.
Di kedai di simpang jalan, dari Pan Borneo Highway masuk ke estet, ada sebuah kedai makan, yang ada menjual sup tulang. Nasir kata, sup tulang di situ sedap. Dari kilang kelapa sawit, tempat Azlan berkerja ke simpang jalan itu tidaklah jauh sangat, hanya 32km, tetapi perjalanan yang dilalui, yang melalui jalan berbatubatu, bertanah-dimampat, yang banyak bahagian jalannya berlopak, menjadikan perjalanan sejauh 32km itu mengambil masa 1jam setengah.
.
Azlan parkir kereta milik tokeh kayu balak, Toyota Hilux A/T 3.0, yang dikhaskan untuk digunakan oleh Azlan sebagai kereta rasmi berkerja, betulbetul di depan pintu utama kedai makan itu. Azlan masuk dan memesan hidangan panas.
.
Azlan memang suka makan nasik putih, bersama sup tulang, dan 100Plus. Itulah menu yang dipesan oleh Azlan, dan siap dihidang dalam 15minit.
.
Azlan meniliti mangkuk, manalah tahu mangkuknya ada bocor, mencebuk separuh sudu sup, dari di dalam semangkuk sup tulang, menghirup kuah, dan merasa.
.
Perlu ditambah perisa, cetus hatinya.
.
 |
| imej dari gugel |
Di sisi semangkuk sup tulang itu, ada sebotol kicapmanis, sepiringkecil sambal, dan limau kasturi yang sudah diseparuhkan. Azlan menuangkan kicap dan juga sambal ke dalam sudu yang sama dalam campuran yang sama, kerana Azlan tidak tahu berapa ukuran yang tepat, lebih baik sama banyak, agar adil, separuh kicapmanis dan separuh sambal bertemucampur di dalam mangkuk sup tulang, bersebati. Limau kasturi diperahkannya sehingga habis segala jusnya, sedang bijinya ditapis menggunakan garfu. Azlan menggaulkan kuah sup, agar ketigatiga perisa tambahan tadi berharmoni di dalam kuahnya.
.
Azlan mencebuk separuh sudu sup sekali lagi, menghirup kuah, dan merasa lagi.
.
Dah meriah rasanya, bisik hatinya.
.
Di kaunter bayaran, ada seorang perempuan, yang menghantar hidangan tadi, yang dari raut wajahnya, tidak keterlaluan, bolahla dibahasakan sebagai makcik, jika dibandingkan dengan usia Azlan.
.
Kakak, lebih sopan, pesan hati Azlan.
.
Kak.!!!
Sambil mengangkat tangan seperti seorang anak murid di sekolah kebangsaan yang hendak bertanya soalan kepada cikgu, Azlan memanggil kakak di kaunter itu. Mempelawanya duduk.
.
Kakak asal dari mana.?!
Tanya Azlan.
.
Saya orang Bugis. Asal dari Sulawesi Selatan, tapi, saya jugak orang Malaysia, ada IC...!
Jawabnya bersahaja.
.
Ada anak yang masih bersekolah.?!
Tanya Azlan lagi.
.
Ada. Sorang. Di sekolah sana.?!
Jawab kakak itu sambil tangan menuding ke arah sekolah, yang jauhnya 25km dari kedai makan itu.
.
Kak, saya nak tanya.! Kenapa anak saya tak dapat masuk SM Sains, UPSRnya bagus, 5A.?!
Azlan cuba menanyakan soalan yang tiada kaitan dengan kakak itu.
.
Mungkin kamu pernah gaduh dengan kerajaan. Anak saya 3A jah, dapat masuk sekolah asrama, dan diberi laptop free...!!!
Jawab kakak itu, sinikal.
.
Oooo... iye ke.! Saya tak pernah pulak gaduh dengan kerajaan. Parti politik-pun saya tak masuk. Itu Bersih3.0-pun saya tak layan...
Terang Azlan.
.
Ada tamu...! Saya ke sana dulu.!
Kakak itu minta diri...
.
Kejap, kak...! Siapa nama...?!
Tanya Azlan.
.
Saya...! Mariatti...
Balasnya, sambil mula beredar.
.
Saya... Azlan yang hensem-maco...!!!
Balas Azlan, sambil mengangkat tangan kanan menunjukkan thumb-up.
.
salam.
.