Sunday, October 20, 2013

Peranan air dalam kehidupan... membesarlah kamu dengan meminum air sebanyak-banyaknya...!!!

.
*****

Entri ini ialah sebuah eksperimen yang sudah diringkaskan. Eksperimen tentang kehidupan, tentang air, dan jugak kehidupan itu sendiri yang berasimilasi dengan air. Dibincangkan sedemikian rupa agar kehidupan itu hadir dalam rupa fizikal sedangkan air pula tidak fizikal.

*****

Pengenalan :

Air itu lembut, menjadi keras di dalam kulkas, dan menghilang bila dijerang...


.
Abstrak :

Air adalah cecair. Bila dipanaskan, mendidihla ia menjadi stim, kembang ia. Bila disejukkan, membekula ia menjadi ais-batu, kembang ia.
.
...maka itu, kawan.! Janganla sesekali kita memandang rendah kuasa air...!!!

.
Metodologi :

Peranan air dalam kehidupan...

.
Keputusan :

  1. ...dalam kehidupan berkeluarga : air dicincang takkan putus.!
  2. ...dalam kehidupan bermasyarakat : bulat air kerana pembentung.!
  3. ...dalam kehidupan seorang wira : air yang tenang jangan disangka tidak ada buaya.!
  4. ...dalam kehidupan seorang pekerja yang taat-setia : storm in a tea-cup..!!
  5. ...dalam kehidupan seorang lelaki yang berdiri memberi erti : air sudah naik ke kepala...!!!

.
Kesimpulan dan cadangan :

Air itu elemen kehidupan, dengan air gula kita cairkan, kita dapat manisnya, dengan air epal menjadi vinegar, kita dapat masamnya.
Air itu, apabila kita kumpulkan sebanyak-banyaknya, menjadi ia sebuah empangan, terjanala kuasa letrik, menerangi satu kota, apabila kita keluarkan sebanyak-banyaknya, lalu ditambak dengan pasir, menjadi ia sebuah kota.

...maka itu, kawan.!

Sekiranya anda sedang berada di sebuah daerah yang kontang, daerah yang ketandusan air, sedangkan di tangan anda cuma ada sebotol air, maka minumla air itu sebanyak-banyaknya, kerana sekiranya anda tewas dan mati kekeringan, sekurang-kurangnya, anda menggenggam sebijik botol yang kosong...!!!


.
salam.

.

15 comments:

Nizam.Ariff said...

Ya....
Jangan sampai mati dlm kempunan...
Biar putih tulang jgn putih mata...

Kerana air juga kehidupan jd porak poranda:
...kerana air setan manusia mabuk.
...kerana air nikmat anak dara merana.
...kerana air liur kaki lima berbau...

sepa said...

Dino,

bomba guna air utk padamkan api,
...tapi,
air juga adalah sumbu ('tinker'), yang menyalakan api...!!!


.

paridah said...

bila paip kering air semuanya gelabah...susahnya kalau xde air...
http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/

sepa said...

paridah,

ha ah. terutamanya nak istinjak kan! tak mandi bulih tahan lagi. hehehe

t.a.t.a said...

adakah dalam erti kata lain kau nak kata, bekalan air putus sebab kau tak bayar bil?

sepa said...

tata,

aku nak kata, air itu seperti juga hati, lembut disudu keras ditakik.

berbesaar hati
berkecil hati

...dan segala2 yang berkaitan dengan hati.

:)

t.a.t.a said...

sepa, kau nak kata yang itu pun boleh jugak.

tapi aku tetap nak stick pada kata² yang kau tak bayar bil air.


hahahahah

sepa said...

tata,

hahaha... aku tau, ko mesti dah decipher kod-kod dalam artikel tuh eh.!


sbnrnya, betulla tu. precise and accurate... hahahaha


.
wa kagum sama lu bro.! tahniah...


.

t.a.t.a said...

sungguh tinggi pujian kau.

aku terharu.

sepa said...

tata,

hahaha... terharu ker, bro.?
point no.5 tu yg punch line nya. eh, camner ko tahu.?!

.

tasekM said...

sepa,
tata tu pompuan la... ko dr dulu bro kan dia... :D




.

sepa said...

mem,

hahaha... dia ok jeh, mem.! :D


.

t.a.t.a said...

kak tas, aku no hal la kak.


sepa, aku no hal aje. sebelum ni pun ramai ingat aku bro. ok je. tak pe, teruskan panggil aku bro. aku tak kisah. hah hah hah. -- aku gelak gaya bro.


sepa said...

tata,

ok bro...

t.a.t.a said...

ok.