Sunday, November 4, 2012

SALINA... dah selamat sampai...!!!

.
SALINA.
...dah sampai... pada 31 bulan sepuluh, 2012...
.
.
.
...covernya...
...macam cover Twilight, bezanya epal ganti dengan rerama, dan tangan asian vs caucasian...!!!

.
...tapi cover belah dalam, dalam hardcover... adalah seorang perempuan yang sedang baring mengiring, sedang tidur mungkin... atau sedang meratapi, sesuatu yang pergi.!

.
...yang bestnya, ada signature SN Pak Samad... dan adalah siri 154 dari yang 500 limited edition...!!!


.
...ada wajah seorang anakmuda... atau wajah ketika muda...!!!


.
...dan di hardcover belakang, wajah seorang tua... atau wajah semasa...!!! dan sedikit cerita, tentang pembikinan SALINA...!!!


.

Nota penting, yang ada jugak kaitannya...!!!

'dulu... lama dulu... ada sorang kawan sedang membaca SALINA... setiap malam lepas kelas, dia membacanya, setiap malam jugak aku singgah berjumpanya, untuk meminjam buku SALINA itu... malangnya, suatu malam, bila aku ke biliknya bertanya tentang buku SALINA itu, dia kata, ada kawan lain sedang meminjam... aku terkilan...

tapi... sekarang, aku sendiri ada satu buku SALINA, edisi khas, dalam hardcover...

.

salam.

.

14 comments:

Lady Windsor said...

Tahniah, aku baca berkali-kali tapi tidak pernah memilikinya sendiri, kecuali milik kakak yang diwariskan kepada aku..covernya cantik kan..aku akan beli satu dari Helmi..dulu pernah aku nak beli buku Pak Samad, langsung dia beri percuma..segan pulak rasanya..

Anonymous said...

tahniah.... :)

sepa said...

LW,

thanks eh.
...saya baru nak mula, setelah tertangguh lama.!
saya suka baca sajak2 Pak Samad, bukunya jugak.
tapi, bila menulis saya suka ala2 Shanon Ahmad. :)

sepa said...

Anon@10:07 PM,

thanx eh.! :)

Anonymous said...

legendary stuff...

Bidadari Syurga said...

ahhh dammmm.. aku suka novel ni. cover dia cantik. aku nak cari. aku tak tahupun ada hard cover... aku punya dah berusia 20 tahun rasanya... sebab sejak aku kecil, buku tu dah ada di rak buku....

tq bro... info ni... ayakkkkkkkkkkkk... cantik.

Nizam.Ariff said...

aku jeles

tasekM said...

nnti review..

Lady Windsor said...

ko try kaji corak penulisan Azizi..meresap..aku baca Tuk Ya dua tiga kali..terbayang kesakitan dan kesengsaraan Tuk Ya..

sepa said...

smbotak,

ha ah legendary... :)

.
bidadari syurga,

kelas ar front cover dia. :)

.
Dino,

ko nak...! beli sendiri... hahaha


.
mem,

aku cuba yer... :)


.

sepa said...

LW,

dia yang tulis "Seorang Tua Di Kaki Gunung" tuh kan.?!, kak.!

*tak silap aku la. aku tengok telemuvi dia sebelum aku baca buku itu, atau baca buku dia sebelum telemuvi... telemuvi tuh, aku kagum scene dia, depa bulih carik satu tempat yg ada pokok berbanir, kaw2 punya scene kampung yg ada hutan berpokok besar2 di hujung kampung...

*oya, nanti aku cuba cari buku2 dia... satu hal, kat Miri nih sangatla sukar nak carik buku2 bahasa melayu... maklumla kota yg dihuni oleh ramai yg berminat membaca buku mandarin, dan inggeris...

selalunya, untuk dapatkan buku2 tuh, saya beli online, guna MPH.

:)

ckLah @xiiinam said...

Cantik...

CkLah ada yang edisi pertama saja...dah lusuh.

ckLah @xiiinam said...

Cantik...

CkLah ada yang edisi pertama saja...dah lusuh.

gadisBunga™ said...

oh. perasaan cemburu mula menghantui.

spesel edition lagik tuh!!!