Wednesday, February 15, 2012

makan cendawan...

Pagi-pagi, bila masuk kerja di kilang yang jauh di pedalaman itu, Azlan biasanya akan ke ramp melihat buah sawit yang diterima.

Pada suatu pagi rabu awal bulan dua itu, Azlan sebaliknya terus ke bilik manager di bucu bangunan yang menghadap jambatan timbang dan boiler house. Dua hari lepas, dia telah mengarahkan staf dan assistan-nya menyiapkan cepat2 checkroll agar gaji boleh dibayar pada 4 haribulan sebab 5 ahad dan 6 cuti umum. Harapan Azlan pagi itu, agar checkroll telah siap disemak dan dia cuma perlu turunkan tandatangan untuk disahkan untuk pembayaran. Mejanya kosong. 

Azlan mengeluh lalu menghayun-hayunkan badannya di kerusi yang bolehputar-dan-naikturun, meninjau boiler house lewat tingkap sambil menyisir-nyisir rambut di kirikanan kepala dengan jari. Sekalidua dia melajakkan jarinya menyisir rambutnya yang sangat kurang benar di bahagian tengah kepala.

Sedang Azlan hendak bingkasbangun dari duduk, Joko masuk. Azlan sedikit terkejut kerana biasanya setiap orang yang hendak masuk, akan mengetuk pintu. Masuk setelah dibenarkan.

Azlan : Ada apa Joko.?
Joko : Syarifuddin mao mintak cuti sebulan. Katanya, dia mao hantar bininya balik ke kampung berubat.

Azlan : Sakit apa bininya.? Hantar ke klinik di Batu Niah je lah. Tak pun ke Hospital Miri.
Joko : Katanya, sakit sebab makan cendawan sawit. Dah dekat seminggu sakit. Dia mao berubat di kampung, sebab kalau terlanjur mesti dibedah, di kampung ada emaknya yang jaga.

Azlan : Suruh dia sendiri jumpa aku. Dia sendiri yang mintak.




.
*****
ini kisah Syarifuddin dan isterinya Umi...

"mereka adalah suami isteri selama 3 tahun. masih belum ada anak... "

"Syarifuddin datang di kilang yang jauh di pedalaman atas pelawaan Azlan. Dia anaksedara Harianto. Melalui Harianto lah Syarifuddin datang semasa Azlan sangat2 kekurangan pekerja..."

*****




.
*
ini kisah Syarifuddin...

"Syarifuddin sorang lelaki yang bengkeng... juga manja.! Dia bekerja sebagai operator di bilik penjernihan minyak kelapa sawit. Setiap kali apabila dia ditegur oleh isterinya, pasti esoknya dia ponteng kerja..."

*
ini kisah Umi...

"Umi bekerja di estet..."

*




.
*****
yang sebenarnya...

"...Umi selingkuh. Dia selingkuh dengan mandor-nya. Mandor-nya warga filipina ber-myKad Malaysia. Umi sebenarnya tidak sakit, tapi dia mual2 dan muntah2. Mengandung.!"
"...Rasa marah yang membuak, Syarifuddin menghayunkan sedas tumbukan di muka mandor itu. "
"...Atas desakan dan arahan pengurus estet, kedua2nya dihantar pulang ke kampung mereka di Sulawesi..."

*****


.


7 comments:

tasekM said...

masalah dlm hutan ni sehebat masalah bandor eh...?



.

Kembara Insan said...

Salam.
Utk pengentahuan ko, aku pun ada masalah yg lebih kurang sama baru-2 ini melibatkan TKI (tenaga kerja Indonsia-itk info, di Srwk ni hanya dibenarkan TKI shj bekerja di sawit).

Aku siap jadi tok kadi. Pendek cerita, satu hari ph, suami isteri bergaduh. Suami telan ditikam dan dapat 9 jahitan di Klinik berdekatan. Sebab masa tu ph, aku arahkan AM aku utk buat domestic inquiry dan laporan. Bila sampai kilang, aku terus baca laporan tu siap ada perkataan yg aku rasa tak perlu masuk (am aku cadet baru keja 2 bulan).

Aku pun panggillah mereka berdua + bapak + kakak mereka. Aku jadi tok kadi sekejap.

*mereka pasangan muda. Isteri tak pandai masak, suami panas baran. Satu kali diminta, tak bagi, terus dipukul isteri. Isteri panas hati, ambil pisau, terus tikam. Nasib baik tak dalam.

Aku sebagai tok kadi, terus memberi ceramah percuma kpd mereka-2 ini. Dua-2 aku ckp bersalah. Kalu iktu undang-2 jenayah, dua-2 aku hantar pegi balai. Kalu ikut undang syariah, tok kadi kena bagi siasat, bagi nasihat dan seterusnya.

Masa dok tgh ceramah, dua-2 masih tak mahu mengaku kalah. Aku terus bantai cukup-2, siap sikit lagi mau bagi penampar.

Akhirnya aku buat keputusan utk ;-
1. Berhentikan isterinya dan hantar dia balik kg.
2. Jika aku ada dengar lagi kes pergaduhan, aku bagi peringatan utk mereka ni utk terus hantar pegi balai.

....
esoknya, aku panggil semua staff dan pekerja aku, bagi nasihat berhubung hubungan suami isteri dan keamanan sejagat.

*utk info, aku jadi tok kadi, pakar rumahtangga, hakim, polis dan juga sauara kpd orang Islam.

*tugas pengurus kilang sawit ; semua boleh jadi!!

Kembara Insan said...

TasekM, masalah dalam hutan, bandar atau kat bulan, sebenarnya sama selagi ada manusia.

Cara utk selesai pun kadang sama shj cuma kaedah berbeza. Tujuannya nak selesai masalah.

Selagi nama manusia, kalu tak ada agama - peraturan hidup, kacau bilau jawabnya.

Agama - aturan hidup, undang-2 amat penting supaya kita terus bergelar manusia, bukan haiwan.

Nizam.Ariff said...

mace-mace dale dunio ni eh...

tu la... mu patut jadi ketuo kampun...

sepa said...

mem,

a ah. :)

sepa said...

zul,

aku dah kerja d 6 kilang sawit, dlm masa 12thn.
ko bygkan brape byk kisah suka-dukanya...

*oya, ttg pengambilan TKI ada simboliknya. co pernah nak mintak dr filipina tp state tak bg.
*tak silap aku, TKI kbykkannya islam & state mau meramaikan org islam.
*walaupun kt nampak asyik berbalah dgn indon, ttp dlm byk segi indon rakan terbaik yg setia dan sedia membantu kita.
*itu yg aku dipahamkan...

:)

sepa said...

dino,

ada borang nak kena isi tak.?! hehehe...