Saturday, August 31, 2013

Ketika anak berumur 5 tahun, latihla dia agar sentiasa memberi...!!!

.
. setiap hari jumaat, Hasif akan diberikan dua keping not rm1, oleh maknya, supaya setiap kali dia memasuki kelas, dia juga akan memasukkan dua keping not itu ke dalam tabung derma. tabung derma itu diletakkan khas di depan kelas, di tepi pintu masuk. hanya hari jumaat, kawan.

usia lima tahun, itula usia Hasif. di usia itu dia dididik oleh guru tadikanya agar belajar memberi. dia akur, dan setiap hari jumaat dia mengisi tabung derma itu dengan dua keping not rm1.

... dan jugak. setiap hari jumaat, di tadika Hikmah itu, pakaian seragamnya adalah baju kemeja biru petak-petak. hanya hari jumaat, kawan. di hari lain, mereka berbaju seragam kemeja-T, jugak kaler biru, tapi tak ada petakpetak.!

ya, sekali lagi. di usia lima tahun, di tadika itu, Hasif dididik untuk membezakan keutamaan. hari jumaat ialah hari yang istemewa. hari yang special. hari yang penuh dengan magik. Hasif suka... mungkin sebab dia akan tampak tampan bergaya berkemeja kaler biru petak-petak. berseri-seri wajahnya di hari jumaat. ada ketika dia minta dicalit minyak wangi. supaya lebih terserlah ketrampilan...! minyak wangi itu dalam botol kecik sebesar ibujari, dijual oleh orang yang berjanggut, janggut orang itu, mengerbang tak diikat, ikal janggutnya, kadang-kadang janggut itu dilurut diusap disisr jugak...

...minggu lepas, di hari jumaat itu, Hasif diberikan oleh maknya satu keping not rm10... merah warna not itu. Hasif nampak seperti biasa sahaja. wajah seorang anak yang patuh terpancar dari pipi mongelnya itu. matanya bersinar jernih. langkah kakinya bertenaga. dia berjalan menuju ke kelas...

hari isnin minggu berikutnya, Hasif berbisik di telinga maknya, nak pakai baju petakpetak. tak bulih, balas maknya. hari selasa dia minta lagi, maknya masih tak bagi. hari rabu pun dia masih mintak.

di hari khamis, maknya tanya, kenapa nak pakai baju petakpetak? kerana maknya baru perasan minggu lepas Hasif dia berikan satu keping not rm10, mungkin kerana Hasif mahu selalu memberi... pemurah si Hasif ini, mungkin itu jugak apa yang difikirkan oleh maknya....

...Hasif pun, dalam tersipusipu, ada sedikit tertunduk, menjawab : di poket baju itu ada duit merah. maknya terkejut, kenapa kau tak masukkan ke dalam tabung derma.? Hasif pun dengan sopannya menjawab : itu duit merah... banyak tu... 10..., baik bagi saya saja dan saya yang simpan....!!!

Hasif mengorak senyum, dan mengangkat kening, lalu mengenyitkan mata... !!!



.

8 comments:

t.a.t.a said...

baju masuk mesin?

sepa said...

tata,

ha ah. bertambah bersih not merah tu. nasib baik tak rosak. hahaha


.

tasekM said...

aku suka ending cerita yg sebegini.
aku perhatikan begini..

aku.
dino.
kamu.

punyai pemikiran yg hampir sama utk tamatkan cerita.

selamat hari merdeka sepa!
bekerjakah?



.

sepa said...

mem,

tengkiu.

salam merdeka jugak.

eh, camner ko tau aku sedang berkerja...

:)

t.a.t.a said...

kak tas, kau tak tanya ke aku kerja ke tak?


aku kerja la kak.


huhu

Nizam.Ariff said...

Cer cuba kasi notebiru 10 helai, tgk apa reaksi dia...

Suka ending kenyit mata... ada gaya pandai memikat satu hari nanti.. macam kawan ko si azlan tu..

ermafatiha said...

tapi...

bagus jugak amalan menyimpan. Sekurangnya hasif pandai menabung. =)

sepa said...

Dino,

dia akan buh 2 keeping jeh... hehehe.


.
ermafatiha,

benar tu. :)



.