Saturday, August 31, 2013

Ketika anak berumur 5 tahun, latihla dia agar sentiasa memberi...!!!

.
. setiap hari jumaat, Hasif akan diberikan dua keping not rm1, oleh maknya, supaya setiap kali dia memasuki kelas, dia juga akan memasukkan dua keping not itu ke dalam tabung derma. tabung derma itu diletakkan khas di depan kelas, di tepi pintu masuk. hanya hari jumaat, kawan.

usia lima tahun, itula usia Hasif. di usia itu dia dididik oleh guru tadikanya agar belajar memberi. dia akur, dan setiap hari jumaat dia mengisi tabung derma itu dengan dua keping not rm1.

... dan jugak. setiap hari jumaat, di tadika Hikmah itu, pakaian seragamnya adalah baju kemeja biru petak-petak. hanya hari jumaat, kawan. di hari lain, mereka berbaju seragam kemeja-T, jugak kaler biru, tapi tak ada petakpetak.!

ya, sekali lagi. di usia lima tahun, di tadika itu, Hasif dididik untuk membezakan keutamaan. hari jumaat ialah hari yang istemewa. hari yang special. hari yang penuh dengan magik. Hasif suka... mungkin sebab dia akan tampak tampan bergaya berkemeja kaler biru petak-petak. berseri-seri wajahnya di hari jumaat. ada ketika dia minta dicalit minyak wangi. supaya lebih terserlah ketrampilan...! minyak wangi itu dalam botol kecik sebesar ibujari, dijual oleh orang yang berjanggut, janggut orang itu, mengerbang tak diikat, ikal janggutnya, kadang-kadang janggut itu dilurut diusap disisr jugak...

...minggu lepas, di hari jumaat itu, Hasif diberikan oleh maknya satu keping not rm10... merah warna not itu. Hasif nampak seperti biasa sahaja. wajah seorang anak yang patuh terpancar dari pipi mongelnya itu. matanya bersinar jernih. langkah kakinya bertenaga. dia berjalan menuju ke kelas...

hari isnin minggu berikutnya, Hasif berbisik di telinga maknya, nak pakai baju petakpetak. tak bulih, balas maknya. hari selasa dia minta lagi, maknya masih tak bagi. hari rabu pun dia masih mintak.

di hari khamis, maknya tanya, kenapa nak pakai baju petakpetak? kerana maknya baru perasan minggu lepas Hasif dia berikan satu keping not rm10, mungkin kerana Hasif mahu selalu memberi... pemurah si Hasif ini, mungkin itu jugak apa yang difikirkan oleh maknya....

...Hasif pun, dalam tersipusipu, ada sedikit tertunduk, menjawab : di poket baju itu ada duit merah. maknya terkejut, kenapa kau tak masukkan ke dalam tabung derma.? Hasif pun dengan sopannya menjawab : itu duit merah... banyak tu... 10..., baik bagi saya saja dan saya yang simpan....!!!

Hasif mengorak senyum, dan mengangkat kening, lalu mengenyitkan mata... !!!



.

Thursday, August 8, 2013

Perutusan Hari Raya 2013

*****Perutusan Hari Raya 2013*****

AllahuAkbar AllahuAkbar AllahuAkbar WalilLahilham

Hari raya datang lagi, setelah sebulan berpuasa, erti sebuah hari yang diraikan kerana sebuah kemenangan. Kemenangan melawan nafsu dari makanminum...dan bersetubuh... di siang hari.

Erti hari raya pada saya :

1) Semasa kecikkecik dulu. Setelah selesai memasang pelita, pelita minyak tanah yang disusun menyuluh jalan dari simpang di depan rumah hingga ke muka pintu, di malam tujuh likur, dan setelah selesai solat isyak, maka si lelaki akan duduk bersila dak perempuan pulak bersimpuh di hadapan tivi hitamputih dijana bateri kereta, dan paktuamaktua pula memekapkan telinga pada radio transistor, mendengar perisytiharan daripada penyimpan mohor rajaraja - hari raya yang mungkin esok atau lusa... raya disambut penuh suka, penuh riang, sorak sorai, kerana bukan sahaja kerana bercuti dari bersekolah, tetapi kerana boleh jalanjalan ke rumah orang... dan berbajukasut serba baru...

