Saturday, March 31, 2012

Netbook Asus... dan sebuah harapan (part2)...


.
sambungan dari kisah ini. di sini.

.

Petang itu Azlan pulang dari kerja tepat waktu, nombor digital di handphone Nokia berangka 17:00, ketika Azlan bangkit dari kerusi bolehputar-dan-naikturun di bilik manager kilang, menuju ke pintu bilik, keluar, melewati ruangan administrasi ke pintu utama pejabat kilang, keluar, menghala ke arah kereta Toyota Hilux-Commonrail A/T yang parkir di ruang parkir di sisi kiri pejabat kilang, masuk, meletakkan beg-berisi-laptop di seat sebelah, menghidup-panaskan enjin, dan beredar, pulang ke rumah manager kilang.
.
Jam di dashboard kereta mamaparkan angka 17:05, apabila Azlan memberhentikan keretanya di hadapan pintu rumah manager kilang. Azlan mematikan radio kereta, jugak air-con dan akhirnya, gema dari enjin kereta juga hilang apabila suis kereta dimatikan. Sunyi seketika. Azlan mencapai beg-berisi-laptop yang berada di seat sebelah, membuka pintu kereta dan keluar. Dia menoleh ke arah kantin, yang hanya berjarak lebih-kurang lima puluh meter dari rumah manager kilang. Ramai orang di sana. Joko pun ada. Namun, Joko sedang berjalan menuju ke arah Azlan, sedang balik dari kantin menuju ke perumahan pekerja&staf di belakang sana, membawa bersamanya, di tangan kanan sesangkar telur dan di tangan kiri beg plastik berwarna pink-kemerahan berat-berisi.
.
Azlan berdiri diam, menunggu Joko sampai.
.
Hah.! Joko.
Sapa Azlan, apabila Joko sudah mendekat. Begitulah cara adab-sopan Azlan menegur stafnya, yang sepatutnya, assalamu’alaikum seperti semasa dia menegur sedara-mara dan rakan rapat. 
Eh. Ko off-kan tivi malam tadi.?! Tanya Azlan.
Iya.  Jawab Joko ringkas, lalu menghampiri Azlan.
Ko tengok criter tu sampai habis, tak?! Tanya Azlan lagi.
Iya. Jawab Joko, masih ringkas.

Baguslah. Menarik kan, ceritanya.
Ha-ah… Mati kedua-duanya, bos. Kenapa sich hero2 dalam ceritanya mati.?! Balas Joko disertakan dengan pertanyaan.
Errrr…. itu salah pengarah. Pengarah tak bermoral, memang cam tuh, mengecewakan.!!!

.
Oya... Semalam bos mau ceritakan tentang criter tuh...! Joko mengingatkan Azlan, sambil berposisi bersandar di dinding kereta.
Eh. Ko dah tengok sampai habis, ko sepatutnya paham jalan ceritanya. Aku... Aku tido awaaall.!!!.
Azlan memulakan langkah kaki, memusing badan, menuju ke pintu rumah manager kilang, sambil tangan menyeluk poket kanan seluar, mengeluarkan seberkas kunci.

.
Bos...!!! Saya mao tanya.!
Azlan tersentak, berhenti, memusingkan kepala dalam gerak perlahan ala-ala ‘Predator’ yang sedang mahu meninjau-mengenalpasti mangsa untuk tembakan sinar-laser terarah.
Yer... Tanyalah. Jawab Azlan dalam nada parau-basah penyanyi underground, sambil mengangkat bahu, menunduk muka, mengerut kening, dan menggolek anak mata ke atas.
Joko tergamam seketika, tergamam melihat transformasi bosnya yang tadi nampak bersopan santun bertukar berwatak seperti Arnold Schwarzeneggar dalam criter Conan-the-Barbarian, atau Conan-the-Destroyer.
.
Apa itu maksudnya bi'ar'satu'em.?!
Kenapa ko nak tau.?
Jawab Azlan dalam pertanyaan, dan bersenyum-sindir.
Minggu lepas, supervisor balik awal, katanya mao ambil uang bi'ar'satu'em lima ratus ringgit.
Ooowh, itu. Itu uang daripada perdana menteri. Diberikan kepada sesiapa yang isi borang.
Bos ada mintak.?
Tak.!
Kenapa.?
Sengaja tak mahu.!
.
Saya dengar, orang yang gajinya besar, tak dapat.! Kata Joko.
Ah.! pandai la ko. Itu syarat jeh. Ko ingat yang dapat lima ratus ringgit tu, semuanya bergaji rendah. Tidak,! Joko. Yang penting ko isi borang, tulis la apa yang patut, biasanya dapat. Ramai yang dapat. Hampir semua yang bijak-pandai isi borang mengikut keperluan syarat, dapat. Suka betul mereka, gembira. Mereka berterima kasih kepada perdana menteri, atas pemberian uang itu…
.
Azlan terdiam seketika, menarik nafas panjang, jari-jemari kanan memicit-micit dahi, tangan kiri mencekak pinggang, dan menyandarkan diri pada dinding rumah manager kilang.
.
Joko… Joko Joko Joko… Orang yang bayar cukai cam aku terkilan, Joko. Terkilan nengok uang ditabur-tabur cam tuh jeh… Ini semua gara-gara pilihan raya dah nak dekat. Gara-gara nak carik pengaruh… untuk kekal berkuasa, dan menggunakan kelebihan berkuasa…
… Ahhhhhhh…!!! Letih.! Letih aku memikirkannya.!...

