Friday, December 30, 2011

Snipping Tool... untuk gunting2 yg diskrin.

Aku tak le berapa cerdik bab2 IT, nih... !!! :)

Ada satu benda menarik yang aku jumpa, yang cukup handy...

Snipping Tool.


Achtung : Harus diingat, Snipping Tool, bukanlah tool yang digunakan untuk kerja2 pertukangan, perkebunan, atau jugak kraftangan...  walaupun bunyinya macam handy-tool DIY...




Snipping tool nih kita boleh guna untuk memotong apa2 yang terpapar di skrin komputer... kita boleh potong dalam dua cara :
  1. Cara berhemah-sopansantun - iaitu secara potongan berbentuk segiempat. Potongannya lurus kemas.
  2. Cara sukahati-nak-buat - iaitu secara potongan mengikut gerak anak-panah tikus, atau kita boleh kata - free-hand.

Pas tuh, kita pilih copy, pas tuh paste kat blog.

(Nota : Untuk paste imej yang dah di-SnippingTool, tak perlu nak tekan butang ikon foto, hanya perlu paste-kan jeh.)

Apa bezanya dengan Print Screen.?!
Print Screen tak boleh buh masuk terus ke dalam blog. Imej harus dipindah ke bentuk boleh-baca foto, dan tekan ikon foto, barula boleh termuat dalam blog.



.
salam. see ya.

Wednesday, December 28, 2011

RM100... untuk tiga orang.

RM100.00.!!!

cerita tentangnya ada jugak di sini.

dan...

SMS nih, ada kaitannya, jugak...

Pls come to sch to collect RM100/child. Trs on std by until 12pm

diterima jam1:16:50 pm...


.
surat pendek kepada Perdana Menteri.

salam tuan Perdana Menteri,

Pertama sekali saya nak mengucapkan terima kasih atas pemberian RM100 untuk setiap anak yang bersekolah. Saya ada tiga orang anak yang bersekolah, bermakna, esok saya boleh dapat RM100 x 3, atau RM300.

Saya yakin, sekiranya niat tuan untuk memberi RM100 nih berterusan sampai bila-bila, mungkin rakyat Malaysia akan bertambah secara eksponen, kerana rakyat telah diringankan dengan RM100 tersebut. Tambahan pula, sekarang adalah musim tengkujuh, maka dengan secara naturalnya dalam perasaan yang tenang, rakyat akan bertambah di tahun 2012.

Sekian. Terima kasih.

salam.


.

Tuesday, December 27, 2011

Travelog... Destinasi : Ibukota... di midValley megaMall..

Sepatutnya, aku dah siapkan Travelog nih, minggu lepas...

Ok... disebabkan dah terlepas banyak hari... aku ringkaskan je lah.!

*****

11dec2011

Langkah Enam

kita ke midValley megaMall.


  
MidValley megaMall nih, adalah shopping kompleks terbesar di Asia Tenggara, itu dulu - di zaman pembukaan-rasminya. Sekarang, CentralWorld di Thailand, adalah yang terbesar di Asia Tenggara. Aku agak, saiz shopping kompleks nih sebesar pekan Batu Gajah.!

Yang penting bila ke midValley megaMall, apabila anda berkereta, harus ingat tapak-parkir dan pintu masuk supaya bila nak balik tak la melilau mencari kereta.

Ada apa di midValley megamall.?

Di sini, kita melaksanakan yang berikut :

  1. Melayan MPH Carnival, tapi tak beli satu hapa...
  2. Beli PS3 game-disc, the Little Big Planet 2 (Special Edition).
  3. Beli2 buku di MPH, dan sebuah novel dari Haruki Murakami berjudul 1Q84 yang setebal 900+ mukasurat untuk dijadikan hadiah anniversary.

*****

Bahagian Tiga

Langkah Tujuh

Kita ke KLIA.

