Tuesday, December 25, 2012

Q&A pemanduan di logging road, sebuah Ferrari merah dan sepasang AES.

.
Q : Apakah itu pemanduan di logging road.?
A : Pemanduan di logging road adalah memandu kenderaan di jalan yang digunakan oleh lorilori yang membawa kayubalak.
.
Q : Apakah bezanya logging road dengan jalan JKR, atau jalan PLUS.?
A : Logging road ialah jalan yg dibuat oleh kompeni2 yg menebang kayubalak di dalam belantara, membawa kayubalak itu dengan lori2 yg besar2 dan panjang2, jalan yg tanah dimapat dan lorilori itu menghantar kayubalak ke 'log-pond'. Manakala, jalan JKR ialah jalan yg diturap tar, biasanya dibuat ketika dekat2 dgn pilihanraya. Jalan PLUS pulak ialah jalan yg sangat kemas buatannya, dan ada tol.
.
Q : Apakah bezanya pemanduan di logging road dengan jalan JKR.?
A : Pemanduan di logging road, mesti mematuhi papantanda 'arrow'. Jalan JKR, kita mematuhi peraturan2 JPJ.
.
Q : Apakah itu papantanda 'arrow'.?!
A : Papantanda 'arrow', ialah satu bentuk 'standing-instruction' yg mengharapkan kita mematuhi arah dan laluan yg ditunjukkan oleh 'arrow'.
.
Q : Apakah arah dan laluan yang ditunjukkan oleh 'arrow' itu.?! Boleh tuan tunjukkan contoh 'arrow' dan maksud 'arrow' itu.?!
A : 'Arrow-arrow' itu tunjuk kiri, tunjuk kanan. Arrow yg tunjuk kiri, bermakna kita kena ambik lorong kiri, arrow yg tunjuk kanan bermakna kita kena ambik lorong kanan. Rujuk kepada foto ini.
Arrow kiri :
 
Arrow kanan :
 
.
.
Q : Sekiranya ketika kita hendak menukar lorong atas petunjuk arrow itu, tetiba muncul lori besarpanjang penuh muatan kayubalak, apakah yg patut kita lakukan.?!
A : Berhentikan kenderaan.!!! Debarkan jantung, dan garu2 kepala - kerana sekiranya kita bernasib baik, pemandu lori itu tunjukkan penumbuk sahaja, kerana kita dah termakan lorong dia.!
.
Q : Tajuk tu... ada sebuah Ferrari merah.! Apakah kaitannya.?!
A : Sebuah Ferrari merah, yer.! Apakata ko bagi sebijik kat aku, untuk aku pandu di logging road itu, dan aku akan bagitau sama ko, pengalaman aku ketika memandu sebuah Ferrari merah di logging road itu...!!!
.
Q : Dari jawapan2 tuan, nampaknya logging road tak der lampu jalan dan jelasla tidak digalakkan untuk memandu di malam hari.! Betul, kan.?!. Tapi, sekiranya di malam yang disiram cahaya bulan dan bulan itu pulak sedang mengambang penuh, terang benderang pulak logging road itu, bulihka kita guna logging road itu.?!
A : Soalan ko, merapula...! Buat aper nak terjah logging road tuh di malam hari - lainla kalau ko tersesat jalan seperti dalam cerita 'Kecubung' dak Dino. Oh.! Ya. Kalau ko terjumpa bulan mengambang penuh, dan terang pulak bulan itu, aku sarankan ko callin2 dak TasekM - dia akan pacakkan tripod dan tembak gambar bulan yg mengambang penuh itu...!!!
.
Q : Soalan penutup bicara.! Perlukah ada sepasang AES di logging road itu.?!
A : Itu soalan bodoooooooo...!!! AES tuh, ko buh bebanyak kat laluan tuan Dino...!!!
.
 

salam.
 
.

Thursday, December 13, 2012

dua belas dua belas dua belas

.
aku cuma nak tulis ini...


12.12.12.



.
...dan diposkan pada detik duabelas malam...!
.

salam.

.

Monday, December 10, 2012

Dol datang...!!! Dia bawak teropong dan ada cerita tentang vermicomposting dan sebijik buah terung yang bergulung.

.
"Dol datang semalam... bolehla ko ajak si Dol tu memancing di laut di hujung minggu" itu kata Alyah sebulan yang lalu, ketika itu Azlan sedang menyediakan flowerbed untuk pokok cili.
Sebulan, ya genap sebulan sudah kata-kata itu. Azlan ingat benar. Dol mesti ada hari ini...! Sudah lapan tahun mereka tidak berjumpa...
.
***** di sini ada cerita tentang Dol... *****
.
Azlan sedang duduk di teres rumah dalam silir-semilir angin yang bertiup dari arah laut - Laut China Selatan, sambil memerhati seekor pipit tanah yang hinggap di flowerbed menghangguk-hangguk kepala, mencakar-cakar tanah dan terbang semula, datang seekor lagi hinggap jugak dan terbang. Di tangannya ada sebuah remote-control auto-gate rumahnya, yang swing-open-out itu.
.
Bunyi kapcai yang datang dari arah hujung sana, telah menjentik telinga Azlan agar mengalih pandang ke arah jalan. Dilihatnya, yang berkapcai itu seorang pemuda, cergas gayanya, bertutup pula mukanya di dalam helmet yang ada visor, berhenti di luar rumah jiran di depan itu yang tertutup pintu pagarnya. Dia menongkatkan kapcai itu, turun dan berdiri tegak, mencapai teropong yang tergantung di leher dan lantas meneropong ke arah pintu depan rumah itu. Seketika kemudian, dia menekan-nekan butang pada sebuah peranti elektronik yang jugak tergantung di lehernya. Peranti itu mengeluarkan sekeping kertas. Kertas itu dimasukkannya ke dalam mail-box.
.
"Sekejap, aku ke sana dulu..." kata pemuda itu tatkala dia terpandang Azlan.
Azlan pula memicit satu punat kecil pada remote-control auto-gate yang swing-open-out itu, membuka sebelah daun pintu pagar. Dibiarnya daun pintu pagar itu terbuka sedikit, cukup-muat untuk sebuah kapcai masuk.
.
Kapcai masuk ketika Azlan sedang berdiri bercekak pinggang, memerhatikan sekebun terungnya yang pokok-pokok terung itu sedang meliuk-melintuk seirama dengan semilir angin yang bertiup dari arah laut itu.
"Nah..." pemuda itu menyerahkan sehelai bil elektrik, yang jumlah tertera pada bil itu satu ratus tiga puluh lima ringgit dan lapan puluh lima sen.
"Ko tak masukkan di dalam mail-box, Dol.?!" balas Azlan setelah selesai melihat jumlah yang tertera di bil elektrik itu. Teropong dan peranti elektronik itu masih tergantung di leher Dol.
Hik hik hik, Dol ketawa kecil.
"Come..., Dol.! Kita duduk-duduk dan pekena teh-o segelas dua." pelawa Azlan. Mereka duduk di teres itu...
.
ini Dol, kawan.!
.

.
Dol tidak berkata-kata, dia meneguk teh-o yang suam-suam kuku perlahan-lahan. Dia hanya senyum. Dia diam seketika sambil itu merenung sekebun terung itu dan sekejap-sekejap menjeling ke arah Azlan.

"Terung-terung itu aku tanam guna tanah dari vermicomposting, Dol. Nampak subur, kan.!" terang Azlan.
Dol mengangguk, senyum dia seolah faham.

"Mari aku tunjukkan ko pokok-pokok terung itu. Sudah mula berbuah sebahagiannya....!" ajak Azlan. Dol mengiringi Azlan.
.

Sesampai di sepohon pokok terung yang sedang matang buahnya, Dol bertenggek. Senyum dia. Azlan menyua pita pengukur, lalu diukurnya buah terung itu.
.
ini buah terung itu, kawan.!
.

.
...tapi, Dol tidak nampak sebijik buah terung yang bergulung menjadi seperti bentuk gelung dan mungkin akan bergulung lagi menjadi seperti tekuyung...!!!
.
ini sebijik buah terung yang bergulung, kawan.!
.

