Saturday, March 30, 2013

Cita-cita seorang jurutera, sungguh tinggi tetapi tidak sebesar pintu...!!!

.

Rizman sedang berbaring di sofa ketika aku masuk (tak ketuk pintu!). Nampak sugul dia.

'Aper criter bang?!'. Aku sapa dia.

'Eh, bos...!!!', balas dia, sedikit terkejut. Dia lalu duduk dan senyum-senyum sambil mengesat-ngesat mata lalu mengusap muka (mungkin dia baru lepas berdoa!). Ada sejemput janggut di dagunya. 'Bos nak minum kopi.?! Nanti saya buatkan.", tambahnya lagi. Baik budaknya (anak Felda la katakan!). Aku angguk.

Rizman seorang jurutera, dia berkerja di sebuah syarikat swasta. Tokeh syarikat itula jugakla MD syarikat. Tokeh ada sorang anak perempuan, ED jawatannya, masih bujang.

'Man, ko masih bujang, kan?!', aku tanya dia. Dia angguk.

'Apakata ko kahwin jeh ngan anak tokeh, untung2 ko bulih jadi deputy MD.!', aku saran pada dia. Dia tergelak, janggutnya yang sejemput itu seperti melambai2 gembira.

'Tak bulih, bos...!!!', balas Rizman.

'Usah ko risau tentang perasaan, ko paksa hati ko untuk bercinta, dan bercintala ko dengan anak dara tokeh itu... bila ko dah hidup bersama, untuk satu tempoh yang lama, cinta akan menjadi semakin mekar... ko ciptakan cinta dan ko pupukkan sabar di dada.', aku pulak balas (seperti sedang berbahas!).

'Tak bulih, bos...!!!', sangkal Rizman lagi. Rizman ini tampan orangnya, segak dan bergaya... seperti Shaheizy Sam pun iyer.

'Ah... kenapa Man.?!... Ko mengorat jeh dia. Dia kan anak sulung tokeh ko. Ko pulak jurutera kebanggaan tokeh.! Tak hal punya. Tokeh akan terima ko (dengan senang hati) - sebagai menantu... Suatu masa nanti, ko pulak jadi tokeh kompeni tuh.!...', aku jelaskan lagi kepada Rizman.

'Tak bulih, bos...!!!', Rizman membantah. Dia senyum. Dia diam. Aku jugak cuba senyum. Aku jugak mula diam, dan aku ketawa sambil merenung Rizman tepat di matanya. Dia menundukkan kepala, mula berasa malu (orang tua2 kata - malu2 mahu...!!!). Dia mendongak semula, memandang aku. Dia senyum lagi, dan ketawa kecil seketika. Dia diam semula dan menarik nafas panjang2...

'Dia... dia besar, bos.! sebesar pintu...!!!'

Aku pulak yang ketawa. Kami menikmati kopi.

.

salam.

.

 

 

Tuesday, March 19, 2013

Erotika Purnama 14... Dino kata tatkala bulan penuh menyuluh, kunang-kunang pula menghurungi pokok pedada.

.
 