Ke KLIA, seperti jugak jam datang, ipar-biras yang hantar. Flight pukul 10.30malam, tapi jam 7.45malam dah ada di KLIA. Seperti biasa, check-in guna kiosk. Yang menariknya di KLIA, kita tak perlu nak scan luggage...

(sebenarnya ini kes belajar dari kesilapan yang lalu. Itu jam, kita jalan2 ke Langkawi, overnight di KL, tapi sempat lagi ke Suria KLCC, melayan Petrosains, dan Kinokuniya... bila 1jam-setengah flight nak berlepas, baru nak bertolak ke KLIA kononnya, masih sempat... naik LRT kat bawah, naik KLIA Ekspress kat KL Sentral, sampai jeh di KLIA,... orang dah announce nama, bergegas berlari menggelabah-biawak, sebab pintu kapal terbang diaorang dah nak tutup...!!!)

 
















































Kekadang di KLIA, kita terserempak dengan superhero, seperti Captain Amerika, dan Invisible Man. Superman pun ada sebenarnya, tapi dah terlepas... mungkin sebab masa tercepat, atau kita yang terlambat.!

























Flight sampai di Kuching jam 12.00tengahmalam.

...dan...

Drive balik ke Miri...

*****

.....dua minggu kemudian.

Hasif : “Papa, saya nak ke airport.”
Papa : “Kenapa.?”
Hasif : “Nak jumpa dengan kapten.”
Papa : “Kenapa.?”
Hasif : “Saya tertinggal sudu.”
Papa : ???!!!

*****

END

*****

Salam. See ya.!


.

Sunday, December 25, 2011

the Chair... the Interrogation

ini projek kedua aku...

namanya...


the Interrogation.





* (


nota : masih belum dicat... sebabnya...


masih dalam dispute, tentang...


pemilihan warna...


1. warna wood varnish - si pak,
2. warna putih - si mak,
3. warna pink - si anak2 pak-mak...


)


.
salam.

Friday, December 23, 2011

Learning English... by catching the phrase.

Learning English is not as easy as you think and not as difficult as well.!

Nothing is so special about mastering English.
No doubt, our former PM, Tun Mahathir, emphasizes that, you must master English for English is a language of knowledge. More specifically on science and mathematics, and not to mention technologies. I couldn't agree more, but, do our citizen, Malaysian to be exact, need to speak in English, or write in English.?

Take two countries, for instance, that have most literate in English, viz. India and Philippines :-
The so called English spoken Indian - mostly, are taxi drivers.
The so called English spoken Filipino - are translators.

By right, these countries are developed one.!

Now, how about countries like Indonesia and Thailand. These countries are better still as compared to India and Philippines, in terms of developments.? Try meeting with one Indonesian, and communicates with him/her in English. I bet, he/she hardly understands you.

*****
Now, my friends...

Learning English... by catching the phrase.

Simple rule applies. 
Remember this.! If you want to be good in English, understands a phrase rather than word by word.

for example :
in Malay : Saya mahu makan tengahari.
in English : I want to take lunch.

but if, you try word by word.
in English (can be) : I want to eat mid-day.

Next :

Simply, if you meets someone, just says :
Hi, how are you?

and you may adds...
Have a nice day.

or, sometimes...
Take care.

or...

if you are...

as...

romantic...

as...

I am... (this part, Dino may likely object.! who cares...!!! and why bothers...!!!)



you can always says :




I luv U.


.
ok. see ya.!




Putrajaya... tatkala malam.






Miri adalah kota yang... ber300,000 orang.

Hishamuddin Rais menulis ini...

TAMU , IKAN , DAGING DAN SEKSUALITI


*****
ini... aku sangat setuju...



*****
ini... aku kurang setuju...



*****
katanya lagi... di Miri, ada...





















*****
.
.
.
dan... aku sangat2 setuju yang ini...
.
.
.

.

