Sunday, February 24, 2013

Alas, Apology... dan Apocalypse...!!!

.
di dalam bahasa melayu, alas bermaksud :

"...sesuatu benda yang digunakan sebagai perantara, di antara sesuatu yang keras dengan sesuatu yang juga keras, kerana yang keras-keras itu tidak mahu bersatu-dan-bersama... tetapi mereka saling bergantungan sesamanya...!!!"

contohnya :
1. alas kaki - alas kaki duduknya di atas lantai (lantai itu keras), kaki (jugak keras). Dalam bahasa mudahnya; selipar, sandal atau kasut (termasuk kasut tumit tinggi...).
2. alas meja, dan segala macam alas-alas.

cuba anda buatkan ayat menggunakan kata alas cat.?! (jangan tulis maksudnya kerana anda mungkin akan keliru. perlu bina sebuah ayat sahaja.)

.
tetapi, kawan...!!!

dalam bahasa inggeris, alas itu ialah satu kata interjection...! yang tujuannya menyampaikan maksud ekspresi kecewa atau derita atau sedih atau simpati...

kita tengok ayat ini :
huh.! tanganku digigit nyamuk.

"huh.!" itu ialah satu contoh penggunaan alas yang ada dalam bahasa Inggeris.
maka, alas yang dalam bahasa Inggeris, ditulis begini :

alas.! tanganku digigit nyamuk.
 
.
maksud apology pulak...?!
 
untuk maksud apology, saya letak foto di bawah ini, kawan...!!! kerana menurut kawanku yang berkerja di kota besar dan berkerjaya jugak di kota besar, di mukadepan blognya dia berkata :
 
"...Kadangkala foto mampu berbicara lebih baik daripada lidah aku..."
.
 
.
.
.
.
.
apocalypse pula ialah satu kata nama... yang berubah-ubah dari semasa ke semasa, penggunaannya disesuaikan dengan zamannya, tetapi penggunaannya di zaman sebelumnya masih jugak sah dan boleh digunakan.
untuk itu, kawan, untuk tidak merumitkan keadaan. saya tidak mahu membincangkan maksudnya... kerana :
 
itu adalah tugas anda yang membaca blog ini untuk mencari sendiri maksudnya.
Apocalypse.
 
.
sekian.
 
 
.
 
 
salam.
 
.

13 comments:

Nizam.Ariff said...

Tak larat nak teka daaa....

Anonymous said...

akak pun..pagi ni otak macam blurrr...

kak Lily

sepa said...

Dino & Kak Lily,

:)


.

Aya Yus said...

eh, saya tk tgk lg citer apocalypto.. dekat2 dh tu..hehe

sepa said...

Aya Yus,

criter yg depa berlarilari di dalam utan tuh, kan.!


.

tasekM said...

bagitau je la senang sepa... hehe.


.

sepa said...

mem,

kalau aku bagitau, maka akan melangkaui 'apocalypse'.
lalu,
jadi 'dooms'...


:)

smbotak said...

Kat mana tu bos? Jom ngeteh!

sepa said...

smbotak,

aku duduk jauh di pedalaman, bai.! takdak teh tarik segala.! mintakmahap, bai. :)

mandala aku : ada pokok tapang, yang ada lebah menumpang bersarang... di mandala aku itu, pokok2nya besar2, sebesar pemeluk dan mungkin lebih besar, di pokok2 itu ada pula pokok2 yang bergayutan menumpang... ketika hujan, hujan yang jatuh dari langit, berbunyi bertih jagung dimasak, yang jatuh di kanopi hutan, air hujan itu pula berkumpul-bertakung di permukaan2 daun, dan bila daun itu melengkung oleh berat air, air hujan itu turun seperti air yang dicurah dengan sudu...!!!


.

:)

smbotak said...

Mandala = dunia
Aku baru tau tahun lepas...

sepa said...

smbotak,

akupun baru tahu. hehehe


.

gadisBunga™ said...

saya tau lagu M Nasir yang tajuknye Apokalips.

itu ajelah..

*

Kalau Mandala = Dunia, kenapa Azizi Hj Abdullah tulis Mandala Dunia Kedua?

sepa said...

gB,

ko dah baca buku tuh.!
letih eh kepala hotak aku baca...
...diapun ada sebut Shangri-la, kan.!

:)

...aku rasa The Road oleh Cormac McCarthy, tak le seletih tuh baca.!

.