.
Hari ini aku mahu menulis sepucuk surat panjangpanjang kepada seorang kawan...!!! menjawab soalan yang diajukan. - Hasri.
.
.
Salam Aku aka Dino,
Semoga ko sihat walafiat, dan sejahtera disamping keluarga.
Salam daripada aku, jugak kepada bini dan anak bujang ko. Tujuan aku menulis
tuju kat ko, adalah untuk menjawab pertanyaan ko seperti yang terpapar di imej
di atas.
.
Dino, kalau ko rasa Selayang itu jauh, kalau ko rasa tak
mungkin arwah tok aku boleh sampai di sana, walaupun hampir keseluruhan masa
hidupnya adalah di kampung, cubalah ko baca namanya : Hj Ali bin Omar. Ada Hj
didepan namanya, bermakna, arwah tok aku pernah sampai ke tanah arab,
mengerjakan haji. Arwah tok aku pernah bercerita, dia pergi haji, itu jam
menaiki kapal laut, belayar meredah lautan. Kalau ko boleh bayangkan itu,
Selayang yang letaknya di Selangor adalah tidak jauh, kawan.!
.
Dino, satu hari di bulan disember, tahun sembilan belas
sembilan puluh enam, tok aku, dalam perjalanan pulang dari mengerjakan umrah
bersamasama dengan anak perempuannya, menaiki kapalterbang, (ini jam orang dah
naik kapalterbang…!!!), transit sebentar di semenanjung, mendarat di LapanganTerbang
Antarabangsa Subang. Ketika mereka sampai di LTAS, makcik menelefon ke pejabat
aku, memberitahu bahawa mereka sedang menunggu aku, mintak dijemput.
.
Dino, ketika itu ko pasti masih ingat, aku berkerja di Alcom
Bhd di Bukit Raja sebagai Process Technologist dan duduk di rumah sewa
bersamasama dengan 7orang rakan, di rumah teresduatingkat di USJ12. Ko selalu
ke rumah itu, bertemu dengan rakanrakan sesyarikat dengan ko, Proton, 6orang semuanya.
Aku dengan gemulah Bob sahaja yang bukan eksekutif Proton.
.
Ketika itu, aku bermotorsikal Honda Hurricane, meminta izin
daripada bos, untuk keluar awal, dan terus ke LTAS. Apabila aku sampai di foyer
LTAS, mereka sedang duduk menunggu, aku mendekati mereka dan bersalaman-berciumtangan-berpelukpelukan
dengan tok, dengan makcik, aku sekadar berciumtangan sahaja. Lalu aku bertanya
dengan makcik, kenapa tak naik teksi dan tunggu aku di depan gate rumah, kan aku
dah berikan alamatnya, pandaila abang teksi bawak. Makcik menjawab, memang kita
nak berteksi, tapi tok ko nak ko sendiri yang datang jemput dia. Akupun
memanggil sebuah teksi mengisi segala luggage ke dalam teksi, dan makcik masuk
ke dalam teksi kecuali tok. Tok membonceng bersamasama dengan aku…
.
Dino, aku stop kejap. Aku nak bancuh kopi… coffee break…
.
Ok… dah. Aku bancuh sebalang… kerana aku tahu, aku akan
tulis panjangpanjang dan perlu berenti sekejapsekejap untuk berkopi… kita
sambung.!
.
Apabila sampai di rumah, aku menawarkan diri untuk memasak
kerana waktu makan tengahari sudah terlepas, pukul tiga setengah petang. Makcik
kata, tak perlu susahsusah, mereka sudah makan di dalam kapalterbang. Makcik
mengeluarkan satu bungkusan yang ada banyak roti, memberikannya kepada aku,
katanya, kalau ko rasa lapar, ko makan la rotiroti nih. Aku ambil, dan terus ke
dapur. Memasak. Menjerang air sebenarnya, dan membancuh se-jug teh, lalu aku hidangkan
dan kami minum bersamasama, aku makan roti. Kami duduk di ruang tamu, di atas
lantai sahaja…
.
Dino, ko bayangkan apa agaknya yang aku masak, sekiranya
makcik setuju dengan syor aku untuk aku memasak.?! Aku tak reti memasak, Dino!.
Ko pun tahu itu…
.
