Tuesday, March 19, 2013

Erotika Purnama 14... Dino kata tatkala bulan penuh menyuluh, kunang-kunang pula menghurungi pokok pedada.

.
 
Ada tiga orang malam itu. Di jeti ada Dino. Di seberang sana di hilir pokok pedada pula ada titi. Ada Azlan dan Dol di titi itu.
Azlan dan Dol. Mereka mengail ikan. Azlan mengail kerana hobi, Dol pula kerana hendak mengail ikan. Mereka sedang memerhatikan Dino yang sedang terjun tiruk tadi. Tengah malam baru sahaja berlalu apabila mereka melihat Dino memanjat semula jeti itu. Dino masih lagi duduk di bibir jeti sambil kaki dihayun-hayun menguis-nguis air.
***
Jeti itu diperbuat dari kayu meranti merah. Dino sendiri yang membuatnya. Dia sendiri yang menebang sepohon pokok meranti merah di kaki bukit tidak jauh dari jeti itu. Sebesar dua pemeluk pokok meranti yang ditebangnya itu. Tidak sepuntung paku yang digunakannya. Hanya kayu, dan kayu sahaja, tanggam dan pasak. Tegap-kemas dan nampak keras-kukuh. Ada sebuah perahu berlabuh di sisi hilir jeti itu. Perahu itu dibuat oleh Dino, jugak tidak menggunakan walau sepuntung paku. Cantik perahu itu. Di luannya diukir berupa kepala jentayu, buritan pula ekornya. Badan perahu diukirnya seperti bulu pelepah jentayu jugak. Jentayu nama perahu itu. 
Titi di seberang sana, Azlan yang buat, menggunakan kayu meranti putih, dua batang balak meranti putih itu diikatnya dengan rotan, berkapit dua menjadi titi. Tidak ada tiang. Titi itu timbul di atas air. Surut air rendahlah titi itu. Air pasang, titi itu timbul pula. Pangkal titi itu pula hanya diikat agar tidak hanyut. Anak-anak Dol dan anak-anak Jamil suka bermain di titi itu. Kadang-kadang ada anak-anak Kamal. Di titi itu jugakla tempat mereka berak, kerana selepas berak mereka terus cebuk dan cuci di situ jugak.
***
Dino mengangkat kedua-dua belah kakinya, lalu dilipatkannya. Dia memeluk lutut (dia tak boroi). Dia melihat ke permukaan air yang ber-riak dan seketika kemudian air kembali tenang. Bulan penuh membentuk semula di permukaan air itu. Air sungai itu nampak sedang mengalir dan masih kelihatan hitam, paras sungai juga mula naik dan ada bayang-bayang awan pula di sisi bulat bulan. Angin mula bertiup, dan menambahkan lagi dingin malam itu. Dino tambah gigil. Cengkerik pula semakin bingit. Nila masih belum juga timbul. Degup jantungnya bertambah kencang, dan fikirannya pula mula kacau. Rasa bersalah kerana menolak Nila ke dalam sungai itu mula memagut jiwanya, menampar-nampar perasaan. Di pokok pedada di seberang sana, kunang-kunang sudah mula bertandang dan semakin banyak, berkelip-kelip seperti bintang di langit. Dino melepaskan pelukan pada lutut, dan terkentut. Dia lalu memekup kedua-dua belah telinga dengan telapak tangan, kerana terasa nyanyian cengkerik seperti sedang merasuk ke dalam otaknya. Matanya pula tekun memandang ke seberang. Memandang pada cahaya kelip-kelip yang menghurungi pokok pedada itu. Cahaya dari si kunang-kunang.
 "DEBUR - ada sedikit bunyi splash.". Dino jatuh-tergolek ke dalam sungai. Dino ditolak. Seketika kemudian, Dino timbul semula. Tangannya mencapai bibir titi, lalu kedua-dua belah lengannya dicangkukkan di bibir jeti itu. Dino mendongak. "Nilaaaaa...!!! kau masih hidup!. Nilaaaaa....!!!". Nila sedang berdiri, badannya diselimuti dingin air sungai. Nampak pucat wajahnya dan gigil. Tidak ada lagi lingerie yang membaluti tubuhnya, hanya ada bra Wacoal dan spender - jugak ditulis Wacoal. Nila masih berdiri, sedikit membongkok dan senyum sedikit jugak. Dino meloncat  ke atas jeti lalu duduk di bibir jeti itu. Butir-butir air dibadannya nampak bersinar dipanah oleh cahaya bulan. Kakinya pula direndamkan di dalam air dan dihayun-hayunkannya. Berkocak-kocak air itu, pecahlah jugak bayang bulan di permukaannya. Nila turut duduk, menyandarkan sisi kiri badannya pada belakang tubuh sasa Dino. Dia terasa kehangatan tubuh sasa Dino itu walaupun tubuh itu dilapik oleh selapis nipis air sungai yang dingin. "Nilaaaaaaa...!!!!" Dino melaung sambil mendongak seakan melolong kerana kegembiraan. Bergema.! Cengkerik pulak seakan terhenti bernyanyi. Amat sukar untuk dimengertikan oleh sesiapa sahaja, apa yang akan berlaku selepas itu. Tiada apa yang mampu memisahkan seks dari asmara atau keinginan dari perasaan. "Nila!", sapa Dino dalam bisikan. "Yaaaaaaa.!", balas Nila manja-berselera, lalu jari telunjuknya mengaris-gariskan pangkal lengan tangan kanan Dino. Jari itu meniti turun hingga ke siku, dilurutkannya ke atas pula sehingga ke pangkal lengan - tapi tidak kena ketiak. Geli mula mencuit jantung Dino, dan terasa cinta mula membenih. "Aku mahu minum kopi. Kopi Mahkota Dewa. hehehe...", pinta Dino ada sedikit ketawa.
Pertemuan mereka di jeti itu seakan abadi, seperti mereka pernah bertemu sebelum terciptanya kehidupan... kelipan cahaya dari abdomen si kunang-kunang di pokok pedada di seberang sana semakin bercahaya-cahaya. Pokok pedada itu seperti sedang dibungkus oleh cahaya. Cahaya yang meraikan pertemuan mereka...
***
"Ko dengar tak.?!", tanya Dol. Azlan mengangguk. "Dia sebut Nila.?!", tanya Dol lagi. Azlan menggeleng. "Setiap tiga purnama, Dino akan ke jeti itu, semasa purnama 14. Suaranya pula bertukar menjadi parau, dan sedikit sengau. Yang dilaungkannya bukanlah Nila, tapi Nita...!!!", terang Azlan.
"Bukan ka Nita sudah meninggal dunia dua tahun yang lalu, di rumah dua tingkat itu", balas Dol. Azlan menoleh ke arah Dol, dikenyitnya sebelah mata, lalu meletakkan jari telunjuk di mulut...!!!
 
