.
Jamil, sedang menyedut asap dari sebatang rokok Salem, untuk kali ke tiga.
"Begtula, Hasri... lebih kurang cerita bilik itu...!"
Jamil menjentik pangkal rokoknya itu, abunya patah lalu jatuh, berkecai pula, berterbangan ditiup oleh angin petang, angin Laut Cina Selatan. Dia cuma mampu memerhatikan sahaja abu-abu itu pergi dibawa angin, dan menghilang, mungkin masih berterbangan bersama angin atau mungkin mendap lalu hinggap di celah-celah rerumputan.
Jamil mendongak pula ke langit, mungkin sedang merenung, atau sedang menghitung ketul-ketul awan di langit, lalu mungkin jugak sedang mencongak nasib diri. Sesekali dijelingnya sebatang rokok yang sedang disepit oleh dua jari itu, sedang berfikir, apakah perlu untuk menyedut lagi asap dari sebatang rokok itu... ?!
"Engkaula penghuni baru bilik itu...!", dia berbicara semula, cuba untuk senyum, tetapi nampak hambar sahaja...
Aku yang sejak dari tadi berdiam diri, masih lagi diam. Masih lagi duduk di bangku panjang itu, (Jamil duduk di sebelah aku...), masih lagi memerhatikan burung-burung merpati yang sekejap-sekejap hinggap di rerumputan, mematuk-matuk, dan terbang semula, hinggap semula, terbang lagi. Aku masih lagi mendengar celoteh Jamil itu...
Jamil menggentel-gentel pangkal rokok itu, mahu dihisapnya, tidak jadi, digentelnya lagi, lalu dicampakkannya rokok nan sebatang itu, yang baru tiga kali disedut asapnya, ke arah burung-burung merpati, berterbangan burung-burung itu, mengelak, tetapi datang semula, hinggap semula di rerumputan, ada yang terus terbang tidak datang-datang dah...!
Aku pula membetulkan letak kaki, lalu aku silangkan, kaki kananku di atas kaki kiri, bersilang, supaya aku tidak duduk mengangkang. Jamil pula sedang berteleku. Pandangannya dipaku pada rokok yang dicampakkannya tadi, masih berbara...
"Hasri...! Hasri...!"..., keluh Jamil, lalu memandangku, dia kerutkkan dahi...
Jamil bangkit dari duduknya, ditepuk-tepuknya bontot, membuang debu, dilurutnya tali leher, lalu menyisir rambut dengan jari...
"Jom Hasri...! kita masuk ke dalam bilik itu... di luar sini panas, bilik itu ada air-cond...", ajak Jamil, lalu beredar pergi, menuju ke pintu.
Dino sedang menunggu di muka pintu...!!!
Aku pula masih lagi duduk di bangku itu, membatu, memerhatikan sahaja Jamil berjalan pergi, ke pintu itu...!!!
.
salam.
.
6 comments:
Kenapa masuk pulak?
Dino tak kasi masuk punya...
Dino,
Jamil itu degil... Tak serik-serik. Eh! Atau payment tuk dia tak masuk lagi.!!!
Maklumla, la ni, kompeni2 besar digalakkan beroperasi dalam berhutang...
Eh! Kamu tanya la sendiri kat Jamil tu yop! Kenapa dia masuk semula.?!
.
sepa, berdiri depan pintu itu di luar bangunan atau di dalam bangunan?
okay, luar bangunan.
mungkin Dino berubah fikiran dan benarkan Jamil masuk selepas melihat gelagat Jamil dan Hasri di luar.
kerana mungkin juga Dino baru sedar yang kehidupan Jamil mesti diteruskan dan ia bergantung kepada kemasukan nya ke pintu itu.
tata,
Dino itu executioner, bro.! dia bulih d luar, bulih jugak d dalam...
...dalam kes nih, dia sbnrnya baru lepas heret keluar si Jamil.!
...si Hasri pula baru sampai, orang baru, belum masuk lagi, sedang duduk di bangku, kebetulan bertemu dgn Jamil...
...lalu kepada Jamil, Hasri bertanya.! apakah (tidak disebut bagaimanakah) suasana di dalam sana...?!!!
hehehe...
tidak faham lagi cer pendek ni...kena ikuti dulu sambungan seterusnya utk cuba difahami...tq
Post a Comment