ke sana.
x faham sik. Ke mana mereka pergi
ada ic tak diaorg tu semua?
Bard,
depa sentiasa ada si situ...
:)
.
Mem,
kena Tanya JayPieN eh...
.
ya lepas magellan mati katanya yang teruskan pelayaran adalah awang hitam seorang melayu,,,tolong confirm...ada sebut enrique the black
tentang ic tu tas aku berkesempatan buat projek dengan orang suluk masa pembinaan IPP di melawa, masa tu ic mana ada cip, hanya laminated
aku antara yang awal sampai dari masa pecah tanah, , siap aku niaga burger time off ...dan aku memang campur dgn semua pekerja kontrak,tak kira siapa turnkey orang korea,rumah setinggan di bukit melawa tu memang orang suluk ,ada yang educated ada degree dari manila tapi kerja pembuat papan concrete forming,siap je concrete, papan tu depa bawak balik besarkan rumah depa...habis je projek rumah pun dibobgkar dan dirikan kat tempat baru di kawasan KKIP pula. ada masa masa depa tak masuk kerja, aku tanya mana si anu, kawanya yang lain kata nyorok kat hutan, sebab ada spotcheck, katanya ic dia low class ,aku tak pasti ,tapi memang ada gred tinggi ikut harga,'aku dengar entah betul ke tidak,
tak jauh dari melawa di kawasan kuala menggatal orang bugis buat kampung, rumahnya besar, orang bugis biasanya bawa bas`lori,
banyak pula cerita....biarlah jadi kenangan..
aza ni,
sememangnya byk criter2 yg tidak dikisahkan orang...
.
Post a Comment