.
dan...

kepada Dino...

jangan rasa tertekan...!!! (aku siap ulang cetak dua kali... :)...)
.


.
sekian.


.
salam

.






Thursday, December 22, 2011

Travelog... Destinasi : Ibukota... di iCity Shah Alam.

Dari Berjaya Times Square Theme Park, pada hari yang sama, kita ke iCity pulak. iCity nih terletak di Shah Alam, tak jauh dari UiTM.

Nak ke iCity, mestila time gelap2, atau waktu malam, sebab kat situ banyak lampu warna-warni. Pokok2 ada lampu. Binatang2 pun ada lampu. Lampu sana lampu sini. Ada putih, ada oren, ada merah, dan ada jugak pink. Dan macam2 warna lain...

Ok. Dari KL Sentral (tempat parking kreta), keluar ke Federal Highway menghala ke Klang. Keluar di persimpangan Kg Jawa. Kalau tak pasti, ikut jeh sign yang tulis iCity. Aku tau sangat jalan ikut Federal Highway nih, sebab dulu aku pernah kerja kat Alcom Bhd, Bukit Raja duduk di USJ12.

*****
Langkah Lima


kita ke iCity Shah Alam.


iCity, dari satu sudut...


di iCity nih, suasananya dimeriahkan dengan lampu warna-warni. Jadi, bila kat situ, jalan2 tengok2 jeh, tak perlu banyak cakap2 atau terang2kan itu ini...

ada pokok...

ada burung merak...

dan...


jugak...


boleh... jalan2...


di...


...SnowWalk. (kena beli tiket... dan rega tiket dah termasuk jaket...)...


.
Done...
*****
dalam perjalanan balik ke Prescint5, singgah kejap di Putrajaya... tengok2 masjid, jambatan dan bangunan2 pentabiran persekutuan...

.
salam.

*****
...bersambung di Langkah Enam...
*****

Wednesday, December 21, 2011

the Bench...

ini projek pertama aku... the Bench



yang diperlukan :

1. 1 keping papan berukuran 2"x8"x45" (untuk bench 3seater).
2. 1 batang kayu 5"x5"x50" (untuk kaki. dipotong 4. 2 15" dan 2 10")
3. Wood filler.
4. Wood glue.
5. Wood varnish.

sekian.


salam.

Sunday, December 18, 2011

Travelog... Destinasi : Ibukota... di Berjaya Times Square.

Di Sunway Lagoon, kena balik sebelum pukul 7.00 petang, sebab kita kena pulangkan jam tangan penanda pengunjung (atau lebih mulia dipanggil gelang jeh...) dan ambik balik deposit RM10 untuk satu bijik. Di luar sana, diorang dah ramai2 tunggu. Jam boleh tukar dengan jam yang betul - ada tulis Sunway Lagoon, boleh tukar dengan baju - jugak ada tulis Sunway Lagoon, boleh tukar dengan botol air - pun jugak ada tulis Sunway Lagoon, dan bebarang souvenier lain... Sebenarnya, boleh jugak nak tukar, tapi... Perlu ka.?... Ambik balik jeh deposit, abis cerita. (Tapi... Sebenarnya, susah jugak nak buat keputusan ambik balik deposit... Kenapa.?!. Sebabnya, yang tunggu kat luar nuh yang suruh kita tukar dgn bebarang tadi adalah awek2 muda-cun...)... Hah.!.

Tapi, aku tetap dengan hensem-maco, ambik balik deposit. Aku metal. dan...

Carik2 makan... Pastu balik ke Prescint5...
.

*****
sepuluh disember dua puluh sebelas, atau...
10dec2011...

Sebelum nak ke mana2, bersarapan dulu di rumah ipar-biras. Walaupun, hanya dengan teh-o berperisa strawberry dengan roti Gardenia, ada dua botol jem strawberry atas meja,.. (Ipar-biras sebenarnya baru balik dari Cameron Highlands minggu sebelumnya - itu pasal la strawberry jeh menunya. Kat Brinchang la tu...)... pun ok jugak. Yang penting, kita dah pastikan expiry date...