Mereka kembali duduk semula. Segelas teh-o telah dihabiskan tadi, ditambah lagi segelas.

"Ko masih memancing lagi, Dol.?!" tanya Azlan.
"Lama dah tak pergi memancing." balas Dol ringkas.

Azlan masih ingat, suatu ketika dahulu, Azlan pernah pergi memancing dengan Dol di Long-Jetty tidak jauh dari muara sungai Miri, sehingga jauh malam. Mereka menurunkan mata-mata kail di hujung jeti itu, sehampir dengan tangga yang digunakan oleh pekerja-pekerja pelantar minyak untuk menaiki bot yang membawa mereka ke pelantar minyak. Dol dapat dua ekor ikan gelama. Azlan pula hanya bertambah mahir mengaitkan umpan ikan di mata kail, seekor ikan haram lekat di mata kailnya. Ketika mereka berjalan pulang dalam dingin tengahmalam, mereka berselisih dengan seorang tua bersama empat orang perempuan muda, setiap seorangya menjinjing sebijik durian. Seorang tua itu bertanya, "banyak dapat ikan.?", Azlan hanya menggeleng. Seorang perempuan muda yang berjalan paling belakang pula menambah, "pancingla yang di darat...!"... Azlan berpaling, cuba untuk senyum tapi tak terukir...
.

"Aku dah tak da joran...!" kata Dol lagi.


.


salam.

.

Sunday, December 2, 2012

ST. JOSEPH'S PRIMARY SCHOOL... di Miri.

.
ini... bangunan blok baru ST. JOSEPH'S PRIMARY SCHOOL di Miri, kawan.!
.

.
Aku pernah bersekolah di sini, kelas2nya di bangunan blok lama, yang letaknya bertentangan dengan bangunan blok baru itu dan sedikit di kanan. di sini...
.

.
Mem-besar - tidak pernah bersekolah di sini... kerana dia mem...!!!
.
.
.
.
.
.
*****
Tuan Ci eM - pun pernah bersekolah di sini... 
Mem-besar Tuan Ci eM pula - tidak pernah, kerana dia mem...!!!
*****

.


salam.

.

Pokok hari... beruang-beruang bergelutan, rama-rama menghurungi sekuntum bunga dan seekor naga berlegar di angkasa ternganga mulutnya menyemburkan api berbunga...!!!

.
PRELUDE : 
ini cerita tentang awan... ditujukan kepada Dino, yang sejak kebelakangan ini terpesona oleh keindahan awan, terpukau oleh rupabentuknya, sehinggakan awan yang terapung di tujuh petala langit itu dinampaknya satu pasukan tentera yang sedang mara ke satu daerah di satu negara yang rakyatnya hidup lara dan mungkin sedang menderita...!!!

.

Di tivi, yang ada khidmat Astro, di Channel637-Disney XD, cerita Ninja Warrior sedang terpapar dikacanya  - yang terisi sejenis gas, plasma. Hasif melatih dirinya, bergayutan di langsir meniru gaya 'rope-climbing', Hatta pula sedang masyuk dengan PSPnya, Hanna hanya duduk melayan gambar bergerak di skrin tivi itu, dan Husna pula melatih bakat melukisnya menggunakan tablet Bamboo melakarkan karektor-kartun dalam Photoshop CS6. Azlan memasuki ruang tamu itu, dan duduk di sofa satu-seater, yang memang diketahui oleh seisi rumah - sofa satu-seater itu seat untuk master Azlan, Hanna di sebelahnya. Azlan sedia maklum, Ninja Warrior mesti dilayan semua, kerana ada Hasif. Hasif akan marah sekiranya Ninja Warrior ditukar cerita lain. Azlan faham itu, maka itu Azlan sengaja membiarkan dirinya melayan cerita realiti berbentuk sukan itu.

"Hanna, tahukah kamu apa maksud pokok hari.?!" Azlan bertanya kepada Hanna - yang sedang nampak membosankan diri kerana terpaksa melayan cerita Ninja Warrior itu.
"Tak. Tak tau. Bukan buah, kan.?! jawab Hanna.
"Ha ah... memangla bukan buah, tapi simpulan bahasa...!!!" balas Azlan. Hanna masih lagi menggeleng-gelengkan kepala, tanda memberi jawapan yang dia masih tidak faham maksud pokok hari itu.

"Baiklah, biar papa cerita... dan dari cerita itu, mungkin kamu boleh menafsirkan maksudnya..." tambah Azlan.

.
*****
Dulu. Lama Dulu. Suatu ketika, di ketika itu Azlan, yang berumur 8tahun mungkin 9tahun, bangun agak awal di pagi itu. Niatnya, untuk meminta kebenaran daripada emaknya untuk ke padang bola di petangnya bersama-sama jiran-jiran yang sebaya dengannya dan ada beberapa orang yang lebih tua dan ada jugak yang lebih muda.
"Mak, petang ni saya nak pergi main bola, boleh, tak.?!" tanya Azlan ketika emaknya sedang mencuci pingganmangkuk dan ada dua buah periuk. Kelazimannya, ke mana sahaja kakinya hendak melangkah, asalkan keluar dari pintu rumah, Azlan pasti akan meminta restu daripada emaknya.
"Di mana korang main.?" jawab emak Azlan, dalam bentuk soalan.
"Di padang bola dekat surau nun, di sebelah tadika," sahut Azlan.
"Tak payah la ko pergi, tengok langit tu...!!!" emak Azlan membalas sambil jari telunjuknya menuding ke arah kaki langit, lewat jendela berdaun kayu dihadapannya.
Azlanpun merapati dirinya di muka jendela itu, dilihatnya di langit, ada awan. Awan itu berupa beruang-beruang bergelutan, bisik hatinya.
"Kenapa langit.?!" tanya Azlan lagi.
"Pokok hari... hitam...!"
Azlan menjenguk ke luar dari jendela itu, sekali lagi. Kali ini, dilihatnya awan-awan di langit itu, dia seperti sedang menghayati sebuah lukisan yang berupa rama-rama menghurungi sekuntum bunga.
.

.
Gelap kelam langit dipenuhi awan hitam di ufuk, segelap dan sekelam itu jugalah harapan Azlan untuk bermain bola dengan jiran-jirannya yang sebaya dengannya dan ada beberapa orang yang lebih tua dan ada jugak yang lebih muda. Azlan melangkah lesu ke ruang tamu, mencapai radio transistor di atas meja makan, dibawanya sekali. Radio transistor itu sedang berkumandang lagu Layang-layang Terputus Talinya nyanyian Alleycats yang bersiaran di saluran nasional di 576AM, sempat jugak dia menoleh tivi berjanama Carol, yang disambungkan ke terminal bateri kereta. Hitam putih tivi itu, siaran RTM bermula petang selepas jam4, kalau tidak, tentu Azlan menonton tivi.
Azlan ke kerusi panjang, mencapai buku Tawarikh abangnya, membelek-belek buku itu, sehinggalah di mukasurat tengah-tengah buku. Azlan berbaring di kerusi panjang itu, meletakkan radio transistor di atas lantai, buku Tawarikh pula diserkup ke muka... dan Azlan tidur...!!!
.
Azlan terbangun dari tidur apabila hampir masuk Asar, kerana terkejut oleh deram derum deram bunyi dari luar rumahnya. Azlan perlahan-lahan bangkit dari baringan, melepaskan kuap, meregangkan tangan, meregangkan kaki, ditelengnya kepala ke kiri ke kanan pula, lalu duduk lesu, membelakangi tingkap itu. Bunyi deram derum deram terdengar lagi, di luar sana - dari langit luas bunyi itu, ada juga cahaya yang sekejap-sekejap datang mengejut-ngejut. Azlan memusingkan badannya, dan menyelak bilah cermin tingkap itu, dilihatnya langit. Dia melihat, di langit itu, ada seekor naga berlegar di angkasa ternganga mulutnya menyemburkan api berbunga...!!!... 

.
*****
.
"Dah... dah...! cerita dah abis, kamu sudah faham, apa itu pokok hari.?!" tanya Azlan kepada Hanna, Hanna yang sedang mula mengantuk melayan cerita daripada paknya.
"...adakah pokok hari itu... 'weather forecast'...?!" jawab Hanna penuh yakin.

