terima kasih tuan C eM, sebab nak jugak menerima kunjungan saya.
bergegar gak rasanya jantung nih bila berada di rumah tuan C eM. pertama kali la katakan. aku-pun dipelawa duduk di sofa ruang tamu. tak payah la nak cerita apa yang dinampak kat ruang tamu tuh. sebelum masuk pun dah segala macam benda2 yang menarik2 yang tak pernah dilihat oleh orang2 kelas macam aku nih.
tuan, boleh saya tanya satu soalan tak...?
dengar cerita, hydro elektrik kat bakun nun dah nak supply, betul ke..?
tuan, saya nak cadangkan satu perkara...
apa kata untuk penempatan2 kecil2an di wilayah2 pedalaman, kita bina hydro elektrik mini. cukup setakat jana 50kW jeh. cukup untuk sebuah komuniti kampung atau rumah panjang.
sedang kita ada banyak air tuan. kita guna yang jenis francis atau kaplan wheel. yang kat tekanan rendah kita guna yang pelton wheel la pulak.
sebabnya tuan, sekarang di wilayah2 pedalaman banyak yang tak dak elektrik - tapi tak bermakna mereka suka hidup macam tuh. kalau kita tarik kabel - jarak dari satu penempatan ke satu penempatan benar2 jauh. pas tuh kita kena naikkan voltan tinggi2 tuk kurangkan kehilangan kuasa, pas tuh kena turunkan balik. kan leceh tuh tuan.
perh... berpeluh2-gigil2 aku sampaikan cadangan tuh... tuan C eM diam tak berkata... 10 minit, setengah jam, sejam... mak ai, apa dah jadi nih. kopi terhidang dah nak abis dah. tuan, say something, bisik hati-ku... aku rasa la, mungkin tuan C eM marah ngan aku le tuh, sebab mengada2 cadang itu ini itu ini... tak pun memang pesennya cam tuh; a man with few words - action works louder than word. rasa rimas dah melampau2 dah nih... apa kata angkat jeh...
tuan, saya mintak diri dulu. satu lagi, kawan saya si Dino kirim salam. saya mintak diri tuan.
8 comments:
Weh... kalau dia tembak aku macam mana?
Aku takut ni... hahaha
...tak le... nanti, kalau dia tanya... aku cakap la si dino dlm DIBO DIBODING... hehehe...
...kat kilang sawit bukan ke banyak biomas?
oooo... dah guna buat baja ek?
banyak tuh memang banyak... nanti aku jumpa-maya ngan tuan C eM, mintak dia buat bio-energy...
waaaa.... jumpa tuan cm.
dino dibo diboding tu aku suka la...
anak aku punya pasal la yg terjebak tgk kartun tu.
heh.
.
mem,
jumpa-maya-reka... jumpa-betul2, boleh pendek umur...! he3...
cm tak dgr pun ko ckp apa, dia terlelap. Smlm byk buat aktiviti fizikal. Almaklumlah, tgh bulan madu.
Tu pasal sampai ke sudah dia diam.
Lpeas ko blah, 4 jam lepas tu dia ada tanya, mana suda pegi si engineer tu tadi? dgn wife dia.
Wife dia cakap, sy pun tak tau, sebab saya nampak dia macam membebel jak. Apa pun sy tak faham dia cakap.
:P
zul, aku rasa jenis pelton nih byk org guna, sbb jenis impulse nih simple sikit.
...aku sambung...
dan berkatalah tuan C eM kepada isterinya, 'wahai adindaku, hulurkan iPad2 tu kepadaku agar aku bisa email nak muda tadi. aku mahu bincang tentang renewable energy."
dan tambahnya lagi. "ada benar kata nak muda tadi. penempatan di tepi laut dan di puncak bukitgunung kita buat windmill."
"dindaku, kalau kita guna renewable energy, arang batu yang dok ada baik ekspot je la..."
Post a Comment