Saturday, May 4, 2013

Inai itu di jari, bukannya di dahi...!!!

. 

Bendera-bendera berkibaran di sepanjang jalan dari rumah Dino hinggalah ke gerai makcik Wok, lebih meriah bendera-bendera itu di simpang-simpang jalan (kerana mungkin orang akan memperlahankan kereta apabila menghampiri simpang dan bulih menatap bendera-bendera itu lebih betah). Ada gambar dacing di bendera itu, ada jugak bendera yang hanya ada bulat di tengah berbentuk bulan penuh. Jamal dan Dino sedang duduk di gerai Makcik Wok, Jamal merenung jalan raya yang penuh bendera dan mendongak memerhatikan bangunan tinggi berwarna putih yang nampak berkilau keemasan dipancar cahaya matahari pagi.

"Ko dapat sms dari tuan Pi eM tak...?!", tanya Jamal kepada Dino yang sedang mengusap-ngusap tangan dan serentak jugak mengurut-urut jari-jemarinya.

"Lima haribulan jariku ini diinai...", sahut Dino. Bersahaja.

"Tuan Pi eM menyeru mengundi dacing.! Ko tahu kan...?! Anak muda, adalah sangat tidak setia kepada parti-parti politik, mereka akan mengundi mengambilkira isu-isu ekonomi, seperti harga kereta dan pinjaman perumahan... tapi, tuan Pi eM berjanji - lebih banyak uang untuk buat jalan baharu, klise...!!!"

Dino mengangguk, matanya mengekori gerak dan lenggok pembantu makcik Wok yang sedang menghantar pesanan dari satu meja ke satu meja, tetapi ekor mata Dino lebih tertumpu pada dada (kerana ada cerita yang disimpan oleh dua bonjol di dada pembantu makcik Wok itu). Apabila pembantu makcik Wok kembali ke kaunter gerai, Dino menghirup teh tarik (seperti burung unta yang menyembunyikan kepala di dalam pasir kerana mengelak untuk dilihat), dan mengoyak-ngoyak roti canai, lalu roti canai yang sudah carik itu dicelupkan ke dalam kuah kari kepala ikan, disuapkannya ke dalam mulut.

"Ko dengar tak, apa aku cakap nih...?!", jerkah Jamal.

Dino senyum sahaja, tetapi dek khayalannya tidak mungkin dia mendengar apa yang dibebelkan oleh Jamal... Jamal pula memutar-mutarkan gelas teh tarik, masih di situ jugakla duduk gelas itu, cuma dada meja bercetak berbentuk bulatan di bontot gelas itu. "Apa ker pelik benar?! terang-terang anak muda paham, buat jalan baharu itu... adalah sama dengan mengisi poket-poket kembung sang politikus, poket-poket yang sentiasa tidak pernah penuh...!!!"

"Ha ah... esok, jari kita diinai...!!! botol inai itu mesti digoncang-goncang supaya inai boleh kekal melekat lebih lama di jari, agar susah inai itu tanggal...!!!", sampuk Dino. Matanya masih lagi melekap-mengekori pembantu makcik Wok - Nila namanya...

"Ahhhh...! ko nih, mabuk teruk...! mau esok, ko, depa calit inai itu di dahi...!!!"

Jamal menghabiskan baki teh tarik dan beredar pergi, sambil menyanyi lagu 'biar bulan bicara'... kecil suaranya tetapi betul iramanya, kepalanya mendongak memandang ke langit, jari telunjuknya pula menunjuk ke atas (mungkin ada bulan di langit itu...).

"Aku lagi... yang kena bayar mamat nih...!!!", keluh Dino.


.



salam.


.

5 comments:

  1. sibuk nak berinai...
    dino tu ngundi tak... hehe

    ReplyDelete
  2. Hehe...

    Nak tengok jari Dino esok!

    :)

    ReplyDelete
  3. hahaha....

    Dah diberitahu siang-siang lagi, inai akan dicalit di dahi Dino, bukan di jari...

    ReplyDelete
  4. CPL,

    tamau dia mengundi...



    .
    kak ckLah,

    :)

    .

    Dino,

    hahaha...


    .

    ReplyDelete
  5. saya punya inai warna Nila. hehehe~

    ReplyDelete