Saturday, January 19, 2013

Bandaraya Ipoh menyimpan banyak sejarah... dan ada kisah kehidupan, yang mungkin akan diceritakan dari generasi ke generasi...!!!

.
"kalau menang, boleh mewakili negeri... di Perak." itu kata Husna petang tadi. 
minggu lepas, Husna mewakili sekolah untuk game chess. sekolahnya dapat tempat pertama. dia secara individu, di tempat kedua, dia main 7game, menang 6 seri 1.

"di Ipoh.?!" aku tanya.

dua minggu lagi, dia main untuk mewakili bandar. sekiranya menang atau sekurang-kurangnya di top-5, boleh mewakili negeri... untuk peringkat nasional. di Ipoh, Perak, katanya.

"ha ah..." jawabnya.

.
aku pernah ke Ipoh, lama dulu. itu jam, aku sering ke Ipoh ketika aku belajar di universiti yang dibina di tanah bekas lombong, di Tronoh nun... di stesen keretapi Ipoh ada banyak gerai, di gerai yang paling hujung ada jual sup ekor. sedap dan spicy supnya...!!!

.
aku jugak pernah ke Teluk Intan, ada menara yang condong, tapi disanjung... rumah arwah nek di kampung pun condong... boleh jugak ia disanjung...?!


.
good luck, Husna...



.
p/s :

kekadang, ada orang yang tak tau apa itu betul. tapi, orang itu selalu kata kepada orang yang buat betul, supaya buat betul... sehinggakan apa yang sepatutnya betul, tak nampak betul...


.

salam.

.

6 comments:

smbotak said...

Betul tu.
Kat ipoh ada hotel yang harga murah tapi selesa, tapi ketenangan malam sedikit diganggu oleh KFC.

sepa said...

smbotak,

banyak hotel murah ke.?! bagus la. :)

Nizam.Ariff said...

kita sama-sama hirup sup ekor di stesyen keretapi itu...

tasekM said...

ko bg tak dia pi Ipoh nih..?

:)



.

sepa said...

Dino,

ha ah... org kata, la ni gerai tuh dah takde.!!!

.

sepa said...

mem,

sekiranya dia terpilih, dia pergi la kan... lagipun, aku pernah bawak dia pusingpusing Ipoh. itu jam umurnya masuk 5tahun.


:)