Sunday, January 6, 2013

Perutusan... Selamat Tahun Baru 2013.

.
walaupun dah nak masuk minggu kedua tahun 2013, masih tidak terlewat untuk perutusan tahun baru 2013...

.
salam sejahtera semua,

Selamat Tahun Baru 2013. (dibaca diulang tiga kali)...!!!

Sediamaklum kita telah menutup kalendar tahun2012, selamat tinggal kalendar 2012. 

Di tahun 2012, kedengaran suara bisikan dak Dino dalam nada rimas resahnya kerana dah lama duduk di ruangan yang di atasnya ada orang, di bawahnya jugak ada orang, di kiri jugak kanan pun ada orang. Maka, di akhir tahun 2012 beliau telah bernekad untuk duduk di atas tanah dan bumbung diselimuti langit... semoga dia bergumbira bisa dia merasakan kehangatan dada bumi di tengahari dan kedinginan bayu berpuput di malam hari, juga kicau dari bunyi manik2 hujan yang tertabur dan terpercik di bumbung rumah...!!!

Di tahun 2012 juga, dak tasekM buat pertama kalinya menaiki kapalterbang, (yang saya sangkakan dia bersama rombongan haji dak pak2 menteri dan bini2 mereka), sebaliknya dia bersama rombongan ke Vietnam... mungkin beliau menimba ilmu menanam padi di paya... agaknya la...!!!

Sedang, di tahun 2012, ramai orang berkira-kira bilakah nak diadakan pilihanraya 13, gadisBunga pula berhijrah kerja ke JB... semoga sukses saudari...!!! bak kata orang, jauh perjalanan luas pandangan... mungkin benar... asalkan tak perlu meredah hutan yang pemandangannya nampak sama sahaja, jalan pula  tidak berturap...!!!

Diharapkan di tahun 2013, pilihanraya 13 menjadi kenyataan, kerana saya nak mengundi... !!!

Tidak ketinggalan saya jugak ingin mengucapkan selamat tahun baru 2013 kepada Kak Lily, Lady Windsor, smbotak (yang saya kira dia nih memang benar botak...), juga tidak lupa kepada kak ckLah... dan pembaca2 blog ini...!!!

Sekian.


.



salam.

.



8 comments:

aza ni said...

semoga terbaik

tasekM said...

selamat tahun baru sepa.

psssttt.... sebenarnya kali ke-2 tapi yg kali pertama tu masa aku kecik. aku tak ingat apa. maka. aku anggap aku tak pernah naik kapal terbang je la...

hehe.




.

sepa said...

amn,

tengkiu.

*alamak.! terlupa buh nama ko sekali. salam tahun 2013.


.

sepa said...

mem,


selamat tahun baru jugak eh.

*eh, ko pernah naik kapal laut, tak.?! marbeles wa cakap lu...!!! excitementnya, bila kapal berlepas, meninggalkan pelabuhan, bunyi peliut bergema, menuju ke muara dan meninggalkan pantai. sedikit2 daratan tenggelam di ufuk, ada burung2 berterbangan di coastal... sehinggalah tiada apa lagi yang dilihat, hanyala biru laut dan biru langit (yg kekadang berawan), tiada jugak burung2... dan semasa di laut luas itu, ko akan merasakan seolah2 ko terdampar di ruang yang tiada penghujung dan tiada jugak ketentuan arah... lama2 ko jadi bosan yang maha bosan... sehinggalah, co-captain yg berdiri bersama teropongnya berteriak... land land land... dan serangga mula menghurung lampu (ini di malam hari), burung2 nampak berterbangan ada yang terbang tinggi, ada yang menerjah permukaan laut(ini di siang hari), dan ko akan rasa, land itu adalah dunia baru.............
inila pengalaman aku. dulu. lama dulu. ketika itu, bandar2 d swak hanya dihubungkan menggunakan laluan laut...!!!



.

Nizam.Ariff said...

Bunyi peliut bergema...

Ko kena terangkan peliut tu menda kat TasekM sebab dia bukan anak pantai, aku syak dia tengah nganga sambil fikirannya cuba menerjah ruang fikir tetapi sayang, ianya kosong... ompong... hahaha...


selamat tahun baru 2013, Sepa.

Aku nak ucapkan Tahniah kerana mampu bertahan di blog kamu yang ke-2 nih lebih dari setahun! Satu kemajuan yang menarik buat ko setelah jenuh aku pujuk ko bukak blog sebab nak berkomunikasi dengan ko....

sepa said...

Dino,

aku perasan aku salah eja eh.! sepatutnya PELUIT...

selamat tahun baru 2013 jugak.

*ha ah... ko tau rupernya, betapa payah mengekalkan momentum penulisan untuk blog... dan kekadang aku kagum pada diri sendiri sebab mampu mengekalhidupkan blog nih...! dan melepasi garis 2tahun...!!!

.

Lady Windsor said...

Sepa
selamat tahun baru juga tuk ko dan mama, hana, hatta, hasif dan husna..ehh ahkak dah sebut semua kan? ke ada aku tertinggal..

aku nak berhijrah juga ni....ko doakan aku berjaya...selamat meraikan 2013!

Beram @ Ibrahim bin Johan said...

Sepa,
Selamat tahun baru...