Tuesday, February 19, 2013

Erti sebuah kotak... Dan strategi pembungkusan.

.

Melihat Hasif sangat gembira malam itu, Azlan merasakan dunia seperti sedang terhampar luas, langit pula seolah terbuka mempamirkan bintang2 yang berkedipkedip seperti permata yang berputar membiaskan cahaya...! Azlan terharu.

Hasif gembira, sambil bertepuk-tepuk tangan dan melompat-lompat rendah di sisi vacuum cleaner yang masih di dalam kotak. Katanya : 'Ini vacuum Hanna, nanti Hanna akan vacuum satu rumah, sampai bersih.! Bolehkah bukak kotak, nak suruh Hanna vacuum rumah?!'

Azlan tau betapa besar maknanya kebersihan di mata Hasif. Azlan membuka kotak itu. Azlan mengeluarkan isi kotak, dicantumkan bahagian2 yang terpisah, lalu menjadi sebuah vacuum cleaner.

Hasif pula, meminta kotak yang telah dikosongkan itu, dibawanya ke satu ruang yang agak lapang di ruang tamu. Diletaknya kotak itu menegak, lalu dia masuk ke dalam kotak itu, dan menutupi dirinya. Dia keluar semula, lalu berkata : 'Ini. Ini rumah aku, ada pintu tapi belum ada tingkap.'

Hasif masuk semula ke dalam kotak itu, sambil membongkok lalu duduk dan menutup 'pintu'.

'Aku di dalam rumah aku, jangan kacau aku...!', kata Hasif.


.


Salam.

.

7 comments:

smbotak said...

dari dalam dia menjerit, rumah aku kecil dipandang dari luar. tapi luas dari dalam kalau aku pejamkan mata...

hehee, kotak ni banyak gunanya pada budak2...

Nizam.Ariff said...

buat cerpen ni bagus... banyak falsafah boleh dienapkan... cer buat...

tasekM said...

dah buat tingkap blom? :)


.

Lady Windsor said...

kat rumah aku pun banyak kotak..kalau beli barang aku rasa sayang nau nak buang kotak cecantik tu...basically aku akan recycle bila ada nak bagi barang pada kengkawan. Wrap balik dengan wrapping paper, letak je barang dalam tu..cantik le jadinya..

ckLah @xiiinam said...

Masa zaman ckLah kecik, kotaklah permainan kami. Belum ada Lego zaman tu...

sepa said...

smbotak,

dia tak-dan lama dlm tuh, sbb panas-rimas. hehehe


.

Dino,

ko nak cerpen yer. cuba ko compose, pas tu ko buh dlm blog.!


.

sepa said...

mem,

tak sempat. dah ranap.!


.
LW,

kotak kat rumah, ada yg jadi kapal terbang, kereta, perahu, dan entah apa lagi - bergantung dengan kreativiti dak Hasif tuh. Pernah jugak dibuat baju-beroerisai. :)


.

kak ckLah,

ha ah. iye la. :)


.