Azlan memilih-milih anak kunci dari seberkas kunci yang baru dikeluarkannya dari poket, memasukkan anak-kunci yang terpilih itu, ke dalam lubang lock-pintu…
.
foto dari google

.
Usah dipikirkan, bos. Aman jak.!... Balas Joko tenang.
Errrmmm.!... Yang ko beli telur sesangkar tuh, bila nak habis makan.?! Mau 2 bulan baru abis.!
Ini.?! Ini dua atau tiga hari jak saya makan, bos.
Oooooo… Aku rasa perut ko bodo la. Makan dua bijik jeh dah senak perut,! Ko makan sekali sepuluh bijik ar.!...
Oh.!!!. Tidak, bos. Lapan bijik jak sekali makan.!
.
.
Azlan membuka pintu rumah manager kilang, masuk, dan terus duduk di sofa hijau, masih berkasut…


.

Friday, March 30, 2012

Mari belajar main chess... dan Husna.

.
Husna... ialah anak sulung aku, kawan.! Nama penuhnya ialah Husna binti Hasri. Tahun ini dia di tingkatan satu, berumur tiga belas tahun pada dua puluh dua haribulan lapan depan.
.
Husna sangat suka dan mahir-cekap bermain chess, kawan.! Macam bapaknya... Bezanya, Husna terpilih berdasarkan merit, mewakili sekolah, sedangkan bapaknya tidak pernah...
.
Biarla aku cerita sikit tentang pengalaman bapak Husna, dan chess...
Oya, sebelum itu, ini la chess, kawan. (kepada sesiapa yg tak tahu apa itu chess...)
.
.
Sebelum tuh, mari kita mengenal chess, kawan.!
Maksud aku, permainan chess...

*
Chess ialah sejenis board-game, bermaksud, permainan yang dimainkan di atas papan je. Tak perlu ruangan yang besar, cukup sekadar di atas meja, kekadang di riba.
Papannya, ada 64petak kecil, 8 melintang, 8 membujur, yang diwarnakan berselang-seli hitam-putih. (seperti di dalam gambar di atas...)...
Permainan chess ini seperti sebuah peperangan antara dua puak yang ada raja-ratu-pembesar2-dan-bala2tentera, satu puak putih dan satu puak lagi hitam. 
Rule-nya, puak putih memulakan langkah, mengatur permainan. Sesiapa yang bermain puak putih, dia lah yang mengatur gerak, berstrategi menyerang, manakala yang hitam akan sentiasa cuba bertahan, dan cuba memahami langkah yang diaturkan oleh puak putih. 
Selalunya kemenangan di tangan puak putih, walaupun tak semestinya...
Kemenangan dikira, apabila salah satu puak berjaya men-checkmate-kan lawannya. Maksudnya, berjaya menawan dan mematikan langkah si raja lawan.  (dalam gambar nih, si raja puak putih ialah figura putih yang di atasnya terpacak objek berbentuk T...)...
Seri... diputuskan apabila, kedua2 puak gagal men-checkmate-kan si raja lawan masing2 untuk satu tempoh yang telah ditamatkan, dan dipersetujui oleh kedua2 pihak.
Seri jugak berlaku apabila si raja ter-stillmate... (maksudnya, pihak yang cuba menawan si raja lawannya tidak berjaya men-checkmate, tetapi hanya mengurung si raja lawan menyebabkan apabila giliran si raja lawannya untuk bergerak, tidak ada lagi langkah yang tinggal...)
.
ok... done.!!!
.
Kita ke cerita bapak Husna dan pengalaman chess-nya, kawan.!
Bapak Husna mengenali dan mula meminati chess ketika di darjah dua, lama dulu. Lamaaa duluuuu, kawan.! 
Ketika itu, chess diperkenalkan oleh abangnya yang baru balik dari Amerika Syarikat setelah menamatkan pengajian di peringkat sarjana muda. Harun bin Hasfa namanya...
Sejak dari hari itu, minat bapak Husna dengan chess mula bercambah, dan, dua tahun kemudian, dia berjaya membeli-milik set chess untuk dirinya. Kekal bertahan selama 4 tahun, dan di tingkatan dua, dia membeli-milik set yang baru...


.
Ini resume bapak Husna, kawan.!
.
Peringkat keluarga : Juara. Aku terpaksa mengistiharkan bapak Husna sebagai juara kerana, abangadiknya kurang menggemari chess. Setiap kali dia bermain chess dengan abangadik, sentiasa ada sahaja alasan dari abangadik, untuk menamatkan permainan. Antaranya : Sakit perut nak berak. Ada juga, lapar nak makan. Kecuali seorang yang akan bermain sehingga permainan berkeputusan... Haidir namanya...
.
Peringkat sekolah: Juara. Walaupun bapak Husna tidak pernah mewakili sekolah, aku juga terpaksa mengistiharkannya sebagai juara, kerana, Haidir, adiknya yang juara peringkat sekolah, yang mewakili Miri, pernah-dan-seringkali dikalahkannya, kawan.!!! (mungkin Haidir menghormatinya, itu mungkin,kawan.!)
.
Peringkat bandar : Tiada rekod yang jelas tentang ini, kawan.! Mungkin juga juara.! Aku ceritakan, kenapa.?! Suatu ketika dahulu, ada seorang cobbler di bandar Miri yang sangat hebat bermain chess. James bin Narawi namanya...(walaupun namanya James, tapi dia muslim...) Dia ada satu set chess, yang diletakkannya dia atas meja kecil, ada dua bangku. Sambil menjahit kasut-atau-sandal, dia bermain. Lawannya datang dari berbagai bangsa dan latarbelakang. 
Ketika itu, bapak Husna ada sorang rakan-karib atau pengikut-setia yang akan-sentiasa melayannya bermain chess, namanya Dol atau Syed Abdullah, junior 10tahun. 
Dol adalah jaguh di kampungnya, kawan.! Tidak keterlaluan aku simpulkan sebagai tidak pernah kalah, hatta, Haidir pun tewas di tangannya. Cuma, ketika bermain dengan bapak Husna, Dol tidak pernah menang walau sekalipun, kerana setiap kali Dol bermain dengan bapak Husna, bapak Husna akan berpesan dan membisik di telinganya, "hormatilah orang yang lebih tua dan orang lama..."...
Suatu hari, bapak Husna mengajak Dol untuk bermain dengan cobbler itu. Mereka menaiki bas, ke bandar Miri. Apabila sampai di tempat cobbler itu, cobbler itu sedang bermain dengan seorang pak tua, dan menang. 
Bapak Husna menyuruh Dol bermain dengan cobbler itu pula, dan berpesan, "cobbler ini sangat hebat, ko kena main fast-chess, untung ko boleh seri..." dan Dol akur... kesudahannya memang seri, walaupun Dol bermain di puak hitam...
.
Peringkat nasional : Bapak Husna jugak hebat... dia pernah bermain secara tidak rasmi, dan mengalahkan seorang pemain yang berasal dari Kelantan. MatChut namanya... semasa di universiti.

