Thursday, February 28, 2013

Tuan yang tega...!!!

.
"Hujang, tuang...!!!", kata Munro. Orang Malaysia, kecuali yang berlidah bahasa orang negeri Terengganu akan menyebut "Hujan, Tuan.!".

Munro bukan orang Terengganu. Dia TKI. Dia berasal dari Sulawesi. Dia orang Bugis. Dia seorang pekerja yang banyak skop kerjanya. Ada masanya, dia semai pokok2 bunga. Ada masanya dia tanam pokok2 bunga pula. Ada masanya pula, dia bersihkan sekeliling rumpun2 bunga.
 
Hari2 kerjanya yang paling tepat bolehlah aku katakan : dia siram pokok2 bunga. Aku jarang tegur Munro ini, kerana bidang kerjanya dengan aku berlainan. Sekiranya, ada masanya, kebetulan aku lalu di ruang kerja dia, dia akan sapa aku, "Selamat pagi, tuang." Kekadang, "Selamat petang, tuang.", sekiranya di petang hari. Aku pulak akan jawab ringkas, "ko apa kabar.?", dan begitulah jawapan aku tak berubah barang sepatahpun - ko apa khabar. Dia pulak tidak pernah menjawab. Suatu hari, aku tak ingat bila, aku tegur dia, ketika dia sedang nampak santai dan berehat lama, "kenapa duduk2, ko tak siram bunga.?!". Dia mendongak, memandang ke langit, kemudian memandang aku, memandang ke langit lagi, memandang aku semula - aku jadi tersenyum. "Hujang, tuang.!", balasnya. Dia ketawa selepas itu.

Munro ini rajin orangnya. Semasa berkerja dia berseluar panjang, berbaju lengan panjang, berbungkus mukanya hanya nampak mata, kepalanya juga berbungkus tidak nampak walau seurat rambut, bertopi bulat yang dibuat dari daun pandan seperti topi yang digunakan oleh cina kebun atau cina bukit kata orang Melaka. Semasa berkerja, di manapun dia ditugaskan, dia akan digandingkan dengan suaminya.

Munro berbadan saiz Fauziah Nawi. Umurnya mungkin seumur Fauziah Nawi jugak. Suaminya pula nampak lebih tua darinya, rendah kecil kurus orangnya seperti pak tua buta dalam iklan 1M yang minta dipimpin tangan menyeberang jalan...

Hari ini, Munro kutip2 sampah di sekitar perumahan pegawai2 kilang. Aku pula sedang balik rehat untuk pekena Nescafe-O 3in1 yang ada buih2 halus, aku nampak Munro di rumah sebelah. Aku angkat tangan, tanda menyapa. Dia pun. "Hujang, tuang.", katanya. Aku mengangguk.
 
"Tadi saya duduk, tuang. Tuang Grey nampak. Tuang Grey kata, kenapa duduk2, pergi buat kerja.", Munro bercerita. (Tuan Grey itu nama sebenarnya ialah Tuan Greg. Mungkin sebutan dalam lidah Bugisnya, Greg berbunyi Grey.!). Aku dengar sahaja walaupun dalam pendengaran yang terganggu oleh bunyi hujan yang menimpa atap rumah.
"Dasar itu tuang. Gimana kalo aku sakit.!!!" ceritanya lagi sambil membongkok mengutip sampah2 yang terjumpa di dalam laluannya, kerana hari itu dia ditugaskan untuk membersihkan kawasan perumahan pegawai2 kilang.
 
"Tuang itu tega...!!!", katanya lagi. Kali ini dia memandang aku, dan ketawa kecil, lalu mengutip sampah yang ada di depannya.
 
Ketika aku sedang mengalihkan pandangan dan melangkah menuju ke pintu rumah, aku terdengar Munro berkata, "Ada jugak tuang yang bagus.!",  lalu aku menoleh ke arahnya. Dia lantas menegakkan ibu jari tangan kanannya.
 
 
.
 
 
salam.
 
 
.

8 comments:

smbotak said...

Bagaimana agaknya kalau fauziah nawi melakonkan watak munro dalam drama tv, siapa akan jadi watak tuang yang bagus tu...

tasekM said...

aku percaya.
ko mmg bagus...

:)


.

Nizam.Ariff said...

Tegar dgn Tega tak sama ek..?

Kau tuang yang tegar...

sepa said...

smbotak,

aku rasa Osman Kering.

:)


.

mem,

:)


.

Dino,

Munro sebut gitu, aku taipla ruper itu.

:)


.

*eh, Dion.! ko perasan, tak! setiap komen-balas aku berikan sebuah senyuman.

:)

lagi.!

CiKPuaNLawA said...

gud friday morning ..tuang..!!!
;D

sepa said...

CPL,

morning. :)


.

Nizam.Ariff said...

CPL bagi kenyit-kenyit mata kat ko...

pesal ko tak kenyit2 mata kat aku pulak? jeles aku...

sepa said...

Dino,

toksah mengada.! kat ko, aku tunjuk penumbuk jeh.!