Sunday, September 22, 2013

Nescafe Ipoh White Coffee sungguh sedap rasanya... tapi, ada masanya kopi itu membuatkan kita kecewa, kawan...!!!

.
kita akan kecewa :
  • apabila kita menjerang air, suiz cerek letrik kita terlupa hidupkan.
  • apabila air dah mendidih, kita terlupa pulak nak bancuh kopi... air dah jadi suam! kenala jerang sekali lagi.
  • apabila nak bancuh kopi, cangkir pulak tak ada... sebab cangkir belum dicuci.
  • apabila nak bancuh kopi, sekali lagi, air menjadi suam semula... sebab kita toskan cangkir tadi lama sangat! kenala jerang sekali (sekali) lagi.

...

...akhirnya, kita berjaya bancuh secangkir kopi, Nescafe Ipoh White Coffee, untuk kita nikmati dalam dingin pagi...
perlahanlahan kita hirup, sikitsikit kita hirup... kerana kopi itu masih panas...!!!

...
kita akan kecewa : (sekali lagi)
  • apabila sementara menunggu kopi itu menjadi suam, kita membaca sebuah novel, untuk membunuh masa menunggu. dek kerana asyiknya membaca, kopi dah sejuk (sungguh tak kaw minum kopi sejuk eh!)... kita hirupla jugak, sampai tinggal separuh, dan sambung membaca.
  • apabila kopi yang tinggal separuh itu tadi, dihurung oleh semut (sehingga warna cangkir menjadi warna semut - sungguh banyak semutnya, kawan!)... tak boleh minum dah.! terpaksala kita buang...!!! (asyik sangatla membaca, sehingga kopi bertukar warna!!!)

kita akan kecewa : (sekali (sekali lagi) lagi)
  • apabila kita nak bancuh secangkir kopi lagi, (kali ini, cangkir dah siap cuci, dah toskan pun!, menjerang air pun kita tunggu!.), kita terpaksala pula minum air mati sahaja...!!!

...kerana

  • kopi Nescafe Ipoh White Coffee yang kita bancuh tadi,  itu adalah...


...peket yang terakhir...!!!


.

salam.

.

11 comments:

Nizam.Ariff said...

ermm... aku teka..
ko khusyuk baca buku aku?

SuzieLAWAti said...

alahaiii..... cian nyaa... nanti beli banyak2 buat stok...

make sure.. sarang semut telah di spray..

dan guna kan "kettle pot" yang sentiasa air nya panas..

dan pasti kan jangan baca buku nizam...

semua ni salah NIZAM....!!!

wahahahaaaa..... larikkkk....

Nizam.Ariff said...

CPL, dikala sepi begitu la elok baca buku mimpi aku.. mana tau dapat ilham berguna... keh keh keh

Dah... cepat baca...

t.a.t.a said...

*apabila kita menjerang air, suiz cerek letrik kita terlupa hidupkan.

lepas tu terus tuang dalam cawan yang dah sedia ada PEKET TERAKHIR Nescafe Ipoh White Coffee.



dan dan tu juga stop minum kopi.

Su @ Aya said...

ok nak komen jugak.. :)

antara senarai2 penyebab kekecewaan di atas, ianya sering dan biasa berlaku pada aku apabila aku minum air (air apa-apa pun) terutama air kegemaran aku iaitu air suam. maka, aku sering kecewa sebegitu.

sekian.

sepa said...

Dino,

ha ah. baca buku ko, dan buku lain jugak.



.
CPL,

kan.! kan salah Dino tuh... hehehe


.
Dino lagi,

dah baca bro, dah abis baca pun.

sepa said...

Tata,


amboi bagusnyer tip bro...! hahaha


.
Su,


suam dah jadik sejuk ker? itu memang sangat mengecewakan.!

.

t.a.t.a said...

cadangan tu ada bagusnya juga. ye la, untuk mengelakkan kekuciwaan yang sama berulang.

Dr K said...

Old Twon White Coffee lagi sedap la wehhhh...bahahahaha

che mid said...

Salam kenal dari che mid.. kopi pun feveret che mid gak.. kalau tak panas tak best, kalau dah terlanjur sejuk bubuh la ais dua ketul.. pun sodap!

sepa said...

tata,

terima kasih ya. sungguh bagus cadangan mu itu. hahaha

.
DZ,

pernah jugak minum Old Town Coffee, ada rasa semacam kacang eh. :)


.
cm,

salam. ur welkam, bro.!

.