2) Semasa agak besar, semasa sedang bersekolah menengah dan duduk pula di asrama yang jauh di semenanjung, raya disambut bersahaja kerana tak dapat balik, dan tertinggal di asrama - bersamasama kawankawan yang jugak sedang dirantau orang, kerana menyumbat kepala yang sebesar buah kelapa dengan segala pengalaman dan ilmu untuk pembangunan di hari muka...

3) Semasa dewasa, semasa sedang jugak belajar di universiti yang letaknya di bekas lombong bijih timah di negeri yang digelar 'silver' - sedangkan hasilmahsul negeri itu adalah timah, hari raya masih lagi disambut begitubegitu saja... kerana tak balik jugak... kononnya ilmu itu lebih berharga, gunanya nanti untuk mendapat kerja yang ada jawatannya, kerja yang boleh bantu bangunkan negara, boleh bantu angkat martabat bangsa, jugak martabat orang kita yang macam kita... maka hari raya jugak disambut sorangsorang dan sambil berkelana...

4) Semasa lebih dewasa, sudah berkerja sudah jugak ada keluarga sudah ada anak pun... hari raya disambut kerana untuk memberi erti hari raya... kepada generasi hari muka. Maka hari raya, kita pulak yang memberi semangat kepada anakanak, kita suruh depa berpuasa, lalu kita ceritakan kepada mereka, setelah sebulan berpuasa, hari raya adalah ganjarannya... dan anakanak kita belikan dengan bajukasut jugak serba baru, kita beri duit raya secukup rasa, kita bawak mereka ke rumah sanaksedara, dan sekiranya berpeluang bertandang ke rumah oranglain jugak...

5) ...dan terasa sudah... diri ini sebenarnya mula menjadi dewasa... setiap tahun hari raya disambut dalam gembira, walaupun setiap tahun berbeza ceritanya... kerana hari raya itu sungguh magik... 

6) hari raya sungguh magik, kawan.! hari raya memberi kegembiraan kepada setiap insan, walau sehari cuma. mampu ia memberi keceriaan kepada mereka yang bermurung durja kerana ada orang datang menjenguk mereka bertanya khabar bersalamtangan dan berpelukpelukan. hari raya mampu jugak menghimpunkan sanaksedara dan rakanhandai yang jauh merantau untuk menyatu bersama - lalu meraikan hari raya itu bersama-sama...

7) di kampung Belingan ini, hari raya pulak sungguh nostalgik kawan...!!! kerana sejauh manapun warganya pergi, atau anak mereka pergi merantau mencari rezeki, mereka akan pulang... dan biar berpuluh tahun sekalipun hari raya datang dan pergi, rumah almarhum Haji Ali, tetap nampak utuh berdiri, sama sahaja rupanya dari saya kecik sehingga sekarang... kerana rumah itu ada menyimpan gugusan sejarah, kekal ia begitu untuk sekian lamanya... dari generasi ke generasi... kekal ia berdiri seperti sebuah negeri yang tersendiri... pemilikan yang luhur dari warga yang pernah mendudukinya dan generasi yang dilahirkannya...!!!

Di kesempatan ini jugak, saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada tuan Ci eM dan mem-besar, jugak kepada tuan Pi eM dan mem-yang-lebih-besar-lagi... diharap semoga harga barang makan dan barang yang dimakan tidak naik lagi, kerana saya khuatir, harga kereta akan lebih murah dari harga sekarung beras, saya risau itu - kerana apakah patut kita makan tayar kereta atau makan nasi...?!

Sekian. WabilLahhitaufik wal hidayah, wassalamu'alaikum warahmatulLahi wabarakatuh.

daripada hasribinhasfa