Friday, April 26, 2013

Dino kata : mereka berjalan dari desa ke desa, di bandar pula, mereka menggantung bendera...!!!

.
...sebuah sketsa di musim pilihanraya...
 
.
 
Dino masih ingat kali pertama dia bertemu dengan Nila. Ketika itu Dino sedang berada di Dewan Orang Ramai Kampung Peri. Di dewan itulah tempat orang mengira undi; dia tidak ingat siapa yang sedang berdiri di kiri, depan dan belakangnya. Dia cuma ingat, ketika calon pujaannya itu menang, semua orang di sekelilingnya bersorak riang dan sangat gembira...!!! Bersorak-sorai, bertepuk tangan, ada yang terloncat-loncat dan ada yang memeluk orang yang berada di sebelah mereka.
Kegembiraan oleh pengumuman, dari brader SPR itu, telah jugak memberi gembira kepada Dino ketika itu - sangat gembira dia, dirangkulnya orang di sebelah kanannya, dipeluknya erat - diangkatnya pula (sambil melompat sedikit)... Dino melepaskan pelukan itu apabilanya telinganya sudah tidak mampu menahan bingit dari jeritan... LEPASKAN SAYA.!!! (berulang-ulang jeritan itu). Tersipu-sipu Dino bila dia menyedari orang yang dipeluknya itu, yang diangkatnya pula ialah seorang perempuan. Merah padam muka Dino, tersipu-sipu juga, dan serentak itu juga terpadam kegembiraannya itu. Sebaliknya, debar jantungnya pula yang semakin berdetak dan berdentum - kerana dia masih terasa terkesan di dadanya ditekan oleh dua bonjolan sebesar penumbuk...!!!
Keesokan harinya, Dino ke gerai Makcik Wok, kerana hendak bersarapan roti canai dan teh tarik bersama Jamal - Jamal sudah menunggu dia di gerai itu. Detak dan dentum jantungnya masih lagi belum reda. Dia menghampiri meja yang ada Jamal (sedang duduk), senyum yang dibawanya dari rumah tadi masih mekar dan menguntum. Jamal senyum jugak, sedang cuba untuk menbalas senyuman Dino itu - tetapi dia tidak tahu, senyum Dino itu ialah senyum dari orang bujang yang sedang angau...!!!
Dino duduk mengadap Jamal. Di meja itu, ada empat orang lagi, Hasri, Afendy, Syila... dan Nila... di kanan Dino ialah Nila. Apabila Jamal memperkenalkan Nila kepada Dino, ketika Dino menoleh ke wajah Nila, nampak gigil mula merasuk Dino. Perutnya terasa kosong (dan memulas-mulas), peluh pula mula pecah di dahi - dan terkemut-kemut terasa hendak tercirit, kerana orang yang dipeluknya malam tadi ialah Nila. Nila itulah...!!! - anak sedara Makcik Wok.
 
Lima tahun kemudian...
Ketika orang ramai sedang berhimpun di Dewan Orang Ramai Kampung Peri, untuk mendengar keputusan undi - Dino pula duduk di serambi rumahnya, di kerusi rotan, ada meja kopi, dan ada secangkir Nescafe 3in1 yang ada buih-buih halus. Langit malam itu penuh bintang, ada bulan menerangi. Semilir angin bertiup dari arah bukit.
Dino senyum sorang-sorang. "Biarla aku, tidak pergi mengundi kali ini...", tidak keluar suaranya kerana dipenjara senyum.
"Cukupla sorang...!!!", bisik hatinya.
 
 
.
 
 
salam.
 
.

8 comments:

Nizam.Ariff said...

lorrr... pehal Nila sebesar penumbuk je... kasi la rock melon ke...

tasekM said...

kakaka... Dino sengal!!!


.

gadisBunga™ said...

bongok. hahahaha!!!

sepa said...

Dino,

camner la nak galakkan ko mengundi... :)


.
mem,

dengan sketsa nih, mgkn Dino mengundi eh...!


.
gB,

kan...?! hahaha


.

tasekM said...

Happy Birthday Sepa!


.

sepa said...

mem,

tengkiu. :)

Nizam.Ariff said...

dah tua ko ek....

semoga umur kita panjang dan diberkati...

CiKPuaNLawA said...

alamak... bday eyhh... hepi belated bday sepa...

semoga panjang umur murah rezeki...

nizam tak nah ngundi eyhhh..!!! ... sama laa..!!! .. hahahaa