Azlan mengangguk...


.


salam.

.



*****-----*****
Jika awan kelihatan mendung bergumpal-gumpal di kaki langit, akan berlaku hujan ribut. 
*****-----*****
.

Saturday, December 1, 2012

dua ekor rabbit... dan sebuah sangkar yang harganya satu ringgit.!

.
ini rabbit, kawan.!
.

.
sedang duduk di dalam sangkar...
.

sangkar itu... harganya satu ringgit.!!!
mungkin ada yang bertanya, kenapa
harganya satu ringgit.?!
dan di mana tempatnya, bulih dapat beli sangkar itu satu ringgit.?!
.

biar aku cerita, kawan.!
rabbit2 nih, pet depa (Husna, Hanna, Hatta dan Hasif...),
depa beli semalam, dan depa gunakan kotak sebagai rumah rabbit2 itu...
.
aku kata kepada depa,
kalau biarkan rabbit2 itu lama-lama di dalam kotak, rabbit2 itu mungkin akan mengalami dementia.!!!
depa jadi risau... dan mintak aku sediakan sangkar untuk rabbit2 itu...

.
...dan dak Hatta, hulurkan kepada aku satu ringgit... untuk mengadakan sebuah sangkar untuk tempat tinggal rabbit2 itu.!!!


.


yang sebenarnya, harga sangkar itu dirahsiakan, kerana depa dah bayar harganya...!!!

.

oya, depa namakan rabbit itu sebagai : Snow dan Storm...



.


salam


.

Monday, November 26, 2012

namanya Organic Foliar Food... gunanya untuk bunga.!

.
ini Organic Foliar Food, kawan.!
.

.
depa kata : kalau kita sembur OFF nih pada bunga, bunga akan menjadi bertambah mekar segar-bugar dan bertambah2 banyak pulak bunganya...!!!

.

nah.! sekiranya bunga bertambah mekar segar-bugar, maka meriahlah suasananya dengan bunga2 yang berkembang dan kumbang2nya jugak... termasukla kumbang2 yang menyakitkan hati... mereka (kumbang2 yang kita suka dan kumbang2 yang menyakitkan hati), akan berkumpul, berhimpun dan cuba merapati bunga2 itu... dan, berebut-rebutlah mereka... sehingga mereka bergaduh2an dan berbunuh2an...!!! kumbang2 yang menang, tentulah kumbang2 yang mendapat restu dan perkenan...!!!

.

yah.! bila pokok itu meriah dengan bunganya, maka... maka itu, akan lebat jualah buahnya. itu kata depa.!

.
dan aku... akan mencubanya di pokok terung ini, yang sedang berbunga, kerana pada daunnya, aku nampak daun itu sedang menadah ke langit, seolah sedang berdoa...!!!
.


.
...mungkin di hujung minggu ini, aku semburkan OFF itu padanya... kerana... aku masih mahu dan masih asyik melihat keasliannya, tanpa bantuan semburan itu...


.

salam.

.

Thursday, November 22, 2012

aku tanam terung, terunglah yang tumbuh... aku tanam cili, daunnya menjadi kerinting...!!!

.
ini pokok terung yang aku tanam di laman rumah, kawan.!
.
...di hujung sana, ada kangkung...!!!


.
aku tanam terung, setelah mendapat ilham dari dak Dino, yang pernah bercerita tentang terung...!!!.

.
aku jugak tanam pokok cili... di dalam poli-beg. sedang elok pokok cili itu (yang aku pindah dari semaian ke dalam poli-beg 7"x9"), yang hampir satu kaki tingginya, aku pindahkan pulak ke dalam poli-beg yang lebih besar 15"x18"... 
dan inila pengalaman pertama aku menanam pokok cili di dalam poli-beg.! sebelum ini tanam di atas tanah sahaja.!
.
...dan maka ditakdirkan... keesokkan harinya, daun mudanya dan daun yang baru-baru berputik, mula menjadi kerinting merengkut ke bawah...!!!
.
disebabkan aku anak nelayan, adalah tidak mustahil aku jahil tentang kehidupan pokok cili...!!! jadi, aku gunala khidmat pakcik-gugel... ramai yg kata, daun cili yang kerinting, adalah kerana serangan dari luar, seperti serangga perosak, bakteria atau virus. Pokok2 yg terkena virus, dan yg sihat jugak selagi dan selama-mana mereka berada dalam ruang-masa jangkitan itu, harus dicantas dibunuh dibakar, agar tidak menjadi epidemik... 
.
jugak antara kata2 yg dipetik lewat pakcik-gugel, ialah ini..
"Punca utama daun kerinting ni sebab hamama dan kutu trip. Daun yang diserang hamama akan kerinting merengkut ke bawah, manakala daun yang diserang kutu trip akan merengkut ke atas...."

.
tapi... aku rasa yang ini, memberi jawapan yang lebih hampir, dalam kes aku...!!!
.




.
kerana, aku dah periksa daunnya, aku belek-belek, aku tengok permukaan atas daun itu, aku tengok permukaan bawah daun itu, aku raba-raba jugak permukaan daun itu dan sekali sekali aku usap-usap permukaan daun itu... daun itu nampak berkilat, mulus permukaannya... cuma kerinting saja...!!!

ooo... rupa2nya aku dah bubuh terlebih potash.! atau magnesium..!! atau jugak calcium...!!!


.
apakah tak elok rupa kerinting itu...???!!!

.


.
satu soalan kepada Dino...
"apakah rambut ko kerinting, atau lurus...?!"





.
rambut aku ikal mayang, kalau dibiarkan panjang, macam rambut dak FaizalTahir, cuma... bilangan helainya kurang sikit...!!!
.


salam.

.

Wednesday, November 21, 2012

sebuah pantai, Tsunami Alert dan kaitannya dengan ex-MRSM Beseri...

.
part 1 : sebuah pantai...

di Miri ada sebuah pantai yang menjadi kunjungan ramai untuk beriadah di petang hari, jugak di hujung minggu dan di hari cuti. Nama pantainya, ialah Pantai Luak Bay. Ada dibina sebuah esplanade, digelar Luak Esplanade, di sepanjang pantai itu, lebih kurang 200meter panjangnya menyusur tepian pantai itu. Aku duduk dekat dengan pantai itu, lebih kurang 500meter dari situ.
.
ini pantainya, kawan..!
.




.
part 2 : Tsunami Alert...

di Luak Esplanade ada dua buah Menara Pemerhati Pantai (atau watch tower.!), setiap menara ada 4orang pengawal pantai atau ahli penyelamat - macam dalam criter BayWatch.!. Jadi, ada 8orang semuanya. Ada satu menara, yang di arah selatan (atau di sebelah kanan apabila menghadap pantai...), terpacak satu lagi menara pemancar, yang terpasang tiga bijik speaker. Ada dua keping solar panel jugak di situ sebagai "self-sufficient" membekalkan tenaga kepada tower itu. Itulah Tsunami Alert Tower.!
Tsunami Alert nih, kata jurutera yang memasangnya : di laut sana (tak nampak dari pantai...!), ada buoy yang "self-sufficient" menggunakan tenaga solar jugak, yang ada peranti pengesan ombak. Peranti ini akan menghantar isyarat ke Jabatan KajiCuaca. Di Jabatan KajiCuaca, ada penganalisa yang menilai. Sekiranya dijangkakan akan berlaku tsunami, mereka akan memaklumkan kepada pegawai berkaitan. Dari restu arahan pegawai yang berkaitan, mereka akan menghantarkan isyarat ke menara di pantai itu. Isyarat itu akan menghasilkan bunyi yang di-amplify oleh tiga bijik speaker tadi. Maka speaker itu akan melalaklah selama 45minit lamanya. Itula Tsunami Alert...
Aku bertanya kepada jurutera yang berkaitan, di Malaysia ada berapa bijik benda tuh, di Sarawak pulak ada berapa.?! Katanya : di Malaysia ada 23bijik, Sarawak ada satu...
  
