Tuesday, May 29, 2012

Salam Hari Guru, kepada bapak... dan seekor Angry Bird.

...
Entri ini sepatutnya aku publish sempena hari guru yang lepas... 16May2012.
Atas sebabsebab yang tidak ditentukan, aku tinggalkan di dalam draft...!!!
...

Hasif mundarmandir. Membontoti bapaknya, sambil keduadua belah tangan disembunyikan di belakang badan.

Azlan baru sahaja pulang dari kerja, meletakkan beg galas yang berisi laptop dan pencilbox serta kertaskertas yang berkepentingan di atas consoletable di ruang tamu. 

Husna...!!!
Azlan memanggil anak sulongnya.
Ya papa.! Wats up.?! 
Sahut Husna dari tingkat atas, lalu turun.

Dah ko berikan hadiah kepada guru ko...?!
Tanya Azlan.
Dah.
Jawab Husna ringkas.

Ko bagi kat guru kelas ko...?!
Tak. Saya bagi kat guru yang pertama masuk di dalam kelas.
Guru kelas ko.?!
Bukan.
Guru kelas ko pompuan kan.?!
Ya.
Hadiah tu ko bagi kat guru laki ka pompuan.
Laki.
Eh. Hadiah tuh khas tuk pompuan...!!!
Ha ah. Tak hal la. Yang penting saya bagi kat guru...

Azlan  terdiam, teringat katakata dari dak sedaramara, anak sulong ko tuh mirip nar ngan ko. Azlan terus menuju ke arah sofa dan duduk, menonton tivi siaran Astro Awani berita terkini, sambil menggelenggeleng kepala. (...kisah lain Husna ada di sini.)

Azlan teringat suatu ketika dahulu ketika dia dan Dol melawat seorang kawan yang terlantar di hospital, dimarahi kerana tersilap membawa buah tangan, menyebabkan kawan yang dilawati yang sepatutnya gembira dengan kehadirannya, bermasam muka. 
Kenapa ko bagi dia nanas.?! Tanya Dol.
Bagi bunga, untuk ditenung jeh. Bagi epal, senang sangat nak ratah. Kita bagi la nanas, supaya dia berusaha sikit. Sekurangkurangnya, masa dia kupas, dia akan menggerakgerakkan ototnya, ada la senaman sikit. Balas Azlan panjanglebar sambil mengeluarkan pisau, meletakkan di atas side table di sebelah nanas.

Azlan menoleh ke arah Husna yang masih lagi berdiri, lalu memberi isyarat tangan tanda beredar. Like father, like daughter. Bisik hati kecil Azlan. Ahhhh... aku jugak guru sebenarnya. 

Papa... Papa.. Papa.! Sapa Hasif.
Hasif... Hasif.. Hasif.! Sahut Azlan.
Saya ada hadiah. Hasif menghulurkan satu bungkusan kecil yang dibalut tanpa tertib, kepada Azlan.
Hadiah untuk Papa...?! Tanya Azlan.
Aaaa... aaa.. Dalamnya ada Angry Bird. Jawab Hasif sambil mengangguk.


.



salam

.

2 comments:

gadisBunga™ said...

angry bird kaler apa yang hasif bagi tu? :D

sepa said...

gB,

yg kaler merah. :)