Bendera-bendera berkibaran
di sepanjang jalan dari rumah Dino hinggalah ke gerai makcik Wok, lebih meriah
bendera-bendera itu di simpang-simpang jalan (kerana mungkin orang akan
memperlahankan kereta apabila menghampiri simpang dan bulih menatap bendera-bendera
itu lebih betah). Ada gambar dacing di bendera itu, ada jugak bendera yang
hanya ada bulat di tengah berbentuk bulan penuh. Jamal dan Dino sedang duduk di
gerai Makcik Wok, Jamal merenung jalan raya yang penuh bendera dan mendongak
memerhatikan bangunan tinggi berwarna putih yang nampak berkilau keemasan
dipancar cahaya matahari pagi.
"Ko dapat sms dari tuan
Pi eM tak...?!", tanya Jamal kepada Dino yang sedang mengusap-ngusap
tangan dan serentak jugak mengurut-urut jari-jemarinya.
"Lima haribulan jariku
ini diinai...", sahut Dino. Bersahaja.
"Tuan Pi eM menyeru
mengundi dacing.! Ko tahu kan...?! Anak muda, adalah sangat tidak setia kepada
parti-parti politik, mereka akan mengundi mengambilkira isu-isu ekonomi,
seperti harga kereta dan pinjaman perumahan... tapi, tuan Pi eM berjanji -
lebih banyak uang untuk buat jalan baharu, klise...!!!"
Dino mengangguk, matanya
mengekori gerak dan lenggok pembantu makcik Wok yang sedang menghantar pesanan
dari satu meja ke satu meja, tetapi ekor mata Dino lebih tertumpu pada dada
(kerana ada cerita yang disimpan oleh dua bonjol di dada pembantu makcik Wok
itu). Apabila pembantu makcik Wok kembali ke kaunter gerai, Dino menghirup teh
tarik (seperti burung unta yang menyembunyikan kepala di dalam pasir kerana
mengelak untuk dilihat), dan mengoyak-ngoyak roti canai, lalu roti canai yang
sudah carik itu dicelupkan ke dalam kuah kari kepala ikan, disuapkannya ke
dalam mulut.
"Ko dengar tak, apa aku
cakap nih...?!", jerkah Jamal.
Dino senyum sahaja, tetapi
dek khayalannya tidak mungkin dia mendengar apa yang dibebelkan oleh Jamal...
Jamal pula memutar-mutarkan gelas teh tarik, masih di situ jugakla duduk gelas
itu, cuma dada meja bercetak berbentuk bulatan di bontot gelas itu. "Apa
ker pelik benar?! terang-terang anak muda paham, buat jalan baharu itu... adalah
sama dengan mengisi poket-poket kembung sang politikus, poket-poket yang
sentiasa tidak pernah penuh...!!!"
"Ha ah... esok, jari
kita diinai...!!! botol inai itu mesti digoncang-goncang supaya inai boleh
kekal melekat lebih lama di jari, agar susah inai itu tanggal...!!!",
sampuk Dino. Matanya masih lagi melekap-mengekori pembantu makcik Wok - Nila
namanya...
"Ahhhh...! ko nih,
mabuk teruk...! mau esok, ko, depa calit inai itu di dahi...!!!"
Jamal menghabiskan baki teh
tarik dan beredar pergi, sambil menyanyi lagu 'biar bulan bicara'... kecil
suaranya tetapi betul iramanya, kepalanya mendongak memandang ke langit, jari
telunjuknya pula menunjuk ke atas (mungkin ada bulan di langit itu...).
"Aku lagi... yang kena
bayar mamat nih...!!!", keluh Dino.
.
salam.
.
5 comments:
sibuk nak berinai...
dino tu ngundi tak... hehe
Hehe...
Nak tengok jari Dino esok!
:)
hahaha....
Dah diberitahu siang-siang lagi, inai akan dicalit di dahi Dino, bukan di jari...
CPL,
tamau dia mengundi...
.
kak ckLah,
:)
.
Dino,
hahaha...
.
saya punya inai warna Nila. hehehe~
Post a Comment