Saturday, February 16, 2013

siapa nama kamu...?!

.

ini ialah sebuah entri mengarut di hujung minggu...!!!

.*****.

Hujan masih lagi turun dalam pekat malam itu.
Sekejap lebat sekejap rintikrintik pula.
Lebat.
Rintikrintik.
Lebat semula, dan berhenti.
Ketika sunyi malam mula mahu berdengung di telinga, suara katakkatak pula tingkah meningkah seolah sedang berkonsert gangnam style yang kedengaran suara katakkatak itu seperti sedang meminta uang berim ditambah lagi dan diberikan lebih kerap juga.

Afendi mendengar suara katakkatak itu berlatarbelakangkan suara penyampai berita di skrin tivi yang ada nombor 3.
Ong ong di sini.
Gdek gdek di sinun.
Ong ong gdek gdek, ong ong gdek gdek.

Di tangannya ada sebatang rokok. Afendi menghembus asap rokok itu keluar dari mulutnya yang berbibir nipis-romantis dengan sepenuh kudrat, supaya asap rokok yang boleh menyebabkan matanya pedih, tidak membungkus mukanya.
Dia melihat asap itu meluru dan berkejaran pergi, lalu mengembang. Asap yang semakin membesar itu pula ditampar oleh angin dari kipas di siling dan pecah berderai pula seperti ombak laut yang sedang bergelora dan sedang mengganas.
Asap yang seperti ombak laut yang bergelora itu mungkin membawa bersama sebuah badai yang akan menghempaskan dirinya di sebuah pantai damai, lalu ombak itu memuntahkan seekor tiram. Seekor tiram di gigi pantai itu, di dalam perutnya, ada sebutir mutiara. Afendi berkhayal.

Ada sedikit asap melenggok meliuk keluar lesu dari lubang hidungnya.
 

Zaitoni namanya. Nama itu harus disebut Zai---Toni...!!!

"apala jantan nama ruper itu...?!", Afendi tertanya-tanya di hati. Matanya menjeling meja kopi yang ada dua henpon. Saling bertindih berpelukan henpon-henpon itu.


Aku, akupun ada dua henpon. Satu kompeni kasi guna, satu lagi aku yang punya...!!!


.*****.



Salam.

.

8 comments:

gadisBunga™ said...

skrin tv yg ada nombor 3 kat umah gb adalah channel singapore. Huhuhu.

tasekM said...

dan dua2 no telefon ko tu mem besar tau, kan...?

:D


.

Lily Abdullah said...

Alhamdulillah, setakat pengetahuan akak abg ko ada satu je.

Akak pulak rasa nak pakai dua. Bukan apa, hari minggu boleh bertenang sikit. Tak de le kontraktor, plumber cal segala.

Siap nak pinjam extension lagi..aduiii!

Nizam.Ariff said...

aku masih kekal dengan telefon lama...
oleh kerana ada satu je, maka akulah yang tindih menindih telefon tu...
kadang2 aku tekan-tekan butang handphone tu... kadang2 aku tanggalkan butang...

Su @ Aya said...

sedap plak konsert gangnam style dek katak2 tu yer... agaknya diaorg buat kt sini plak, duk bising jer tu...

SuzieLAWAti said...

salam...
kita singgah eyhhhh...
hehe...

ckLah @xiiinam said...

Kalau Zaiton...ada lelaki guna nama tu.

sepa said...

gB,

ko tengok criter Singapore je la. hehehe...


.

mem,

dia tahu. :)


.

kak Lily,

satu dah cukup. tp jgn pulak nombornya yg byk. :)


.

Dino,

nombor ada braper.?! :P


.

Aya Yus,

kekadang mengganggu tido eh...



.

CPL,

salam jugak. :)



.

kak ckLah,

lelaki yg guna nama tuh, mgkn pjg rambutnya eh.! hehehe...