Saturday, February 11, 2012

Semangat seekor spider... tatkala malam gelap-pekat.

semasa melewati denai menuruni bukit di belakang rumah
dalam hujan renyai...

.
aku

aku terserempak dengan
seekor spider
yang sedang memasang perangkap
bertunjangkan rerumputan

.
dan aku...
teringat pelawa si Dino
untuk menangkap foto si spider

.
maka aku...
persembahkan
hasil tangkapan foto spider
tatkala malam gelap-pekat dalam hujan renyai

.
kepada si Dino.

.
nah.! ini untuk kamu...
.

.
criter di sebalik-tabir penggambaran :
.
aku nampak sekor spider sedang-tengah menyulam jaring perangkap
di antara dua helai daun rumput yg tertegak
dari satu helai daun rumput ke satu helai yg lain
ia membentuk bebenang direntang-regang
.
tatkala ia hendak membina bebenang yang kedua
aku putuskan yang pertama
sekembalinya ia hendak merentang-regang bebenang ketiga
aku putuskan yg kedua
.
dan akhirnya,
aku tewas dek semangat-nya,
walau ia tidak menyengat aku...
.
lalu aku suluh sang spider itu
dan aku ambil fotonya...
untuk sorang kawan
yg nak sangat tengok foto spider
hasil tangan aku...
.

salam.
.

9 comments:

Nizam.Ariff said...

aku rasa kalau ko buat journal untuk Nat.Geography mesti bagus...

cerita tentang seekor spider yang lemah semangat juangnya...

dan kepada pakar motivasi agar jangan terlalu menyanjung sang spider yang kononnya tak penat=penat membina sarang yang punah setiap kali dihempas angin...

sebenarnya, spider hanyalah seekor binatang yang kenal erti penat dan kecewa....

dan mungkin juga bakal membunuh dirinya dengan cara menjatuhkan dirinya ke atas seketul batu yang bergerigi tajam, dengan kepalanya dihunjamkan dahulu dengan kelajuan penuh sehingga mencapai kelajuan muktamad, kemudian hentaman itu membuatkan kepalanya terpisah dari toraks dan toraks terpisah dari adbomen... yang tinggal hanya tali perut yang lembut dan berlendir mengikat ketiga-tiga bahagian badan yang terpisah...manakala kaki-kakinya tercabut dan bersepah di sana sini...


ngeri....

tasekM said...

ko nk gi mana sebenarnya hujan2 gelap tu...?

kak Lily said...

Ya, betul. Labah-labah walaupun kecil tapi sangat tabah.

Dah kadang2 terasa malu pada seekor serangga.

Anonymous said...

Zam bukan ada surah ttg labah-labah dalam AlQuran ka?

Tak baca komen ko tadi.

Lagi satu, pesal org putih kalu buat cite spider mesti dia mcm antatogiskan watak tu.

Tak mausk spider man la kan?

Komen sikit.

k Lily

Lily Abdullah said...

Surah Al Nal tu ttg Anai-anai kan?

Hehe nanti rujuk balik.

Nizam.Ariff said...

Kak Lily,
surah Ankabut pasal labah2...kan?

sepa said...

dino,

ko nak aku tulis jurnal tentang spider, yer.?

errr...
ok.
aku mulakan cam neyh.

spider ialah sekutu, sebaliknya...
cicak pula seteru.

spider, dalam apa warna dan apa saiz sekalipun mempunyai gigitan yang menyengat dan boleh membunuh. tetapi, apabila spider hidup sehabitat dengan manusia, mereka adalah sekutu.

...errr, lain kali la sambung... terasa sengal pulak sesendi jejari-lembut-halus menitik petak2 abjad2 di keyboard.

:)

sepa said...

mem,

aku naik ke atas bukit belakang rumah mencari signal hp. hari2 yg aku tak balik, aku akan tel buat laporan harian. :)

sepa said...

kak Lily,

spider memang tekun.
hari saya tulis ttg spider nih adalah jugak hari yg sama tokeh datang melawat-audit kerja saya.

*dia naik ke bahagian paling tinggi d dlm kilang, dan ada satu laluan dia terlanggar sehelai bebenang jaring lelabah.
dia tanya : korang tak pernah naik ke sini ke?
dan saya jawab : spider adalah sangat pantas dlm kerjanya, ini jam kita hapuskan web-nya, sejam lg dah siap balik.
dia tanya : cam ner nak tak da spider web.
aku jawab : tak da kan spider...

hehehe...