.
Itulah cerita bapak Husna, kawan.!
Walaupun tidak pernah menyertai permainan chess secara rasmi, rekod kemenangannya sangat membanggakan... tak begitu.!!! kawan.!

.
Husna pula, mewakili sekolah, beberapa hari lepas. Bermain dalam empat set dan memenangi kesemuanya...!!!


.
Yah.! kawan.! Ada masanya, kita tidak berpeluang untuk mencapai sesuatu, kerana keterbatasan kita... dan atas sebab dan alasan tertentu, yang ada pada ruang dan masa ketika itu.
.
Tapi, tidak mengapa, kawan.!!!
Mungkin, suatu hari nanti, anak kita akan menyambung legasi itu...!!! 
...dan mempersembahkan kepada kita, cerita yang lebih menarik...!!!

.


salam
.

Thursday, March 29, 2012

Ada sayur bayam di dalam kulkas, dan... PRU13.

Hiruk pikuk, hingar bingar di perkarangan rumah manager estet pagi itu, yang dipenuhi oleh pekerja2 estet yang di'morning-muster'kan setiap pagi, membangunkan Azlan dari tidur. Mimpi indahnya tadi, tidak sempat dihabiskan, tidak juga sempat dirakamkan. Ketika memasak air, dalam cerek karan, Azlan masih lagi cuba mengingatkan mimpi indah tadi, dan cuba juga untuk menyambung mimpi itu dalam angan jaga, tapi mimpi indah itu enggan hinggap di kepala hotaknya.
.
Jam 6pagi, suasana kembali sunyi, sesunyi sebuah kota yang telah dilanggar garuda. Semua pekerja2 estet telah bersurai menuju ke blok dan task masing2, ramai yang dibawa pergi oleh traktor2, ada yang bermotorsikal, dan ada jugak yang berjalan kaki.
.
Sementara menunggu air mendidih Azlan duduk di sofa hijau, dan menyambung angan jaga. Bunyi suiz cerek karan yang terpelantik, mengejutkan Azlan dari lamunan. Azlan segera ke dapur, dan membancuh kopi Nescafe 3in1 yang ada buih2 halus, menghidangkan sarapan untuk dirinya sendiri. Pagi itu, Azlan bersarapan dengan biskut osborne, dalam dingin dinihari, menghirup udara aroma kopi. 3 keping biskut osborne telah diratahnya, Joko menjelma di muka pintu, pintu dapur. 
.
Awal ko pagi nih, Joko. Ada apa hal.?
Saya mao ambil sayur di dalam kulkas
(*kulkas adalah petisejuk dalam bahasa Indonesia...)
Bila masa pulak ko beli sayur.? Ko reti ka masak2 nih.?
Joko hanya senyum, dan menjeling ke arah kulkas. Dia dah paham benar, paham benar apabila bosnya bermain kata sebegitu, bermaksud, ada yang dikecewakan oleh bosnya, lantas dia berpaling.
Saya beli kemarin, bos. Sayur bayam. Saya mao masak, untuk makan tengahari nanti...
Jawab Joko berhati-hati, dan jawapan selamat yang boleh mengelakkannya dari ditengking oleh Azlan.
.
Eh.! Mabuk apa ko nih.! Subuh2 nih, ko dah masak.! Tengahari dok ada 6jam lagi.!
Masak duluan, bos.! Tengahari nanti, langsung makan jak.!
.
Ko duduk la dulu. Brekfes ngan aku nih. Kopi bancuh sendiri. Air panas ada dalam cerek tu ha.!
Joko mengangguk, menuju ke dapur, membancuh kopi, dan mendudukkan dirinya.
.
Joko...!!!
Iya, bos.
.


