Sunday, September 9, 2012

Adik Datang, Tasik Syahdu... dan karya A Samad Said.


*****
.
1. di muka depan Adik Datang : Jarum-jarum hujan ini pernah menghiburkan suatu waktu dahulu. Jarum-jarum hujan yang ramah menjadi marah. Serasa kedinginan ini menghantar sesuatu makna.

.
2. di muka depan Tasik Syahdu & Cerpen-cerpen Lain : Ada kalutan hati nurani, ada ujian hawa nafsu, ada sorokan rahsia, ada dendam peribadi, dan ada upaya memerdekakan Malaya.

.
*****

akhirnya, saya beli jugak, semalam, 2buku terbitan tahun2012, Sasterawan Negara A.Samad Said, yang menggunakan nama pena Helmy.

...

entah camner tetiba tertarik semula baca karya beliau, setelah terhenti membaca bila usai membaca Di Hadapan Pulau, yang saya pinjam di LibraryAwam Miri suatu masa dulu... Saya terhenti, kerana saya keliru dengan karektor perempuan bertudung dalam criter itu... tapi masih mengikuti sajak-sajak beliau, walaupun tidak pernah berkesempatan menonton teater Lantai T Pinkie...

pakSamad, yang berasal dari Melaka, karyanya tentula juga berkisar tentang kehidupan orang kampung yang duduk tak jauh dari pantai...

saya pulak anak nelayan...!!!

...
p/s : Arena Wati jugak anak nelayan...
.

salam


.

19 comments:

ckLah @xiiinam said...

Ada Tasik kat tajuk. Dak Nizam pun ada tasik juga...hehehe

ckLah @xiiinam said...

Mutakhir ini, baca coretan coretan pendek segar dari pak Samad lewat laman muka bukunya.

Lady Windsor said...

Sesuatu yg ada kaitan dgn tasik pasti menarik perhatian..arenawati itu bukan saja anak nelayan, tapi beliau juga adalah pelaut sejati sehingga ke akhir hayat kerana kebanyakan karyanya kaya dengan cerita pelaut..aku sempat sembang sambil minum teh sejuk di bilik khutub khanah beliau suatu ketika dulu..

Nizam.Ariff said...

baca buku tulisannya tak boleh laju-laju kerana susun kata dan kata-kata yang dipilihnya padat dengan maksud yang tepat...

aku pula payah nak cari perkataan yang mempunyai maksud yang tepat seperti apa yang aku maksudkan... itu sebab kadang-kadang aku guna perkataan Jawa... hahahaha

Nizam.Ariff said...

sebagai contoh... macam yang ko salin balik tu...

'serasa kedinginnan ini....'

ramai yang akan guna 'terasa' tapi serasa yang digunakan membawa maksud 'seolah-olah' atau 'seakan-akan' atau kalau lebih mampir ke pasti, 'hampir-hampir' pun boleh diguna

sedangkan 'terasa' itu seperti mempunyai darjah kepastian yang lebih tinggi... serasanyalah..

sepa said...

kak ckLah,

Dak Nizam nak memancing, gamaknya - tetapi sebenarnya dia nak tengok orang2 memancing. :)

Kekadang saya singgah di blog pakSamad "Hujan Pagi", http://samadsaid.blogspot.com/...

sepa said...

LW,

Bertuah eh pernah bersemuka. Saya pernah dengan SN Shahnon Ahmad, masa d USM, sbb itu jam dia Pengarah Pusat Islam, bersemuka semasa dialog - Dia, M. Nasir dan soranglagi. Pernah jugak pakSamad, di CentralMarket, KL - dia yang sangkut satu beg di bahu, dan bercapal.

Saya pernah baca satu jeh buku gemulah SN Arena Wati - Sakura Mengorak Kelopak. Fikirnya global. Membaca novel gemulah SN Keris Mas - Rimba Harapan pulak, membuatkan saya membuka atlas, mecari di mana itu Janda Baik.


:)

sepa said...

Dino,

ha ah. benar tuh. kena baca pelan2 dan jugak banyak flashback, kena belek2 depanbelakang banyak kali.

cuma satu jeh yang aku perasan, walaupun tak semua bukunya aku baca, dia sentiasa bercerita tentang kisah di zaman perang dunia kedua. Kisah derita, harapan dan perjuangan. Semacam terperangkap di zaman itu.!

eh. sekarang, ada sorang anak muda - Andrea Hirata, 29tahun kot umurnya, anak kelahiran Bangka-Belitung, yang famous ngan buku Laskar Pelangi. Cara dia tulis, semacam gabungan genre dak SN A.Samad Said dan SN Arena Wati. Memandangkan dia penulis dari Indonesia, aku baca ringan2 jeh, kerana sekarang vocab dak Indonesia dan dak Malaysia semakin menjarak maknanya.

Aku agak ko pasti suka cara dia tulis. Aku cuba cari gak Laskar Pelangi tuh kat Miri nih, tapi tak jumpa, yang ada Edensor (kisah Ikal yang syiok kat Aling, anak gadis berbangsa Tiong Hua...). Tak silap aku, Laskar Pelangi dah go global.

:)

Nizam.Ariff said...

sejujurnya, gaya tulisan aku dipengaruhi oleh gaya dia ...

fisol osman said...

aku sempat menonton lantai t.pinkie lama dulu..di pentaskan secara percuma di matic kl..menarik.

Lady Windsor said...

Aku jumpa Arenawati beberapa kali tapi yang paling nostalgia ialaha semasa aku minum teh sejuk dalam bilik study dia tu..bersama kami ada seekor rama-rama tua yang sudah lama hinggap di tepi meja arwah. Kata arwah, rama-rama itu seakan tak mahu keluar dari biliknya dan kami bercakap sehingga beberapa jam..lebih kepada kisah-kisah peribadi beliau sepanjang menjadi penulis.
Dan dia hantar aku balik ke stesen komuter sambil nasihat, kalau mahu pergi ke Mekah, terus buat haji besar katanya..aku paling suka trilogi dia yang dikeluarkan pada 1988 atau sebelumnya, sakura mengorak kelopak dan dua lagi tu..

Cikgu Ma said...

dah habis baca nanti bg pinjam yea..hehe...

sepa said...

Dino,

gaya naratif ko memang ada gaya pakSamad. dan cara cetusan hati ko ada jugak gaya Shahnon. :)

sepa said...

Chon,

bertuah ko dapat tengok. aku pulak, baca skrip dialog jeh. :(

sepa said...

LW,

aku pernah baca 'sakura mengorak kelopak", tebal ar buku tuh. scenenya di Amerika. aku ingat lagi, dlm novel tuh dia kata Amerika adalah negara sampah kerana orang2 yang datang ke Amerika ada reject dari negara asal.!

sambungannya aku tak baca... sebab di akhir buku tuh, cerita adalah di Jepun.

:)

eh. nak tanya. ko dah pergi Mekah.?!

sepa said...

LW,

di akhir buku 'sakura mengorak kelopak' di sinopsiskan buku kedua, tentang di Jepun pulak... :)

sepa said...

Cikgu Ma,

bulih. :)

gadisBunga™ said...

saya pulak sukaaaaa amik gambo nelayan!

sepa said...

gB,

ko tak ambik gambo anak nelayan?! hehehe