Nota tambahan : 
Suara amaran lebih kurang begini bunyinya : "Amaran Tsunami. Sila tinggalkan pantai dan pergi ke kawasan yang selamat." dalam nada daripada suara seorang lelaki yang mungkin dalam 50an umurnya. Bunyi authoritative gitu.! 
Aku terfikir, sekiranya suara aku la yang digunakan - suara yang lunak merdu gemersik dan ada sedikit serak-serak basah, aku terbayangkan semasa suara amaran itu berkumandang (aku tak sebut melalak untuk suara jenis ini yer...!), mungkin pengunjung2 pantai akan turut serta berteriak dalam nada menyanyi mengikut rentak GangNam Style...!
Aku jugak terfikir, sekiranya suara ShilaAmzah yang digunakan, tatkala suara amaran itu berkumandang, mungkin jugak pengunjung2 pantai akan bersahut-sahutan dengan suara itu, "hai bulih berkenalan.!", "mintak nombor henpon, bulih.!", atau "pheeewwwittttttt"...!!!

.
ini menara Tsunami Alert di pantai itu, kawan.!
.

.

Part 3 : dan kaitannya dengan  ex-MRSM Beseri...

di tidak jauh dari pantai itu, ada aku.
di pantai itu ada menara Tsunami Alert, yang dipasang oleh bukan-aku.
...aku dan bukan-aku, ialah ex-MRSM Beseri.

ini foto mereka berdua, kawan.!
.

.
jurutera yang empunya projek itu namanya Shahrom Khizan, kita panggil dia PakYa sahaja...!!! 
mereka (aku dan bukan-aku) bertemu semula setelah 23tahun...!!! malam itu, mereka mengeteh bersama-sama di PumaSera... 



.


salam.

.

Tuesday, November 20, 2012

Poslaju yang tak laju... dan "A Hero For WondLa"

.
Azlan tertinggal henpon di rumah... dia pergi ke tempat kerjanya yang jauh di pedalaman tanpa membawa henpon Samsung-Y itu. Nasib baikla dak kompeni ada menyediakan sebuah henpon untuk Azlan - yang dia sentiasa bawa bersama, masih dia bisa berkomunikasi untuk tempoh seminggu sebelum dia pulang di hujung minggu, pulang ke rumahnya di SummerVille... 
.
ini SummerVille, kawan.!
.
Welcome to SummerVille...

.
Petang itu Azlan, menelefon ke rumah, di penerima, Alyah mengangkat panggilan. Kata Alyah, "pagi tadi ada panggilan masuk, dari dak Poslaju.! tentang buku "A Hero For WondLa" yang dipesan dari MPH minggu lepas.!" 
"Dak Poslaju tak jumpa carik rumah. Mereka kata, nombor rumah besar sangat, cecah ribu-ribu...!." sambung Alyah di hujung talian penerima...
Bukanke SummerVille di Miri ada dua tiga baris rumah jeh...! sahut Azlan dalam kehairanan dan penuh hampa.!
Ha ah, benar, tapi mereka mencari nombor rumah itu di Bintulu...!!! balas Alyah.!
Eh.! Di Bintulu, ada SummerVille jugak yer.! tanya Azlan.
Ada, kot.!
.
.
.
aaaahhh....! Poslaju yang tak laju... getus Azlan di hati...!!!
.


oya, kepada Lady Windsor :

Saya sudah ketemu, itu novel oleh Allahyarham Azizi Haji Abdullah... judulnya Badai Cinta, di Popular. Kebetulan ada satu jeh yang tinggal... dan ada diskaun pula - 10percent. (sebenarnya semua benda yg dibeli di Popular hari tuh ada diskaun 10percent...)...

ini...
.
...susah betul eh nak carik novel berbahasa Melayu di Miri...!!!




.


salam

Thursday, November 15, 2012

Selamat Tahun Baru Hijriah 1 Muharram 1434 H...

.
Selamat Tahun Baru Hijriah 1 Muharram 1434 H... kepada semua.!

.
terutamanya kepada jiran2... 
Jiran di depan rumah - yang mungkin tak dak di rumah.!
Jiran di depan rumah (yg rumahnya di kiri) - yang sedang menanti kelahiran cucu.!
Jiran di depan rumah (yg rumahnya dua rumah dari jiran yg rumahnya di kiri) - yang baru pindah masuk.! (Welcome to SummerVille...!)
Jiran di depan rumah (yg rumahnya di hujung sekali, di simpang jalan) - yang masih single.!
Jiran di sebelah rumah - yang keluar pagi, balik petang.!
Jiran di sebelah rumah (yg rumahnya ada sebatang pokok separas lutut, dan tak tinggi2 walaupun sudah setahun ditanam) - yang ada seorang cucunya tinggal bersama2 mereka.!
Jiran di belakang rumah - yang meriah dengan 11orang anak.!!!


.
saat menggembirakan adalah...
...apabila kita yang sedang memandu di jalanraya yang tidak putus2 dengan kereta, dan di depan kereta kita, ada sebuah lori yang bermuatan kontena, yang bergerak berkelajuan 40km sejam, kita membontoti rapat2 dan berkeazaman untuk bisa memotong.! ...dan akhirnya, di suatu selekoh yang penuh dengan ketidakpastian, kita berjaya memotong dalam penuh debar, ketika peluang hanyala sekadar sebesar zarah...!!!

saat mendukacitakan pula adalah...
...apabila kita yang berjaya memotong lori kontena tadi, tidak semena2, jalanraya di hadapan kita menjadi sangatlah lengang...!!!


.


salam.

.

Sunday, November 4, 2012

SALINA... dah selamat sampai...!!!

.
SALINA.
...dah sampai... pada 31 bulan sepuluh, 2012...
.
.
.
...covernya...
...macam cover Twilight, bezanya epal ganti dengan rerama, dan tangan asian vs caucasian...!!!

.
...tapi cover belah dalam, dalam hardcover... adalah seorang perempuan yang sedang baring mengiring, sedang tidur mungkin... atau sedang meratapi, sesuatu yang pergi.!

.
...yang bestnya, ada signature SN Pak Samad... dan adalah siri 154 dari yang 500 limited edition...!!!


.
...ada wajah seorang anakmuda... atau wajah ketika muda...!!!


.
...dan di hardcover belakang, wajah seorang tua... atau wajah semasa...!!! dan sedikit cerita, tentang pembikinan SALINA...!!!


.

Nota penting, yang ada jugak kaitannya...!!!

'dulu... lama dulu... ada sorang kawan sedang membaca SALINA... setiap malam lepas kelas, dia membacanya, setiap malam jugak aku singgah berjumpanya, untuk meminjam buku SALINA itu... malangnya, suatu malam, bila aku ke biliknya bertanya tentang buku SALINA itu, dia kata, ada kawan lain sedang meminjam... aku terkilan...

tapi... sekarang, aku sendiri ada satu buku SALINA, edisi khas, dalam hardcover...

.

salam.

.

Tuesday, October 30, 2012

5 Ways to Help Save The Environment...

.
*****

Nota :

Memandangkan entri sebelum ini "Kesihatan asas kesejahteraan hidup... cara-cara menjaga kesihatan diri." mendapat sambutan atau lawatan yang menggalakkan - yang menjadi entri rank#2 dalam entri yang paling kerap dilawati di blog tHeLONGwaLk, maka aku dalam nada merendah diri, aku mintak kebenaran daripada dak Hanna (yang sekarang di Tahun5), untuk publishkan write-up terbaru dia, berjudul "5 Ways to Help Save The Environment".
Write-up ini, adalah text yang diolahnya sendiri, yang digunakannya untuk contest Public Speaking yang dianjurkan oleh sekolahnya hari ini, yang dengannya telah menobatkannya menjuarai contest itu, dan selanjutnya dia terpilih untuk mewakili sekolah...

Aku cakap kat Hanna, tujuan pak ko publish, agar mungkin ada audien di luar sana yang berminat untuk membaca, dan mungkin juga bulih dijadikan sebagai semacam bacaan untuk dirujukbanding oleh mereka yang sebaya dengannya.

*****
.

A very good morning to the honourable judges, the ever supportive teachers and my fellow friends. My topic today is ‘5 Ways to Help Save The Environment’.

We can all make a difference when it comes to saving the environment. Its the small thing we do that makes a big impact. Here are some simple changes that we can do in our everyday life to ensure that our planet recovers from the wounds that we inflicted on it.