.
Ko tau tak.?! PRU13 dah dekat benar.!
Apa itu PRU13, bos.?!
Oooowh... Pilihanraya Umum ke-13.!!! Itupun nak tanya ka.? Takkan ko tak tau.!
Apa perlu saya mao tahu, bos.! Saya bukan orang Malaysia. Biar lah.! Di Indonesia, dipanggil Pemilu...
Aku tengah dilemma nak mengundi ke tidak nih.! Dan kalau mengundi, dilemma pulak nak mengundi parti apa.?!
Bos undi la calon yang ganteng, pasti tidak menyesal.!
.
Hah.! Ko nih. Ko tau tak Joko, di Malaysia ada dua jenis parti politik.!
Tak tau, bos. Apakah jenisnya, bos.?!
.
Ada dua, Joko. Ada dua jenis parti politik. 
Yang satu ialah :
Parti politik untuk orang yang memilih...
Yang satu lagi ialah :
Parti politik untuk orang yang dipilih...
.
Kok sama bunyinya, bos.!
Tak sama la, Joko... biar aku terangkan.
.
Yang untuk orang yang memilih, adalah parti politik untuk orang2 yang macam aku...!!! yang berkerja dengan kompeni yang bukan gomen, dan bukan jugak gomen-link-kompeni, yang taat-setia-tak-pernah-lupa membayar cukai.
Yang untuk orang yang dipilih, adalah parti politik untuk orang2 yang merasa sangat gembira mendapat-menerima bi'ar'satu'em lima ratus ringgit, dan menerima arears kenaikan gaji dalam es'es'em bulan depan.
.
eh... udah la. Ko dengar pun, bukannya ko paham. Ko paham pun, bukannya ko boleh buat apa2. Habiskan cepat kopi ko tuh...! Pintu jangan lupa kunci balik.!!!.
.
errr... bos mengundi...???!!!
.
Azlan hanya diam... merenung jauh ke luar tingkap.


.

salam


.

.

Saturday, March 24, 2012

Netbook Asus... dan sebuah harapan. (Part 1)

Suara katak kedengaran dengan jelas dari ruang tamu rumah manager kilang, saling bersahut-sahutan. Hujan baharu sahaja reda setengah jam yang lalu. Azlan, yang duduk di sofa hijau, mencapai segenggam kuaci dari dalam bekas Tupperware di atas meja-kopi dengan tangan kiri, tangan kanan pula mengutip sebijik-sebijik dan mengacukannya di antara dua gigi kacip, mengacip keluar isinya. Hampir separuh kuaci yang di dalam peket dua-ratus gram, yang telah dipindah-masuk ke dalam bekas Tuperware, sudah berkurang. Di ruang tamu rumah manager hanya kedengaran perbualan2, yang berselang-seli dengan bunyi tembakan2, dari muvi Flammen&Citronen, lewat projektor.

Akhirnya, Azlan bersuara. Kepada Joko, yang bersama2 menonton muvi,  yang duduk-selesa di atas lantai, Azlan bertanya...

Ko paham tak cerita nih tentang apa, Joko.?
Tak,! bos. 
Ko tengok,! Tapi tak paham.! Ko tengok apa.?!
Yah, tengok jak la cerita. Aku bukannya tau bahasa Inggeris.
Hah.! Ko nih. Diaorang cakap bahasa Jerman. Yang tulis kat bawah tuh la bahasa Inggerisnya.
Ohhhh... gitu ya. Saya asyik jak. Suka tengok dia tembak2 bunuh orang.
Ahhh.! Lantak ko la... Aku rasa dah masuk kali ke-7 aku tengok criter nih.
.

.
Criternya tentang apa, bos.?
Criternya tentang dua orang yang bersemangat cintakan negara, disuruh-tanpa-upah untuk membunuh orang2 besar Nazi, juga orang2 berpengaruh yg pencetus2 propaganda, juga talibarut2 Nazi. Kononnya la...

Kenapa ada konon, bos.?
Ko tengok sendiri la, Joko. Bila dah abis nanti, baru aku ceritakan...

.

Thursday, March 22, 2012

Pengalaman pertama menaiki kapalterbang AirAsia...

Pertama kali aku menaiki kapalterbang ialah lebih kurang dua puluh empat tahun yang lalu, di tahun sembilan belas lapan puluh lapan, ketika hendak pergi mendaftar di MRSM Perlis. Ketika itu menaiki kapalterbang MAS.
.
yang nih...
.
imej dari gugel

.
hari selasa lepas, dua puluh haribulan tiga tahun dua ribu dua belas, dari Kuching ke Miri, aku menaiki kapalterbang AirAsia. 
Apa nak heran, kan.? 
Tak pelik, kan.?
.
biar aku ceritakan, kenapa menaiki kapalterbang AirAsia menjadi cerita aku kali ini...!
.
kerana... *itulah kali pertama aku menaiki kapalterbang AirAsia.*
.
dan selama AirAsia ditubuhkan dan beroperasi dalam tiga regime perdana menteri, inilah kali pertama aku naik... bukan kemahuan aku, kawan.! kompeni yang belikan tiket tuh, aku pasrah je.!
.
Selama ini, aku hanya naik MAS... orang pernah tanya aku, setiap kali semasa aku pergi cuti2 ke semenanjung satu famili, kenapa tak guna AirAsia,? AirAsia murah.! 
Aku akan kekal dengan jawapan yang sama : Murah ke mahal, aku suka MAS. Wang kalau dah diniatkan untuk dibelanjakan, kita jimat di tambang kapalterbang sekalipun, akan abis jugak ke benda lain.
.
Sesungguhnya aku cuba untuk setia bersama2mu MAS... tapi, selasa lepas, aku telah mengecewakan kamu, wahai MAS. Bukan salah aku. Kompeni yang belikan tiket. Aku hanya menjalankan tugas.
.
Kapalterbang bertolak jam7.35petang. 
Pengalaman pertama, sungguh mendebarkan. Aku sentiasa awas. Memerhati kapalterbang AirAsia dari saat ia tiba di terminal, parkir, isi minyak, punggah keluar-masuk kargo dan segala yang berkaitan... dan beratur masuk.
.
Setelah masuk ke dalam kapalterbang, aku terus mencari seat yang telah dikhaskan untuk aku, dan terus duduk. Kapalterbang mula dipenuhi penumpang, dan apabila keadaan menjadi tenang, dan semua penumpang telah duduk, aku berdiri dan melihat-lihat ruangan.
.
Aku terkejut, kawan.! 
Kerana, apa yang aku lihat, aku merasai kapalterbang AirAsia nih nampak panjang dari dalam. Dalam kehairan bebaur perasaan ingin tahu, aku menoleh ke tingkap, melalui tingkap, aku melihat kapalterbang di sebelah...
.

