Monday, June 17, 2013

Azlan memperkenalkan diri... Dino pula merindui Jamal...!!!

.
Sejak mula-mula hinggap di gerai makcik Wok, Azlan seperti terpaut hati untuk menjamu selera di gerai itu. Setiap kali pula, dia sampai di gerai makcik Wok itu, Dino pasti ada, seolah-olah dak Dino itu memang duduknya di situ tidak berinsut dari mula makcik Wok menyusun kerusi sehinggala mengemas kerusi...
 
Azlan tidak kisah itu, dia hanya perlu menyampaikan sebaris ayat kepada dak Dino setiap kali mereka bersua, walaupun mereka masih belum saling kenal. Azlanpun tidak pernah cerita kepada Dino mengapa dia suka makan di gerai makcik Wok. Bukan kerana Nila.! Bukan kerana senyuman makcik Wok yang terpancul sinar gigi emas nan sebatang itu.! Bukan jugak kerana masakan makcik Wok lebih sedap dari masakan di Sushi King atau di Secret Recipe.! Azlan suka makan di gerai makcik Wok, kerana di gerai makcik Wok takda kamera CCTV.! Kamera CCTV tak buat orang jadi glamer, itu pasti, Azlan bukannya menolak untuk menjadi glamer, bukan jugak teringin untuk menjadi glamer. Cuma, kamera CCTV menghantui Azlan, sebab kamera CCTV itu diletakkan di atas, di satu bucu yang memancar ke arah kaunter.! Setiap kali Azlan mahu membayar di kaunter, dia akan ternampak kepalanya dirakam oleh kamera CCTV itu. Bukan kekemasan rambut, dan rapinya jambang yang boleh dibanggakan dirakam oleh kamera CCTV itu...!!! Azlan tidak hairan. Azlan cuma paling kecewa kerana kemera CCTV merakam tepat di atas kepalanya - kerana di bahagian tengah kepalanya sedang terang, dan hanya ada beberapa helai rambut sahaja di situ...!!!
 
"Harga barang tidak naik, sedara.! Harga barang memang dah ruper itu, ada yang murah, ada yang mahal... sebenarnya, mencari duit itu yang semakin susah.!", Azlan memecahkan kesunyian. Dino pula memanggil makcik Wok, berbisik dia di telinga makcik Wok itu, lalu makcik Wok mengangkat pinggan di hadapan Dino yang masih ada separuh roti canai belum dihabiskan. Makcik Wok datang semula dengan sebuah bungkusan kecil diserahkannya kepada Dino.
 
"Aku rasa Jamal tidak ke Paris, dia mungkin ke Perlis, ke Arau - ke rumah toknya...", Sahut Dino, lalu beredar pergi...
 
"Sejak Jamal tak temankan dia makan di sini, sejak dari minggu lepas - dia hanya makan separuh.!, separuh lagi dia bawak balik... katanya untuk disimpan, untuk Jamal...", bisik makcik Wok ke telinga Azlan.
 
 
 
.
 
salam.
 
.
 
 
 

5 comments:

Nizam.Ariff said...

sejak bila jamal dgn dino ni pasangan gay?

Oh ya, selangkah Dino keluar dari bucu atap, dia mendongak ke perut langit seraya mendepakan lengannya... katanya sekuat hati:-


Kau carilah...!
Kau carilah aku dalam dada aku
Kau takkan ketemu aku
Yang kau ketemui hanyalah wajahmu
Hahaha....!

Aku tiada di situ...!
Aku tiada di situ...!

Hahahahahaha.....!!!!!


DIno lepaskan langkah yang tersangkut sepanjang pekikkannya tadi. Makcik Wok dan Azlan geleng-gelengkan kepala.... bukan kerana kasihan ... tetapi kerana tidak faham maksud kata-kata Dino.

Ya, Dino bukan manusia yang mudah untuk difahami...banyak sangat rahsia tersembunyi.

SuzieLAWAti said...

kenapa tak botak ja dak azlan tu...hehehe

dino melangkah lesu...

memikirkan mungkin Jamal masih merajuk dengan nya...

tiba2 hidung Dino di tusuk bau yang amat di kenali nya...

Nila...!!!

Dino toleh...

Makcik Wokk...!!!

dalam hati kenapa bau nya sama seperti Nila..

Makcik Wok seakan mengerti kembang kuncup hidung Dino..

Nila bagi Makcik Wok cuba minyak wangi dia tadi.... nah ambil roti canai kau ni... pergi lah balik .. mandi.. dah macam beruang hutan aku tengok kau....

hehehehe.... ok tak .. bang Sepa dan bang Nizam ..adek CPL sambung...huhuh..hahaha...hihihihi....

tetiba macam nak sambung part nila... hehehe

tasekM said...

ni yg aku nk tuduh azlan pun gay jugak nih...

:p






hai sepa.
apa khabarmu di sana..?

:)


.

Nizam.Ariff said...

CPL, ko tulis bagi pihak Nila la... ko sambung, kita org nak baca... hehehe




dan...
Sepa,
mana aci ko introduce watak Azlan kat blog sendiri.. aku pun tak introduce watak Dino kat blog aku...



dan...

TasekM,
nih yang aku nak introduce watak Nila kiss-kiss dengan Nita nih.... hahaha

sepa said...

Dino,

bila nak habis criter depa nih...?! masih berlegar-legar di gerai makcik Wok jeh.!


.

CPL,

betul dah tuh... tapi siri tuh belum masuk lagi. siri tuh masuk part makcik Wok mengayat Dino.!


.


mem,

Azlan tak gay eh.! si Dino itu, dah mula rimas, sbb takda budak Jamal...! Jamal itu jd punch-bag dia tuk dngr dan hangguk segala macam karutmarut yg dibebelkan Dino.

Kejap.! aku nak masukkan balik Jamal, dlm saspen tapi...


.

Dino,

Azlan itu... watak picisan jeh dlm criter nih. nanti hilangla dia tu.! dan muncul balik di kampung Peri...


ok... ko masukkan la dak Nita pulak...


.