Sunday, September 16, 2012

Berburu babi hutan... dan kepentingan NCR di Sarawak.

.
Selepas menonton muvi Hemingway&Gellhorn untuk kali ketiga, kali ini lewat notebook Asus milik tokeh kayu balak kerana tivi yang rosak di rumah manager kilang masih belum dibaiki atau diganti dengan yang baru, Azlan keluar berziarah ke rumah staf kilang meninjau keadaan kehidupan mereka. 
Azlan sempat merakamkan beberapa rangkap kata-kata yang dirasainya menarik, daripada criter tuh :
1. I am a writer, so the last thing a writer should be asked to do is talk. - Hemingway. dan,
2. Our job is to give voice to the voiceless, to bear witness to the innocent, to expose the lies that mask evil with glorious rethoric. - Gellhorn.

Azlan berziarah tidak dirancang, memang begitula kebiasaannya. Kali ini dia ke rumah staf baru, electrician - Deamcy, yang berkongsi rumah dengan seorang lagi staf, laboratory supervisor - Lasan. Azlan dijamu secangkir Nescafe 3in1. Menghidu sesuatu sedang dirancang oleh staf warga kilang, Azlan cepat-cepat menghabiskan secangkir Nescafe3in1, dan mengajak Lasan ke rumah processing supervisor - James, yang terletak di hujung perumahan itu. Hening malam jam 11.00malam, yang juga ada dua tiga ekor anjing sedang berkeliaran (tetapi tidak menyalak) di perkarangan rumah-rumah staf sepanjang perjalanan ke rumah James, seolah menyampaikan khabar kepada Azlan bahawa satu peristiwa atau setidak-tidaknya ada perancangan yang sedang ditutupi daripada pengetahuan Azlan. Lasan meneraju, Azlan mengekor, sesampai di rumah James, Lasan menuding jari sambil tersenyum dan terketarketar bibirnya, ke arah belakang rumah James, yang terpasang lampu mentol menerangi bucu belakang rumah. Mereka terus ke belakang, dalam langkah yang berhati-hati, kerana beberapa kaki dari bucu rumah itu ada seekor anjing hitam bulunya sedang berbaring dalam keadaan berjaga-jaga, seperti seekor anjing yang sedang menjaga dan memberi perhatian kepada tuannya.
.
imej dari gugel. 
.
Tony (bertugas sebagai engine driver) sedang memberus badan kaku seekor babi hutan yang mengiring dengan sisi kiri di atas simen, dan James pula sedang membelah-belah kayu memotong-motong ranting  untuk dijadikan kayu api. 
"James, mana ko dapat babi hutan nih?" tanya Azlan. 
"Tony yang tembak, tuan. Dari di dalam semak di belakang sana," jawab James sambil jarinya menunjuk ke arah semak di belakang rumahnya. 
Azlan berdiri sekitar 4 ke 5 kaki dari tempat Tony berkerja, dan ternampak 6 lubang peluru melubangi badan babi hutan itu di bahagian depan badan di antara tengkuk dan kaki hadapan, dan kaki belakang kanan luka ditakik dengan parang. Setelah siap membersihkan badan sebelah kanan, Tony membalikkan badan babi hutan itu, dan memberus pula sisi kiri badan, menghilangkan segala lumpur dan kotoran yang melekat di badan, dan dipersiapkan untuk dipanggang. Di sisi kanan badan, Azlan ternampak 4 lubang peluru, bermakna 6 peluru yang memasuki badan babi hutan itu, 4 berjaya menembusi badannya. 
"Ko guna peluru tabur ke, Tony?" tanya Azlan. 
"Ya, tuan," jawabnya ringkas. 
"Berapa butir dalam satu kelongsong.?" tanya Azlan lagi. 
"10, tuan", balasnya.
Deamcy datang terkocoh-kocoh, membawa tiub-tayar-motosikal yang terputus dua, dan terus menyusun-nyusun kayu-kayu dan ranting-ranting yang panjangnya satu dua kaki, manakala tiub-tayar-motosikal yang terputus dua dinyalakannya untuk memancing api agar melekat pada kayu-kayu dan ranting-ranting itu. Ketika api mula melekat di kayu-kayu dan ranting-ranting dan unggun api sedang mula marak, Azlan mengorak langkah, dan beredar pulang ke rumah manager kilang diiringi oleh Lasan.
Mereka memanggang babi hutan itu di malam itu jugak.
.

****
Ketika dalam perjalanan berkereta melewati hutan di kiri-kanan jalan PanBorneo Highway, dari Sibu ke Bintulu, lima tahun dahulu, Azlan pernah bertanya kepada mem besar. 
"Kenapala di kiri kanan jalan masih tidak dibangunkan dan dibiarkan berhutan.! Alangkah majunya penduduk setempat sekiranya tanah yang dibiarkan berhutan ditanam dengan kelapa sawit atau getah." 
Mem besar menjawabnya.
"Tanah berhutan yang kita tengok itu adalah tanah NCR, dan dimiliki oleh penghuni rumah-rumah panjang yang kita nampak tadi. Mereka suka hidup berburu, dan mereka jugaklah yang membiarkan tanah itu berhutan supaya boleh dihuni oleh segala macam binatang, yang mereka akan buru untuk dimakan."

*****
.


salam

.

2 comments:

gadisBunga™ said...

Kalau kitorng, NCR tu maksudnya contractor dah kene risau pasal final account diorg sebab keje masih tak ikut spec lepas beberapa kali memo dan reminder. huuu~

sepa said...

hehehe... duludulu sayapun konpius...
rupanya Native-Customary-Right. NCR yg biasa dlm ISO, Non-Conformance-Report, kan.!

:)