dan... aku jenguk dengan lebih dekat lagi...


yang aku nampak, sama sahaja, tak nampak panjangpun kapalterbang AirAsia nih. Kapalterbang MAS pun panjang tu la jugak.
.
Malas aku nak kenang-fikirkan apa yang aku lihat, sebab aku sebenarnya lebih berminat untuk tidur kerana tidur di dalam kapalterbang, lebih mudah nyenyak sebab tekanan di dalamnya rendah sedikit dari di atas darat.
.
Dalam aku menyesuaikan posisi untuk menidurkan diri, aku terasa ada sesuatu di dalam genggaman tangan kiri, seperti ada sekeping kertas. Bila aku buka genggaman tangan kiriku, memang betul ada sekeping kertas, boarding pass rupanya.!
.

.
Aku tersenyum sorang-sorang dan hampir ketawa.!
Rupa-rupanya aku duduk di seat yang jauh di belakang... Itu pasal la kapalterbang nih nampak panjang...
.
Hahahaha...




.
mungkin itu agaknya yg dimaksudkan dengan rangkap *curiosity kills the cat*...



.
salam
.
.

Sunday, March 18, 2012

Apabila sinar mentari dibelakangi awan… awan berubah wajah menjadi naga.

***********
.
entri neyh aku dedikasi kepada ko, Dino, yang sangat suka dengan awan, dan imej2 awan yang terukir di muka langit... agak ber-fantasi.!!! (sangat bukan genre aku yg sepatutnya sinis-meghiris.)...
.
***********
.
Petang hari jumaat lepas, kira-kira jam 4petang, Azlan sudah mengintai-intai kehadiran awan dari balik bukit sana. Seperti kelazimannya, Azlan mencapai dan menyedia-guna handphone Samsung Galaxy Y, meng-on-kan built-in kamera. Nasib Azlan baik. Awan yang besar-tebal-berat muncul. Dia segara ke tingkap, membuka daun tingkap, lalu, dibidiknya ikon kamera di skrin handphone. Bidik bidik bidik tanpa henti henti. Azlan terus terusan membidik, sehinggalah awan besar-tebal-berat yang datang dari arah barat menghala ke arah timur itu bertembung dengan mentari, menghadapani dan menyerapi sinarnya, memadamkan bayang-bayang di muka bumi, dan akhirnya, memendungkan lurah yang dihuni oleh warga yang berkerja jauh di pedalaman.

Azlan menyusun-atur foto-foto itu secara urutan masa. Maka, judulnya pun diberi sebagai :

*

“Apabila sinar mentari dibelakangi awan… awan berubah wajah menjadi naga.”

*










*eh Dino, entri nih saja aku tulis ala2 entri ko. Ko agak, imaginasi&fantasi si Azlan tuh dah sampai ke tahap akut ko, tak.???! :p
.



Salam
.

Saturday, March 17, 2012

Fishing, golf, photography… dan silver-lining.


(*Di suatu pagi sabtu, tanggal tujuh belas bulan tiga dua ribu dua belas, Joko dipanggil oleh Azlan ke pejabat pengurus kilang.*)

Joko…
Ya, bos.
Aku suka tengok awan yang muncul di sebalik bukit sana. 

(*Azlan pun mengajak  Joko menuju-hala dan berdiri di jendela pejabat pengurus kilang dan menuding jari ke arah awan di sebelah barat. Kemudian mereka duduk semula. Azlan duduk di kerusi yang-bolehputar-dan-naikturun, sedang Joko, kerusinya jenis kaku-tegap-melekap-di-lantai…*)

Apa ada pada awannya, bos.?
Aku suka. Itu saja. Oya, seringkali aku ambil foto-foto awan-awan yang muncul dari balik bukit sana itu.
Awan juga ada di mana-mana, bos.!
Ko, diam.!!! Jangan banyak hal.! Aku kan bos, suka hati aku nak cakap.! Jangan sekali-kali ko nak bantah.!
 (*Azlan tunjuk geram, sambil mengetuk-ngetuk mata pen di kertas-kosong yang terhampar di atas meja pengurus kilang.*)

Aku ambik foto awan sebab aku teringin benar nak rakam silver-lining.
Ko nak tengok rupa silver-lining.?
(*Joko hanya mengangguk.*)

Ko tengok foto nih. Garis halus berkilat di bibir awan yang terhasil hasil dari tapisan sinaran mentari oleh awan, itulah silver-lining.!
.





.

Ko tau, Joko.! Fishing, golf dan photography… sekarang, ramai orang layan menjadi hobi. 3 tiga hobi ini betul-betul buang masa dan sia-sia.
Memang benar,! bos.
Cheh.! Kureng asem ko.! Mentang-mentang la aku layan photography, terus jak ko setuju. Ko langsung tak pandai jaga hati bos.!!!
(*Joko tersenyum sumbing, tersentak, dan, segera mengalih pandangan memandang lantai… tak sanggup dia bertentang mata dengan Azlan, yang keihatan marah membeliak mata. Dia sememangnya sudah masak dengan peel mood-swing bosnya…*)

Sebenarnya, tak,! Joko.
(*Azlan senyum menyindir…*)

Ke-3 tiga hobi ini digelar dalam bahasa kami yang berada di pengurusan ini, sebagai business generating activities. Walaupun kami tidak menjadikannya karier, hakikatnya, ke-3 tiga aktiviti ini sebenarnya banyak membantu.
Saya tidak faham,! bos.
Eleh.! Ko nih. Aku bukan suruh ko faham. Aku cuma mao bagitau. Dah,!!! ko masuk ke dalam kilang. Buat kerja nuh!.

