Thursday, September 27, 2012

tHe General Theory of Relativity... dan tHe Best Measuring Man.

.
ini ekstrak dari muvi Einstein and Eddington.

.
Einstein kata cahaya (dari bintang) bergerak dalam garis lurus, tetapi ruang telah terherot oleh matahari, maka cahaya terbengkok. "starlight is bend".
.

.
Eddington cuba membuktikan teori Einstein. Caranya : Melihat cahaya (dari bintang) yang melewati sisi matahari, ketika gerhana di siang hari, dan membandingkan dengan cahaya (dari bintang) ketika malam sebagai rujukan. Dirakam di plet fotografi. Ada gap. "starlight is bend".
.

.
Ini pula ucapan Eddington ketika mengesahkan teori Einstein.
.

.
Epilogue dari muvi "Einstein and Eddington"...
.

.


nota : Aku tergerak tuk buh criter nih, kerana, petang sblm aku poskan criter nih, aku (seperti biasa) suka dengar tazkirah pukul 6.30pm di National.FM, petang tuh ustaz tuh kata : Imam al-Ghazali tahu bila saat2 akhir dalam hidupnya. Nah.! Itula yang dimaksudkan dengan teori nih, sekiranya penghayatan kita tinggi, benar tinggi, mencakupi langit luas, kita dapat mendengar fikir tuhan (itu yang Einstein dan Eddington kata), dan masa adalah tidak sama untuk setiap orang (kata Einstein). Segalanya itu dikaitkan dengan faham-fikir kita tentang ruang dan masa (space and time)...


.

salam.


.

9 comments:

Nizam.Ariff said...

Ada ke yang nak komen entri berat-berat gini? hahaha...

Aku cuba...

Bak kata pepatah, tidur sebantal tapi mimpi lain-lain...

kerana apa? sebab badan aku lebih berat daripada bini aku. jadi, badan aku tekan fabrik cadar lebih ke dalam akibat jisim badan aku tu.

Sedangkan, bini aku ringan (sikit). jadi fabrik cadar bawah badan dia tak tertekan jauh ke dalam tilam macam aku.

Oleh kerana jisim aku lebih berat, graviti aku lebih kuat...

F1=F2=G[(m1 x m2)/rxr].

Oleh sebab itu, space-time fabric di bawah badan aku akan lebih meregang jauh ke dalam berbanding space-time fabric dibawah badan bini aku...


oleh sebab itu, masa akan terherot lebih di sekitar jisim aku.Jadi, ruang-masa aku tak sama dengan ruang-masa bini aku...

walau pun tidur kami sama sebantal dan sama setilam, herotanb pada ruang-masa kami tak sama.

Disebabkan itulah kami masuk ke dalam ruang-mimpi lain-lain...


Itulah penerangan serba ringkas tentang bidalan... "tidur sebantal tapi mimpi lain-lain"



sepa said...

Dino,

ko siap bagi formula sekali. bulih demam renung formula tuh. nasib baik ko tak buh calculus yang depa guna tuk kira.

oya, lupa aku nak cakap. Eddington tak puas hati ngan teori graviti Newton kerana gagal meramal dengan tepat jarak Mercury (sedangkan Eddington telah mengukur dengan tepat.!)... lahirla general relativity.

Hawkings pulak buat Gravitational Singularity. aku agak ini la yang ko maksudkan. Ko bergraviti sendiri, manakala bini ko sendiri...

Sebenarnya, "tidur sebantal tapi mimpi lain-lain" adalah lebih kepada madah pujangga.!

Sekiranya kita memahami, terutamanya Gravitational Singularity, dua orang boleh bermimpi sama. Dan, pernah ada kejadian benar tentang ini. Cuma, kita tak mampu nak terangkan pada orang. sama seperti kita tak mampu nak terangkan kepada orang (yang tak sampai pahamnya), apa itu graviti. (sebab graviti tak dapat dilihat atau dinampakkan...).

graviti cuma ujud dalam mathematical expression, dalam ilmu physic.


.

Nizam.Ariff said...

bab tidur asing-asing tapi mimpi sama tu aku syak dia punya jisim lebih kurang sama beratnya... hahaha



gravity masih satu misteri.

ia dinamakan graviti kerana ianya dipanggil graviti oleh org terdahulu.

sedangkan graviti hanya mempunyai sifat tanpa zat. sifat yang ditunjukkan pula hanyalah berupa kesan akibat dan bukannya yang melakukan musabab... err ko faham ke ni?

ok.. gini...

Ikut formula kat atas tu (apabila ada 2 objek berdekatan), bila 2 objek tu dekat maka wujudlah graviti dan semakin dekat objek tu makin kuatlah tarikan graviti.

tapi bila objek2 tu dijauhkan, graviti berkurang dan apabila semakin jauh objek2 itu, tarikan graviti diantara keduanya akan hilang! Soalannya, kemana pergi graviti itu?

Kita mempunyai berat di atas bumi sebab kita dan bumi adalah 2 objek yang berlainan. Kalau kita melompat jauh ke alam semesta, jauh dari bumi, kita terlepas dari gravitinya.. soalannya, mana perginya graviti tadi?

Jadi, graviti hanyalah kesan akibat dan bukan pelaku musabab. Pelakunya hanyalah jisim objek-objek itu sendiri...

persoalannya lagi, adakah jisim yang menciptakan graviti? Ataukah graviti yang menciptakan jisim?

Soalan tambahan, bolehkah jisim dan graviti dipisahkan? Kalau boleh, adakah jisim akan menjadi jirim dan graviti akan terapung-apugn diangkasa? Maksud aku, bolehkah jisim wujud tanpa graviti?



Hah.... sementara bijak pandai masih mencari-cari jawapan itu, ada pihak lain telah memberikan 'dzat' kepada graviti itu..

katanya, 'dzat' kepada graviti dipanggil 'graviton'!



sama seperti sifat keduelan (duality)cahaya.... cahaya bersifat gelombang dan zarah.

dan zarah atau dzat cahaya dipanggil ' foton'!


so, cuba ko tangkap foton sikit.. aku nak framekan.... hahaha....

Nizam.Ariff said...

panjang sangat la komen aku.
aku nak entrikanlah jawapan aku ni... ok ka?

tak ok pun kira ok la kan...?

ckLah @xiiinam said...

Pening makcik nak mahamnya...


Hahahaaha...

sepa said...

Dino,

panjang lebar eh ko explen. lenguh hotak nak paham.!

kumira aku kumira henpon jeh bang.! camner nak tangkap gambar foton.?! hehehe...

Dino lagi,

eh. sila sila. nanti aku landing kat blog ko. baca. :)

.

sepa said...

kak ckLah,

hehehe...

my said...

bacaaaaa

sampai bawah

scroll up

bacaaaaa

sampai bawah

aku tak paham!!!!

sepa said...

my360finder,

kak. kekadang, saya suka lukislukis dan tulistulis... walaupun lukisan macam dikaiskais.

:)

*suka gambar Tasik Kenyir tuh, nampak damai.