Step 1, Walk sometimes. You don’t have to take your car everywhere you go. If your workplace or school is in walking distance, or you can ride a bicycle to get there, then do it. Not only are you helping to save the planet, but at the same time you’re exercising and helping yourself to stay healthy and fit. Most big cities that have the worst traffic jams also have bicycle paths and walking trails. You’d be suprised how much more convenient they were for you.

Step 2, Pick it up! People litter, that’s just the way it is. You’ll see plastic bottles, cigarette packs all lying on the ground. It won’t hurt or inconvenience you at all to pick it up as you walk by. If you see a plastic bag blowing by you, grab it and put it in the nearest trash bin. Most places have recycling bins set up all over the place. Sure, its not your fault that some people just don’t care. But you do!  Show it by caring for Mother Earth.

Step 3, Use less energy at home. Whether you work from home or you just like to lounge around watching television, there are all sorts of ways you can conserve energy at home and do your part to save the environment. If you’re using the computer, you don’t need to switch the light on because the computer provides enough light. And if it doesn’t, open the shades and let the light in. But don’t forget! Switch off the computer after you’re done using it.

Step 4, Use less paper. Do you know how many trees are cut down a year just to make paper? Thats right. 3 to 6 billion trees per year. So, use both sides of each paper you use. You can also use pencil instead of a pen. That way if you make mistakes, you will be able to erase it. This is especially useful when doing math problems and while you’re drawing and this way we can absolutely conserve the usage of paper.

Last but not least, is Step 5. Recycle! If you have some old newspapers or plastic bottles that you don’t need anymore don’t throw them away! You can always bring them to the recycling center to be recycled into new materials. But not all things can be recycled. Things which contains chemicals like lightbulbs and batteries are not recyclable but intead they are dangerous and hazardous. Recycling items containing toxic chemicals is not doing the environment a favour. Its even more polluting.

Saving the invironment is not a hard thing to do, so why not start now? With that I end my speech, thank you.








.


salam.

.

Sunday, October 28, 2012

acara lari 100meter, sebuah piala dan Alyah.

.
*****
Karya ini adalah satu percubaan untuk menghasilkan sebuah cerpen, yang aku tujukan kepada saudara Dino, yang sering bertanyakan kepada aku, bilalah lagi akan ada cerpen dari hasil tangan dan buah fikiran aku.! Maka, lahirlah sebuah cerpen ini, yang berkisar dalam kehidupan anakmuda, dalam perebutan untuk rasa ditakhta dalam medan kuasa mereka, dan pergolakan hati dan perasaan, juga jiwa. Penulis cuba juga menyelitkan humornya...
....Untukmu, Dino.
*****
.
"Acara 100meter akan berlangsung sebaik sahaja tamat acara lari berpagar 110meter." Gema suara parau serak-serak basah MC, dari corong pembesar suara, yang tergantung di bucu kiri dan bucu kanan pentas mengejutkan Faisal dari lamunan.
.
Faisal mula merasa debar dan kehangatan acara 100meter yang akan disertainya. Degup jantungnya juga bertambah pantasnya, sambil matanya memerhatikan peserta-peserta untuk acara lari berpagar 110meter bersedia di garisan mula, dan berlari terlonjat-lonjat, ada jugak satu dua peserta merempuh halangan itu. Faisal menarik nafas panjang, mengurut-urut dada pelan-pelan, menenangkan diri. Dia telah bersedia, 3bulan dia berlatih di bawah coach Azlan. Dia telah meletakkan azam, untuk menjadi juara. Dua tahun dia terlepas kejuaraan, dan hanya mampu tersenyum hambar di tempat kedua. Dua kali jugak dia tewas di tangan Rahim. Tewas dek kepantasan hayunan kaki Rahim, walaupun Rahim itu sebenarnya 10sentimeter lebih rendah daripadanya, ligat kakinya. Musuh tradisinya Rahim mesti ditewaskan. Dia nekad. 
.
'Ke garisan'... Faisal melangkah penuh semangat ke garisan mula. "Apabila pengadil kata bersedia, ko kira dalam kepala dalam kiraan tiga dan terus terjah, lompat, buat jump start. Tidak perlu ko tunggu bunyi tembakan pistol itu. Kiraan itu jarang salah. Jump start.! Ingat, setiap fraction saat count.! Ingat tu. Jangan sesekali ko terkurang speed.  Berlari dan terus ko berlari, dalam satu nafas." Terngiang-ngiang pesanan coach Azlan.
"Bersedia"... Faisal menarik nafas dalam-dalam... "Pannggggg...!!!" Faisal menerjah ke hadapan, meluru, dan berlari sekuat hati, dengan mata yang terpejam kerana tidak sanggup dia membandingkan kepantasan dirinya dengan Rahim di sebelahnya. Sekali-sekala dia terbayangkan wajah Alyah, sedang bersorak untuknya. (Alyah.! gadis idaman yang menjadi pujaannya walaupun dia tidak pernah bertegur sapa dengan Alyah itu, hanya Faisal sahaja saja-saja menjadi secret admire Alyah.!). Sekali sekala juga muncul wajah Rahim yang sedang mengejek dalam senyum bibir tersenget, seolah sedang menyelak kelopak matanya. Kacau. Bercelaru. Fikirannya terganggu. "Kuatkan semangat. Tetapkan niat. Rahim mesti dikalahkan. Berlari. Berlarilah aku sepantas kilat." Faisal memotivasikan diri.
Faisal tidak menghiraukan penonton, tidak pula dia mahu melihat mereka, hanya sekadar mendengar sorakan, kerana matanya tetap ditutup rapat-rapat. Semakin jauh dia berlari, semakin kuat pula sorakkan yang didengarnya. Sekuat hati, sepenuh tenaga dia berlari, dalam satu nafas, tanpa ada rasa terkurang sedikitpun hayunan kakinya. Sorakkan dari penonton semakin lama semakin kuat pula bunyinya, dan seperti sedang menjerit, dalam jeritan yang membingitkan, dan semakin kuat sorakan itu, semakin pula tungganglanggang bunyinya, dan sangat riuh pula.
.
.
"Prinnggggg...!!!" Faisal terhenti oleh pagar sekolah. Dia membuka mata, dan melihat Azlan sedang berlari ke arahnya, tidak tentu arah dia dan terkangkang-kangkang pula langkahnya.
"Macamana coach.?! Saya nombor berapa.?!" Faisal bertanya kepada Azlan dalam nada tersekat-sekat, dan kemerah-merahan mukanya, sedikit malu.!
"Ko menang, Sal. Ko tempat pertama.! Rahim akhirnya tewas jugak. Eh.! Kenapa ko tak berhenti selepas garisan tamat.?! Berdarah hidung ko itu, nampak macam dahi ko bengkak. Cepat salin pakaian, lepas ambik piala kita ke KFC." Azlan menepuk bahu kanan Faisal. "Oya, Rania pun join sekali...aku tunggu ko di kereta.!" Sambung Azlan, lalu melangkah pergi, menuju ke kereta. Rania sudahpun ada di dalam kereta. "Alyah...?! Alyah ko tak ajak sekali...?!!!" Faisal bebisik di dalam hati...

.


salam.

,


Friday, October 26, 2012

uang dan kebahagiaan... dan bergembiralah...!!!

.
*****
Achtung...!!!

entri nih sangat kontroversial, dan bisa mengetuk pintu emosi anda... anda digalakkan untuk membaca dalam minda yang terbuka sepenuhnya, jangan sekali-kali dalam keadaan separuh jaga... kerana perbincangan yang dibawa oleh penulis akan merangkumi tiga generasi pembangunan manusia... dan merupakan sebuah perbincangan yang mungkin juga dalam fiksi historik yang ada retorik sedang menyelimuti masyarakat dalam generasi mereka...!!! 

selamat membaca...!!!
*****
...

.
ramai yang berkata, uang tidak membawa kebahagiaan, atau uang tidak menjamin kebahagiaan, atau jugak uang tidak bisa membahagiakan...!!!
.