(*Sebaik sahaja Joko keluar-dan-menutup pintu, Azlan bersenyum, menggeleng-geleng kepala, dan menunduk memandang meja sambil tangan kanannya meraba-raba di tengah kepala, yang saban hari rambut menanggal pergi…*) 

.
.

Friday, March 16, 2012

A rolling stone gathers no moss... tapi...

Awan hitam-tebal-berat dari barat berarak perlahan-perlahan ke timur.  Perlahan-perlahan jugalah sinar matahari petang jam4 ditampan, dan beransur-ansur hilang sinarnya yang menyuluh bumi yang jauh di pedalaman ini, sehinggalah tiada lagi sinarnya yang mampu mencecah di bumi, hanya refleksi siang sahaja yang masih ada namun agak suram. Mendung. 

Setibanya awan hitam-tebal-berat itu melewati lurah yang menempatkan kediaman warga yang hidup di bumi yang jauh di pedalaman ini, segala isinya dilepaskan menjadi hujan yang mencurah-curah. Angin panas yang tadinya membawa bahang hangat bumi kini menjadi angin sejuk-menggigit hingga ke tulang.

Azlan... Azlan masih lagi berada di hujung conveyor tandan kosong sambil melihat-pandang awan hitam-tebal-berat yang bergerak dari arah barat. Dia lantas berganjak menuju-berada di dalam bangunan kilang, kerana dia tahu, sebentar lagi pasti hujan turun, dan benar, hujan sungguh lebat. Azlan masih lagi mengelamun-berfikir sambil matanya melihat pekerja yang berada di Stesen Vertical Steriliser sedang menuang buah kelapa sawit yang telah masak masuk ke dalam conveyor. 

Azlan masih teringat kata-kata dari bosnya yang bergelar General Manager yang berstatus Director 6 tahun yang lalu. Ketika itu Azlan memandu kereta Mitshubishi Storm sedang membawa tuan General Manager ke kilang yang diuruskannya. Azlan masih ingat ketika itu, Azlan masih ingat bahawa kedatangan tuan General Manager bertujuan memujuknya agak usah mengundur diri kerana Azlan berkerja di syarikat yang besar berstatus berhad dan bersaham yang diniagakan di Bursa Malaysia, yang mempunyai banyak kelengkapan, prasarana dan potensi memajukan diri sentiasa menunggu. 

Azlan masih ingat ketika itu dia hanya mampu menjawab dengan senyuman, sehinggalah apabila tuan General Manager benar-benar diam, baharulah Azlan memulakan kata. 
"Saya mempunyai alasan yang munasabah dan kukuh, tuan haji." "Things happen for reasons," sambung Azlan lagi. 
Tuan Genenral Manager masih lagi mendiamkan diri, sedang Azlan mengintai-ngintai gelagat dan gerak tuan General Manager melalui ekor mata. Tuan General Manager bereaksi membetul-betulkan duduk sambil melurut-kemaskan kemeja bercorak petak-petak berwarna merah berselang-pangkah dengan warna kuning dan bergarisan halus hitam. 
"Saya faham tuan haji, saya mungkin rugi dalam banyak hal dalam berkarier kerana syarikat baru yang saya akan berkhidmat adalah sebuah syarikat yang agak kecil. Ya, bak kata orang 'a rolling stone gathers no moss.' Mungkin ada benda yang baik menunggu.!" Azlan cuba menghidupkan suasana sembang-borak.

"Memang benar kata orang 'a rolling stone gathers no moss', tapi 'a rolling stone gets polishes'. Ke manapun ko pergi kau boleh berjaya. Cuma, kita nak ko bersama dengan kita." Balas tuan General Manager tiba-tiba.

Ketika hujan masih lagi mencurah-curah turun, Azlan bergerak-berjalan menuju ke pejabatnya. Pejabatnya yang tidak dihubungkan dengan bangunan kilang, dan, tiada juga dihubungkan dengan atap. Azlan meredah sahaja hujan, dan apabila sampai di teres pejabat kilang, sudah basah kuyup.

Berdiri di teres pejabat, Azlan teringat email yang dihantarnya kepada seorang kawan yang berada di tanah semenanjung 2 tahun lepas. Ketika itu, di Sarawak sedang rancak persediaan untuk pilihanraya negeri. Pilihanraya negeri untuk hanya Sarawak tidak serentak dengan negeri-negeri lain di Malaysia, dan ketika itu juga sangat hebohlah menjadi perbualan di kedai kopi, bahawa akan berlaku gelombang perubahan politik di Sarawak, terutamanya di kawasan bandar. 
Ringkas sahaja email daripada Azlan,"why worry so much, if it is time for change, just change la." 
Masak Azlan ketika itu dimarahi oleh kawannya yang sangat-sangat tidak bersetuju dengan pendapat Azlan yang seakan-akan acuh-tak-acuh, tidak berperasaan, dan, tidak berpendirian tegas. Azlan tidak mampu membalas email balasan kawannya itu.

Dan setiap kali Azlan keluar dari tempat kerjanya yang jauh di pedalaman, balik ke rumah bersama-sama keluarganya di Miri, Azlan melihat bandar yang dari dahulu sehinggalah sekarang, yang warganya masih juga tertib. Walaupun kini wakil rakyat adalah dari parti politik yang bukan memerintah.

Dan setiap kali serentak dengan itu jugalah, Azlan teringat kata-kata tuan General Manager 6 tahun yang lalu ketika dia memandu-menghantar pulang tuan General Manager ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. 

"In a chaotic situation, there is always a system existed. A system that demands for a better system to be implemented..."


.

Wednesday, March 14, 2012

Definisi upah… dan satu-ringgit untuk Hasif.

