Friday, January 20, 2012

Selamat Tahun Baru Cina... kepada orang melayu.!!!

1. Tadi, aku tengok kat simpang ke pekan Batu Niah, yang ada beberapa woksyop dan kedai hardware milik tokeh berbangsa cina, dah mula masuk mood menyambut tahun baru calendar cina.
2. Aku agak, tahun nih, orang2 yang menyambut tahun baru calendar cina, akan bercuti panjang sebab tahun yang disambut berzodiak Naga / Dragon.
3. Sesuai dengan nama zodiaknya, yang panjang-besar-berapi dan mencengkam, maka cuti yang diambilpun harus bersifat demikian.
4. Selamat bercuti kepada yang bercuti kerana hendak menyambut tahun baru calendar cina.
.
ini la rupa Naga / Dragon... ganas.!!! tapi, manja kot.?!



.
5. Sedikit sebanyak yang aku paham tentang tahun calendar cina : calendar untuk tahun calendar cina berasaskan lunar. Iaitu peredaran bulan yang mengelilingi bumi dalam satu kitaran yang lengkap, yang biasanya melengkapi 12 bulan untuk satu tahun. Bulan dalam calendar Hijrah, yang diguna-amal oleh muslim adalah juga sama (*iaitu berasaskan lunar).
6. Cuma, bezanya : calendar untuk tahun calendar cina, ada tahun lompat (*leap year katanya). Bermakna, setiap 4 tahun akan ada satu tahun yang bertahun 13 bulan. Maka, tahun calendar cina akan kekal berkira-bilang dengan tahun yang berasaskan solar (*juga digelar Gregorian / Masehi). Oya, tahun ini adalah leap year - macam mana nak tahu.? : tengok kalendar, bulan Februari ada 29 hari.
7. Dalam calendar Hijrah, tiada tahun lompat. Bulan tetap dikira 12.
.
.
.
8. Maka, dalam tahun Hijrah, kita akan bertemu-semula dengan tarikh dan masa yang sama, jika dibandingkan dengan tahun Gregorian adalah pada 23 tahun calendar solar.
9. Contohnya : Hari ini, Jumaat 26Safar1433H adalah juga Jumaat 20Januari2012, akan sama pada 23 tahun akan datang dalam calendar Gregorian. 23 tahun akan datang, 26Safar akan berhari yang sama dengan 20Januari pada hari Jumaat.
.
.
.
ok. kepada kengkawan yang aku kenal dalam blog, naga2 nih untuk anda2 semua.

.
kepada Dino : Naga yang berkelana tatkala senja.
.
 .
 kepada tasekM : Naga yang santai di tepi sungai / tasik sambil merenung rimba, bukit dan gunung.
.
 .

kepada kak WaterLily : Naga yang sedang bersimpuh-sopan, merenung kehidupan sambil mencari ilham untuk berkarya dengan pengisian yang berjiwa.
.
.
kepada saudara Kembara Insan : Naga yang sungguh bersemangat, nampak resourceful dan knowledgable.
.
.



salam...


.

6 comments:

tasekM said...

ko dah tau apa yg aku suka.
tq.
tq.

:)

aku lahir tahun naga tau.
dan.
jangan mengada nk kira umur aku berapa.

keh keh.

:p




.

Kembara Insan said...

Thank you, Thank you .

Ada tak gambar ketua naga mewakili semua naga2 di atas?

Kalau ada, aku nak tujukan utk ko. Ciri-cirinya ;

Naga handsome macho,
Naga bijak pandai,
Naga kreatif,
Naga sedang terbang sambil tgk pemandangan dunia dari dua celah jarinya..

Yg paling penting..,naga HANDSOME MACHO!

Nizam.Ariff said...

ya.. betul3x

aku naga berapi, sesiapa pandang mata boleh terus mati.... kakaka


TQ brader...

kecubung dah habis?
aku nak olah balik Kecubung tu ikut jalan cerita asal yg aku plan dulu...

sepa said...

mem,
hehehe... aku sgt2 memahami kengkawan. dalam kalendar cina aku lahir di tahun water rat...

err... walaupun ko lahir tahun naga, ini tahun naga adalah jenis WATER DRAGON. :)
org yg umur 60thn atau bayi yg akan lahir selepas 23jan2012 jeh yg sama...

eh, kejap. ko tak 60tahun, kan.?!

sepa said...

zul,

u r welcome.
fyi, dragon gambar pertama tuh sbnrnya dedikasi utk aku sndr. :)

nampak handsome-maco gitu. hehehe

sepa said...

dino,

aku gugel nak cari naga yg bertenggek atas awan, tuk ko. tp, tak jumpa.

yah yah yah... ko memang ganas, brader.! tp, manja. :)