...

pendek kata :
uang dan kebahagiaan adalah "bagai aur dengan tebing", "bagai isi dengan kuku"... bukan "bagai melukut di tepi gantang", dan sangat bukan "bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing"...

dalam masyarakat yang dihuni oleh tiga generasi berbeza :
1. generasi Baby Boomer - yang dikatakan lahir dari tahun 1946 hingga tahun 1964,
2. generasi X - yang dikatakan lahir dari tahun 1965 hingga tahun 1980, dan...
3. generasi Y - yang dianggapkan lahir dari tahun 1981 hingga tahun 2004...!!!

tentulah, 
pandangan tentang uang dan kebahagiaan berada dalam julat dan ruang penafsiran yang berbeza...!!!

sedangkan,
industri berkembang dalam beberapa peringkat : bermula dengan 'baby food', ke automotif, ke property, dan seterusnya ke teknologi elektronik...! 
dalam kehidupan seharian kita, sekiranya kita di Gen X, orang tua kita adalah Baby Boomer. mungkin.! dalam perbincagan, mereka akan bertanya, "satu jeh anak ko, tak tambah lagi ke.?!" kita pulak jawab, "tak mampu eh. mana nak beli rumah, beli kereta, bayar bil sana bil sini...", dan bila kita melihat pada anak-anak kita (yang Gen Y) yang dah mula membesar, kita mungkin heran... kenapala depa nih dok main game jeh, asyik layan internet, dan berFacebook segala... !!! realitinya, memang dah begitu...!!!

.
.
.
...dan sekiranya, 
dalam perjalanan di sepanjang jalan, dari satu pekan ke satu pekan, atau dari satu bandar ke satu bandar,
dan ketika itu kita melewati banyak kampung-kampung, dan lebih banyak pula rumah-rumahnya, dan di setiap rumah ada satu tangki air yang ada logo 1. mereka mendapat tangki air itu secara percuma, maka, mereka yang menerimanya - dia gembira...!
.
atau, mungkin kita terserempak dengan ramai orang sedang bersuka-ria, dalam satu suasana penuh pesta, ada penyanyi tempatan juga penyanyi nasional sedang bernyanyi menghiburkan segala manusia yang hadir (yang bertujuan menarik khalayak untuk datang), terdapat juga cabutan bertuah (yang bertujuan menarik perhatian khalayak yang ingin merasa dirinya bertuah agar jangan cepat pulang), dan dikemuncakkan dengan pecah tanah, atau potong reben oleh orang yang diberi gelar berhormat... maka, mereka yang ramai-ramai itu bertenga semula - mereka gembira...!!
.
.
atau, jalanraya yang sedang kita lalui itu tadi, yang sebelumnya sedikit beralun, ada sedikit lubang di sana di sini sebesar ibu jari, ditar selapis lagi (tanda pilihanraya menghampiri...), kita memandu di atas jalanraya yang tidak sedikitpun gegarkan kereta, yang juga tidak kocakkan kepala, dan tidak pula hentakkan dada... dan kita berlapang dada, sambil satu mata mengintai langit satu mata lagi di jalanraya, sedang di kepala, kita mengira butir-butir ketika dan tenaga yang saban hari kita tinggalkan dalam rasa dan masa yang tidak terjangka  - bergembiralah...!!!
.
.
.

...dan apabila sampai di rumah, selepas pulang dari berkerja... Hasif pun berkata : janggut papa macam 'weapon', bulih dia guna untuk 'attack' kita seperti 'porcupine'...!!!


.
guilt is a construct of a ruling class to suppresses the masses...




.


salam

.

Tuesday, October 23, 2012

kalaulah rama-rama itu tahu...!!!

.
Kalaulah rama-rama itu tahu...!
...dari mana datang indahnya itu...?!
...dari beluncas jadilah rama-rama...!!!
.
imej dari gugel...

.
kalaulah beluncas itu tahu...!
...betapa indahnya si rama-rama...?!
...sayangnya beluncas itu, tidak mampu melihatnya...!!
...kerana ia masuk dan bergulung di dalam kepompong...!!!

.
dan...
.

kalaulah rama-rama itu tahu...!
...telurnya, yang ditinggalkan di atas daun, menjadi apa...?!
...telur itu, menjadi beluncas (yang jelek, berbisa, dan ganas)...!!
...yang melahap segala daun...!!!

kalaulah beluncas itu tahu...!
...daun apakah yang dilahapnya itu...?!
...adalah daun dari pokok kesayangan sang pekebun...!!!

.
dan juga...
.

kalaulah sang pekebun itu tahu...!
...kepompong yang kosong itu...?!
...adalah sehelai sutera...!!!
.
.
.
lalu dipintal, dianyam dan disulam untuk dipakai si jelita....!!!




.
*****

Kadang-kadang... yang indah itu, tidak semestinya datang dari yang indah...!
Ada masanya... yang jelek, berbisa dan ganas itu, adalah anugerah yang tidak kita terjangka...!!
Sedangkan... kerugian yang kita berhiba, adalah pelaburan di hari muka...!!!


*****
.





salam.

.

Sunday, October 21, 2012

the art of growing up... and the growth in the new millenium.

.
*****
dalam masyarakat yang masa depannya terletak pada pergantungan ke atas anakmuda, adalah sangat sukar untuk menjiwai keadaan kedewasaan di dalam masyarakat... dan jugak, menyukarkan khalayak untuk melihat kedamaian di masa hadapan...!!!
*****
We cannot just throw the seeds in the wild, and come back some other day to harvest...!!!
.
...young brinjal tree...


.
...To have a good harvest, we must nurture them...!
.
These are what we shall do :
Firstly, we plough the soil, and make flower beds.
...then, we plant the seeds, with the right soil quality...
...please also make sure, during their tender days, they must not be exposed to so much sunlight.
Give them, the right amount of water, and feed them with sufficient nutrient... not to forget, the exposure to sunlight... with all those, they will grow, naturally, healthily, and with a promise of propagation and growth...
Apparently, they bear flowers, get pollinated, and produce.
...still, still, still they are exposed to the pests and diseases, as well as malnutrition. ...and the scarcity. Therefore, we are there, with them... to watch them growing, and making the harvest, perhaps.!
.
.
.
.
.

.


salam.

.
.

Friday, October 19, 2012

jurutera dan wanita... dan seorang pemuda bersama gitarnya.

.
*****
Achtung...!!!

Entri ini mengandungi perbincangan yang sangat berat, mungkin ada yang bisa tersinggung, tapi jangan sampai menyigung.!
Sekiranya pembaca tidak mampu mengawal emosi...!! sila skip skrin ini, kerana jika berlaku kacaubilau di jiwa pembaca, penulis mohon jangan disabitkan sama...!!!

*****
.
Bila kita bercerita tentang lelaki dan perempuan, tentang mereka dan pekerjaan mereka...!!!

Fitrah ada berkata : Lelaki, suka dilayan, perempuan pula suka melayan... maka, sekiranya lelaki bercerita, dan ada humornya, perempuan akan ambil perhatian dan ketawa berdekah-dekah. Jika lelaki meminta secangkir kopi, maka perempuan akan hidangkan kopi yang terbaik... umumnya begitu... secara umumnya, kawan.!

Fitrah juga berkata : Lelaki ada 9akal, perempuan ada 1. Perempuan pula ada 9nafsu, lelaki cuma 1. ...dan soalannya... Apakah itu akal.? Apakah itu nafsu.? Ada yang akan kata, akal itu tentang pintar, nafsu pula tentang sex. Tidak.! Tidak.!! Tidak.!!!... kawan.! ...bukan begitu... Tidak semudahnya untuk kita kata lelaki sentiasa pintar, dan perempuan sangat berahi. Mari kita bayangkan sebuah rumah yang ada anaktangga.! Dua rumah, yang sama tingginya... satu rumah ada 9 anaktangga untuk sampai ke pintu, satu rumah lagi ada 1 anaktangga juga untuk sampai ke pintu. Sekiranya kita kaitkan anaktangga sebagai akal, juga sebagai nafsu... jika akal; ...untuk lelaki, mereka ada 9 anaktangga untuk sampai ke pintu, perempuan pulak 1. maksudnya : perempuan cepat untuk membuat keputusan. akal adalah tentang diterima (...dalam nutshell.). Jika nafsu pula; ...untuk perempuan, mereka pula yang ada 9 anak tangga, lelaki 1. maksudnya : lelaki cepat untuk berselera. nafsu pula adalah tentang menerima (...dalam nutshell.).

