Azlan bolehlah dianggap tergolong dalam kalangan pemikir. Cukup dengan hanya melihat Azlan in-person, tidak syak orangnya penuh dengan filosopi ; dahinya yang semakin terang dan rambut di tengah2 kepala semakin menipis.
Pagi ini, Azlan mengambil masa yang benar panjang, hanya untuk membuat keputusan masakan untuk sarapan pagi.
Azlan bukanlah seorang chef yang handal, tetapi masakannya sentiasa sedap. Ya. Memang sedap, kawan.! Bersama dengan satu periuk 8 inci dan sebatang senduk plastik, Azlan...
Dinner malam tadi, Azlan masak nasi goreng kampung. Sedap. Sungguh sedap. Yah, untuk mendapatkan hasil masakan yang sedap, perlu banyak pengorbanan. Sambil berfikir untuk memasak untuk dinner, Azlan memasang DVD 'Sisterhood Pant 2', dua kali setengah cerita itu diulang-putar dan akhirnya Azlan naik bosan lalu cerita 'Pirates of the Carribeans - at World Ends' mengambil alih.
Suku jam menghampiri tengahmalam, akhirnya Azlan mendapat ilham. Nasi goreng kampung. Dalam menyediakan peralatan memasak, kepala hotak Azlan masih lagi ligat berfikir ; ada manual, ada prosedur ada teknik2 khas yang timbul-tenggelam.
...maka Azlan :
Panaskan periuk, adalah langkah pertama. Tuangkan sikit minyak masak kelapa sawit 'Vesawit'. Masukkan nasi dan tabur sepeket perencah 'Nasi Goreng Kampung Adabi', pecah-masukkan sebijik telur dan gaul. Walla.!... siap... Ala2 Adabi...!!!
*****
Azlan akhirnya berkeputusan memasak mi Maggi perisa kari, itupun setelah separuh DVD lagu Wali Band diputarkan.
Azlan pun mencapai periuk 8 inci dan memasukkan air-minuman jenama 'Borneo', bila mendidih dicampakkannya mi dari peket ke dalam periuk dan dipecah-masukkan sebijik telur ke dalam adunan...
...tapi, kali ini telurnya agak spesial. walaupun sudah dibuang kulit, namun masih berbentuk bulat seperti bebola ais. Mungkin kerana telur yang disimpannya di dalam kompartmen freezer. Ini la yang dikatakan poached-egg, fikir Azlan...!... dan Azlan duduk sambil menunggu. Menggunakan jam yang ada di handphone 'Nokia', Azlan memantau masa. Cukup 2 minit, api dapur dipadamkan dan mi Maggi berpindah tempat ke dalam mangkuk seramik yang dibelinya di Parkson...
Cuma, Azlan agak kecewa bersarapan tanpa Nescafe, sebab Nescafe yang hanya tinggal sepeket telah diminum oleh Joko semalam. Kalaulah ada 7-Eleven di pedalaman, rengus Azlan...!
.
salam.
.
7 comments:
meh la aku ajar ko masak sepa...
nak?
:)
.
mem,
hehehe...
:)
Ko bayangkan la ada starbuck kat situ Azlan. :p
orang kata telur penyu kalau direbus, putihnya kekal cair.... betul ke?
Kak Lily,
membayangkan starbuck tatkala menghirup air mati adalah sgt sukar... :)
.
Dino,
Memang benar. Telur tuntung pun.
sekarang ada nescafe latte dalam botol tu. tapi mahal bebeno le. sekali teguk je abis.
gadisBunga,
eh. ye ke.? (nmpk nar aku dah lama tak ke supermarket...).
*saya nak try la nanti.
:)
Post a Comment