Friday, September 20, 2013

Kisah seram tentang pontianak... !!!

.
Ketika aku balik dari kerja, hari sudah mula berada di ambang maghrib. Aku nampak seorang perempuan sedang berdiri di luar pintu pagar, dia sedang menyandang sebuah beg. Dia ialah pekerja di kilang tempat aku berkerja... Aku berhentikan hilux, menegurnya.

Aku tanya, apa kamu buat berdiri tercegat? Dia jawab, sedang menunggu untuk dijemput oleh lakinya. Ha ah!, jawabku, bersahaja dan mengangguk jugak. Sedang aku mahu mula beredar pergi, dia memanggil aku. Bos, bos, sudah tiga hari di perumahan kita heboh ada hantu. Hantu perempuan, bos.! Merah matanya, kukunya bergerigi, rambutnya terurai kusut tak keruan...!!!

Aku anggukangguk kecil, tersenyum menyeringai. Aku melemparkan pula pandangan ke kaki langit, kemudian menikam pandang itu ke arah bukit-bukit di arah matahari terbenam, bulan sedang mula muncul dari balik bukit-bukit itu, dan malam nanti tinggila duduk bulan itu di dada langit, bulan yang mengambang penuh. Tatkala bulan mengambang penuh di kehidupan yang jauh di pedalaman sini, malam sungguh menyeramkan. Cahaya bulan itu berkilaukilau terpancar di puncakpuncak bukit, bersinarsinar di pucukpucuk pokok, tempias cahayanya remang menyiram jalan dan lorong. Jalan yang berdebu seperti berselimut kabus yang tebal menampan cahaya bulan. Sesekali apabila anjinganjing menyalak, meremang bulu roma dibuatnya, bisa saja terbayangkan vampire sedang menunggu di simpang jalan, sedang mengintai di balik semak, dari di dalam parit, atau jugak dari di tebing anak sungai.

Tutup pintu, bos! Kalau ada orang mengetuk pintu, janganla dibuka, mungkin sekali itu dia, pesannya lagi. Lalu aku beredar, dan...

HAHAHAHAHAHA...!!!

Aku gelakbesar dan ketawasemauhati, tak takut langsung eh! Sekali aku laungkan azan, bercempera dia lari mencari jamban...!!!


.


salam.

.

8 comments:

SuzieLAWAti said...

ye.. ye.. la org tekun baca ingat ade cerita seram lah sangat.....

potong jee.... hehehe

sepa said...

CPL,

salahkan Dino... hehehe


.

t.a.t.a said...

kau gelak besar dan ketawa semau hati tu sebenarnya memang tak takut langsung atau kau memamg takut sangat langsung?

sepa said...

tata,

hahaha... bagusla ko dapat tangkap maksud ayat terakir tu.

:)


.

Nizam.Ariff said...

Sebelum ko langkah masuk ke pick-up, ko tak tengok kaki pompuan tu jejak tanah ke tak? Aparaaaaaa....

Ko sedar tak?

Yang bercakap itulah pontianak!

Pontianak zaman sekarang dah kurang terkenal, filem pontianak pun tak seramai penonton filem Aaron Ajis.

So, akak Pontianak terpaksa keluar dan buat promosi @ marketing sendiri...

Yang ko bersembang tu dengan Pontianak laaaa.....!!!!

Dia merupa org yang ko kenal je tuh...


.

Lady Windsor said...

cite cite hantu ni aku tak mo baca lah bro..sepa jadi ker projek bulan doblas neh? brapa aribulan yer?

Anonymous said...

Kesian ponti promo diri ....

Unknown said...

mcm buret je citer ni. nk terkorek buret rockers aku