Ada tiga orang malam itu. Di jeti ada Dino. Di seberang sana di hilir pokok pedada pula ada titi. Ada Azlan dan Dol di titi itu.
Azlan dan Dol. Mereka mengail ikan. Azlan mengail kerana hobi, Dol pula kerana hendak mengail ikan. Mereka sedang memerhatikan Dino yang sedang terjun tiruk tadi. Tengah malam baru sahaja berlalu apabila mereka melihat Dino memanjat semula jeti itu. Dino masih lagi duduk di bibir jeti sambil kaki dihayun-hayun menguis-nguis air.
***
Jeti itu diperbuat dari kayu meranti merah. Dino sendiri yang membuatnya. Dia sendiri yang menebang sepohon pokok meranti merah di kaki bukit tidak jauh dari jeti itu. Sebesar dua pemeluk pokok meranti yang ditebangnya itu. Tidak sepuntung paku yang digunakannya. Hanya kayu, dan kayu sahaja, tanggam dan pasak. Tegap-kemas dan nampak keras-kukuh. Ada sebuah perahu berlabuh di sisi hilir jeti itu. Perahu itu dibuat oleh Dino, jugak tidak menggunakan walau sepuntung paku. Cantik perahu itu. Di luannya diukir berupa kepala jentayu, buritan pula ekornya. Badan perahu diukirnya seperti bulu pelepah jentayu jugak. Jentayu nama perahu itu. 
Titi di seberang sana, Azlan yang buat, menggunakan kayu meranti putih, dua batang balak meranti putih itu diikatnya dengan rotan, berkapit dua menjadi titi. Tidak ada tiang. Titi itu timbul di atas air. Surut air rendahlah titi itu. Air pasang, titi itu timbul pula. Pangkal titi itu pula hanya diikat agar tidak hanyut. Anak-anak Dol dan anak-anak Jamil suka bermain di titi itu. Kadang-kadang ada anak-anak Kamal. Di titi itu jugakla tempat mereka berak, kerana selepas berak mereka terus cebuk dan cuci di situ jugak.
***
Dino mengangkat kedua-dua belah kakinya, lalu dilipatkannya. Dia memeluk lutut (dia tak boroi). Dia melihat ke permukaan air yang ber-riak dan seketika kemudian air kembali tenang. Bulan penuh membentuk semula di permukaan air itu. Air sungai itu nampak sedang mengalir dan masih kelihatan hitam, paras sungai juga mula naik dan ada bayang-bayang awan pula di sisi bulat bulan. Angin mula bertiup, dan menambahkan lagi dingin malam itu. Dino tambah gigil. Cengkerik pula semakin bingit. Nila masih belum juga timbul. Degup jantungnya bertambah kencang, dan fikirannya pula mula kacau. Rasa bersalah kerana menolak Nila ke dalam sungai itu mula memagut jiwanya, menampar-nampar perasaan. Di pokok pedada di seberang sana, kunang-kunang sudah mula bertandang dan semakin banyak, berkelip-kelip seperti bintang di langit. Dino melepaskan pelukan pada lutut, dan terkentut. Dia lalu memekup kedua-dua belah telinga dengan telapak tangan, kerana terasa nyanyian cengkerik seperti sedang merasuk ke dalam otaknya. Matanya pula tekun memandang ke seberang. Memandang pada cahaya kelip-kelip yang menghurungi pokok pedada itu. Cahaya dari si kunang-kunang.
 "DEBUR - ada sedikit bunyi splash.". Dino jatuh-tergolek ke dalam sungai. Dino ditolak. Seketika kemudian, Dino timbul semula. Tangannya mencapai bibir titi, lalu kedua-dua belah lengannya dicangkukkan di bibir jeti itu. Dino mendongak. "Nilaaaaa...!!! kau masih hidup!. Nilaaaaa....!!!". Nila sedang berdiri, badannya diselimuti dingin air sungai. Nampak pucat wajahnya dan gigil. Tidak ada lagi lingerie yang membaluti tubuhnya, hanya ada bra Wacoal dan spender - jugak ditulis Wacoal. Nila masih berdiri, sedikit membongkok dan senyum sedikit jugak. Dino meloncat  ke atas jeti lalu duduk di bibir jeti itu. Butir-butir air dibadannya nampak bersinar dipanah oleh cahaya bulan. Kakinya pula direndamkan di dalam air dan dihayun-hayunkannya. Berkocak-kocak air itu, pecahlah jugak bayang bulan di permukaannya. Nila turut duduk, menyandarkan sisi kiri badannya pada belakang tubuh sasa Dino. Dia terasa kehangatan tubuh sasa Dino itu walaupun tubuh itu dilapik oleh selapis nipis air sungai yang dingin. "Nilaaaaaaa...!!!!" Dino melaung sambil mendongak seakan melolong kerana kegembiraan. Bergema.! Cengkerik pulak seakan terhenti bernyanyi. Amat sukar untuk dimengertikan oleh sesiapa sahaja, apa yang akan berlaku selepas itu. Tiada apa yang mampu memisahkan seks dari asmara atau keinginan dari perasaan. "Nila!", sapa Dino dalam bisikan. "Yaaaaaaa.!", balas Nila manja-berselera, lalu jari telunjuknya mengaris-gariskan pangkal lengan tangan kanan Dino. Jari itu meniti turun hingga ke siku, dilurutkannya ke atas pula sehingga ke pangkal lengan - tapi tidak kena ketiak. Geli mula mencuit jantung Dino, dan terasa cinta mula membenih. "Aku mahu minum kopi. Kopi Mahkota Dewa. hehehe...", pinta Dino ada sedikit ketawa.
Pertemuan mereka di jeti itu seakan abadi, seperti mereka pernah bertemu sebelum terciptanya kehidupan... kelipan cahaya dari abdomen si kunang-kunang di pokok pedada di seberang sana semakin bercahaya-cahaya. Pokok pedada itu seperti sedang dibungkus oleh cahaya. Cahaya yang meraikan pertemuan mereka...
***
"Ko dengar tak.?!", tanya Dol. Azlan mengangguk. "Dia sebut Nila.?!", tanya Dol lagi. Azlan menggeleng. "Setiap tiga purnama, Dino akan ke jeti itu, semasa purnama 14. Suaranya pula bertukar menjadi parau, dan sedikit sengau. Yang dilaungkannya bukanlah Nila, tapi Nita...!!!", terang Azlan.
"Bukan ka Nita sudah meninggal dunia dua tahun yang lalu, di rumah dua tingkat itu", balas Dol. Azlan menoleh ke arah Dol, dikenyitnya sebelah mata, lalu meletakkan jari telunjuk di mulut...!!!
 
 
.
 
salam.
 .