1jun2012… hari jumaat.
Ketika seluruh rakyat Sarawak
bercuti sempena Hari Gawai Dayak 2012, Azlan pulak dari pagi, sudah mengintaiintai
henpon Samsung-Y, menunggu deringan panggilan masuk dan nada-berdenyut sms
daripada Jali. Dua minggu sebelum itu, Jali dah hantar sms, flight dari KL ke
Miri pada 1jun2012… (*Jali… masa di universiti, digelar Jon Bon Jali, sebab dia
sangat suka dengar lagulagu Jon Bon Jovi… nama penuhnya Mohamad Razali bin
Jusoh, seorang Jurutera Awam yang kerja gomen, di JPS Kedah…)
Jali sampai di airport Miri
dekatdekat pukul4 petang, tapi dia menolak pelawaan Azlan untuk dijemput kerana
katanya, kawan memnya yang jemput. Malam itu, Jali hantar SMS ajak dinner di
Restoren Najwa… (*Restoren Najwa ni di Pujut7… lebih kurang 25minit perjalanan
dari rumah Azlan.) Azlan sampai lebih awal, mungkin seminit lebih awal,
elokelok jeh Azlan mencaricari seat dan mengintaiintai kelibat Jali, sebuah
kereta MyVi sampai dan parkir selang sebuah kreta dari tempat kreta Azlan parkir.
Jali lah orang yang pertama keluar, Azlan kenal benar dengan Jali… cara
jalannya dan henjutanhentakkan kaki kanankirinya masih seperti dulu. Jali
adalah anggota ROTU masa di universiti dulu… kawan.!
Ko masih tak berubah, Sepa.
16tahun, ko masih macam dulu. Sapa Jali.
Yer yer masih macam dulu… balas
Azlan. Hensemnya lebih.!
Dan mereka ketawa…
bersalamsalaman dan berpelukpelukan. Begitu la tebiat Azlan setiap kali
berjumpa dengan Jali. Setiap kali la juga pelukan ala sheikhsheikh tok arab
sebagai tanda salam dan pertemuan. Bukan hanya hari itu saja, kawan.! Sejak
dari duludulu mereka kenal. Jali adalah anggota ROTU. Azlan akrab dengan Jali masa di
universiti dulu, kerana bilik hostel Azlan adalah satu hostel ngan dak ROTU.
Azlan bukan anggota ROTU, kawan.!
*Pernah satu hari Budin (*Budin,
Shahabuddin bin Bohari ialah anak Sarawak yang berasal dari Mukah…) mengajak
Azlan menyertai ROTU. Katanya, menyertai ROTU, ada elaun, besar jugak la
elaunnya tuk buat belanjabelanja… Azlan menolak atas alasan, bukan elaun yang
aku tak nak, Budin… aku tak minat… aku tak minat barisbaris, berdiriberdiri,
jalan hentakhentak kaki hayunhayun tangan tinggitinggi… aku jugak tak suka
laplap kilatkilat kasut… tapi, kalau ko bagi aku senapang tembak musuh, aku tak
menolak… *
.
Azlan memperkenalkan kepada Jali,
memnya, kawan memnya, dan laki kawan memnya kepada anggota keluarganya,
mempelawa mereka duduk untuk memesan makanminum, kemudian Azlan mengajak Jali
keluar dan berdiriborak di depan pintu kedaiyangtutupoperasi di sebelah, menghulurkan
sebatang rokok Dunhill dari kotak merah. Mereka merokok sambil bercerita
tentang kisahkisah sendiri dan jugak kengkawan. Jali bercerita tentang Penan yang
dah menjadi Pengurus Besar di satu kilang komponen kapal terbang, tentang
Samseng yang menjadi kontraktor untuk projekprojek gomen, tentang Man Panjang
yang berkhidmat di Dubai…
Ko ada cerita tentang Chasiman,
tak.? Aku dengar dia jadi konsultan… Tanya Azlan.
