Monday, December 10, 2012

Dol datang...!!! Dia bawak teropong dan ada cerita tentang vermicomposting dan sebijik buah terung yang bergulung.

.
"Dol datang semalam... bolehla ko ajak si Dol tu memancing di laut di hujung minggu" itu kata Alyah sebulan yang lalu, ketika itu Azlan sedang menyediakan flowerbed untuk pokok cili.
Sebulan, ya genap sebulan sudah kata-kata itu. Azlan ingat benar. Dol mesti ada hari ini...! Sudah lapan tahun mereka tidak berjumpa...
.
***** di sini ada cerita tentang Dol... *****
.
Azlan sedang duduk di teres rumah dalam silir-semilir angin yang bertiup dari arah laut - Laut China Selatan, sambil memerhati seekor pipit tanah yang hinggap di flowerbed menghangguk-hangguk kepala, mencakar-cakar tanah dan terbang semula, datang seekor lagi hinggap jugak dan terbang. Di tangannya ada sebuah remote-control auto-gate rumahnya, yang swing-open-out itu.
.
Bunyi kapcai yang datang dari arah hujung sana, telah menjentik telinga Azlan agar mengalih pandang ke arah jalan. Dilihatnya, yang berkapcai itu seorang pemuda, cergas gayanya, bertutup pula mukanya di dalam helmet yang ada visor, berhenti di luar rumah jiran di depan itu yang tertutup pintu pagarnya. Dia menongkatkan kapcai itu, turun dan berdiri tegak, mencapai teropong yang tergantung di leher dan lantas meneropong ke arah pintu depan rumah itu. Seketika kemudian, dia menekan-nekan butang pada sebuah peranti elektronik yang jugak tergantung di lehernya. Peranti itu mengeluarkan sekeping kertas. Kertas itu dimasukkannya ke dalam mail-box.
.
"Sekejap, aku ke sana dulu..." kata pemuda itu tatkala dia terpandang Azlan.
Azlan pula memicit satu punat kecil pada remote-control auto-gate yang swing-open-out itu, membuka sebelah daun pintu pagar. Dibiarnya daun pintu pagar itu terbuka sedikit, cukup-muat untuk sebuah kapcai masuk.
.
Kapcai masuk ketika Azlan sedang berdiri bercekak pinggang, memerhatikan sekebun terungnya yang pokok-pokok terung itu sedang meliuk-melintuk seirama dengan semilir angin yang bertiup dari arah laut itu.
"Nah..." pemuda itu menyerahkan sehelai bil elektrik, yang jumlah tertera pada bil itu satu ratus tiga puluh lima ringgit dan lapan puluh lima sen.
"Ko tak masukkan di dalam mail-box, Dol.?!" balas Azlan setelah selesai melihat jumlah yang tertera di bil elektrik itu. Teropong dan peranti elektronik itu masih tergantung di leher Dol.
Hik hik hik, Dol ketawa kecil.
"Come..., Dol.! Kita duduk-duduk dan pekena teh-o segelas dua." pelawa Azlan. Mereka duduk di teres itu...
.
ini Dol, kawan.!
.

.
Dol tidak berkata-kata, dia meneguk teh-o yang suam-suam kuku perlahan-lahan. Dia hanya senyum. Dia diam seketika sambil itu merenung sekebun terung itu dan sekejap-sekejap menjeling ke arah Azlan.

"Terung-terung itu aku tanam guna tanah dari vermicomposting, Dol. Nampak subur, kan.!" terang Azlan.
Dol mengangguk, senyum dia seolah faham.

"Mari aku tunjukkan ko pokok-pokok terung itu. Sudah mula berbuah sebahagiannya....!" ajak Azlan. Dol mengiringi Azlan.
.

Sesampai di sepohon pokok terung yang sedang matang buahnya, Dol bertenggek. Senyum dia. Azlan menyua pita pengukur, lalu diukurnya buah terung itu.
.
ini buah terung itu, kawan.!
.

.
...tapi, Dol tidak nampak sebijik buah terung yang bergulung menjadi seperti bentuk gelung dan mungkin akan bergulung lagi menjadi seperti tekuyung...!!!
.
ini sebijik buah terung yang bergulung, kawan.!
.

Mereka kembali duduk semula. Segelas teh-o telah dihabiskan tadi, ditambah lagi segelas.

"Ko masih memancing lagi, Dol.?!" tanya Azlan.
"Lama dah tak pergi memancing." balas Dol ringkas.