...dan terhasillah perbezaan kemampuan memori antara lelaki dan perempuan... memori lelaki sering terlepas pada detail kerana mereka merakamkan kejadian berjarak, perempuan pula memorinya detail, kerana mereka merakamkan setiap langkahlangkah kejadian... tak heranlah jika si lelaki terlupa tarikh birthday girlfriendnya.!

...nah.! justeru itu : lelaki akan berkerja, yang hasil kerjanya dilihat jauh di masa akan datang. perempuan pula, yang hasil kerjanya dilihat ada, dan sentiasa ada, tidak putusputus adanya... maka itu, lelaki umumnya berkerja sebagai jurutera, sebagai konsultant, sebagai penceramah atau kontraktor. perempuan pula umumnya sebagai accountant, financial controller, sebagai cikgu atau retailer. itu hanya umumnya sahaja.! kawan...

...ada pengecualian... kerana ada : lelaki yang cuba menghayati apa di hati perempuan, begitu jugalah dengan perempuan... maka, perempuan pun ada yang menjadi jurutera...!!!

.
...perempuan ini ialah seorang jurutera. ada Ir di depan namanya, dia juga adalah panel penemuduga untuk keperluan Jurutera Professional. Ir Suhaini Ahmad namanya.

...gambar yang dirakam di tahun sembilan belas sembilan puluh enam.

.
...lelaki ini (pemuda bersama gitarnya), memetik gitar, supaya bisa dia terhibur oleh senyuman perempuan itu... lelaki ini pula namanya - aku ingatingatlupa namanya, sebab kaburkabur rupanya, diharap ada pembaca yang bisa mengenalinya dan memberikan aku namanya...!!! ada sesiapa yang tahu.?!



.


salam.

.

Thursday, October 18, 2012

kembara bersama Awisul, Kelab Kembara... dan pendakian Bukit Mertajam...!!!

.
Trivia :
1) Awisul, sekarang digelar Prof Dr. Awisul, adalah insan yang sering dalam nukilan Dino, ada di sini : Hujan Malam.
2) Kelab Kembara, bukanla sebuah fan club untuk grup band "Kembara" dak M. Nasir, S. Shahlan, dan A. Ali... Kelab Kembara adalah sebuah kelab, yang seakan2 kelab pencinta alam, cuma kelab nih tak kutip sampah, tak tanam pokok, dan jauh sekali berpiket. Kelab ini, hanya memperuntukkan satu hari di hujung minggu, untuk jalanjalan dalam hutan, dan jika ada peluang, mendaki bukit. (bukit sahaja, bukan gunung...!). Bukit yang didakipun, bukit yang ada jalan tar...
.
*****

Kepada dak Dino. Inila gambar aku bersama Awisul. Ko carikla sendiri, yang mana Awisul. Aku, akupun ada di situ.! Yang hensem itula aku.! Yang maco itula jugak aku.! Maka itu aku digelar, Yang Hensem-Maco. (...YHM.!)... menjadi pujaaaaan.!

Ketika itu kami bersiap, berjalan kaki, untuk mendaki. Kami mendaki Bukit Mertajam... berjalan di atas jalan tar. ...di puncak bukit itu ada telecommunication tower. Aku berjalan pantas, menjadi antara orang pertama, di awalnya, apabila separuh jalan, dan udara jadi nipis, aku menjadi perlahan, dan menjadi antara orang yang last sampai. MatChut pun, sebab dia dipaksa olehku untuk berjalan samasama dengan aku...!

Kan aku dah kata... Awisul itu satu dorm dgn aku...!!!
.
Awisul, berposisi ruku', berbaju biru, ada belang di kolar, ada putih di dada... MatChut, yang berposing mengiring kiri, berbaju putih dia, afro rambutnya...!!!


.
*****


.


salam.

.

Wednesday, October 17, 2012

cadangan pindaan kepada Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

.
17oct2012, hari rabu. Azlan masuk kerja seperti harihari sebelumnya. Suasana di pejabat jugak seperti harihari sebelumnya (cuma ada sorang staf opis yang tak masuk kerja, sakit mungkin.!). Seperti harihari rabu sebelumnya, Azlan akan panggil sorang dua mintak update dan briefing sedikit sebanyak.

'Bos tak ke seminar.?!' tegur AM.
'Seminar.?! ...oh.! oya...!!! ada bengkel dengan dak Jabatan Perhubungan Perusahaan, tentang cadangan pindaan tu eh.!. di Dynasty Hotel, kan.?! pukul 8.30pagi hingga pukul 5.00petang tu... ah lupa pulak aku.!. apa2 ko nak cakap, cakap cepat2, aku nak bertolak dah nih, biar lambat, asalkan datang, kan.!' tergamam Azlan sambil melihat jam di henpon yang berangka 9.30am.

Azlan sampai di seminar itu, jam12.20tengahari. Mendaftar, diberikan naskahnaskah berkaitan, dan ditunjukkan tempat duduk. Azlan sempat membelekbelek leaflet cadangan yang disyorkan sehingga ke mukasurat9, apabila pengerusi majlis mengumumkan majlis berakhir jam12.30tengahari. 

'Ahhh...! Perjalanan 2jamsetengah semata-mata untuk hadir sepuluh minit.! Ishhhh...! kenapala mereka cut-short. Tapi, tak hal, sebab depa bagi free lunch.!' bisik hatinya.



.


salam.




Tuesday, October 16, 2012

they say, in one's life, one's must have a success story...!!!

.
*****

...and I may say :
...and the success story is for us to keep moving on, for us to face the challenges ahead... no matter what the obstacles are or the barricades we may face, the success story will guide us... so that, things stay for better. 

...sometimes, when we are too onto small things, may end up to big things fall apart...!!!

*****
.
cheh.! sekalisekala nak jugak merapu, yer.! hahaha...

ini kisah sebatang pen, yang aku dok simpan sampai sekarang, yang tersimpan di dalam peti, diusung ke sana ke sini, yang aku temui kembali, tak berapa hari...!!!
.
ada bintik2 air di badan pen... pen-itu aku baru cuci...!!!

.
.
....

Azlan membelekbelek sebatang pen yang masih lagi di dalam bekasnya, yang ditemuinya tersimpan di dalam kotak yang telah lama tidak dibuka. Diambilnya pen itu, matabolanya ditenyehnya di atas sekeping kertas, masih berdakwat... Azlan cuba mengingati, saat dia memperolehi sebatang pen itu...

...

Azlan balik lewat hari itu kerana kelas elektif 'Teater Moden' dijadikan dua kelas, bagi menggantikan satu kelas yang terbatal minggu sebelumnya. Azlan sampai di Desa Gemilang hampir maghrib, dan di pintu masuk ketika hendak menaiki tangga ke bilik asramanya yang di tingkat satu, dia terserempak dengan Imran, rakan sebilik. Imran meletakkan jari telunjuk tangan kanan melintang di bibir, tanda senyap. 

"Kenapa.?!" soal Azlan.
"Pak ko datang. Sedang tunggu ko di bilik, dan mungkin sedang tidur di katil ko.! Ko masuk nanti, jangan bising, jangan jeritjerit lagu metal, terkejut dia nanti.!" pesan Imran. 

Imran rakan sebilik Azlan, dari MRSM KB, berkacamata, dan tebal kacamatanya. Mereka kata Imran seorang yang genius, yang suka mengantuk, dan sangat gemar tidur panjang, warak orangnya, dan bercitacita untuk menjadi seorang doktor. Peperiksaan SPM1989, dua tahun lepas, dia pelajar cemerlang, yang berkeputusan 9A. Seorang lagi rakan sebilik ialah Hasan, budak Taiping, hensem orangnya ala-ala mamak, yang sentiasa bercerita tentang uang, tentang menjana uang, tentang bisness, tentang perhubunganperkerjaan.