Chasiman sekarang ada syarikat konsultan
sendiri. Dia PAS, pakai serban, mata bercelak dan berjanggut. Itu hari aku
jumpa dia, dia nak tarbiyah aku… eh… sorila, orang lain bulih, aku tak… hahaha…
Jawab Jali dalam ketawa yang perlahanlahan tenggelam dan senyap. Azlan
mengangguk. Warak ar dia sekarang… Balas Azlan…
*Chasiman… nama tak melayu
langsung. Nama penuhnya Chasiman bin Abdul Wahab. Asal dari Kg Sungai Ara,
Pulau Pinang. Seorang Jurutera Professional dalam Kejuruteraan Awan. Ada Ir di
depan namanya. Azlan masih ingat… suatu hari, selepas bermain bolasepak, mereka
terjun ramairamai ke dalam kolam renang yang separuh saiz olimpik… ketika balik
dan bersiapsiap untuk kelas malam, Azlan perasan telinganya masuk air, dan
dengung di kepala telah membatalkan niatnya untuk ke kelas Jurutera Dalam
Masyarakat. Kebetulan ketika itu ada Chasiman, bertanyakan kepada Azlan kenapa
tak ke kelas… selepas diterangkan oleh Azlan… Chasiman, masuk semula ke bilik
hostel, membawa dua bijik helmet… kita ke klinik di Batu Gajah... katanya. Ko
tak ke kelas ke.? Tanya Azlan. Tak hal… ko kena ke klinik… balasnya. Dia
melipatlipatkan sekeping kertas yang biasanya dibawanya ke kelas untuk mencatat
nota dan sebatang pen di poket belakang, menuju ke motosikal yang parkir di
depan hostel… dan mereka ke klinik….*
Ahhh…!!! memang patutpun dia masuk
PAS…!!! Detik hati Azlan.
.
Azlan dan Jali ke meja makan,
masingmasing memesan makanan…
Azlan memesan Nescafe o dan bihun
sup.
Jali pulak memesan kopi o… buh
ais… manis sangat kurang, dan kaler kurang hitam… dan bihun sup, buh sayur sama
dan masukkan sebijik telur.
Sebelum beredar dan berpisah,
Azlan dan Jali sempat berfotografi bersamasama… Azlan sungguh fotogenik,
terserlah hensem-maco, Jali pulak sentiasa ceria walau di mana dan dalam apaapa
situasi…
Ini foto mereka, kawan.!
.
.
4jun2012, hari Isnin.
Jali ke rumah Azlan malam itu…
selepas melancong ke Brunei di siang harinya.
Tadi, masa ko bawak ke sini, dari
simpang Tadika Bandar Peranginan, nampakla rumah besarbesar, pastu ko jalan terus masuk lam hutan… masa
tuh aku ingatkan ko duduk di setinggan… ruparupanya ada perumahan jugak lam
hutan… kata Jali.
Azlan senyum…
6jun2012, hari Rabu.
Azlan menerima SMS daripada Jali…
“Sepa, aku dah sampai KL, thanks
sbb sudi terima kami datang rumah, kalau turun Pahang jangan lupa dtg rumah aku
lak. :)”
Dan Azlan membalas…
“Ok. Ur welkam brader… :)”
.
Salam
8 comments:
pesal cerita Dino tak ada?
sahih aku tak kenal Jali kalau jumpa. lain macam muka dia...
GB tgk azlan ni kang mau cair jadi air sirap ni kang...
hi GB!
ehem.
.
Ooo.... GB ada skendel eh tasek?
keh keh keh
Dino,
ko nak criter Dino, kelkatu yang melepaskan sayap...! :)
mem,
maco kan Azlan.?!
Dino lagi,
memandai la ko Dino.! :p
Azlan..
Aku budak USM gak.
Pun juga budak ROTU.
Aku mekanikal yg belum habis lagi utk dapat Ir.
Aku pun... PAS.. iya lah. Apa lagi parti yg ko rasa patut ko sokong skrg? yg bermula dengan U tu.. maaflah.
...ko tak nak cite yg aku minum sekali dengan ko di Restoren Luak Ikan Bakar ker? .. masih buka ke kedai tu..
salam.
oya... ada peluang nanti aku tulis eh.
ko aper criter kat Sabah nun...?!
eh. Restoren Luak Ikan Bakar dah jadi sejarah la bang...
Ir Chasiman ialah bos saya semasa saya berkhidmat di CS Engineering Consultancy...sgt kagum dengan keperibadian beliau.
Anon@5:02 PM,
iyer...! kalau kamu jumpa dia, atau terserempak dengan dia, sampaikan salam saya kepadanya.
:)
.
Post a Comment