Azlan masih ingat, suatu ketika dahulu, Azlan pernah pergi memancing dengan Dol di Long-Jetty tidak jauh dari muara sungai Miri, sehingga jauh malam. Mereka menurunkan mata-mata kail di hujung jeti itu, sehampir dengan tangga yang digunakan oleh pekerja-pekerja pelantar minyak untuk menaiki bot yang membawa mereka ke pelantar minyak. Dol dapat dua ekor ikan gelama. Azlan pula hanya bertambah mahir mengaitkan umpan ikan di mata kail, seekor ikan haram lekat di mata kailnya. Ketika mereka berjalan pulang dalam dingin tengahmalam, mereka berselisih dengan seorang tua bersama empat orang perempuan muda, setiap seorangya menjinjing sebijik durian. Seorang tua itu bertanya, "banyak dapat ikan.?", Azlan hanya menggeleng. Seorang perempuan muda yang berjalan paling belakang pula menambah, "pancingla yang di darat...!"... Azlan berpaling, cuba untuk senyum tapi tak terukir...
.

"Aku dah tak da joran...!" kata Dol lagi.


.


salam.

.

18 comments:

SyukraNs said...

lamak dah sik jumpa dol....

Anonymous said...

Teringin juak mancing di situ! Sini selalu hujan, tak boleh mancing atau 'menerung', cuma meneguk kopi o, mata ke langit...

Lady Windsor said...

ya rabbi awat pelik nau terung tu eh...takut lak aku nak makan..
kalau yang straight tu ok..aku suka goreng kosong je tak pun celur cecah air asam...sedap eh!

gadisBunga™ said...

beli je kat pasar. heheh~

sepa said...

SyukraNs,

Dol bukanka belakang rumah korang.?! pergila jumpa dia...!

sepa said...

smbotak,

Long-Jetty Miri yg terkenal suatu masa dahulu dah takdak.! depa dah reclaim muara Sungai Miri, menjadi Marina Park dan depa ubah muaranya dipindah ke hujung padang golf KGM. :)

.

sepa said...

LW,

nak try le yg cecah air asam. :)

.

sepa said...

gB,

ha ah... beli ikan kat pasar jeh kan.! hehehe


.

aza ni said...

terung kenan tenggiling kot...

dah try makan?macamana rasanya badingkan yang lurus?

Lady Windsor said...

Sepa,
senang je..rebus cam biasa sampai lembut. Air asam tu cili kering + cili hidup..tumbuk sampai hancur dan letak air asak jawa. O ya ko kena letak belacam sket biar mengaum. Lepas tu hiris halis bawang besar dan limau kasturi dan tomato, ko letak la serba sedikit gula garam. Kalau aku punya style, aku suka masak biar mendidih dulu then baru campur bawang dan limau kasturi, boleh tahan sampai dua tiga hari dalam peti es. Err aku rasa mak dak Hana tu mesti tau buat air asam kan..

tasekM said...

pesal nampak kurus, sepa..?

Nizam.Ariff said...

DOl masih ada 3 joran pancingnya yang belum berumpan... keh keh keh..


weh, aku tgh nak pindah rumah baru ni... aku nak tanam pokok sayur2 tapi mem beso kata dia nak tanam bunga. Ko tolonglah uraikan kemelut kita org ni... huhuhu

sepa said...

amn,

dah. dah dimakan. masak kari.
eh. terung nih jenih yg lembut. rupa2nya terung camnih ada dua jenis. satu lagi, yg keras...

:)

sepa said...

LW,

ok. tengkiu. hujung minggu nih nak buat.

:)

sepa said...

mem,

aku nampak kurus sebab aku pakai baju hitam...

hehehe

atau mungkin aku slim macam AronAjis (saja bagi Dino meluat.!)

.

sepa said...

Dino,

ko kena mengalah...! mem beso nak tanam bunga ko tanam la bunga...


...bunga yang akhirnya di'pollination', dan menjadi buah. contohnya : terung, lady-finger, cili, tomato, dan mungkin labu.


hehehe

Lady Windsor said...

Dino,
aku nak bagi cadangan juga untuk menghuraikan kemelut ko dan membeso neh. Ko kena bagi dia tanam bunga. Tak pun ko ambik la sket tanah tu untuk ko tanam sayur. Kannya apa, bunga dan pompuan memang sinonim dan tak boleh dipisahkan sebab pokok2 bunga tu ada terapi paling baik untuk pompuan. Meh aku bagi kes, pompuan ni tanam orkid lelabah yang penuh di pagar rumah mereka. Orkid tu pulak berbunga lebat dan sangar tambun..gemuk dan cantik bunganya. Satu hari si suaminya sudah memangkas 90% orkid tu dengan alasan banyak sarang semut pada pangkal pokok tu. Ko tau apa jadi? Pompuan tu mengalami trauma dan sedih berhari-hari lamanya kerana dia tidak boleh menerima alasan suaminya mengenai orkid yang sudah dipangkas. Orkid itu juga adalah tempat dia meluah keresahan hati dan segala masalah yang terpendam dan pengakhirannya adalah tidak menggembirakan untuk aku zahirkan di sini...kalu ko nak tau penyudah..let me know...

sepa said...

Dino,

aku setuju ngan dak LW... tanam bunga jadi keutamaan, ko mesti tanam bunga...!!!

kerana bunga itu indah.


:)

.