Wednesday, November 21, 2012

sebuah pantai, Tsunami Alert dan kaitannya dengan ex-MRSM Beseri...

.
part 1 : sebuah pantai...

di Miri ada sebuah pantai yang menjadi kunjungan ramai untuk beriadah di petang hari, jugak di hujung minggu dan di hari cuti. Nama pantainya, ialah Pantai Luak Bay. Ada dibina sebuah esplanade, digelar Luak Esplanade, di sepanjang pantai itu, lebih kurang 200meter panjangnya menyusur tepian pantai itu. Aku duduk dekat dengan pantai itu, lebih kurang 500meter dari situ.
.
ini pantainya, kawan..!
.




.
part 2 : Tsunami Alert...

di Luak Esplanade ada dua buah Menara Pemerhati Pantai (atau watch tower.!), setiap menara ada 4orang pengawal pantai atau ahli penyelamat - macam dalam criter BayWatch.!. Jadi, ada 8orang semuanya. Ada satu menara, yang di arah selatan (atau di sebelah kanan apabila menghadap pantai...), terpacak satu lagi menara pemancar, yang terpasang tiga bijik speaker. Ada dua keping solar panel jugak di situ sebagai "self-sufficient" membekalkan tenaga kepada tower itu. Itulah Tsunami Alert Tower.!
Tsunami Alert nih, kata jurutera yang memasangnya : di laut sana (tak nampak dari pantai...!), ada buoy yang "self-sufficient" menggunakan tenaga solar jugak, yang ada peranti pengesan ombak. Peranti ini akan menghantar isyarat ke Jabatan KajiCuaca. Di Jabatan KajiCuaca, ada penganalisa yang menilai. Sekiranya dijangkakan akan berlaku tsunami, mereka akan memaklumkan kepada pegawai berkaitan. Dari restu arahan pegawai yang berkaitan, mereka akan menghantarkan isyarat ke menara di pantai itu. Isyarat itu akan menghasilkan bunyi yang di-amplify oleh tiga bijik speaker tadi. Maka speaker itu akan melalaklah selama 45minit lamanya. Itula Tsunami Alert...
Aku bertanya kepada jurutera yang berkaitan, di Malaysia ada berapa bijik benda tuh, di Sarawak pulak ada berapa.?! Katanya : di Malaysia ada 23bijik, Sarawak ada satu...
  
Nota tambahan : 
Suara amaran lebih kurang begini bunyinya : "Amaran Tsunami. Sila tinggalkan pantai dan pergi ke kawasan yang selamat." dalam nada daripada suara seorang lelaki yang mungkin dalam 50an umurnya. Bunyi authoritative gitu.! 
Aku terfikir, sekiranya suara aku la yang digunakan - suara yang lunak merdu gemersik dan ada sedikit serak-serak basah, aku terbayangkan semasa suara amaran itu berkumandang (aku tak sebut melalak untuk suara jenis ini yer...!), mungkin pengunjung2 pantai akan turut serta berteriak dalam nada menyanyi mengikut rentak GangNam Style...!
Aku jugak terfikir, sekiranya suara ShilaAmzah yang digunakan, tatkala suara amaran itu berkumandang, mungkin jugak pengunjung2 pantai akan bersahut-sahutan dengan suara itu, "hai bulih berkenalan.!", "mintak nombor henpon, bulih.!", atau "pheeewwwittttttt"...!!!

.
ini menara Tsunami Alert di pantai itu, kawan.!
.

.

Part 3 : dan kaitannya dengan  ex-MRSM Beseri...

di tidak jauh dari pantai itu, ada aku.
di pantai itu ada menara Tsunami Alert, yang dipasang oleh bukan-aku.
...aku dan bukan-aku, ialah ex-MRSM Beseri.

ini foto mereka berdua, kawan.!
.

.
jurutera yang empunya projek itu namanya Shahrom Khizan, kita panggil dia PakYa sahaja...!!! 
mereka (aku dan bukan-aku) bertemu semula setelah 23tahun...!!! malam itu, mereka mengeteh bersama-sama di PumaSera... 



.


salam.

.

7 comments:

Nizam.Ariff said...

Kat Sarawak pun ada risiko tsunami ek?
aku ingatkan kat pantai Sabah je..

sepa said...

Dino,

soalan sama yg aku tanya kepada jurutera itu. dia jawab 'not-likely'...
depa pasang mungkin tuk jaga hati agaknya... dapat satupun jadila.

:)

Anonymous said...

1. salah sorang pengawal kat menara tu ada macam pamela andesrson tak?

2. satu, better than nothing. dulu siapa sangka penang dan kedah boleh kena tempias tsunami walau pun pusat gempa jauh.

sepa said...

smbotak,

walaupun pantai itu tak jauh dari rumah, tapi, tahun nih aku masih belum lagi beriadah di pantai itu...!!!

ckLah @xiiinam said...

Sungguh! CkLah sangat cemburu dengan tanaman tu...



:-)

sepa said...

kak ckLah,

:)

Scare said...

Mencari Shahrom Khizan untuk menuntut hutang yang banyak. sudah ramai yang ditipunya.