 
.
 
salam.
 .
 

18 comments:

Nizam.Ariff said...

Jap...
aku nak cari idea nak buat jalan cerita seterusnya..
Ko nak aku tulis kat kotak komen blog ko ini atau aku link kan ke blog aku dan aku buat cerita aku kat situ?


CiKPuaNLawA said...

mahal nye baju dalam yang nila pakai....
hahahaa...

chop... kaya gak antu eyhh...?!..eyhh..antu ke..?

tasekM said...

dah makin sedap cerita nih.


.

aza ni said...
This comment has been removed by the author.
aza ni said...
This comment has been removed by the author.
Nizam.Ariff said...

Gigil sejuk Dino bersahut-sahutan dengan lolongan anjing bukit. Ketar bibir dan ngomelan halus-tak-terdengar pula dibawa angin malam bak semerbak harum Cempakasari. Apabila sejuk begitu, ditambahi pula dengan angin sejuk yang mengalir yang menambahkan 'chill factor', adik Dino kerap terbangun dari tidur. Terpaksalah Dino sarungkan semula Boxer. Manakala Lingerie putih itu dibiarkan melilit lehernya.

"Nilaaaaa.... "

Jerit Dino ditelan bulat-bulat oleh kocakkan air sungai yang tiba-tiba menjadi kuat. Pokok pedada pula seperti dirempuh taufan, bergegar hingga ke akarnya. Bergoyang-goyang titi tempat Dino berpijak. Cepat-cepat Dino rebahkan diri agar tidak terhumban ke dalam sungai.


Di langit malam, bulan penuh menyuluh terang, ada layangan bangau putih yang mungkin tersesat. Atau mungkin juga akibat tempat bermalamnya di pokok pedada telah digoncang kuat tadi. Bangau putih itu berlegar-legar di sekitar kepala Dino. Akhirnya, bangau itu pun memijakkan kedua-dua kakinya di tebing sungai.

Terkulat-kulat biji mata Dino cuba merenung bangau putih yang kini sudah berubah menjadi sesusuk tubuh gadis cantik berjubah putih labuh. Dino tidak pasti apakah bra dan seluar dalam gadis itu juga berjenama Wacoal atau tidak. Malah Dino juga tidak pasti sama ada gadis itu ada memakai bra dan seluar dalam atau pun tidak kedua-dua atau salah satu daripadanya.

"Nila?" Tiada sahutan.

"Itu Nila kah?"

*cengkering*

Gadis berjubah putih itu tidak bersuara tetapi terus melangkah mendekati Dino yang masih meniarap di atas titi. Apabila gadis itu mula menginjak titi itu, dia pun berhenti. Dino masih cuba meneka siapakah gadis berjubah putih itu. Walau pun cahaya purnama penuh menyuluh terang, wajah gadis itu kurang jelas kerana rambutnya sering mnenutupi mukanya.

Tanpa Dino duga, gadis itu mengangkat tangannya lantas melepaskan butang jubahnya satu persatu, dimulakan dari yang atas sekali. Sehinggalah kesemua butang jubah itu terlepas. Kemudian, perlahan-lahan gadis itu membuka jubah itu tanpa perlu disuruh oleh Dino.

Dino terpegun seketika melihat kulit mulus gadis itu ditimpa cahaya purnama 14. Kelok tubuhnya, lekuk dan lurah dadanya, pehanya, betisnya... gelora hatinya pun memoncah-moncah.