"Assalamu'alaikum, pak. Lama dah tunggu.!" Azlan menyapa paknya yang sedang berbaring di atas katilnya, yang menoleh ke arahnya ketika dia membuka pintu, dia masuk.
"Wa'alaikumSalam. Sampai jam3 tadi. Kawan ko, Imran tu kata, ko ada kelas, dia pelawa pak masuk, dan  dia sarankan pak tunggu ko di bilik nih.!" balas paknya.
"Eh, ko dipanggil ke MRSM Beseri, esok ko mesti ada di sana. Oya, pak ada bawak suratnya, nak bagi kat ko. Surat nih sampai dua hari lepas, kalau pak pos ke sini, mungkin lambat sampainya. Jadi, pak fly ke sini, bawak surat nih." terang paknya.

Azlan mencapai surat itu dari tangan paknya. Selepas usai membaca isi kandungan surat itu, Azlan memasukkan semula surat itu ke dalam sampul. Azlan termenung sejenak.

"Kita bertolak malam nih.! Kita ambik bas yang bertolak malam nih, dari Butterworth, untung-untung, kita dapat bas yang boleh sampai di Kangar pagi esok, dan kita naik teksi ke Beseri." cadang Azlan.

Dalam perjalanan, Azlan tidak banyak bercakap. Dari keluar dari bilik di Desa Gemilang, sehinggalah ke pintu pagar USM di Sungai Dua, sehinggalah di Tanjung, dan menaiki feri ke seberang, dan menaiki bas di Butterworth, Azlan hanya terdiam, paknya sahaja yang ligat bercerita. Bercerita tentang orang-orang di kampung, yang dia setiausaha JKKK, tentang mak, tentang abang, kakak, tentang adik-adik jugak. Tak ketinggalan cerita tentang Persatuan Nelayan, yang dipengerusi olehnya. Dalam baspun Azlan berdiam.

Mereka sampai di MRSM Beseri jam9.30pagi. Tigapuluh minit lebih awal dari acara yang bermula jam10.00pagi. Paknya duduk di kerusi-untuk-tetamu. Azlan pula, duduk di kerusi depan paling hujung sebelah kanan dewan, dewan dipenuhi pakmak dan pelajar-pelajar dan segala yang patut hadir. MC membuka bicara, acara pun dirasmikan dan berlangsung dari satu acara ke satu acara... dan hingga la ke saat : ...dari Bumi Kenyalang, bla bla bla... Azlan, dalam gementar menaiki pentas, berbaur rasa gembira, bersalaman dengan pengetua, diciumnya tangan pengetua itu, sambil menerima sehelai sijil ucapan tahniah, sebuah sampul ada duaratus ringgit, dan satu kotak yang berisi ballpen jenama Parker...

.
itu cerita dulu... lama dulu. di tahun sembilan belas sembilan puluh satu dan kenangan SPM1989. Kenang Azlan... Azlan masih lagi membelek-belek pen-itu. Ada namanya diukir di badan pen-itu, dan ada diukir juga - SPM TERBAIK 1989.


.




salam.


.

Sunday, October 14, 2012

apalah itu singa...!!!

.
seganas-ganas singa,
aku duduk di atas kepalanya,
kupijak-pijak jua,
kerana aku tau ia tak bernyawa...!
.
duduk di atas kepala singa tuuuuu.....!


.
pijak kepala singa tuuuuu.....!


.
aaahhhhhhh...!!!

apalah itu singa,
duduknya di kota,
mulutnya ternganga,
taringnya tiada...!
.


salam
.

Seorang Tokeh, Cendawan dan Tongkat Ali... dan Perubatan Tradisional.

.

Jalan yang berbatu-batu, dan ada lopak-lopak. Ada lopak di tepi-sini. Ada juga lopak di tengah-tengah, dan  lopak di tepi-sana. Ada ketika, di atas jalan ada burung terkukur hinggap, biawak, ular sawa, juga katak sedang santai dan tikus-tikus berlari melintas jalan.

Kereta Hilux yang dipandu oleh Azlan hanya mampu bergerak dalam kelajuan 40 kilometer sejam di atas jalan-itu. Ada ketika kereta itu terloncat-loncat tatkala terlanggar bonggol kecil, dan terlanggar pulak lopak. Sangat kurang kereta lalu di jalan-itu, hanya dua "pick-up" yang berselisih dengannya tadi, dan tiga buah lori-sepuluh-tayar bermuatan buah kelapa sawit.

Menghampiri simpang jalan ke kebun sawit milik tokeh kayu balak B, di sisi kiri jalan, ada sebuah kereta Frontier kaler merah sedang parkir. Ada seorang pemuda di samping kereta-itu, dan ada seorang lelaki-yang-lebih-tua sedang terbongkok-bongkok sedang mengutip cendawan, di tangan kirinya ada satu karung plastik yang separuh berisi. Pemuda-itu, yang mungkin drebar, berkacamata hitam, berbaju-T biru mengangkat tangan kanan, melambai-lambai, memohon-agar Azlan berhenti. 

Azlan memperlahankan kereta, dan berhenti merapati pemuda-itu, dan ketika pemuda-itu menurunkan tangannya, Azlan ternampak tatu naga di lengan kanannya-itu. Azlan berdiam diri seketika, cuba mengagak apa yang dimau oleh pemuda-itu, dan berkira-kira tentang keselamatan diri jugak, sambil tangan kiri memutarkan tombol-suara radio-yang-sedang-mendendangkan-lagu-'padang lalang', memperlahankan suara, manakala jari telunjuk tangan kanan di butang power-window, memicit-butang-menurunkan cermin-tingkap sebelah penumpang.

"Bos, untuk sampai ke Selangor Estate, bulih guna jalan ini, tak?!" sapa pemuda-itu dalam nada rendah-suara tertib bersopan, dengan jari telunjuk menunjuk ke arah jalan yang baru dilalui oleh Azlan tadi.
"Ya. Kamu jalan ikut jalan ini, ada lagi setengah jam perjalanan," balas Azlan. Rupa-rupanya pemuda-itu yang bertatu naga, berkacamata hitam, berambut panjang dan nampak ganas itu, berbudi bahasa juga yer. Fikir Azlan.

"Tokeh, apa bikin.?!" Azlan menegur lelaki-yang-lebih-tua, yang sedang tercegat melihat pemuda-itu dan Azlan.
"Cari kulat sawit owh," balasnya. Di sini, di daerah ini, kulat sawit itu merujuk kepada cendawan yang tumbuh di tandan sawit yang telah diproses dari kilang kelapa sawit.

Azlan mematikan engin kereta, dan keluar sambil memicit-micit pinggang yang terasa ngilu, berjalan sedikit terhuyung-huyung, menuju ke arah tokeh-itu.

"Kamu suka makan kulat sawit ar, tokeh.?!" tanya Azlan.
"Wooo... suka.! Makan ini kulat, tidak kena cancer. Bukan kulat ini saja, semua jenis kulat. Kulat yang dijual di kedai jugak." balasnya.
Azlan menjeling ke arah pemuda-itu, yang sedang mencapai karung plastik dari tangan tokeh-itu, dan sejurus itu membongkok, dan mengutip seketul cendawan.

"Tokeh ar. Makan banyak kulat, kacau adik.! Nanti adik takmau naik oo...!" sambung Azlan.
"Peduli itu adik. Adik kita bagi makan barang lain... Itu adik, kasi dia Tongkat Ali. Itu hari, saya beli akar Tongkat Ali, potong kecik-kecik, masuk dalam gelas, masuk air panas, minum. Itu adik, jadi kuat, jadi keras, naik oo. Saya tekan bawah, lepas, dia lawan naik." balas tokeh-itu sambil kedua-dua belah tangan menunjukkan aksi menekan adik ke bawah.
"Berapa kali boleh tembak, tokeh.?! tanya Azlan.
"Haiya... satu kali tembak. Masih naik oo. Bini saya marah, tidak suruh saya minum itu air Tongkat Ali lagi. Itu adik takmau turun... mau pakai seluarpun susah, itu adik naik, apa macam mau letak oo..." jawab tokeh-itu.

"hahahaha"... Azlan tergelak kecil, menggeleng-geleng kepala mengenangkan gelagat tokeh-itu, mengangkat tangan, dan menuju ke kereta.



.


salam.


.