Thursday, November 15, 2012

Selamat Tahun Baru Hijriah 1 Muharram 1434 H...

.
Selamat Tahun Baru Hijriah 1 Muharram 1434 H... kepada semua.!

.
terutamanya kepada jiran2... 
Jiran di depan rumah - yang mungkin tak dak di rumah.!
Jiran di depan rumah (yg rumahnya di kiri) - yang sedang menanti kelahiran cucu.!
Jiran di depan rumah (yg rumahnya dua rumah dari jiran yg rumahnya di kiri) - yang baru pindah masuk.! (Welcome to SummerVille...!)
Jiran di depan rumah (yg rumahnya di hujung sekali, di simpang jalan) - yang masih single.!
Jiran di sebelah rumah - yang keluar pagi, balik petang.!
Jiran di sebelah rumah (yg rumahnya ada sebatang pokok separas lutut, dan tak tinggi2 walaupun sudah setahun ditanam) - yang ada seorang cucunya tinggal bersama2 mereka.!
Jiran di belakang rumah - yang meriah dengan 11orang anak.!!!


.
saat menggembirakan adalah...
...apabila kita yang sedang memandu di jalanraya yang tidak putus2 dengan kereta, dan di depan kereta kita, ada sebuah lori yang bermuatan kontena, yang bergerak berkelajuan 40km sejam, kita membontoti rapat2 dan berkeazaman untuk bisa memotong.! ...dan akhirnya, di suatu selekoh yang penuh dengan ketidakpastian, kita berjaya memotong dalam penuh debar, ketika peluang hanyala sekadar sebesar zarah...!!!

saat mendukacitakan pula adalah...
...apabila kita yang berjaya memotong lori kontena tadi, tidak semena2, jalanraya di hadapan kita menjadi sangatlah lengang...!!!


.


salam.

.

12 comments:

ckLah @xiiinam said...

Salam Maal Hijrah...

Lady Windsor said...

Salam Maal Hijrah untuk ko dan family ya..waa prihatinnya ko dengan jiran..baik!

Arina Shamsul said...



Salam maal hijrah :)

Follow sini :)

Oh saya nak tanya ttg wacom bamboo tablet kecil kamu tu, kalau lukis guna sofware SAI boleh tak? Ke photoshop je boleh guna.huhuhu.

Actually saya singgah sini dari blog cikgu ma :)

Nizam.Ariff said...

ko tak buat menu ikan mentah cicah air limau tu ke?

tasekM said...

salam maal hijrah, sepa.


maaf zahir batin.
bulih?

keh2.



.

sepa said...

kak ckLah,

Salam Maal Hijrah kembali. :)

.

LW,

Salam Maal Hijrah jugak. :)

sepa said...

Arina,

Salam Maal Hijrah. :)

wacom bamboo tablet kecil, saya tak pernah guna untuk SAI. Disebabkan depa bagi dengan software photoshop CS3, jd saya guna photoshop je la. sepatutnya bulih guna dengan SAI.

.cuba kamu ke sini : http://sai.detstwo.com/smf/index.php?topic=299.0

.

sepa said...

Dino,

itu umai namanya.! hehehe...

.

sepa said...

mem,

salam maal hijrah, mem.


maaf zahir batin, jugak.


hehehe...

.

Wak Gelas™ said...

salam maal hijrah jugakk..

sepa said...

WakGelas,

thanx. :)

.

Bidadari Syurga said...

untung jadi jiran kau..... amin..