"Wa... wa.." Suara Dino tersekat-sekat.

Gadis itu terus menanggalkan jubah putih itu lantas membiarkannya jatuh di atas titi. Dino pun bangun dari meniarap lalu berhati-hati dia mendekati gadis itu. Mata Dino tidak putus-putus merenung dada gadis itu yang membukit kecil.

"Wa... wa..." Suara Dino masih tersekat-sekat walau pun kakinya daoat bergerak mendekati gadis cantik itu.


Akhirnya, nafas Dino berjaya menyentuh kulit dada gadis itu. Berombak-ombak dadanya. Gadis itu memalingkan mukanya ke sisi. Gadis itu mungkin telah bersedia dengan apa yang bakal Dino lakukan.


"Wa... wa..." Muka Dino hampir ke dada gadis itu.

"W.A.... C.O.A.L" Akhirnya Dino dapat mengeja.

"Wacoal..! Wacoal..!!!!" Jerit Dino.

"Nilaaaaaaa...... " jerit Dino lagi...

Sunyi malam itu pun dibelah jeritan Dino yang gembira kerana dapat bertemu Nila.





.

sepa said...

Dino,

bagus jugak ditulis dalam blog, kan?!... sebab aku tau, ko mesti tulis panjang. :)


.

CPL,

siri bercakap dengan Dino kena ada antu. :)


.

mem,

tengkiu.


.

sepa said...

Dino lagi,

depa kata bra wacaol mencengkam elok.
maka elok jugakla bonjol2 yg ditonjol2. hahahahahaha...

.
*panjang nih ruper nih ko tulis.! baik buh dlm blog, brader.
eh, cepat nar ko cari idea.!


.

Nizam.Ariff said...

bab idea 18SX ko jangan risau... dalam mimpi pun aku boleh karang... hahaha

gadisBunga™ said...

sengal. hahahaha!!! dua dua sengal. entri ko dan komen dino.

hahahaha!!!!

tasekM said...

sepa, cerita ni ko kena tamatkan cepat.
dino dah naik hantu.
aku risau.

haha.



.

Nizam.Ariff said...

Nila...??!!


*Paanggg!*

Satu penampar kudus hinggap ke muka Dino. Melopong jadinya apabila dia dilempang tanpa tindakan usul periksa. Dalam melopong itu, dia sempat terpinga-pinga. Salahkan ejaan ruminya? Adakah tulisan pada bra yang menampung 2 buah bukit kecil bukan rumi?

Dino rapatkan lagi matanya ke dada gadis itu. Cahaya purnama nan terang itu pun masih gagal menyuluh tulisan pada bra itu, apatah lagi menyuluh muka gadis itu yang tertutup oleh rambut lurus separas bahu.

Oleh kerana gagal membaca tulisan pada bra, Dino membongkok ke bawah. Dino lihat perut. Kemudian pusat, kemudian panties lembut. Tiada tulisan di depan panties itu. Kemudian Dino bergerak ke sisi gadis itu. Dibahagian pinggang ada tertulis tulisan yang asing tetapi Dino tahu itu bukan Wacoal kerana Dino tahu bagaimana rupa huruf Wacoal...

"Tak mungkin..!" Dino tegakkan badannya.

"Tak mungkin in benar!" Dino undur beberapa tapak ke belakang.


Gadis itu pun menyelak rambut yang menutupi mukanya. Demi terlihat muka gadis itu, serta merta Dino menjadi pucat lesi. Ketakutan yang tidak pernah DIno alami...

"Tak mungkin! Kamu tak pernah wujud!" pekik Dino

"Abang..?!"

"Tak.. tak.... kamu tak pernah wujud. Kam hanya wujud dalam khayalan aku..."

"kau tak pernah wujuddddd..!"


Serentak dengan itu kaki Dino melangkah ke belakang sehinggalah kakinya terlepas dari titi. Dino cuba seimbangkan badannya tetapi gagal. Dino terhuyung-hayang dan akhirnya dia terjatuh ke dalam sungai yang mengalir deras itu.

"Kau Julietttt...!"

Itulah jeritan terakhir Dino sebelum hilang ditelan sungai.






.


sepa said...

Dino,

karangla Dino... hehehe


.

gB,

hehehe... itu salah Dino.!


.

sepa said...

mem,

aku agak dah tamat eh... kalau nak adapun criter dah d bandarla pulak. :)


.

Dino,

aku ingatkan si Nila dah jadi Vampire, heronya pun nak jadi vampire jugak.?!

haih.! bertemu semula la depa... hahaha...


.

Anonymous said...

Wah..makin best..tapi akak tak reti tulis cerita seram ni..


k lily

sepa said...

kak Lily,

tengkiu.


:)

Anonymous said...

Hello everyone, it's my first visit at this website, and paragraph is truly fruitful designed for me, keep up posting such articles or reviews.

Feel free to surf to my page :: peterborough nh

Anonymous said...

Way cool! Some extremely valid points! I appreciate you
writing this write-up plus the rest of the website is
also very good.

Here is my web-site :: hang the baseball