Semasa sedang minum
bersamasama, makcik bercerita tentang pengalamannya ketika di tanah arab
ber-umrah, katanya, di penghujung cerita, makcik buat umrah dulu, lain tahun
buat haji. (Makcik buat haji dua tahun selepas pak dengan mak buat haji. Dia
pergi berdua, bersamasama dengan kakaknya. Kakaknya ialah jugak mak.) Makcik
bangun, mendapatkan beg tangannya, dia bertanya kepada aku, ko pernah tengok
uang Arab Saudi.?, aku geleng, dia keluarkan sekeping, aku belekbelek dan
serahkan balik kepadanya. Aku pula bangun, memasang tivi dan videotape player
(itu jam orang masih pakai videotape…), memasukkan videotape criter ‘Sayang Salmah’,
criter yang aku dah ulang tengok sebanyak 11 kali… Tok tak bangun, dia
mengesot2 mencari tempat baring, aku ke bilik ambik bantal, bagi kat tok, tapi
tok tak pakai, diletakkannya di sisi. Tok panggil aku, ajak duduk di
sebelahnya, katanya, aku mau letak kepala di peha ko, buat bantal. Akupun duduk
bersila, bersandar di dinding, tok berbantalkan peha aku, dia tidur baring, aku
pula tidurtidur ayam, duduk.
.
Aku pelawa makcik bermalam, makcik jawab, tak nak, sebab dia
dah telefon kakak sepupu perempuan, yang berkerja di Bank Bumiputra, suaminya
pula berkerja di Petronas di DayaBumi, mereka ada dua orang anak. Mereka duduk di apartment di Selayang. Kami
bertigapun berehat dan tertidur…
.
Kami terbangun apabila MatBeng sampai. (Hari itu, MatBeng
nak jadi orang yang pertama sampai, sebab nak pasang videotape criter yang baru
disewanya semalam, sebab semalam criternya gagal dimainkan kerana kalah dalam
undian pemilihan. Malam tadi, masih criter ‘Sayang Salmah’ jadi tayangan
perdana…). Aku perkenalkan kepada
MatBeng, tok dan makcik, MatBeng senyum bersalamanberciumtangan dia dengan tok.
Dia tanya tok, umur berapa.?, tok jawab, 90tahun. Beberapa minit selepas itu,
kakak sepupupun sampai, berkereta, membawa tok dan makcik bermalam di
apartmentnya di Selayang…
.
Dino, aku stop sekali lagi, kejap jeh. Aku nak off-kan tivi,
biar senyap sikit. Aku tak berapa nak konsentret oleh bunyi dari tivi…
.
Ok. Dah… kita sambung balik. Errr… kali nih, tak la celaru
sangat nak tulis. Bunyi dari tivi mengganggu betul la tadi… Oya, Dino, setakat nih aku rasa aku
dah jawab soalan ko, kan.?! Yer yer yer… soalan ko dah terjawab… !!!
.
Dino, ko nak aku ceritakan tak,?, komen aku, yang ko jawab
dalam pertanyaan tuh… yang ini :
.
.
Akhir kata daripada aku, sentiasalah ko bawak ke manamana
lencana 1Malaysia, dan sekiranya ko berpeluang bertemu in-person dengan perdana
menteri, ko sematkanlah lencana itu dibajunya, tanda sokongan ko terhadap
konsep 1Malaysia, dan jangan lupa,
jangan sekalikali ko bertanyakan kepadanya tarikh pilihanraya umum ketigabelas.
Sekian.
Salam,
Sepa.
p/s : Dino, kalau ko nak aku jawab, ko tulis di kotak komen.
.
*
.
6 comments:
Assalamualaikum wbt;
Ke hadapan sahabatku, Sepa @ Hasri hasfa.
Tidaklah dapat aku mententeramakan perasaan aku yang sentiasa gugup setiap kali mata aku berubah dari baris ke baris berikutnya. Sungguh saspen ceritamu.
Sesungguhnya, baru aku faham bahawa tok kamu bukanlah duduk di Selayang seperti yang aku sangka tetapi sekadar singgah di situ. Ini berikutan kemusykilan aku terhadap ko yang kalau bercuti semsester ko akan, sama ada, pulang ke kampung atau bergelandangan dengan Mun disekitar kotaraya. Aku akan berasa aneh kalau kamu tak bermalam di selayang. Namun kini segala-galanya telah terjawab.
Berkenaan dengan soalan kedua yang aku telah ajukan kepada kamu, aku rasa aku dapat membina sendiri rentetan ceritanya.
Wassalam.
'Berkhidmat Untuk Negara'
Sekian sahaja
Daripada yang jauh di mata;
Nizam.Ariff
p/s: pecah kaca pecah gelas...
aku nak gak surat.
kah kah.
:p
.
hi hasribinhasfa.blogspot.com owner found your blog via yahoo but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered website which offer to dramatically increase traffic to your website http://xrumerservice.org they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my website. Hope this helps :) They offer best backlink service Take care. Jason
Dino,
Mun tu sajer jeh nak lobi aku join kelab MET (Maco Engineering Team), mentang2 la dia yg presidennya. Dia kata, aku bulih mencapai level5 dlm kelab. Sudahnya, aku tak joinpun kelab yg hanya ada 4ahli. hehehe...
Mem,
:)
.
surat panjang lebor gaya bagi kat awek zaman dolu-dolu jah! hahaha!
gB,
hahaha... Hasri nih sbnrnya a-man-with-few-words. :p
Post a Comment