Wednesday, June 19, 2013

Cinta itu tidak perlu diseru, kerana cinta itu ada di siku... sungguh cinta itu takda bau, tapi boleh dihidu...!!!

.
Makcik Wok sebenarnya bukanla makcik sangat.! Dia sengaja menggelarkan dirinya makcik, sengaja bersolek ala-ala Ozzy Osborne supaya nampak tua, sengaja jugak cuba membongkokkan dada - supaya nampak tua. Kepada Dino dia bercerita : lakinya seorang entrepreneur, pergi ke Papua New Guinea, bersama tokeh-tokeh mencari emas dan batu-bara. Bertahun-tahun sudah berlalu, tak balik-balik, mungkin dah dimakan oleh orang asli di sinun, itu cerita makcik Wok. Kepada Azlan dia bercerita : lakinya seorang pelaut, berlayar ikut dak foreign-going, terlajak ke Carribean, dek kerana kehausan, air rum diteguknya sebotol. sebotol itula membuatkan lakinya jadi sasau dan tak kenal dah kengkawan sekapal. tak mau naik kapal kerana kapal dilihatnya seperti keranda... Dino percaya, Azlan tidak... kerana Azlan dapat menghidu.! makcik Wok itu belum pernah berkahwin.!
.
Ya. Makcik Wok sebenarnya bukan makcik.! Dia sebaya dengan TasZ, bezanya, dak TasZ jadi pujaan pemuda bermotosikal kapcai dan TasZ ada van buruk. Makcik Wok pulak ada kereta Harrier. Dia mintak doktor perempuan (yang berkerudung, yang seperti singa tu la...), yang ada klinik di simpang depan tuh (yang pernah inject buritan dak Dino...), untuk tolong dia loan dengan bank. Makcik Wok cukup sayang dengan kereta Harrier itu, walaupun nama Harrier dah tak serupa Harrier. Satu R berkembar itu, digantinya dengan S, ER pula sengaja ditutup. Budak umur lapan tahun, akan baca nama kereta itu sebagai HASRI. Ada satu lagi nama Harrier, yang satu R berkembar ditukar dengan S, tetapi ER kekal - bermaksud meriahnya si HASRI. HASRIER...!!!... Azlan pernah bertanya kepada makcik Wok, kenapa beli kereta mahal, berniaga bergerai jeh pun!. Makcik Wok menjawab : imej investment.! Apa yang kita pakai itula kualiti kita, balas makcik Wok.! Mendengar jawapan makcik Wok itu, Azlan berdehem. Cantik nama kreta...! sahut Azlan, kecil suaranya.
.
 
"Cappucino satu... roti canai satu", pesan Azlan lalu duduk di meja yang ada Dino. Ada Coffee-Latte se-mug, dan sekeping roti canai di dalam piring berbunga bunga-raya. Masih belum terusik roti canai itu, coffe-latte pulak masih separuh.
"Kenapa tak minum, bro.?! Aper criter ko dok merenung jeh roti-canai tuh...!", tegur Azlan. Dino senyum, direnungnya Azlan, ditenungnya pula roti canai itu.
"Value-added, bang.! hahaha...", balas Dino dalam ketawa terbahak-bahak sehingga terkeluar air mata. Ditenungnya kembali roti canai itu.!
 
.
"Di Malaysia, Melayu bukanla satu bangsa, ia adalah satu lambang yang simbolik. Cina dan India pun. Jugak bukan bangsa, jugak adalah simbolik... yang terasas oleh adat, adat beradat, teradat, adat-adat itula yang dibudayakan... menjadi bangsa...!!!", sambil meratah roti canai Azlan berbicara. Dino terpinga-pinga, dan masih sedang berfikir untuk makan atau tidak roti canai itu...!!!
 
.
Dino menghirup coffee-latte, habis. Roti canai itu tidakpun diusiknya, kerana dia tidak terdaya...!!! Dia tidak terdaya untuk mencarik-carikkan roti canai yang tidak bulat itu - sebaliknya berupa daun mapel, tercetak jugak nama "makcik Wok incorporated" di tengah-tengah roti canai itu. warna merah tulisannya...
 
 
 
salam.
 
.

6 comments:

SuzieLAWAti said...

wahhh... makcik wok suka dino eyhhh...!!

Nizam.Ariff said...

huh.. nasib baik roti canai tu tak berbentuk 'LOVE'...

sepa said...

CPL,

hampir suka. hehehe


.

Dino,

siri berikutnya, berkaitan.
(tungguuuu.....)

eh, nak tanya. brapa mukasurat ko nak aku tulis criter depa nih.?!
.

tasekM said...

ko nk kena siku juga sepa..?

:p



.

sepa said...

mem,

apsal ko paham apa aku tulih.?!

hehehe


.

Nizam.Ariff said...

Tak kisahlah berapa ms...

Satu permintaan, aku nak makcik wok buat scene tari dangdut gerudi.... hahaha