Tuesday, November 22, 2011

ada masanya, aku perlu naik tinggi2... untuk kira untung.

Kilang dah 7bulan beroperasi, Azlan merasa inilah pencapaian paling bermakna baginya sejak mula menceburi industri kilang kelapa sawit 12tahun dahulu, kerana : kilang ini adalah kilang baru. Azlan masuk ketika kilang sedang dalam pembinaan. Ini adalah kilang pertama milik tuanpunya kilang. Paling sukar bagi Azlan ketika itu ialah apabila pendapat2nya seringkali tidak harmoni dengan para2 kontraktor2 dan seringkali juga pendapat2nya itu tidak diterima, manakala tuanpunya kilang tebal dengan rasa ragu.

Sepanjang 12tahun, Azlan telah memberi khidmat di 6buah kilang kelapa sawit, termasuklah kilang yang ini, yang baru 1tahun dia di sini. 

Masih lagi segar di dalam ingatan Azlan kisah di hari pertama kilang beroperasi, apabila buah sawit yang pertama keluar dari dalam perut Vertical Steriliser, masak elok, sambil berlatarbelakang suara tepukan tangan tuanpunya kilang. Ketika itu Azlan berjalan beriringan dengan buah sawit yang pertama keluar tadi sehinggalah menjadi tandan kosong. Sejak dari hari itu, hujung conveyor yang memuntahkan tandan kosong menjadi tempat yang sering dilawati oleh Azlan.

Mengenangkan hari pertama itu, Azlan benar2 terharu dengan sumbangan pekerja2&staf2 yang pernah bersama2nya. Ada yang masih bersama, ada pula yang sudah berhenti. Song, James, Leonard, Freddy, Edmund & Firman masih setia. David, Gaing, Zainuddin, Kamaluddin & Harianto membawa haluan masing2. David adalah Jurutera Pelatih. Song adalah Boilerman dibantu oleh Freddy, Edmund dan Harianto sebagai Fireman. James - Engine Driver. Gaing - Mekanik. Firman di Water Treatment Plant, Zainuddin di Loading Ramp, Kamaluddin di Vertical Steriliser dan Leonard di Stesen Press. Sangat kurang pekerja2&staf2 ketika itu. Sekarang, warga kilang sudah mencecah 50orang.

Kini, tibalah pula masanya mengira2 untung. Ada masanya, Azlan memanjat naik tangki simpanan minyak untuk mengira jumlah simpanan minyak sawit yang terhasil dikenali dengan CPO, crude palm oil, membawa bersama2nya satu pita-ukur stainless steel. Azlan sedar ada dua kaedah mengukur; sounding - mengira isi yang ada di dalam tangki, dan, ullage - mengira ruang kosong yang tidak diisi di dalam tangki. Azlan memilih sounding.

Tangki CPO biasanya silindrikal, yang dikiri berasap yang bernombor 1 itu bukan, yang dua besar itulah tangkinya.




Yang berasap bernombor 1 adalah cerobong boiler.






4 comments:

tasekM said...

moga terus maju Azlan.

Nizam.Ariff said...

aku terfikir... masa CPO tu keluar dari VS, mesti tengah panas kan..???




Kalaulah tasek bulih buat karipap banyak2, boleh ko goreng guna CPO yng masih panas tu. towkeh karipap weh... jimat pun yer..

sepa said...

mem,
syabas jugak aku ucapkan kpd si Azlan tuh. :)

dino,
eh, mana bulih. CPO tuh belum edible lagi. kena hantar ke refinery dulu, bang. :)

Anonymous said...

Bagus jugak entry ni... baru saya tau pasal 2 cara nak measure quantity CPO dlm tangki