Cam nih...
















Dah siap sarapan... Kita ke agenda seterusnya. Mula2, ke KL Sentral, (yang sebenarnya, sepatutnya Putrajaya Sentral... tinggalkan kereta dan naik komuter ke KL Sentral... tapi, biras kononnya terlajak dan nak buat U-turn jauh katanya...)... Sampai di KL Sentral, kita stop sekejap dalam 10 minit kat kompleks tuh... Kita tengok dulu uji-bakat Pilih Kasih, dan disebabkan si penulis bangsa suka beli buku, baik beli buku yang ada Rosyam Nor... Dewa Cintaku... malangnya, itu jam Rosyam Nor tak dak kat situ. Kalau tak, boleh mintak dia sain otograf kat buku tuh... Diaorang jual buku tuh berdiskaun - RM10 dan siap ada CD single.

Cam nih rupa bukunya...














Dah... Dah sudah layan uji-bakat Pilih Kasih, kita menapak ke keluar kompleks KL Sentral... kenapa...?!

Sebabnya, kita nak naik KL Monorail. (KL Monorail, stesennya di luar kompleks KL Sentral.)...

Satu perkara nak kena ingat. Ketika nak beli tiket, dan sekiranya anda tak tau nak turun stesen mana, dan anda pulak adalah bangsa buat2 maco tak nak tanya kat minah di kaunter... Anda beli jeh tiket untuk mana2 stesen, tak perlu nerbes.

Anda boleh :-
  • Sekiranya anda keluar selepas dari stesen yang anda sepatutnya turun, anda boleh ke kaunter di stesen tersebut, dan tambah rega tambang...
  • Sekiranya pulak, anda turun sebelum dari stesen yang anda sepatutnya turun, anda pun boleh ke kaunter di stesen tersebut, tapi rega tambang yang terlebih bayar, dikira hangus... Hah.! Nih, berniaga sentiasa untung-tipu2 namanya...

dan...

.
*****
Langkah Empat


kita ke Berjaya Times Square.

Hanya KL Monorail jeh yang boleh bawak kita ke Berjaya Times Square. Rapid KL, Putra LRT, dan yang lain tak landing kat situ. Jadi, untuk ke Berjaya Times Square, masa beli tiket, bagitau nak ke Stesen Imbi. Dan KL Monorail berenti elok2 depan pintu Berjaya Times Square.

KL Monorail berenti di sini...


Berjaya Times Square, walaupun bunyi namanya serupe majalah berberita, atau, pusat urusniaga saham, yang sebenarnya adalah kompleks membeli-belah, yang ada hotel, dan jugak, yang ada outdoor-games indoor.

Bila ke ibukota Kuala Lumpur, Berjaya Times Square adalah salah satu destinasi yang mesti singgah. Sungguh nostalgik, kerana, ia mengingatkan penulis pada jam perasmian pembukaannya. Penulis, yang ketika tuh berkerja di Kerdau, Pahang bergegas ke Kuala Lumpur semata2 nak tengok kompleks yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara dalam single-building. Dan ketika itu, parking adalah tidak berbayar, dan penulis memilih parking-floor yang ada gambar gajah.

dan...

Masuk la ke tempat yang ada outdoor-games indoor - yang digelar dengan nama Berjaya Times Square Theme Park. Layan...!!!

Cam nih rupe sebahagiannya...


