Sunday, September 8, 2013

thin slicing, the four horsemen, dan kehidupan seorang jurutera yang penuh dengan pancaroba...!!!

.
Hidup dalam suasana yang damai, tenteram dan sunyi, yang jauh dari hiruk-pikuk, jauh dari deruman engin kenderaan, dari suara-suara kesibukan, dan dalam kegelapan malam yang tidak sedikitpun ada hiasan lampu neon, lampu jalan atau lampu dari belakang rumah jiran, itula kehidupan kami yang jauh di pedalaman ini.
.
Afendi menjadi sebahagian daripada warga di sini 8 bulan yang lalu... kehidupan seperti ini sudah berlalu buat Afendi.! Dia sudah balik ke semenanjung, dunia yang penuh dengan kemeriahan dan ada gah - segala-galanya ada!
.
Tidak ada lagi malam yang terasa sangat panjang, malam yang penuh dengan serangga terbang menghurung lampu, tidak ada lagi dingin malam waktu hujan yang sejuknya mencucuk hingga ke tulang, tidak ada lagi panas membahang siang yang menggigit kulit, dan tidak ada lagi pekat malam 30 yang menakutkan, dan tidak ada lagi terang malam 14 yang menyeramkan. Pada Afendi, pengalaman hidup di kehidupan yang jauh di pedalaman, adalah seperti duduk di bawah tempurung, terasa melengkung seperti jerangkung.
.
Afendi sudah terbebas, kawan. Dia kini berkerja di kota besar Kuala Lumpur....

.
>>>>>
Kita ulas kehidupan Afendi itu, selama 8 bulan dia di sini, kawan, di daerah yang jauh di pedalaman ini.
>>>>>


.
thin slicing :
.
Afendi berasal dari Seremban, tapi tidak mengundi kerana dia Melayu yang sangat UMNO, seorang jurutera "rank and file".

.
the four horsemen :
.
adakah kerana kesunyian yang membentengkan dirinya dari segala perkhabaran dunia kehidupan majmuk?
.
adakah kerana kegelapan malam, yang letrik dibekalkan oleh generator diesel yang dihidupkan dari pukul6 petang hingga 11malam, malam yang ada nyanyian cengkerik ngauman nyamuk dengungan lalat lolongan katak salakan anjing sesekali kokokan ayam yang berkokok sesukahati, yang semua suara-suara ini terkuatkan kerana sepisunyi malam?... kekadang dengus nafas terdengar kuatnya seperti bunyi dengkuran orang mabuk tuak... begitula sunyi yang sesunyinya di sini, kawan.!
.
adakah kerana pekan terdekat, Pekan Lapok namanya, hampir 1 jam perjalanan, yang bukak awal pagi dan tutup sebelum matahari terbenam kerana pekan itu takder letrik, yang terdapat jugak restoren, yang restoren  itu layanan untuk pesanan sangatla mengecewakan lambatnya, yang jugak apabila memesan makanan orang melayu sekiranya tidak menyebut ayam diberikan hirisan daging babi.? (Afendi terkejut, dan tak makan, dan tak singgah dah di restoren itu, lebih rela dia ke Miri yang sejauh 3 jam perjalanan...).
.
adakah kerana semasa memandu di logging road, kerana mesti sentiasa awas dengan laluan agar berada di laluan kiri atau laluan kanan, yang dia pernah hampir head-on-collision dengan hilux yang datang dari arah Pergunungan Bario?
.
adakah kerana, ada sebuah hilux, berhenti di laluan kiri jalan, dan seorang perempuan keluar dari Hilux itu dan bak lipas kudung berlari ke semak, lalu melondehkan seluar dan kencing di situ jugak.? (Afendi ternampak bontot perempuan itu, putih katanya, tak agak-agak, kata Afendi).
.
adakah kerana highway yang digelar highway, yang kalau dibandingkan dengan jalanraya di semenanjung, hanyala sekadar sama standard dengan jalan Felda sahaja?
.
atau...
.
adakah kerana signal henpon sangat lemah, walaupun ada nano station, tetapi signal boleh terganggu oleh cuaca, yang jugak signal itu hanya dibekalkan sehingga pukul11 malam.?
.
atau jugak...
.
adakah kerana kerinduan kepada anak bujangnya, yang sentiasa memesannya untuk download muvi ultraman, dan jugak selalu meminta dibelikan action figure ultraman.?
.
atau mungkin...
.
adakah kerana hatinya terusik oleh suara gemalai lunak dan ada berahi di hujung talian henpon semasa dia ber-henpon, yang dia rasakan, suara sedemikian seperti puting beliung menggegar jantung.?! (suara yang sepatutnya didengar di ranjang...!!!).



.
selamat maju jaya kepada Afendi...


.

7 comments:

Anonymous said...

Gud luck Affendi......!

Unknown said...

Adios amigos

sepa said...

Anon,

:)


.

Man,
...hahaha... ko la yg pertama blah. aper criter bro.?


.

t.a.t.a said...

"tidak mengundi kerana dia Melayu yang sangat UMNO"

aku tak dapat tangkap maksudnya.

Su @ Aya said...

nampaknya affendi tidak berjaya menukarkan bunyi alam itu kepada suatu bunyi yang mentenangkan perasaan, dan jiwa!

hehe...

t.a.t.a said...

woh ayat kau mentenangkan, memang sangat mengelakarkan suasana.

sepa said...

tata,

...kerana di Seremban bukan UMNO calonnya. itu kata dia.


.
Su,

ha ah... mungkin bunyi alam dak Afendi ialah concert Double Trouble eh...

.