Ini cerita tentang Hasif lagi, kawan.!

Hasif, apabila bercakap, bernada-suara lunak-gemersik, sopan-bicara, merendah diri, seperti pak-nya. Dia sangat mahir-dan-teliti dalam menyusun katakata dan mengguna-pilih katakata, juga macam pak-nya. Peribadi Hasif, kawan.!

.

.
Hasif berkeupayaan berimaginasi dan berkreativiti bersama2 barang2 permainan seperti kereta2 mainan dan action-figures, kawan.!

Kreativitinya itu juga la yang membuatkan dia menabur-hambur segala barang2 permainan di serata lantai rumah di ruang tamu, di ruang makan, di bilik tidur, di bilik mandi, juga di teres rumah.

…dan kelazimannya, sebelum tidur, dia akan mengemas-siap dan menyimpan-masuk segala barang2 mainan ke dalam peti yang dikhaskan. Sebutir-sebutir dikutipnya, sehingga selesai, kawan.!

.
…tetapi, kawan.! 

Selepas itu, dia akan meminta upah satu-ringgit daripada mak-nya atas kerja-kerja membantu-mengemas rumah. Wang upah akan dimasukkannya ke dalam dompet. Ya, dia ada dompet, kawan.! 

Di suatu hari minggu di awal bulan tiga, seperti juga kebiasaan, selesai membantu-mengemas, sebaliknya, mak-nya tega-sengaja  enggan membayarnya satu-ringgit atas kerja-kerja mengemas rumah, atas alasan : sendiri tabur-hambur, sendiri mesti kemas-balik. Berpegang pada prinsip dan juga hati-yang-tegas, …maka, Hasif lantas masuk ke dalam bilik akak-long-nya, mencari-cari sesuatu di atas meja, juga di laci-laci, dan juga di atas lantai. Apabila ditanya oleh mak-nya, apakah yang dicari.? Hasif, dalam yakin-dan-optimis menjawab : akak-long juga ada satu-ringgit.

.
…malangnya, kawan.! 

Sebanyak manapun satu-ringgit yang Hasif dapat-dan-kumpul, hakikat-dan-sebenarnya dia tidak pernah berpeluang-dan-berjaya membelanjakannya untuk membeli ais-krim, kerana dompetnya akan ‘dikosongkan’ keesokan harinya…

…juga kerana dia berpendapat-dan-beranggapan bahawa, membeli ais-krim adalah tugas-dan-tanggunjawab pak-nya.! …dan dia juga sangat paham, yang dia-pun tahu , yang dia juga tidak memiliki  jurisdiction untuk mengguna-pakai satu-ringgit.!

.
*****
Itulah Hasif, kawan.!.

.

Salam.

.

!!!achtung!!! : ini adalah satira politik yg ada kaitan dengan bee-arr-satu-em...

.

Tuesday, March 13, 2012

Biarpun di Kenny Rogers… Hasif hanya melihat pada persamaan.


Hasif baru masuk umur 4 tahun di tahun2012. Dia lahir pada lima belas haribulan satu. Dalam usia 4 tahun, Hasif telah menampakkan keterampilan pak-nya, yang hensem-maco. Hasif jugak adalah hensem-maco, kawan.!

Hasif suka apa yang dia suka buat, juga dia akan buat apa yang dia nak buat. Semangat Hasif, kawan.!
.

.
…juga dalam usia yang sedemikian, sungguh menakjubkan, sungguh mengagumkan, dan boleh juga dibanggakan ialah, Hasif seorang anak kecil yang tajam-fikirnya, sehinggakan penafsirannya hanya dilebihkan kepada merakam, menilai, dan terus terang saya simpulkan sebagai melihat, pada persamaan...

…Ya! Ya! Ya!. Hanya persamaan, kawan.! Persamaan.! Persamaan.! Persamaan.!

Dia melihat di Kenny Roger, dan,
Dia melihat di Secret Recipe, dan juga,
Dia melihat di Giant, malah juga di hypermarket yang lain, di supermarket, di kedai runcit,  ataupun di kedai petrol kiosk…
…dia melihat pada persamaan.
…dia melihat ais-krim. Ya, ais-krim, kawan.!

Ais-krim lah persamaannya…

Sememangnya, Hasif suka makan ais-krim, kawan.!
…dan natijahnya, giginya menjadi rontok.

*****
Itulah Hasif, kawan.!.

.

Salam.

.


!!!achtung!!! : ini adalah satira politik yg ada kaitan dengan amerno melihat pada urus-tadbir manakala pikey'ar melihat pada korupsi-kolusi-kickback...

.

Monday, March 5, 2012

Paceklik… di sebut pa-chei-klik, dan Kopi Luwak.


Seringkali. Ya.! Seringkali, kawan.!

Seringkali, tatkala Azlan menghirup buih-buih halus Nescafe panas semasa bersarapan pagi, Azlan kepingin untuk menghirup kopi yang paling sedap yang ada di dunia.! Memang benar, kawan. Azlan seorang penggemar kopi.

Azlan pernah menghirup kopi di Starbuck, Coffee Bean, juga di Old Town White Coffee ketika berkunjung di bandar besar. Memang sedap kopi-kopi mereka. Memang sedap, kawan.!
.

.

Petang jumaat lepas Azlan bertanya kepada Joko.
Joko, kopi apakah yang paling sedap di dunia.
Balas Joko.
.
O o o... Oya, kopi yang dipungut dari berak sejenis binatang yang hidup di pokok-pokok di Indonesia tuh, kan.?!
Sahut Azlan dalam pertanyaan.

Luwak itu musang dalam bahasa Indonesia, bos. Memang benar, kopi itu adalah taik luwak yang tidak cerna. Luwak biasanya memakan buah kopi yang paling lunak. 
Terang Joko.

