Friday, November 18, 2011

I have ordered a new Hilux for you. It will be in auto transmission.

Tandan kosong semakin menggunung. Tapak penampungan tandan kosong sudah tidak lagi mampu menampung tandan kosong yang setiap saat jatuh dari hujung corong conveyor. Azlan menggeleng-geleng kepala, sambil pandangannya masih lagi terpaku di hujung corong melihat sebijik sebijik tandan kosong terdorong keluar.

Apa dah jadi nih.? Bisik hatinya.

Azlan masih mampu tersenyum walau melihat keadaan yang semakin mendesak. Dia maklum, sekiranya tapak penampungan penuh, operasi kilang sedikit sebanyak akan terjejas. Akan bertambah ramai pekerja2 yang akan diarahkan untuk berikhtiar mengurangkan azab lambakkan menggunung tandan kosong agar operasi kilang berjalan selancar biasa. 

Azlan masih mampu tersenyum, bukanlah kerana dia menyukai apa yang dilihat oleh matanya, tetapi imej di skrin komputer, yang dibacanya dua hari lepas, yang masih lagi tertangkap dalam kotak ingatan di dalam otaknya, yang terpancar ke luar melewati anak mata membentuk imej imaginari yang bertindan-tindan bersama-sama dengan imej tandan kosong. Nampak samar-samar imej di skrin komputer, sepucuk email : "I have ordered a new Hilux for you. It will be in auto transmission." seolah-olah tercetak di atas permukaan timbunan tandan kosong.

Azlan semakin tersenyum apabila mengingatkan detik2 menerima kunci dari wakil penghantar email, pagi tadi. Sempat jugak si wakil itu berpesan; take care. Rasa terharu Azlan tidak dapat digambarkan. Mana tidaknya. Belum sampai setahun kereta yang dipakainya, juga jenis Hilux tetapi bertransmisi manual yang juga diterimanya dalam keadaan baru, sudahpun diganti dengan yang ber-cc lebih besar dan bertransmisi automatik. Seingat Azlan, tidak pernah ada lagi sorang manajer kilang diberipakai Hilux bertransmisi automatik. 

Mungkin akulah yang pertama, kata hatinya. 

Azlan beredar menuju ke kereta apabila jarum pendek jam bukan jenama Omega di tangannya berada di antara angka 5 dan 6, manakala jarum panjang menuding angka 6.

Ahhh...! dah pukul 5.30. Baik aku balik la dulu. Test power Hilux-auto tuh on-road. Mungkin boleh sampai di rumah jam 8.00 malam. Bisik hatinya.



.


3 comments:

tasekM said...

dirimukah Azlan itu...?

:)



.

Nizam.Ariff said...

jahanamkah hilux tu?

sepa said...

mem,
aku bercerita tentang kisah Azlan.

ada masanya, Azlan membawa kisah aku, dan ada masanya Azlan membawa kisah orang lain.

untuk entri nih, Azlan membawa kisah aku... :)

dino,
hilux yg manual transmission tuh masih sihat. masih cukup sifat... :)