Sunday, January 6, 2013

Petua untuk kesejahteraan adik... dan adik beradiknya!!!

.
*****
Achtung...!!!
Entri ini mengandungi unsur-unsur yang mungkin bisa dimergertikan secara negatif, atau bisa juga diterjemahkan dalam reverse-phsychology. Jadi, kepada sesiapa yg berfikiran kompleks, atau seorang yang bersifat inferiority complex, adalah sangat tidak digalakkan untuk membaca, hatta menghuraikannya... ini hanya tulisan santai untuk yang simple minded...!!!
Jadi, saya kategorikan entri ini sebagai 12SX.
*****
.............
entri ini ada kaitan dengan entri sebelumnya : di sini.
.............

"ALlahhuma kahar ya kahar ya kahar ya kukut, taarod ALlah...!!!", ungkap Pak Asmadi. Pak Asmadi senyap seketika, di tangan kirinya sebilah pahat digenggamnya erat, di tangan kanan pula sebatang rokok terselit dikepit oleh jari telunjuk and jari hantu. Dia duduk di atas bata yang disusun empat separas betis, merenung dinding yang telah disusun bata. Azlan duduk di sebelahnya...

"Tuan baca tiga kali...", tambahnya. Azlan senyum sambil melirik ke wajah tua Pak Asmadi. Pak Asmadi membalas senyuman itu, dan sedikit tergelak. Terserlah gigi dan gusi. Gigi depannya cuma ada 4 batang di bawah, di atas hanya gusi.

Azlan menggangguk, lalu bertanya, "gunanya...?!!!"
"untuk adik... supaya adik jadi kuat, keras dan sihat...", jawab Pak Asmadi, senyum dia.
"susahla nak sebut...", balas Azlan.
.
Pak Asmadi, menambahkan gelaknya, dan semakin bergetar halkumnya kerana ketawa berterusan, dilepaskannya pahat ke lantai... dan berdenting bunyinya.
"senang nak ingat, pendek sahaja... kahar itu, ini..!!!.", sambung Pak Asmadi sambil jari telunjuk tangan kirinya menunjukkan ke arah benda yang dibungkus oleh seluarnya. Benda itu, di bawah pusat, dan duduk di antara pangkal peha...
Azlan senyum sahaja. Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Pak Asmadi itu, kerana benda itu disebut dalam banyak nama. Ustaz dak Hatta kata zakar, ada mamat sebut brader John, ustazah pula membahasakan anu...!!! di dalam kamus ditulis penis...

.
Pak Asmadi mencapai pahat tadi, digenggamnya erat-erat dalam genggaman tangan kiri, di tangan kanan ada tukul. Pahat itu diletakkannya di atas bata di tengahtengah, tukul itu pula mematuk-matuk hulu pahat. Terbelah dua bata itu. Bata itu, yang tadinya digunakannya untuk mengasah pahat itu telah terbelah, menjadi dua.

.
Azlan berdiri dan melangkah pergi, tersenyum. Azlan tidakpun cuba untuk mengingati ungkapan untuk guna si adik itu, sukar sebutannya kerana sebutan itu keluar dari mulut yang atasnya tidak bergigi, bawahnya pula ada 4 batang. Sedangkan U.L.A.R, Dino, yang di utara membunyikan 'ulaq', tasekM yang di selatan pula 'ulau'... dan LW yang di utara timur, menyebutnya betul, ular. Azlan, terbayangkan sekiranya, ungkapan tadi digunakan oleh dak Dino yang di utara nun, apakah agaknya nasib si Adik...???!!!


.

salam.

  
.

10 comments:

Anonymous said...

mungkin juga si azlan perlu tunggu hingga usia `empat batang gigi' baru la perfect sebutannya...

sepa said...

smbotak,

hah hahaha... yer yer benar.

:)

*ko tanak try.?!

Lady Windsor said...

hmm..mana ko tau aku sebut ular betul eh..

tasekM said...

org perak sebut snake.

kah2.




.

Nizam.Ariff said...

Aku panggil balak...

gadisBunga™ said...

er. aku patut komen ke tak entri ni? :p

sepa said...

LW,

sebab ULAR tak dak 'N'...

:)

sepa said...

mem,

uishhh, panjang tuh...!!! mau sedepa yer. :P

sepa said...

Dino,

keras tuuuu...! dan sangat keras...!

:D

sepa said...

gB,

.....


:)