Tuesday, May 8, 2012

Sup tulang yang mungkin bolehsedap... dan Bersih3.0

.
Di kedai di simpang jalan, dari Pan Borneo Highway masuk ke estet, ada sebuah kedai makan, yang ada menjual sup tulang. Nasir kata, sup tulang di situ sedap. Dari kilang kelapa sawit, tempat Azlan berkerja ke simpang jalan itu tidaklah jauh sangat, hanya 32km, tetapi perjalanan yang dilalui, yang melalui jalan berbatubatu, bertanah-dimampat, yang banyak bahagian jalannya berlopak, menjadikan perjalanan sejauh 32km itu mengambil masa 1jam setengah.
.
Azlan parkir kereta milik tokeh kayu balak, Toyota Hilux A/T 3.0, yang dikhaskan untuk digunakan oleh Azlan sebagai kereta rasmi berkerja, betulbetul di depan pintu utama kedai makan itu. Azlan masuk dan memesan hidangan panas. 
.
Azlan memang suka makan nasik putih, bersama sup tulang, dan 100Plus. Itulah menu yang dipesan oleh Azlan, dan siap dihidang dalam 15minit.
.
Azlan meniliti mangkuk, manalah tahu mangkuknya ada bocor, mencebuk separuh sudu sup, dari di dalam semangkuk sup tulang, menghirup kuah, dan merasa. 
.
Perlu ditambah perisa, cetus hatinya. 
.
imej dari gugel
Di sisi semangkuk sup tulang itu, ada sebotol kicapmanis, sepiringkecil sambal, dan limau kasturi yang sudah diseparuhkan. Azlan menuangkan kicap dan juga sambal ke dalam sudu yang sama dalam campuran yang sama, kerana Azlan tidak tahu berapa ukuran yang tepat, lebih baik sama banyak, agar adil, separuh kicapmanis dan separuh sambal bertemucampur di dalam mangkuk sup tulang, bersebati. Limau kasturi diperahkannya sehingga habis segala jusnya, sedang bijinya ditapis menggunakan garfu. Azlan menggaulkan kuah sup, agar ketigatiga perisa tambahan tadi berharmoni di dalam kuahnya.
.


Azlan mencebuk separuh sudu sup sekali lagi, menghirup kuah, dan merasa lagi. 
.
Dah meriah rasanya, bisik hatinya.
.
Di kaunter bayaran, ada seorang perempuan, yang menghantar hidangan tadi, yang dari raut wajahnya, tidak keterlaluan, bolahla dibahasakan sebagai makcik, jika dibandingkan dengan usia Azlan. 
.
Kakak, lebih sopan, pesan hati Azlan.
.
Kak.!!!
Sambil mengangkat tangan seperti seorang anak murid di sekolah kebangsaan yang hendak bertanya soalan kepada cikgu, Azlan memanggil kakak di kaunter itu. Mempelawanya duduk.
.
Kakak asal dari mana.?!
Tanya Azlan.
.
Saya orang Bugis. Asal dari Sulawesi Selatan, tapi, saya jugak orang Malaysia, ada IC...! 
Jawabnya bersahaja.
.
Ada anak yang masih bersekolah.?!  
Tanya Azlan lagi.
.
Ada. Sorang. Di sekolah sana.?! 
Jawab kakak itu sambil tangan menuding ke arah sekolah, yang jauhnya 25km dari kedai makan itu.
.
Kak, saya nak tanya.! Kenapa anak saya tak dapat masuk SM Sains, UPSRnya bagus, 5A.?! 
Azlan cuba menanyakan soalan yang tiada kaitan dengan kakak itu.
.
Mungkin kamu pernah gaduh dengan kerajaan. Anak saya 3A jah, dapat masuk sekolah asrama, dan diberi laptop free...!!! 
Jawab kakak itu, sinikal.
.
Oooo... iye ke.! Saya tak pernah pulak gaduh dengan kerajaan. Parti politik-pun saya tak masuk. Itu Bersih3.0-pun saya tak layan...
Terang Azlan.
.
Ada tamu...! Saya ke sana dulu.!
Kakak itu minta diri...
.
Kejap, kak...! Siapa nama...?!
Tanya Azlan.
.
Saya...! Mariatti... 
Balasnya, sambil mula beredar.
.
Saya... Azlan yang hensem-maco...!!! 
Balas Azlan, sambil mengangkat tangan kanan menunjukkan thumb-up.
.


salam.
 
.
 

10 comments:

gadisBunga™ said...

sini 32km pun boleh amik masa sejam setengah jugak - sebab jem. huh!

*

aku suka tgk org yg peramah mcm azlan tu. sebab aku tak peramah sgt. bila dah kenal baru boleh ramah.

cemana nak meniaga ni?

tasekM said...

3A dpt masuk sek sains?



.

sepa said...

gB,

Azlan memang peramah dan sopan...
dan hensem-maco. :p

*Sepa pulak, jenis 'reserved' dan nampak melankolik... hehehe.

.

sepa said...

TM,

bang Muhyd umumkan slps keputusan UPSR, 3A layak
untuk SM Sains, asalkan berasal dari kampung dan
kumpulan sasar tertentu.

*dengar criter, skrg ramai dak 3A yg quit sbb tak
tahan dengan jadual ketat SM Sains. Termasukla
cucu penghulu dari kampung sebelah.

*ironinya, asalkan 3A. subjek sains dan matematik tidak A tak hal...

*mggu lepas, Husna dipelawa untuk enrol di SM Sains oleh HM SM Sains, tapi dia turn down offer tuh.

:)

gadisBunga™ said...

azlan hensem macho? wew!! terus aku rasa down. tapi aku nak kem salam jugak. hahah!

ardzmarn said...

pergh.. sejam setengah baru sampai kedai makan.. apa la perasaan agaknya bila sampai je kedai tutup.. huh..

sepa said...

gB,

hahaha...


.
ardz,

bila kedai tutup, Azlan pasrah...!
dia akan drive setengah jam lagi ke simpang
lagi satu atau 45minit ke bandar yg terdekat...

:)


.

Anonymous said...

You need to participate in a contest for among the finest blogs on the web. I'll advocate this web site!
HTTP://www.KneeNeckBackPain.com/

Anonymous said...

This was precisely the answers I'd been searching for. Amazing blog. Incredibly inspirational! Your posts are so helpful and detailed. The links you feature are also very useful too. Thanks a lot :)

Anonymous said...

Very well written post. It will be valuable to anybody who utilizes it, as well as myself. Keep doing what you are doing – for sure i will check out more posts.
HTTP://www.CoolMobilePhone.net