Di Berjaya Times Square, ada mungkin berpengalaman :-
  • Terserempak dengan orang-yang-pernah-anda-kenali... (cerita ini berkaitan...) maka, tegurlah dia walau hanya untuk beberapa saat cuma.
  • Didatangi oleh sorang minah berseluar jeans, berbaju-T dan berbeg tangan bertanyakan kepada anda camner nak menyeberang jalan untuk ke bangunan sebelah. Anda jangan la pulak segan silu, dan mengelak mengatakan anda bukan orang Kuala Lumpur... Anda hanya perlu, tuding jari tunjuk kat dia, ko turun, pastu ko pergi sana, pastu ko naik atas satu tingkat, pastu ko menyeberang la jalan... Dan anda intai2 la pulak apa yang berlaku kat dia lepas tuh... dia mungkin terkial2 mencari arah... tapi, anda jangan gelakkan dia...
.
*****

p/s : Perkataan yang bold-berkaler-biru, adalah kata nama khas.

*****


.


salam



.

Friday, December 16, 2011

time change, people change... but you can still recognize them.

Last wednesday, when I was at a hardware store, one mid-age man came in. About my age, I guessed. He brought with him a pressure pump hose complete with a gun, walked straigth to the counter. I was standing at the other side of that same counter. Then, I looked at him so anxiously, for I might know him sometime ago, somewhere. Yes, he was my classmate back in 1984. It was 27 years back.

I moved closer to him and asked. 'I think, I know you. You are Simon.?'
He didn't even replied, and walked passed me.

Since, I am so confident that the guy was someone I knew. I approached him, again, and said. 'Yes, I know you, you have a twin brother.'
Only then, he looked at me, and said. 'Yes, I have a twin brother. But, I am Peter, and my brother is Andrew.'

Thereafter, we had our conversation. Reminiscing.

*****
Sometime : You might recognized a person, even after a quarter of a century passed by. You are lucky, if you could still remembered them by their name, as well.

*****

Dua puluh satu tahun dulu... aku masih ingat...

Mat Jai, dan Kucai... ini idea mereka berdua. Sewa van, ajak aku join sekali. Dari Kulim, ke Perlis, dan bersama empat yang lain.

dan kami jugak singgah2... situsini...

aku masih ingat, masa tuh... aku bawa knapsack kaler purple, berjenama Sherpa (yang aku beli di Komtar, sebab jenama tuh sehampir ngan nama aku. Yang sebenarnya, Sherpa adalah satu puak di selatan Nepal...).

dan, aku masih ingat... itu jam, aku ada satu tebiat. Ke mana saja aku pergi, sentiasa ada sebatang berus gigi terselit di poket belakang seluar jeans Levi's.

dan... salah satu tempat yang kami singgahi ialah di satu masjid kecil di daerah Taiping.

itu... dua pulu satu tahun dulu, kawan...

.
* cerita seterusnya ada dalam Travelog... Destinasi : Ibukota... di Berjaya Times Square.

.
Yang akan terbit, sabtu nih...


.
salam



.

Thursday, December 15, 2011

Kenapa aku ada blog...???!!!


Kenapa aku ada blog...?!, kawan.

Blog pertama aku adalah di platform blogger.com pada tahun 2008. (Aku tak ingat bulan berapa.). Tapak blog bernama tHePOMmiller.
  
Blog itu mengisahkan kehidupan seorang mamat, yang hensem-maco, yang berkerja di dalam industri kilang kelapa sawit. Lebih tepat kisah2 tentang gelagat2 orang, insiden2, aktiviti2 yang mampu diingat dan juga yang sentiasa diingat oleh penulis. Juga tentang orang2 yang pernah bersama2 dengan penulis. Kekadang, juga dimuatkan pemandangan, benda2 zahir dan tak zahir yang hanya wujud dalam dunia industri kilang kelapa sawit.

Malangnya, blog tersebut tidak betah di dunia-siber, dan telah ditutup secara rasminya beberapa bulan selepas itu. Kenapa.?! Nanti aku terangkan, kenapa.?!

*****
Blog kedua terbit-muncul sekitar bulan disember2010, menggunakan platform blogger.com jugak. Tapak blog bernama tHeLONGwaLk. Kekal dorman selama beberapa bulan, sebelum diaktif-segarkan pada bulan april2011. Dan... masih aktif hingga sekarang...

