Sunday, September 8, 2013

Kerja rumah merupakan sebuah pintu gerbang yang menghubungkan sekolah dengan rumah...!!!

.
>>>>>
sebuah pengajaran dari kisah benar...!!!
>>>>>

Di atas pentas itu, Hasif sedang berdiri bersama-sama dengan rakan sekelasnya. 26 orang mereka. Hasif-la ketuanya. Tiada gentar tiada debar tiada gemuruh, mereka seperti sudah sangat terbiasa dengan pentas itu, seperti sedang berada si sebuah taman permainan yang setiap orang tanpa ada segan tanpa canggung. Mereka yakin.

Hari ini Hasif dan rakan sekelasnya akan mendendangkan sebuah nasyid, sebuah pertandingan sebenarnya. Satu minggu mereka sudah berlatih dan melatih diri, untuk bisa menyampaikan sebuah nasyid. Gaya keyakinan ada semangat jugak, optimistik dan konfiden. Di dewan itu, pak-mak guru-guru dan tetamu khas sudah mula merasakan kehangatan persembahan nasyid dari tadika Hikmah dak Hasif. Mula-mula sepi dan ada tekun sebuah penghayatan terpampang di wajah penonton-penonton, beberapa ketika kemudian kedengaran satu dua suara... lama-kelamaan semakin banyak pula suara dan semakin banyak lagi sehingga dewan seakan riuh, kerana terpukau atau mungkin terkesima melihat gelagat peserta-peserta yang bertingkah-tingkah suara mereka, sedangkan nasyid harus la disampaikan secara harmoni dalam nada-dan-suara gemersik gemercing nyaring. Sebaliknya, suara bertingkah-tingkah itu adalah suara anak-anak kecil tadika Hikmah, yang masih sedang berbincang. Berbincang untuk memutuskan siapa yang sepatutnya menggunakan mikrofon yang tercangkuk di tiang yang tertegak hanya satu...

.....
balik kepada tajuk di atas.
.....

suka saya tegaskan di sini, bahawa kerja rumah itu sangat penting sifatnya... percayala wahai cikgu dan guru...! kerja rumah merupakan sebuah gerbang yang menghubungkan sekolah dengan rumah... percayala sekali lagi... kenapa.??? biar saya ceritakan, kawan.

Di awal tahun2013, umur Hasif dalam tahun umur 5 tahun. Dia mintak disekolahkan, tapi pak-maknya masih belum setuju kerana pak-maknya berpendapat, umur 6 tahun la paling sesuai untuk memulakan persekolahan. Memandangkan Hasif punya karisma tersendiri, pak-maknya beralah. Lagipun dia sudah pandai memegang mencampak menyambut, dia jugak sudah petah bercakap, dia jugak tahu sekiranya hendak kencing harus dikeluarkan punai itu dari seluar. Dia jugak punya beg sekolah, setiap tahun sejak dari umur tiga tahun dia sudah membeli beg sekolah, jadi tahun ini beg sekolah itu dimanfaatkan. Dia girang bukan kepalang, beg itu diusapnya saban waktu seperti mengusap kepala kucing seperti jugak mengusap badan rabbit.

Setiap hari, apabila balik dari sekolah, Hasif pasti ada kerja rumah. Pelikkan.? Kenapala anak sekecil itu diberikan kerja rumah? Kenapa tidak diajar dengan hanya mendengar, atau munyusun bongkah yang ada huruf ada gambar atau menulis satu dua huruf, kawan? Sifat ingin tahu itula yang menyebabkan maknya berjumpa dengan cikgu kelasnya. Cikgu kelasnya menjawab ringkas. Hasif suka kerja rumah. Maka itu, walau pun latihan di kelas hanya menulis huruf  "a" atau menulis angka "1" atau mewarna sebuah bulatan, tapi Hasif akan menyiapkannya di rumah - sebagai kerja rumah. Contohnya, apabila mewarna sebuah bulatan, Hasif akan mewarnakan separuh sahaja, kemudian dia bagitau kepada cikgunya, separuh lagi dia akan warnakan di rumah. Bayangkan bagaimana rupa huruf "a", dan angka "1" yang bentuknya tidak lengkap itu - sebagai kerja rumah jugak...!

itula yang saya maksudkan sebagai : kerja rumah merupakan sebuah gerbang yang menghubungkan sekolah dan rumah.


.

salam.





.

6 comments:

Nizam.Ariff said...

dah dapat buku?

Kalau sudah pandai keluarkan punai, maka sudah bolehlah bersekolah kerana memang satu masalah guru2 tadika jika budak-budak gemar mengencingi seluar daripada mangkuk tandas...

tasekM said...

hahaha... buat huruf 'a' tak siap tu yg aku tak tahan tu.

anak ko ni kreatif Sepa.

:)



.

sepa said...

Dino,

Buku belum sampai lagi bro.


.
Mem,

:)


.

t.a.t.a said...

budak gundut di rumah saya belum dan tidak pandai mengeluarkan punainya. dia diajar kencing duduk.


Anonymous said...

Hahahahhahhah.......

sepa said...

tata,

gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati...!!!


.
Anon,

:)

.