Eh, sama la yang ko cakap dengan apa yang aku baca di WikiPedia (*baca jugak sini).
Sambung Azlan.

Ko pernah minum.? 
Tanya Azlan lagi.
Belum pernah, bos. Mahal. 
Jawab Joko ringkas.

Ko bayangkanla, Joko. Yang paling sedap adalah taik. Air liur, taik hidung, taik telinga dan jugak hingus pun orang geli. Tapi, taik musang jugak la yang paling sedap. 
Bebel Azlan.

Aku dengar, di Indonesia kopi ini halal (*baca jugak sini), kan.? Di Malaysia adalah harus (*baca jugak sini).
Azlan menerangkan tentang hukum.

Joko hanya diam, dan mengangguk.

Biarlah orang tertentu jeh yang minum kopi tuh, Joko. Aku belum boleh menerima hakikat orang boleh terpikir untuk cuci taik luwak tuh untuk dimakan semula, eh.! dibuat minuman. Baik aku layan Nescafe jak. 
Azlan merungut.

Joko hanya mampu tersenyum seolah terasa yang Azlan sedang menyindir orang-orang negaranya. Sedang dia tidak mampu menjawab, sebab yang berkata-kata itu adalah seorang bos.

Dah.! Jangan buat muka pelik. Buatkan aku Nescafe.!.
Perintah Azlan.

Baiiiikk, bos.
Dalam nada menyindir Joko beredar.


.

salam

.

nota kaki :
Paceklik bermaksud kemarau.
Tiada kaitan dengan n3.
Menurut Joko, yang berasal dari Jawa, paceklik yang berlaku di Jawa, ialah apabila matahari geser di selatan yang memanaskan Lautan Hindi. Katanya, Lautan Hindi kurang masin, jadi pembentukkan awan hujan sukar terjadi. Sebaliknya, musim banyak hujan, ialah apabila matahari geser di utara akan memanaskan Laut Jawa yang lebih masin, yang pembentukkan awan hujan lebih kerap.

.

Sunday, March 4, 2012

...dan selepas hujan. Tumpang lalu.
















Azlan diajar memasak...

Sepetang bersama bapak mertua...

Azlan seorang yang pendiam apabila berhadapan dengan orang yang lebih tua dan orang yang lebih lama. Dia akan menonjolkan dirinya sebagai seorang yang sangat merendah diri. Bersopan santun dan berbudi pekerti mulia.

Petang sabtu itu, Azlan dikunjungi oleh bapak mertua yang selalunya datang berkunjung di hari ahad. Walaupun tidak kelaziman, Azlan tetap menerima kunjungan bapak mertua dengan hati yang terbuka, dan bersalaman-mencium-tangankematu bapak mertua. Di teres rumah, mereka berborak, yang sebenarnya lebih kepada monolog sebab bapak mertua akan dengan lancar bercerita segala apa yang terkeluar dari kepalanya, manakala Azlan hanya menjawab dengan senyuman dan jelingan. 

Petang itu, bapak mertua sempat memberikan kepada Azlan resipi dan tatacara memasak ikan goreng. Azlan mendengar dalam senyuman.

*****
Ko nak tahu cam mana bapak goreng ikan. 
Kata bapak mertua. 
Azlan bersenyum.

gambar sekadar gambar hiasan dipetik dari google.


Mula-mula, hiris-hiris bawang putih dan bawang merah, hiris-hiris serai, hiris-hiris lengkuas. 
Terang bapak mertua sambil tangannya kanannya melakonkan pisau dan jemarikematu tangan kiri memegang bahan-bahan tadi secara simbolik.

Lepas tu masukkan minyak ke dalam periuk. Masukkan pula segala bawang, serai dan lengkuas.  Sambungnya lagi. 
Azlan hanya angguk hangguk-angguk.

Lepas tu masukkanlah ikan-ikan. Dah.!. Tunggu je sampai masak. 
Tambahnya lagi. 
Azlan bersenyum.

Tak susah kan. Bapak masak tak macam orang. Orang masak, nak kena panas minyak la. Nak kena tumis la. Bapak tak cerewet hal makan-makan. 
Lanjutnya lagi. 
Azlan mengangkat kening, tersentak, dan merenung muka-tua bapak mertua.

Ko tau, kadang-kadang sampai tiga hari jugak bapak habiskan ikan goreng tu. 
Kata bapak mertua.

.
*****
.
Azlan merenung ke arah jalanraya, lalu mencapai mug yang berisi Nescafe, dan menghirup buih-buih halus.



.


Saturday, March 3, 2012

Ada masanya, Azlan hendak menyanyi...

Joko, bagi aku nyanyi satu lagu yang aku boleh nyanyi... Pinta Azlan ketika Joko sedang bernyanyi-nyanyi kecil lagu dangdut dari album Caca Handika.

Ada, bos. Mungkin ini, bos. Balas Joko.

Dan Joko memutarkan lagu Angka Satu, dari album Caca Handika. Azlan, dalam nada b-flet pun mencuba-menyanyi mengikut rentak lagu.

Ah ha, aku nak nyanyi part nih jeh... ko ulang2kan untuk aku. Arah Azlan. 
Ya, bos. Joko akur.

.








.

Hah.!. Ko bancuhkan aku Nescafe. Arah Azlan lagi.



.
Ketika Joko sedang menyediakan Nescafe, Azlan sempat tersenyum sambil menggeleng-geleng kepala.

.
Masak-masak sendiri. Makan-makan sendiri. Cuci baju sendiri. Tidur ku sendiri... Kureng asem budak nih. Keluh Azlan dalam hati.


.


salam.

.