Blog kedua juga mengisahkan kehidupan seorang mamat, yang ironinya, masih jugak hensem-maco, yang masih lagi berkerja di dalam industri kilang kelapa sawit. Penambahbaikan telah dilakukan ke atas isi-dan-kandungan blog kedua ini. Cerita2 yang dimuat-masuk (atau dalam istilah dak blogger n3.), bukan hanya berkisar tentang kehidupan seperti di dalam blog pertama. 

  • Ada surat kepada pemimpin2 di dalam Negara dan jugak di luar Negara. (surat2 nih hanya terhasil di blog itu sahaja, dan tidak pernah dihantar kepada pemimpin yang berkenaan.).
  • Ada jugak, sekali-sekala, dimuat-masuk pandangan cetek penulis, dalam nada sinis-menghiris tentang lanskap sosio-politik Negara.
  • Ada jugak, kekadang, cerita2 kekeluargaan yang menyingkap dilemma kehidupan berkeluarga penulis, yang hidup dalam kasta bukan tokeh2 kayu balak, jugak bukan kerja gomen atau gomen link kompeni. (Walaupun dalam berkeadaan berkehidupan terkasta sedemikian, si penulis, masih jugak taat-dan-setia membayar cukai untuk guna bayar gaji dak yang berkerja ngan gomen, dan tujuan pembangunan negara.)

OK. Done. Itu mukaddimah, kawan.

*****
Kita ke ruangan utama pulak...!!!

Kenapa aku ada blog...?! (adalah berbeza dengan kenapa aku ber-blog...)

Aku tertarik-masuk (tertarik yang bermaksud ditarik, bukan yang bermaksud berminat-tergoda...), adalah dikerana-sebabkan oleh sorang-yang-aku-kenal, bernama manja-timangan Dino, yang bernama pena Aku, yang ada blog di platform blogger, yang tapak blog adalah AkuYangAkut...

Kenapa...???!!!

Kerana mungkin, aku adalah salah sorang X-Men yang gagal dikesan, yang berkeupayaan menyerap semangat akut seseorang. !!!

Maka, aku adalah yang menyerap semangat akut blogger yang ber-tapak blog AkuYangAkut. Dia yang bernama pena Aku, sebenarnya memang-benar, adalah sangat akut.

OK. 

Ringkasnya... bayangkan scenario berikut :

  • Bila anda mengeteh bersama Aku, dan balik dengan sekeping kertas, kekadang tisu yang terkarang puisi.
  • Bila anda berjalan2 santai bersama Aku, kepala-hotak anda disumbat persoalan langit-bumi, sosio-ekonomi, juga pengaruh ruang-masa ke atas alam sejagat.
  • Bila anda menghadiri kuliah bersama Aku, dan anda duduk di sebelahnya, anda akan balik bawa-bersama sekeping kertas yang terkarang puisi dan kekadang cerpen.

Sekiranya anda, dalam situasi di atas, dan anda yang menjadi aku, agak2nya, dimana anda nak letak semua-segala pemberian tuh... Sebelum dunia-siber blog muncul, aku selit2kan kat dalam satu fail masa-depan.

Dan... pada tahun 2008, aku menerima email daripada Aku, lagi,... supaya bersama2 dengannya masuk ke dalam dunia-siber...


Maka... disitulah bermulanya...


Aku ada blog...



*****
Ini tambahan... jugak sangat ada kaitan...!!!


Minat aku untuk ‘aku ada blog’, jugak ada kaitan dengan seorang blogger yang bernama pena TasekM, yang banyak bercerita tentang kehidupan seorang siswazah di universiti di dalam hutan. Itu cerita dulu. Cerita2nya mencuit hati, dan, selalunya menggelikan hati... ya... sungguh.



*****
.
Salam
.